PULAU PINANG 26 Feb. - Sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus tercalar apabila 97 ahli parti itu di negeri ini bertindak keluar parti hari ini.
Ia melibatkan ahli PKR Cabang Bayan Baru dan Tanjung yang keluar parti tersebut untuk menyertai parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang merupakan ahli bersekutu Barisan Nasional (BN).
Wakil mereka, Mohamad Ibrahim A. Siahoo berkata, mereka mengambil tindakan tersebut selepas mendapati pemimpin PKR gagal menunaikan janji ketika mereka dipelawa menyertai parti tersebut.
Sedikit-sedikit keluar parti, lama-lama dah tak ada ahli nampaknya parti Keluarga ini. Untuk makluman Penasihat Parti PKR ialah DS Anwar Ibrahim, Presiden PKR ialah Wan Azizah, Naib Presiden ialah anak mereka Nurul.
Baca seterusnya di sini
Saturday, February 26, 2011
Wednesday, February 16, 2011
DR. MAHATHIR MOHAMAD JAWAB NIK AZIZ
Penulis amat tertarik gaya penulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menjawap isu yang dilontarkan oleh Nik Aziz. Gaya penulisan yang santai membawa pembaca tidak jemu menggarap sehingga 50 para tulisan beliau.
Tun Dr, Mahathir amat sukar dicari di dalam tulisan beliau riak-riak emosi amarah. Beliau menulis sebagai seorang bapa yang penuh kesedaran menegur anak-anak yang keterlanjuran.
Mudahan tulisan Tun Dr. Mahathir ini akan menjadi panduan dan rujukan generasi Melayu dan Islam akan datang di tanah air kita.
Jika Allah SWT mengurniakan kepada orang Melayu 10 orang pemimpin yang berwibawa seperti Tun Dr. Mahathir untuk memimpin Malaysia pada masa akan datang pasti Malaysia akan dirahmati Allah SWT.
JAWAPAN KEPADA NIK AZIZ
By Dr. Mahathir Mohamad on February 16, 2011 11:45 AM
1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.
2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.
3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.
4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.
5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.
6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.
7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.
8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.
9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.
10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.
11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.
12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.
13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.
14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.
15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.
16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.
17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?
18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.
19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.
20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.
21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.
22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.
23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.
24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.
25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?
26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.
28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.
29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.
30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."
32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.
33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.
34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.
35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.
36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.
37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.
38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.
39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.
40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.
41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.
42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.
43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.
44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?
45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?
46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?
47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.
48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?
49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.
Baca Blog DR. MAHATHIR MOHAMAD di sini

Tuesday, February 15, 2011
Wee Soo Yen terima anugerah Maulidur Rasul - Memang hebat gadis ini
Hanya kerana inginkan cabaran dan keyakinan yang tinggi Wee Soo Yen menjadikan kenyataan janji yang telah diberi kepada ibu bapa yang beliau boleh melakukannya. "Ibu tidak setuju kerana dia takut saya tidak boleh buat tetapi saya janji kepadanya bahawa saya akan lulus dalam peperiksaan kertas bahasa Arab."
Mudahan-mudahan Wee Soo Yen dapat mendalami isi Al Quran pada masa akan datang. Tahniah penulis ucapkan di atas kecemerlangan Wee Soo Yen.
Gambar dari BERNAMA
PUTRAJAYA 15 Feb. - Wee Soo Yen, 16, pelajar Cina tunggal yang mendapat A bagi subjek Bahasa Arab Komunikasi dalam Penilaian Menegah Rendah (PMR) lalu dan mendapat liputan muka depan Utusan Malaysia menerima satu kejutan hari ini di atas kecemerlangan tersebut.
Dia dipilih sebagai salah seorang daripada tujuh penerima anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini.
Mengakui dirinya masih terkejut, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan itu memberitahu, beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk mempelajari bahasa itu sebelum meraih gred A subjek itu dalam kesemua lapan matapelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lepas.
Mengimbas cabaran yang dihadapinya pada peringkat awal, Soo Yen yang mengenakan tudung litup berwarna jingga ketika ditemui di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini berkata, keluarga membantah pada mulanya kerana tidak percaya kemampuannya mendalami bahasa tersebut.
Namun, berkat kesungguhan dan keazaman yang tinggi membuatkan ibu bapanya mengalah sebaliknya memberi semangat kepadanya mempelajari bahasa itu bermula tingkatan satu.
"Ibu tidak setuju kerana dia takut saya tidak boleh buat tetapi saya janji kepadanya bahawa saya akan lulus dalam peperiksaan kertas bahasa Arab.
"Jadi, ibu benarkan. Sebenarnya saya mahukan cabaran pada diri saya dan tidak sangka dapat anugerah ini, terima kasih kepada semua yang mengiktiraf diri ini," kata Soo Yen yang fasih berbahasa Melayu itu.
Pelajar itu menerima anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di sini.
Beliau menerima wang tunai RM20,000, sebuah plak, sijil penghargaan serta Kitab Terjemahan Fi Zilal Al-Quran (17 Jilid) bernilai RM3,000.
Soo Yen memberitahu, walaupun mengalami kesukaran untuk mempraktikkan bahasa Arab dalam kehidupan seharian, dorongan kuat ahli keluarga serta guru di sekolah membolehkannya berjaya menguasai bahasa itu.
"Ahli keluarga dan adik beradik merupakan sumber inspirasi saya termasuk cikgu-cikgu yang bagi dorongan untuk berjaya.
"Saya memang tidak boleh komunikasi bahasa ini di rumah, jadi saya gunakan sepenuhya peluang di sekolah untuk bincang dengan kawan dan guru," katanya yang mengenakan baju kurung bercorak bunga.

