Tuesday, June 26, 2012

RINTANGAN DAN KESUSAHAN YANG DIHADAPI SYED MOKHTAR! SIAPA PUNCANYA?

Nampaknya bukan sahaja parti UMNO cuba dimusnahkan oleh parti pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR tetapi di bidang ekonomi Melayu pun cuba digagalkan oleh parti pembangkang tersebut contohnya Lynas. Gergasi pengusaha Melayu juga tidak terlepas dari cuba digagalkan. Bak kata Parpukari: Kalau la Tun M dulu dengar cakap DAP, maka orang Melayu kini mungkin masih duduk dan tinggal atas pokok lagi ni. Adakah kita masih tak sedar akan hal ini? Baca sepenuhnya di sini:

Monday, June 25, 2012

Why Chinese Do Not Trust Anwar?

Chinese is said as a race that is practical, not emotional in living their lives, For them, practicality is seen from the angle of economical gain within long period of time. They are patient, hardworking and always focused in working towards their dreams.

In Deciding on which government should rule the country is also decided by the same way by Chinese. They would move as a group so that their race would gain maximum benefit.

Barisan Nasional has been the best choice among Chinese for a very long time because they are convinced that the party could provide the best surrounding and landscape for them to develop. Even though there are a few Chinese extremists who tried to mock BN's capabilities and that they would tell other Chinese to hate BN by raising issues such as Bumiputera rights, no one in this world could deny the fact that Malaysian Chinese are among the ones who never really have as much conflicts as other Chinese in the world, under the rule of BN.

Chinese schools, which was then opened as preparation for Chinese to go back to their homeland after gaining profit in this country. But, majority of them decided to stay here, to become loyal citizens because they knew that Perikatan party back then, BN today, would always support them.

But, the support among Chinese towards BN is inclining these days where BN simply could not do anything to restore the issue.

However, this does not mean that they are supporting Pakatan Rakyat. Perhaps they made the wrong decision in 2008 because they fell for empty promises made by Anwar Ibrahim and probably other factors, but like what has been mentioned above, the Chinese do not function emotionally, but they run on practicality.

Recently, Anwar has been getting negative responses by the Chinese when he raised the idea to abolish PTPTN which would harm students, including Chinese students which majority of them chooses to go to private universities which are very expensive.

Then, Anwar once again 'screwed' the Chinese when he decided to 'take over' Bersih 3.0 Assembly and showing his true colors as a rebel who loves chaos. Obviously, Chinese do not want chaos because that would ruin their business.

So, these two incidents are the starting point for Chinese to look back in history in justifying who should they vote this time around. History never lies and it had shown who Anwar really is. After reading the history on Anwar, many Chinese youth have realized that they should live in reality and not keep on hoping that Pakatan Rakyat would provide them the equality that they want.

Anwar Ibrahim is a man with various personalities, if not, he would not be described as a 'charmeleon' by wetern medias. According to a book, The ‘I’ Files, at one time, Anwar was a fanatic Muslim who wanted to build 'the perfect' Islamic nation such as Iran. But for Anwarm Chinese are threat to Islam. It went up to a point where there writer of the book, Hasan Ali was unable to beat Anwar's 'dreams' back then!

The reveal can be proven with Anwar's attitude and actions when he was the Minister of Education back in 1986-1990. He began to appoint School Principles who has no Chinese education background at all in Chinese schools. Anwar also has never defended Chinese schools and he is the person who was really active in bringing the spirit of nationalism like Indonesia where racial identities are vanished to form a single race.

Only in 1996, BN amended Education Act 1961 Section 21(2) to withdraw the authority of the Minister of Education to change the status of Chinese schools to regular sekolah kebangsaan after getting objections from DAP and Dong Jiao Zong.

Other than Anwar's stand on the status of Malaysian Chinese which is unpredictable because it changes from time to time, depending on the politics and his self interest, the Chinese also thinks that Anwar might not be qualified enough to run the economy.

When Anwar became the Finance Minister, right at the time where he was a few years away from being sacked, 1997/98, the country had a terrible economic attack. Anwar's ability as Finance Minister was challenged, and he failed, terribly.

