DS Najib mengumumkan tol di Karak dan Pantai Timur tidak akan dinaikkan selama lima tahun. Beliau juga turut mengumumkan bahawa tol bagi lebuh raya Timur-Barat di persimpangan Salak dan Taman Connaught dijangka akan dimansuhkan Mei ini.
Ish...ish...ish... tidak Islamic dan zalim betul DS Najib kepada rakyat yang hari-hari gunakan lebuh raya tersebut. Betullah TG Nik Aziz kata sesiapa tak undi PAS adalah jahiliah. Ish...ish...ish
Sunday, January 30, 2011
KEPUTUSAN RASMI DUN TENANG - PAS KE LAUT
BN - 6699, PAS - 2992
Majoriti - 3707
Banyak sebab PAS ke laut, TG Nik Aziz berfatwa sesiapa tak undi PAS adalah jahiliah. Orang dah marah fatwa TG Nik Aziz. Orang pun tak percaya Cikgu Mala boleh tolong orang Tenang, suami sendiri mengekor ke mana dia berkempen sepatutnya duduk di rumah berehat habiskan MC selama 21 hari tapi ikut Mala berkempen. Orang Melayu dan India Tenang benci PAS sebab PAS sekutu DAP. Lepas ini Cikgu Mala dan suami nak buat apa? Pemimpin PR mesti bantu Cikgu Mala lepas ni sebab dia tak berjaya jadi ADUN dan tak jadi guru lagi. Adakah ini sebagai malang bagi kehidupan keluarga Cikgu yang telah cover cantik MC suami dan sudah dedahkan aurat suaranya depan TG Nik Aziz?

Saturday, January 29, 2011
BN Sudah menghampiri majoriti 2/3
Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, telah mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti PKR.
Ramai pemimpin PKR keluar parti. Itu pemimpin PKR yang ahli biasa bagaimana pula?
Berita seterusnya di sini.
Friday, January 28, 2011
Nik Aziz Menyinggung Seluruh Umat Islam
LABIS, 28 Jan (Bernama) -- Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah telah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa.
"Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong Pas. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi PAS itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan Mursyidul Am dan dipanggil ustaz.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.
Muhyiddin berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.
"Tetapi di DUN Tenang ini, kita nampak orang Pas makan di kedai-kedai orang Umno," katanya sambil menambah, Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa melarang wanita daripada menjadi calon pada pilihan raya.
Beliau meminta umat Islam tidak terperangkap dengan fatwa songsang Nik Aziz itu.
Muhyiddin turut ditanya tentang peluang BN untuk menang pilihan raya kecil DUN Tenang dengan majoriti yang lebih besar, beliau berkata, kempen pilihan raya kecil itu menunjukkan perkembangan yang menggalakkan.
"Saya lihat ada perkembangan yang boleh dikatakan menggalakkan. Di dalam semua pertemuan, sambutan menggalakkan. Ramai pemimpin tampil ke hadapan mahu membantu BN," katanya.
Pilihan raya DUN Tenang akan diadakan Ahad ini berikutan kematian penyandang kerusi itu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon Pas, Normala Sudirman.
-- BERNAMA
Orang Islam seluruh dunia yang mengucapkan shahadah tapi tak undi PAS setiap kali PRK di Malaysia mereka juga orang jahiliah? Kenapa Menteri Besar Kelantan suka mengelirukan umat Islam. Kalau ilmu diperolehi dari orang akal singkat, maka penerima ilmu akan rugi tidak dapat ilmu yang sepatutnya mengikut ajaran Islam sebenar. Dengar boleh tapi jangan ikut. Undi punya pasal semua orang Islam yang tidak undi PAS dikata jahiliah. Nik Aziz dikejarkan ke hospital pun tak tentu lagi doktor yang merawat beliau itu undi PAS. Belum lagi diambilkira pihak yang membina hospital itu.

Tuesday, January 25, 2011
Woww! bertali arus keluar Pakatan Keadilan Rakyat... Why? Why? Why?
