Wednesday, April 27, 2011

Ramai berharap BN kembali perintah Selangor

PENERBANGAN MH150 lapan jam dari Kuala Lumpur ke Jeddah akhir bulan lalu, diisi dengan celoteh penumpang di sebelah penulis dikenali sebagai Zaaba yang mengulas keadaan politik terkini di Selangor, terutama selepas tiga tahun pakatan pembangkang memerintah negeri itu.

Beliau yang juga seorang pesara, yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Katanya, ketika meneruskan kehidupan di bawah pimpinan bercelaru Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, masih ramai sayangkan BN dan mengharapkan sayap utama parti Kerajaan Pusat kembali bertapak di bumi Selangor.

“Selepas bersara, saya banyak bergaul dengan masyarakat dan rumusan daripada sembang dengan penduduk setempat, saya dapati mereka yakin BN dapat merampas kembali kerajaan negeri ini.

“Mereka kecewa dengan sikap kerajaan negeri diketuai PKR yang dilihat terlalu tunduk dengan desakan DAP dalam banyak isu, termasuk rampasan arak dan penggunaan kalimah Allah, menunjukkan pakatan pembangkang tidak mungkin dapat berpakat berikutan perbezaan ideologi.

“Kepercayaan pengundi terhadap kemampuan mereka terus memerintah Selangor semakin terhakis. Bagi orang Melayu, PAS yang diharap dapat membela nasib orang Islam tidak sehebat mana,” katanya yang menetap di Seksyen 10, Shah Alam.
Tentu penduduk masih ingat tindakan ahli Exco Selangor mengarahkan pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras dirampas penguat kuasanya.

Ia tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak mencerminkan profesionalisme seorang Exco. Kerajaan negeri sepatutnya memberi sokongan kepada penguat kuasa MBSA menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada. Tidak wajar mereka dimalukan dengan mengarahkan pemulangan semula arak berkenaan.

Ramai mempersoalkan buah tangan yang boleh rakyat Selangor banggakan hasil perjuangan pemimpinnya ketika mereka terus leka berceramah seolah-olah masih berada di kerusi pembangkang.

Adakah selepas tiga tahun membentuk kerajaan, pemimpin PKR, PAS dan DAP masih gagal menukar mentaliti pembangkang kepada kerajaan? Mungkin kerja membangkang lebih mudah berbanding merancang pembangunan Selangor.

Tidak salah jika mereka beranggapan kejayaan dimiliki Selangor hari ini adalah hasil perjuangan BN sebelum ini. Banyak lagi isu disajikan pakatan pembangkang sejurus memerintah Selangor. Ia mungkin mengambil masa 1,001 malam menceritakan kisah pemimpinnya yang ‘tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain’.

Pakatan pembangkang mungkin berkecil hati jika diketepikan usaha mereka memberi bekalan air percuma 20 meter padu pertama kepada penduduk sejurus memerintah Selangor pada 2008.

Tetapi ramai pemimpin BN berhujah sebenarnya tiada istilah air percuma seperti dihebohkan kerajaan negeri kerana bayaran itu berpindah daripada RM11.40 sebulan bagi sebuah rumah kepada perbelanjaan kantung kerajaan sebanyak RM200 juta setahun.
Ini bermakna, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan pembangunan RM200 juta, sekali gus mengurangkan aktiviti ekonomi merencatkan pertumbuhan ekonomi. Akhirnya, kesan itu kembali kepada peniaga dan pekerja apabila pendapatan, upah dan bonus berkurangan.

Justeru, jangan menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu menerusi Buku Jingga kerana rakyat Selangor tidak akan termakan dakyah pembangkang, sebaliknya mereka akan menghukum kegagalan kerajaan pakatan pembangkang dalam PRU 13 nanti.
Kemampuan BN melaksanakan program transformasi terutama ke atas ekonomi dan sosial, termasuk pendidikan, seharusnya menyedarkan rakyat daripada terus diulit mimpi indah pembangkang.

Bagi menjawab persoalan yang semakin hangat kini – apakah BN dapat merampas kembali Selangor atau apakah pakatan pembangkang dapat mempertahankan kerajaan negeri, itu terpulang kepada pengundi pada PRU 13 nanti.