Running out of ideas, Anwar took and easy way out, following whatever IMF said. The interest on loan that is known as was drastically raised had caused trouble to businesses as they fail to pay back all the loans and banks were burdened with ‘Non-Performing-Loan’ (NPL). The effect of that, Malaysian economy almost came to a halt when businesses came to a close, banks suffering tons of losses and people losing their jobs that people could not afford to buy things. Malaysia was lucky as the country was saved by Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad who took an unpopular measure and took every single insult to save the country which was almost bankrupt. His actions had brought BN to a huge success during the 1999GE when Chinese put their hopes to Barisan Nasional, moving away from the opposition, Barisan Alternatif which was led by Anwar Ibrahim.

Thus, we believe that the Chinese are wise enough to learn from history and that they are not easily influenced by emotions due to messages spread by extremists, chauvinist, racist and those who have their own personal interest. All these while, this country managed to stood up high because of the Constitution which also considered the balance of economic structure among races in Malaysia and not just about equality for everyone.

Such formula is the key for the harmony, strength and peace of the country. So, every race should protect the constitution so that the country would continuously develop. At the same time, we did see how everything that Anwar said is just mere illusion, dream and fantasy of a man that is crazy for power. There is a huge probability that Anwar do not know himself.

That is why the best move for rakyat is BN where everything is moderate and consistent with their stand.

Sungai Tua Baharu: The above article was sent to me by a friend. Chinese in this country who are mostly engaged in business must be careful to choose the government. Barisan Nasional has proven to bring prosperity to the Chinese in Malaysia. If you wrongly select the government, your business likely to be affected, as well as the average Chinese in Malaysia send their children to private higher learning and they need a loan to finance their children's education.

Thursday, June 21, 2012

'Malaysia Negara Berkebajikan -- Dasar Baharu atau Amalan Sedia Ada?'

Sungai Tua Baharu: Nilaikan bagaimana Tantawi berhujah. Terlalu konfiden seolah-olah DAP dan PKR akan membenarkan konsep negara berkebajikan PAS. Memang dibolehkan berangan dan bercita-cita tetapi UMNO telah pun buat itu semua, cuma diperbaiki di sana sini. Bila ditanya tentang Kuin menaikkan yuran tergagap-gagap.

FIQH Mentaati Pemimpin: Pengajaran Untuk Penganut PAS Tegar

Program Fiqh Mentaati Pemimpin yang diadakan pada 16-17 Jun lalu amat bertepatan sekali di saat-saat umat Islam sering bertelagah sesama sendiri. Jika semua umat Islam menghayati apa yang diseru oleh para Ulama dalam program tersebut, pastinya kita akan kembali bersatu dan semakin kuat.

Kesimpulan yang paling penting yang didapati dari program ini ialah: masalah hudud dan masalah dosa pahala pemimpin tidak harus dijadikan penyebab untuk umat untuk berpecah dari kumpulan. Pemimpin wajib ditaat agar negara boleh menjadi kuat dan tidak memberi ruang kepada musuh untuk masuk dan menghancurkan segala nikmat.

Selain dari pengajaran dari kertas-kerja yang dibentang, satu pengajaran tidak langsung yang mungkin ramai peserta terlepas pandang ialah bagaimana kita menilai Ulama.

Ulama-ulama yang hadir di program tersebut adalah Ulama-ulama tersohor termasuk Syeikhul Universiti Al-Azhar sendiri. Penyampaian kertaskerja mereka adalah berdasarkan kajian mendalam selama berbelas atau berpuluh tahun. Mereka juga bercakap mengenai pengalaman sendiri dengan melihat perpecahan yang berlaku di negara-negara Asia Barat.

Namun, walaupun mereka semua terdiri dari pakar agama yang dihormati, mereka sentiasa berpesan di akhir pembentangan bahawa mereka mengalu-alukan perbezaan pendapat agar dapat diperbincangkan.

Selain itu, dari segi keperibadian juga, mereka semuanya bersikap merendah diri, sentiasa bercakap dalam tonasi lembut, mengajak kepada perpaduan, kebaikan dan keamanan. Pendek kata, para hadirin dapat merasa ketenangan yang dibawa oleh Islam di akhir setiap pembentangan.

Jika kita seorang yang gemar memerhati dan belajar dari persekitaran, kita akan mendapati bahawa semua ciri-ciri ini tiada dalam diri Ulama-ulama PAS yang sering mendabik dada sebagai ‘pemilik mutlak’ agama Islam.