23-1-11 di Ladang Mayfield Tasik Gelugor seramai 120 orang ahli PKR dari Ladang Mayfield,Ladang Malakof dan Pokok Macang telah bertindak keluar parti dan menyertai BN. " Kami Telah di tipu Pkr, Tipu,Tipu,Tipu " & " Pkr Munafik ".Itulah laungan mereka .Mereka berasakan tertipu dengan dakyah pakatan terutamanya PKR.
Baca seterusnya di sini
PKR kena buat sesuatu bagaimana ahli mereka tak percayakan laungan keadilan kepada semua ahli yang dilaungkan oleh Ketua Umum mereka. Hairan kenapa BN juga mereka nak join. Dulu kawan-kawan kaum India ini mereka benci sangat dengan BN jadi mereka nak test tengok cam mana adilnya Pakatan Rakyat. Tak berapa lama mereka pun sudah boring dan menyampah pulak. Kenapa? Ni UMNO lah yang hasut ni kot?
Taiko Reformasi Tinggalkan Pakatan Rakyat
Taiko Reformasi Ng Lam Yong merupakan antara pengasas Parti Keadilan Nasional (keADILan) 12 tahun dahulu Ng Lam Yong telah mengisytiharkan keluar dari parti tersebut dan menyertai MCA berkuat kuasa hari ini. Borang penyerahan ahli MCA telah diserahkan sendiri kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Turut hadir memberi sokongan termasuklah Ezam Mohd Noor, Zahid Md. Arip dan Anuar Shaari.
Baca seterusnya di sini dan di sini
Saturday, January 22, 2011
Poster PRK Tenang Kelirukan Penduduk Tenang
Hari ini kempen di antara parti-parti politik telah dimulakan dengan rasminya. Parti-parti yang bertanding tentulah telah membina azam untuk menang dalam PRK Tenang ini yang merupakan kubu kuat UMNO yang berpayong di bawah Barisan Nasional.
Di dalam berkempen ini ada satu yang agak melampau posternya dan mungkin boleh mengelirukan orang ramai dan menghiris hati ahli UMNO dan Barisan Nasional.
Hebat provokasi parti yang memasang poster begini. Jika Allah SWT mengkabulkan doa mereka ini maka ramailah yang akan dihancurkan oleh Allah SWT mereka yang memperjuangkan bangsa mereka di tanah air duduk sama rendah berdiri sama tinggi dalam memelihara bangsa dan agama Islam di tanah air. Jika hendak berdoa, berdoalah dalam bentuk bahasa yang baik sebab kita menghalakan doa kepada yang Maha Agong dan Pencipta Sekian Alam. Agama Islam tidak menggalakkan doa secara begini kepada makhluk ciptaan Allah yang lain.
Lihat sahaja parti tersebut ada lambang sebuah parti yang berketuakan bukan Melayu yang terkenal sejak lama dahulu sangat dahagakan hendak memerintah Malaysia. Cuba lihat gambar sejarah di bawah ini di mana ketika itu mereka menyambut kemenangan selepas Pilihanraya Umum 1969. Allah mengabulkan doa ahli-ahli dalam Barisan Nasional dan UMNO supaya mereka terus dapat membina tanah air mereka untuk jenerasi mereka sepert yang kelihatannya hari ini.
ULASAN: Tak mahu komen banyak-banyak nanti dikata racis pula. Fikir-fikirkanlah ke mana arah tuju bangsa kita yang telah berjaya menyatupadukan semua bangsa di dalam negara dengan aman damai dan penuh perpaduan. Andai kita berperdanamenterikan selain dari orang Melayu yang adakah keharmonian negara yang telah diusahakan cerdik pandai di dalam MCA, MIC, UMNO dan lain-lain komponen parti selama ini boleh dipertahankan lagi? Mungkin sikap terpuji Barisan Nasional yang selama ini memberi peluang banyak parti bertanding di dalam mana juga pilihanraya adalah sikap terpuji dan sangat demokrasi.