Bagaimanapun, jika dipertimbangkan, tahap kepercayaan rakyat terhadap BN semakin pulih selepas kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan kemampuan menawarkan lebih banyak pekerjaan, ekonomi terus menggalakkan serta pelaksanaan model politik baru mendekatkan rakyat dengan kerajaan, pembangkang perlu melupakan hasrat terus berkuasa tiga tahun lagi.-27/4/2011 - Agenda Daily

Sungai Tua Baharu: Cepatlah bertukar kerajaan. Sekarang ni hendak pergi sembahyang Jumaat pun seolah mahu pergi mendengar ceramah politik Pakatan Rakyat. Rakyat hendak beribadat dengan tenang dan tidak mahu mendengar kisah politik sepanjang tahun.

Saturday, April 23, 2011

65 Kg Melayu Kepong Landowners Get 99 Year Lease Extension

Sixty-five landowners in Kampung Melayu FRI Kepong, Mukim Batu here are all smiles after getting a 99 year lease extension to their properties.

The original landowners of Kampung Melayu Kepong Fasa 1 and 2 were given a 60 year lease by Selangor authorities before the existence of Federal Territory in 1974.

Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin presented lease extension letters to the 65 landowners here Saturday.

Kampung Melayu Kepong was built in 1968 under three phases. Phase 1 and phase 2 landowners were given a 60 year lease while those under phase 3 got a 99 year lease.

Nong Chik said the Kuala Lumpur Land Committee only charge Kampung Melayu Kepong landowners five percent premium of the market price.

"The Kuala Lumpur Property Valuation Department estimates the current land market value in Kampung Melayu Kepong at RM400 per square metre," he added.

Landowners were given incentives to settle the premiums promptly including a 10 percent discount for lump sum payment one month after receiving notice from the Land and Mines Office.

Source of this article from here

Sungai Tua Baharu: Those land owner in Sungai Tua Baharu may look in this matter as some of them have 60 years lease.

Wednesday, April 20, 2011

Skim Pinjaman Mudah Untuk Unit Amanah Sedang Diteliti

Skim Pinjaman Mudah Untuk Unit Amanah Sedang Diteliti

IPOH: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedang mengkaji satu pendekatan baharu untuk membolehkan rakyat yang berpendapatan rendah menyertai pelaburan unit amanah melalui skim pinjaman mudah.

Perdana Menteri berkata, skim itu akan membolehkan golongan berkenaan melabur di dalam Amanah Saham 1Malaysia Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Berita yang lebih detail di sini

Sungai Tua Baharu: Kebanyakan mereka yang telah merebut peluang dari skim yang sama kini adalah dari kalangan rakyat yang mampu membayar pinjaman yang jumlah bayaran baliknya agak tinggi. Contohnya anak penulis membayar sebanyak RM500+ sebulan untuk jumlah pinjaman RM80K.

Sekiranya kajian pendekatan baru dapat membantu bayaran pinjaman yang lebih ringan dan tidak membebankan sangatlah ditunggu-tunggu. Inilah sahaja cara untuk menjamin masa tua bagi yang berpendapatan rendah.

Mungkin tidak terlambat kerajaan mengkaji bagaimana rakyat yang baru bersara yang masih belum berpeluang memiliki skim amanah ini juga dimasukkan sekali.

Saturday, April 16, 2011

BN Peroleh Majoriti Dua Pertiga Pilihan Raya Sarawak

KUCHING, 16 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti dua pertiga iaitu 48 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak pada pukul 9.45 malam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun mendapat tentangan hebat pada pilihan raya ini, yang pada pukul 9 malam memperoleh majoriti mudah 36 kerusi.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang merupakan Pengerusi BN Sarawak, mempertahankan kerusi Balingian dengan majoriti 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru setelah menewaskan calon Bebas yang juga dua pupu beliau, Datuk Salleh Jafaruddin yang memperoleh 1,056 undi manakala pencabar wanita daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suriati Abdullah pula sekadar meraih 871 undi.

Sumber: BERNAMA

Sungai Tua Baharu: Tahniah BN di atas kemenangan gemilang mempertahankan majoriti 2/3. Kalau dengar cerita dari parti pembangkang merekalah yang akan mengambilalih kerajaan Sarawak namun sebaliknya berlaku. Ini bermakna semua orang boleh bercakap yang sedap-sedap tetapi mereka bodoh memahami hati rakyat Sarawak yang tetap setia dengan Barisan Nasional. Cubalah lagi lain kali ye!