Dengan itu, penulis meminta agar para penganut PAS bertanya kepada diri sendiri, apakah Nik Aziz layak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Ulama-ulama tersebut? Apakah Hadi Awang layak berbincang bersama mereka?

Kita tahu, jauh di sudut hati para penganut PAS mereka terpaksa jua mengaku yang Tok Guru dan Tuan Guru mereka itu bagaikan langit dengan bumi kedudukannya dari segi ilmu dan akhlak berbanding Ulama-ulama tersohor tersebut.

Selama kita mendengar ceramah-ceramah Nik Aziz atau Hadi Awang atau mana-mana Ustaz PAS, tiada ilmu yang kita dapat melainkan mendengar bagaimana mereka memuji diri sendiri dan menghentam semua orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka. Selain dari memetik hadith dan ayat-ayat Al-Quran yang menepati kepentingan mereka, tidak ada kajian mendalam mengenai ayat-ayat terbabit yang mampu dihuraikan mereka dengan sebaiknya tanpa berbunyi politik kepartian.

Mungkin dalam menjunjung semangat perpaduan dalam soal perbezaan pendapat, Nik Aziz telah menolak pendapat para Ulama di dalam program Fiqh tersebut yang sepakat bahawa politik tidak seharusnya mempengaruhi niat untuk mengerjakan ibadah haji. Tetapi, malangnya, Nik Aziz tidak mampu menghuraikan pendapatnya dengan menggunakan hujah-hujah ilmiah yang terperinci dengan rujukan-rujukan yang pasti. Sebaliknya pendapat Nik Aziz hanya berasaskan fikiran dan emosi sendiri.

Kita pasti, para penganut PAS yang membaca dan memerhati akan dapat mengenalpasti kesilapan ataupun lebih tepat, kesesatan yang dibawa oleh Nik Aziz. Cumanya, kita tidak tahu berapa ramai di antara yang sedar itu yang akan kembali ke pangkal jalan. Kita tidak tahu berapa ramai yang lebih rela berpegang kepada kebencian terhadap UMNO yang ditanam oleh Nik Aziz, berbanding berpegang kepada tuntutan Islam untuk bersatu padu dan mentaati pemerintah.

Kerana itu, di harap program seperti ini diadakan lagi untuk kebaikan umat Islam di Malaysia. Untuk itu, eloklah dijemput Nik Aziz, Hadi Awang, Hasan Ali malah, Pak Sheikh Anwar Ibrahim juga, untuk duduk bersama-sama berforum dengan Syeikh Uthman AlMuhammady serta para Syeikh dari Tanah Arab dari program Fiqh ini, demi mencari titik penyatuan. Dengan program seperti ini, kita akan dapat menilai sendiri, mana Ulama sebenar, mana Ulama jahat dan mana satu peliwat. Sumber: Beruang Biru

FIQH Mentaati Pemimpin: Good Lesson For PAS Supporters

Program Fiqh Mentaati Pemimpin which was held on June 16-17 is something that is very good for us considering that Muslims nowadays constantly clash against one another, Everything that was said by all of Muslim Scholars during the program should be taken note.

The easiest conclusion that we can see from here is that the issues of hudud or sins or good deeds among leaders should not be the reason why ummat clash against one another, Leaders should be respected so that the country could be stronger and to not give the enemy any chance to infiltrate.

Other than presentations, another lesson that we all might have missed would be on how we value our Muslim scholars.

Scholars who came to the program are famous scholars including Syeikhul Universiti Al-Azhar himself. The presentations on their papers were made from researches that was done for years. They also spoke from experience where they have seen how clashes happen on West Asian countries.

But, even though all of them are respected scholars, they often told that they are open for any discussions after their presentations.

Besides that, from their personalities, the all spoke in humble, they never raise their voices and they would promote people to unite together, perform good deeds and fight for peace. If we are to see this closely, none of PAS leaders have any qualities like those scholars have. Instead, they take themselves as the 'total leaders' of Islam.

With that, writer would like PAS supporters to think and ask themselves, is Nik Aziz qualified enough to be part of those Muslim Scholars? Is Hadi Awang qualified enough to have a discussion with them?

