Thursday, July 28, 2011

Pakcik Depan Sogo

Malaysia terpaksa menunggu lagi sehingga kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia




* Malaysia gagal mengambil kesempatan bermain di gelanggang sendiri (Stadium Nasional, Bukit Jalil) untuk mencipta kemenangan apabila hanya seri 1-1 (Singapura menang dengan agregat 6-4).

* Ketiadaan perancang utama, Safiq Rahim dan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha meninggalkan kesan besar terhadap permainan Malaysia.

* Malaysia terus melebarkan kemarau ke Piala Dunia dan terpaksa menunggu lagi sehingga kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia selepas ini.

* Singapura jelas bergantung sepenuhnya kepada khidmat pemain-pemain importnya untuk mencari kemenangan ke atas skuad negara.

Sumber: Utusan Malaysia

Sungai Tua Baharu: Gagal tidak bermakna Harimau Malaya tidak bagus. Harimau Malaya sememangnya telah menunjukkan semangat kental dihadapan lebih 85 ribu penyokong berbanding Singapura yang suka melewat-lewatkan permainan. Teruskan usaha sehingga berjaya ke kelayakan Piala Dunia 2018.

Saturday, July 23, 2011

Malaysia kalah 3 - 5 di Singapura


SINGAPURA – Lapan gol terhasil pada pertembungan dramatik dua musuh tradisi, Malaysia dan Singapura di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Namun kesudahannya, Malaysia tewas 3-5 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 itu biarpun berjaya bangkit seketika setelah ketinggalan 1-4 pada babak pertama. Pada aksi malam tadi, anak- anak buah Datuk K. Rajagobal ternyata gagal beraksi pada tahap sebenar meskipun diiringi sokongan 1,500 penyokong Malaysia yang menyeberangi Tambak Johor.

Biarpun mendahului seawal 25 saat permainan bermula menerusi penyudah kemas Safee Sali, Singa- pura pantas menyamakan kedudukan menerusi Aleksandar Duric pada minit ketujuh. Singapura terus menghukum kelonggaran benteng pertahanan Malaysia dengan menambah tiga lagi gol hasil sepakan percuma Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi pada minit ke-45. Ketinggalan 1-4, Malaysia memulakan babak kedua dengan langkah kiri apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49.

Mujur pemain bek kanan Singapura, Ismail Yunos turut dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-53. Kesempatan beraksi 10 lawan 10 kembali digunakan Malaysia untuk memperoleh gol kedua hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-68 dan gol ketiga menerusi Safee seminit kemudian. Namun harapan melihat Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 4-4 tidak kesampaian apabila Duric meledak gol kelima Singapura pada minit ke-80. Malaysia kini perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini seandainya mahu layak ke pusingan ketiga.

- KOSMO

Sungai Tua Baharu: Harimau Malaya pasti akan mengejutkan apabila permainan timbal balek nanti di Stadium Nasional. Mari kita doakan mereka akan menumpaskan lawan!