Thursday, February 10, 2011
Daftar Menjadi Pengundi hanya 3 minit sahaja
Bukan satu atau dua jam, tetapi hanya tiga minit sahaja diperlukan untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih baru dan seterusnya layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Demikian menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof. Tindakan itu amat penting untuk memilih pemimpin kesukaan yang difikirkan layak memimpin negara.
Ulasan: Berdaftarlah menjadi pengundi. Anda berhak menentukan pemimpin mana yang perlu diberi peluang memerintah Malaysia. Jika gagal mendaftar sebagai pengundi bermakna 1 undi sudah terlepas. Alangkah ruginya.

30 Anggota PAS join UMNO
Di Pasir Puteh, Kelantan seramai 30 anggota Pas termasuk bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Bunut Rendang, Raja Abdullah Raja Mahmod dan bekas Ketua Muslimat Pas Semerak, Noriah Salleh menyertai UMNO hari ini.
Raja Abdullah, 57, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman pada majlis di Kampung Gong Datuk di sini.
“Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju, sekali boleh dan sekali tak boleh,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.
Selain itu, katanya pemimpin Pas sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap anggota UMNO seperti mengkafirkannya sedangkan Islam melarang keras umatnya berbuat demikian dan menggalakkan umatnya supaya sentiasa membuat sangkaan baik terhadap sesama Islam.
Ulasan: Dalam dunia ini kita sering mahukan terbaik di dalam kehidupan dunia dan akhirat. Tetapi tidak semua orang tahu hasrat yang murni kita itu sering pula diambil kesempatan oleh mereka yang berani mempermainkan Islam demi matlamat politik dan kuasa mereka. Sesungguhnya orang-orang yang sebegini tidak takut dengan Allah SWT tetapi sangat pandai mempermainkan hukum. Berhati-hatilah dan saksikanlah apabila di suatu hari warna warni mereka akan dipertontonkan oleh Allah SWT. Tetapi adakah mereka mengakuinya tetap juga mengatakan berjuang untuk Islam.
Berita seterusnya di sini

Wednesday, February 9, 2011
Jentera BN Dinasihat Tidak Terlampau Yakin Menang PRK Merlimau
JASIN, 9 Feb (Bernama) -- Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak terlampau yakin dengan kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau nanti kerana sikap itu boleh menjejaskan kualiti kerja mereka.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun DUN Merlimau merupakan kubu kuat BN, anggota jentera BN tidak harus memandang rendah terhadap strategi yang akan dilancarkan pembangkang dan perlu bekerja keras untuk mematahkan strategi yang diatur mereka.
"Kalau pembangkang ada 10 strategi, kita mesti ada 20 strategi yang lebih kuat (bagi memenangi pilihan raya kecil ini)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN bagi peti undi kawasan Merlimau Utara di Taman Harmoni, Merlimau di sini.
Ulasan: Pemimpin-pemimpin UMNO yang ada rekod politik wang tetapi masih berkuasa dan belum diambil tindakan sila hilangkan diri anda daripada turut berkempen di Merlimau kerana mereka ini hanya akan membebankan penceramah lain untuk pertahankan UMNO. Diharap TG Nik Aziz dapat membantu kemenangan UMNO/BN seperti yang telah dilakukan dalam siri-siri PRK yang lalu dengan fatwa-fatwa ganjil beliau.