We know that most PAS supporters know that they have to admit that their Tok Guru and Tuan Guru are nothing to be compared to those Muslim Scholars.

All we hear during Nik Aziz or Hadi Awang or any other of their Ustaz PAS's ceramah session, we cannot take note from anything except for them complimenting themselves and attacking those who do not agree to how they see the world. Other than quoting from hadith and Quran to fulfil their ceramah sessions, no research were done to those verses. Instead, they used those verses for the own political interest.

Perhaps in raising the spirit to unite in matters of different opinions, Nik Aziz probably have rejected those scholars who all thought that politics should not be the reason why one cannot perform haj. But, sadly, Nik Aziz could not elaborate on his opinions with the right reference. Instead, his opinions were based on his own thoughts and emotions.

That is why we hope that such program should be done again because it would be good for Muslims in Malaysia. For that, we should invite Nik Aziz, Hadi Awang, Hasan Ali and even Anwar Ibrahim to sit together with Syeikh Uthman AlMuhammady and other scholars for the Fiqh program, all to find a point where they could unite. And with program as this, we could tell which one is the real scholar, which one are the bad scholars and which one is a sodomite

Source: Beruang Biru

Wednesday, June 20, 2012

Kebongkakan Nik Aziz

Kebongkakan Nik Aziz Perwatakan seorang yang bergelar ulama biasanya sinonim dikaitkan dengan rendah diri, baik budi, mesra dalam perbezaan pendapat, memiliki sifat terpuji dan bila dirinya berkata-kata banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat.

Orang tua-tua pula selalu berkata - insan yang baik budi dan berjiwa besar acapkali bila makin tinggi ilmunya akan makin tunduk ego dirinya. Itu hakikat dan realiti yang semua orang sudah ketahui.

Tapi bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat soal baik budi, merendah diri dan mesra tatkala berbeda pandangan bukannya prioritinya sekalipun dikalangan penyokong PAS beliau dikenali sebagai ulama dan tok guru.

Misalnya dalam polemik isu penangguhan haji demi mendahulukan kepentingan parti dalam pilihanraya, beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan betapa besar ego dirinya sehingga memandang rendah pada pendapat ulama lain.

Kelihatan jelas sikap bongkak dan membesar diri sendiri semakin berakar umbi dalam sanubari Nik Aziz apabila tidak dapat menerima nasihat dan pandangan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkaitan isu tersebut.

Syeikh Mahmoud semasa menjawab soalan seorang peserta di Seminar Antarabangsa Fiqh Mantaati Pemimpin beberapa hari lalu secara terang menjelaskan bahawa hukum mengerjakan haji tetap wajib bagi sesiapa yang mampu dan soal pilihanraya bukannya satu alasan yang membolehkan ibadah tersebut sengaja ditangguhkan.

Namun dek kerana bongkak dan ego, Nik Aziz masih juga berpegang erat pada pendapatnya sendiri dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w pernah menangguhkan haji.

Walhal, penangguhan ibadah haji oleh Nabi Muhammad s.a.w langsung tiada kaitan dengan pilihanraya melainkan semata-mata kerana untuk mengelakkan percampuran ibadah dengan golongan musyrikin Mekah yang saat itu masih melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.

Selain itu sejarah Islam merekodkan, antara sebab lain ibadah haji tertangguh pada tahun ke-6 Hijrah ialah kerana halangan oleh kaum Quraisy yang kemudiannya membawa kepada wujudnya satu perjanjian Hudaibiah.

Bukankah jauh bezanya di antara isu sekarang dengan peristiwa yang membawa kepada perlaksanaan Perjanjian Hudaibiah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu?

Tapi apa nak pelik, bagi Nik Aziz apa saja kesilapan dan keterlanjuran di pihaknya senantiasa cuba dikaitkan dengan zaman Nabi semuanya dilakukan demi untuk mengabui mata rakyat disamping sudah menjadi satu kegemaran bagi dirinya mendahulukan sikapnya yang sombong dan bongkak.

Jika rukun Islam ke-5 yakni kewajipan menunaikan haji pun semudah itu sahaja dipandang remeh dan sejarah Islam diputar belit demi memenuhi nafsu kepartian dan keduniaan, masih lagikah kita mahu memanggil Nik Aziz sebagai tok guru?