Thursday, January 20, 2011
Ada Lagi Yang Murtad PAS - 41 penyokong Pas keluar parti
Ni orang kampung Tualang Hulu dekat Pasir Putih, Kelantan pula dah hilang keyakinan dengan PAS. Dia orang kata pemimpin PAS tak dapat nak bela nasib dan kebajikan mereka. Alahai orang kampung Tualang Hulu banyakkan lah sabar tu. Sudah 20 tahun bersabar takkanlah tak sabar menunggu setahun lagi pilihan raya umum. Pilihanraya ni kalau PAS menang dia akan perintah satu Malaysia kamu semua akan terbela lah.
Lagi pun buat apa kamu join UMNO, bukankah baik join DAP atau PKR, dengar khabarnya parti-parti yang memerintah Selangor dan Penang tu sudah memberi yang terbaik kepada rakyat negeri-negeri mereka. Keadaan hidup mereka pun sudah bertambah senang air pun diberi free. Janji-janji yang diberi kepada rakyat dahulu pun semua sudah ditunaikan. Baca lagi berita dari Utusan Malaysia di sini
ULASAN: Kawan-kawan dari parti PAS mesti tak percaya macam mana boleh jadi begini bukankah Menteri Besar Kelantan orang yang sangat alim dan dihormati.

Thursday, January 6, 2011
Kajian Kemalangan Jalan Raya Di Malaysia
Menurut berita dari BERNAMA bertarikh 07 Januari, 2011 Negara Kerugian RM7.8 Bilion bersamaan 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat kemalangan jalan raya termasuk kemalangan maut di Malaysia pada tahun 2008. Kajian ini adalah menurut Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut, mengekor rapat dan melanggar lampu isyarat.
Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari Khamis.
Menurut Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut, mengekor rapat dan melanggar lampu isyarat.
Ahmad Farhan berkata, mengikut statistik Bukit Aman, dari Januari hingga November tahun lepas, sebanyak 5,753 kes kemalangan maut direkodkan yang membabitkan 2,464 motosikal, kereta (1,428), lori (559), kenderaan pacuan empat roda (4X4) 231, van (190), bas (121), teksi (74), lain-lain kenderaan (178), basikal (114) dan pejalan kaki (370).
Punca kemalangan maut yang dicatatkan pula antaranya akibat terbabas sendiri (1,587 kes), memakan jalan (856), cuba atau sedang menukar laluan (774), cuai ketika keluar dan masuk simpang jalan susur (585), mengekor rapat kenderaan hadapan (337), tidak nampak kenderaan atau objek serta binatang dihadapan (556), melawan aliran trafik (161), membuat pusingan U (220) dan tidak ikut lampu isyarat (106). Selain itu sikap leka, suka berangan dan mengantuk (100), cuai ketika mengundurkan kenderaan (62), berlumba (21), berhenti mengejut (18), mabuk dan di bawah pengaruh dadah (10), dan lain-lain (340) juga menyebabkan kemalangan.
Berdasarkan statistik pada 2009, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding 6,527 orang pada 2008, di mana 60 peratus daripadanya merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.
Beliau berkata selain sikap manusia, penyebab kemalangan maut atau mendatangkan kecederaan turut dipengaruhi pelbagai perkara lain antaranya faktor jalan, persekitaran dan kenderaan.
"Sikap manusia adalah penyebab utama kemalangan dan 60 peratus kematian di jalan raya adalah di kalangan penunggang mahupun pembonceng motosikal," katanya.
Beliau berkata dari kajian yang dilakukan ke atas punca kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal, kebanyakan mereka menunggang secara berbahaya, tidak memakai topi keledar atau tidak memakainya dengan betul.
"Menurut kajian terkini yang kita lakukan, remaja bawah 20 tahun yang terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal adalah tidak mempunyai lesen," katanya.
-- BERNAMA
ULASAN: Kecut perut meneliti kajian di atas. Tak tahulah apa nak dikatakan. Buatlah solat hajat supaya pemandu-pemandu di negara kita sentiasa berhati-hati apabila memandu. Di dalam khutbah-khutbah Jumaat bagi orang beragama Islam dan perhimpunan-perhimpunan bagi bukan Islam, jangan putus-putus memberi kesedaran kepada orang ramai supaya bencana begini dapat dikurangkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)