Monday, February 7, 2011
Perusahaan Cendawan
Terlalu banyak usaha kerajaan memerangi kemiskinan terutama di kalangan penduduk miskin luar bandar. Penduduk Kampung Sungai Tua Baharu juga tidak ketinggalan dalam membantu usaha kerajaan di samping meningkatkan taraf hidup keluarga, seperti membuka kedai makan dan minuman, kedai komputer, kedai besi, kedai almunium, bengkel jahitan di rumah, membuat kueh mueh, ladang ternakan kambing dan lembu, katering dan lain-lain.
Walaupun penduduk kampung ini tidak dapat dipotensikan tanah mereka untuk bercucuk tanam oleh sebab terhadnya tanah namun banyak sekali peluang untuk menggiatkan usaha pertanian boleh dilakukan secara perseorangan atau berkelompok jika mereka mahu. Persatuan Peladang yang telah lama wujud di kampung ini masih kurang permintaan hasil pertanian ini.
Walaupun begitu penduduk kampung boleh mempelajari satu bidang baharu, contoh yang sangat baik untuk dipelajari oleh penduduk Kampung Sungai Tua Baharu ialah bagaimana sebuah syarikat yang beroperasi di Mesilau, Kundasang, berhampiran kaki Gunung Kinabalu menghasilkan cendawan berkualiti tinggi dari spesies shiitake.
Baca seterusnya di sini
Sunday, February 6, 2011
Transformasi 1Kelantan Gelombang Merah
Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.
Jika ada keazaman di situlah tangga kejayaan. Yang memerintah Kelantan atau Selangor atau Pulau Pinang atau Kedah tidak semestinya mereka tidak boleh digempur. Selangor mesti buat warna yang sama, waktu dan ketika yang sama seperti dibuat oleh Kelantan, sekata dan seiring jalan melambangkan penyatuan yang menggerun.

10 Pemimpin DAP Tawau Tak Mahu bertuankan Keluarga Lim Kit Siang Lagi
Seramai sepuluh orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan, salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN).
Tindakan kesemua 10 anggota parti pembangkang yang diketuai James itu diumumkan oleh naib presiden parti Gerakan Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina naib presiden berkenaan di sini Ahad.
James yang sudah sepuluh tahun bersama DAP berkata hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya telah berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan.
Ini cerita di Tawau. Tak ramai cuma 10 orang pemimpin DAP sahaja dan termasuk juga Ketua Publisitinya. Jika pemimpin yang keluar dan ketua publisitinya sendiri sudah tidak nampak jalan penghujung yang ditunggu seperti dijanjikan mereka pun keluar parti dan masuk BN. Kenapa ambil masa begitu lama sangat nak keluar DAP yang bertuankan LKS dan keluarga dia? Parti keluarga ini memang takkan tahan lama.
Cerita seterusnya di sini

Produk organik Zenxin
Jika 30 tahun dahulu penduduk Kampung Sungai Tua Baharu tidak sukar mendapatkan ayam kampung dan telornya, itek dan telornya, sayuran seperti kangkong, bayam, keledek dan berbagai lagi yang sangat segar dimakan, begitu juga air sungai yang mengalir jernih yang boleh diminum terus dari sungai dengan ikan-ikannya sekali boleh dikail terus atau dijala atau ditiruk menyelam terus dari dasarnya maka kini keadaan itu hanya tinggal kenangan sahaja.
Tetapi sekarang kita sememangnya amat pentingkan makanan yang segar yang tidak disalut atau telah dicampuri bahan-bahan toksid yang sangat membahayakan jenerasi akan datang.
Baca di sini

Saturday, February 5, 2011
Pengerusi PKR Sabah keluar parti
Utusan Malaysia melaporkan Pengerusi PKR Sabah keluar parti:
KOTA KINABALU 5 Feb. _ Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) Parti Keadilan Rakyat Sabah, Pajudin Nordin hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menyertai UMNO.
Pengumuman itu dibuat dihadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.
Menurut Pajudin keputusan itu dibuat selepas beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR khususnya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Utusan
Jika pemimpin PKR Sabah sendiri sudah mengambil keputusan drastik sebegini, apakah pengikut-pengikut beliau akan tetap setia bersama PKR?

Subscribe to:
Posts (Atom)