Tok guru surat pekeliling dan 'ulamak' politik layaklah, tak begitu?

SUMBER: BERUANG BIRU

Lynas: Skandal Pembohongan Paling Licik Terbongkar

Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.

Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan. Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu. Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat. Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya. Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.

Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi.

Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat. Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong. Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che’ Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.

Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba ‘mengecat-putihkan’ apa yang gelap mengenai Lynas. Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta ‘pencinta alam’ yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.

Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.

Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata.

Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat.”

Dan, “Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.”

Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali.

Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana.

Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”. Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara. Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini.

Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki.

Nampaknya, dalam isu ini, yang merbahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya. Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.

Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur. Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.

Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka.

SUMBER: BERUANG BIRU

Ilmu Wajib Dituntut Begitu Juga Hutang Wajib Dibayar

URD - Kesesatan Tauhid Hakimiyah & Khawarij - 28/05/2012

URD - Hukum Bergabung Dengan Kafir Menjatuhkan Pemerintah

URD - Adakah Malaysia Negara Islam..??

URD - Bagaimana Jika Pemerintah Mendapat Kuasa Dengan Cara

URD - Adakah Kafir Jika Tidak Berhukum Dengan Hukum Allah

URD - Kenapa Khawarij Ramai & Kelihatan Warak..??

"Ikhwanul Muslimin Menyesatkan Saya Selama Ini" – URD

URD - Bantu Ulama Muda Dari Sudut Yang Anda Mampu

URD - Kerana Jahil Ambiga Diangkat Menjadi Khalifah

Monday, June 18, 2012

Seminar Antarabangsa - FIQH Mampu Memperkukuhkan Barisan Umat Islam 17/6/2012

Seminar Antarabangsa - FIQH Mampu Memperkukuhkan Barisan Umat Islam 17/6/2012 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Seminar Antarabangsa - FIQH Mentaati Pemimpin mampu memperkukuhkan barisan umat Islam.Beliau berkata demikian ketika ditemui di seminar tersebut di Putra World Trade Center (PWTC) pada 17 Jun 2012.

Seminar Antarabangsa - FIQH Mampu Memperkukuhkan Barisan Umat Islam 17/6/2012 - Umat Islam Perlu Bersama Hadapi Cabaran Masa Kini 17/6/2012

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Umat Islam perlu bersama hadapi cabaran masa kini.Beliau berkata demikian semasa Seminar Antarabangsa - FIQH Mentaati Pemimpin yang diadakan Putra World Trade Center (PWTC) pada 17 Jun 2012.

Seminar Antarabangsa - FIQH Mampu Memperkukuhkan Barisan Umat Islam 17/6/2012 - Umat Islam Perlu Bersama Hadapi Cabaran Masa Kini 17/6/2012

Seminar Antarabangsa - FIQH Mampu Memperkukuhkan Barisan Umat Islam 17/6/2012 - Umat Islam Perlu Bersama Hadapi Cabaran Masa Kini 17/6/2012 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Umat Islam perlu bersama hadapi cabaran masa kini.Beliau berkata demikian semasa Seminar Antarabangsa - FIQH Mentaati Pemimpin yang diadakan Putra World Trade Center (PWTC) pada 17 Jun 2012.

Malaysia Adalah Negara Darul Islam 17/6/2012

Felo Amat Utama, Institut Antarabangsa Pemikiran & Tamadun Islam (ISTAC) & Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady Berkata Malaysia adalah Negara Darul Islam. Beliau berkata demikian semasa Seminar Antarabangsa - Fiqh Mentaati Pemimpin di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur pada 17 Jun 2012

Pemimpin Harus Bersikap Terbuka Demi Kesejahteraan Rakyat - Najib Razak 15/6/2012

Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin mesti bersikap terbuka, sanggup menerima kritikan dan mengubah tanggapan negatif yang merosakkan kesejahteraan pengikut & rakyat.Beliau berkata demikian ketika Perasmian Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 15 Jun 2012

Ucapan Perasmian FIQH MENTAATI PEMIMPIN Oleh PM

Seminar FIQH MENTAATI PEMIMPIN yang telah dianjurkan oleh 3 pihak bersama iaitu NAZA WORLD, GENERASI BESTARI & MyKMU.net yang diadakan di PWTC pada 15 Jun 2012.