Friday, April 15, 2011

Tun Dr. Mahathir kempen di PRN Sarawak



Sungai Tua Baharu: Syabas Tun Mahathir tidak henti-henti dan jemu nasihatkan rakyat.

Sunday, April 10, 2011

Pilihanraya Sarawak - Seramai 12 ahli PKR dipecat daripada parti


Seramai 12 ahli PKR dipecat daripada parti,sembilan daripadanya bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini manakala tiga lagi dikenal pasti membantu parti lawan.Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata,jawatankuasa itu sudah mencadangkan nama-nama tersebut kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk tindakan dipecat.

BERNAMA melaporkan Sembilan yang bertanding sebagai calon Bebas ialah Soo Lina untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang,Cobbold anak Lusai (Balai Ringin),Kiprawi Suhaili (Belawai),George anak Lagong (Pelagus),Michael Jok (Belaga),Kenneth Adan Silek (Belaga),Liam anak Rengga (Kemena),Michael Ding Tuah (Marudi) dan Jok Ding (Telang Usan).

Tiga yang dikenal pasti membantu parti lawan secara terang-terangan ialah Paul Kadang anak Dinggat,Hasrul Muhaimin Hasbi dan bekas pengarah komunikasi parti Jonson Chong.

"Tindakan bertanding sebagai calon Bebas dan membantu parti lawan adalah tindakan khianat kepada perjuangan Pakatan Rakyat.Keputusan ini diambil selaras dengan Fasal 18,Perlembagaan Parti.Keputusan ini penting untuk mempertahankan kepentingan dan imej parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NAK TAHU KENAPA MEREKA DI PECAT ???

MEREKA DI PECAT KERANA PARTI PKR TIADA LAGI HALAU TUJU DAN HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI BUKAN UNTUK RAKYAT,SEMUA JANJI ADALAH PALSU !!!

SAMPAI SEKARANG JANJI MEREKA TIDAK DITEPATI UNTUK RAKYAT !!!

Sumber klik di sini

Sungai Tua Baharu: Jika dahulu mereka belum tahu siapa PKR, tetapi sekarang ini mungkin sudah jelas dan nyata di hadapan mata. Janji yang dahulu belum ditunai datang pula janji-janji yang baru! Janganlah berjanji jika tak mampu tunaikan!

Saturday, April 9, 2011

Tak mau undi SNAP undi BN - Jangan sekali-kali undi PKR - Presiden SNAP


Terjemahan: "Kalau kamu semua di sini tidak mahu sokong kita SNAP jangan sekali-kali kamu semua esok beri undi kepda PKR. Mereka itu penipu besar, mulut besar, mulut cakap banyak...Tetapi kalau kamu semua tidak undi parti kita SNAP ini UNDILAH BN, parti yang membawa pembangunan kepada negeri Sarawak."

Sumber

Sungai Tua Baharu: Kadang-kadang demokrasi disalahguna juga, yang sudah elok cantik mau dicalar-calar. Tetapi rakyat yang bijak mereka tidak akan termakan janji-janji kosong. Bolehkah mereka sediakan RM10 bilion untuk bangunkan Sarawak?

Wednesday, April 6, 2011

BN menang tanpa bertanding di kerusi N-56 Baleh


Presiden PRS Datuk James Jemput Masing yang mempertahankan kerusi N-56 Baleh menang Tanpa Bertanding. James memenangi kerusi Baleh sejak tahun 1983 semasa bersama PBDS; di mana parti itu terpaksa dibubarkan selepas Presdiennya Datuk Leo Moggie melepaskan jawatan Presiden.

Kemenangan Tanpa Tanding tersebut merupakan petanda baik kepada BN Sarawak mempertahankan kuasa BN di negeri tersebut.

Sumber

Saturday, April 2, 2011

3,226 anggota PKR P. Pinang keluar parti

Seramai 3,226 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang yang majoritinya terdiri daripada masyarakat India hari mengisytiharkan keluar parti berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan pucuk pimpinan parti.

Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang M. Nyanasegaran menyerahkan borang keluar parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan Karnival Kebudayaan India 1Malaysia di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (Pisa) di sini.

Petikan dari Bernama - 02 April 2011