Friday, March 30, 2012
AAKJ.COM: FOTO BUKTI !! ORANG ISLAM D SELANGOR NAK KEBUMIKAN...
AAKJ.COM: FOTO BUKTI !! ORANG ISLAM D SELANGOR NAK KEBUMIKAN...: Sebidang tanah seluas 5.5 hektar telah disediakan pemaju untuk dijadikan tanah perkuburan Islam dikawasan Kota Kemuning Shah Alam dan sekita...
tunku: Perak Prince Raja Ashman Dies
tunku: Perak Prince Raja Ashman Dies: IPOH, March 30 (Bernama) -- Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, a son of the Sultan of Perak, passed away early today follow...
Wednesday, March 28, 2012
Friday, March 23, 2012
ISRAEL DAN YAHUDI !!! ADA PERMAINAN POLITIK ANTARA ANWAR IBRAHIM DAN HADI AWANG !!! WAJIB BACA !!!
1. Isu Israel dan Yahudi kembali lagi.
2. Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang tiba-tiba berkata bahawa, “boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi”.
3. Ini suatu perkembangan yang amat menghairankan dan memualkan dengan sikap Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kononnya memperjuangkan Islam dan anti Yahudi satu ketika dahulu.
4. PAS pada zaman sebelum turunnya ‘wahyu’ terkini dari Hadi Awang ini akan mengecam barang sedikit sekalipun apa jenis hubungan dengan Yahudi, hatta kalau ada orang Yahudi yang kentut sekalipun di negara kita mereka akan menjerit isytihar perang, tetapi hairannya kini menghalalkan hubungan dengan Yahudi.
5. Saya masih ingat sekitar tahun 2000 yang mana buah pisang kaki dari Israel yang dibawa masuk ke dalam negara dari Singapura telah dipaparkan di dalam Harakah sebagai bukti hubungan dagang antara Malaysia dan Israel. Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional telah dibantai dengan begitu hebat sekali. Malah Tun Dr Mahathir telah dilabel sebagai agen zionis.
6. Saya tidak pasti sama ada pendirian terbaru Presiden PAS berkenaan dengan Yahudi ini disebabkan Datuk Seri Abdul Hadi ingin mempertahankan Anwar ataupun hendak mengenakan Anwar.
7. Di hati kecil saya, saya merasakan Abdul Hadi tidak seperti Anwar.
8. Anwar diketahui adalah seekor sesumpah politik (Malaysia’s Chameleon) seperti yang diterbitkan oleh majalah terkemuka The Economist bertarikh 30 Julai 2009, yang akan mengubah warna kulit dan percakapannya berdasarkan kepada persekitaran yang didudukinya.
9. Pendek kata, apabila berhadapan dengan golongan liberal, Anwar menjadi liberal. Bila berhadapan dengan golongan pluralisme agama, dia menjadi pelopor pluralisme agama. Bila berhadapan dengan golongan Islamist, Anwar akan bersalin kulit menjadi seorang Islamist dengan menjaja nama-nama beberapa tokoh Islam dan dengan membaca sepatah dua ayat Quran dan istilah-istilah Arab bagi memikat hati umat Islam. Bila berhadapan dengan pelobi Yahudi dan Amerika, dia menjadi seorang yang prodemokrasi tulen sehingga boleh menerima amalan-amalan songsang seperti homoseksual dan kebebasan untuk murtad seperti Lina Joy.
10. Itu memang Anwar. Sikap talam pelbagai mukanya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kecenderungan nalurinya yang dua alam itu sememangnya diketahui umum.
11. Jadi, tidak menjadi perkara yang menghairankan apabila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan kepada Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel…”
12. Itulah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim diketahui mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh zionis dunia seperti Paul Wolfowitz (seorang arkitek perang Amerika berketurunan Yahudi Zionis yang menghancurkan dua buah negara Islam Iraq dan Afghanistan), William Cohen dan Al Gore, malah merupakan rakyat Malaysia pertama yang mengiktiraf negara haram Israel apabila menandatangani Annapolis Summit sesudah dia keluar dari penjara akibat sabit kesalahan liwat.
13. Dari satu segi, seolah-olah Abdul Hadi hendak memberi isyarat kepada Anwar bahawa cukup-cukuplah kamu berurusan dengan Zionis.
14. Dan dari satu segi, Hadi Awang seperti memukul Anwar yang setiap kali apabila dibangkitkan masalah moralnya, sifat pro-Amerika dan pro-Israelnya, akan menuding jari terhadap Kerajaan dengan diluahkan ejek-ejekan seperti UMNO-APCO dan “kapal Israel” yang berlabuh di Klang (bendera Israel dan Liberia pun tak kenal ke?).
15. Malah ahli-ahli parlimen Pakatan telah menukar suasana parlimen menjadi zoo dengan ejekan-ejekan dan bunyi-bunyian yang sudah pasti membuatkan beruk-beruk dan hidupan liar lain merasa keliru dan mungkin tertanya-tanya apakah spesies haiwan baru ini.
16. Sekali lagi UMNO dibantai sebagai agen Yahudi kerana menggunakan khidmat syarikat APCO yang ada kaitan dengan orang Yahudi. Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr. Dzulkifli Ahmad dan beberapa pemimpin PAS lain paling kehadapan dalam menjaja isu APCO ini dan Kerajaan Datuk Seri Najib dituduh dengan pelbagai tohmahan termasuk 1Malaysia=1Israel.
17. Tetapi, yang malangnya adalah pendokong-pendokong PAS yang bersusah payah menunjukkan iltizam mereka bersama jamaah dan umat Palestin berdemo dan memboikot apa sahaja kaitan dengan Yahudi. Ironinya,mereka rancak menggunakan facebook, sebuah syarikat milik seorang remaja Yahudi, menggunakan Microsoft, Blackberry, Iphone, Motorola, Siemens dan sebagainya yang semuanya memiliki pemilik saham Yahudi serta ada yang memiliki regional branch di Israel.
18. Setiapkali ada sahaja pembunuhan, pencerobohan dan juga penghinaan terhadap rumah ibadat kita di tanah suci Baitul Muqaddis, maka tidak lenganglah Jalan Tun Abdul Razak berhadapan dengan Kedutaan Amerika menjadi tumpuan khalayak pendemo PAS.
19. KFC dan McDonalds serta kaum kerabatnya menjadi mangsa boikot kononnya konglomerat ini menyumbangkan dana kepada Israel, sehinggakan suatu masa dahulu, di Universiti Malaya, cadangan untuk mempunyai francais McDonalds terpaksa dibatalkan atas sebab yang sama. Kegagalan membuka Restoran Mc Donald di UM ini dijadikan satu testimonial kejayaan PAS Kampus iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sebagai bukti perjuangan mereka yang anti Yahudi. Setelah Hadi Awang bertitah beberapa hari lepas, perjuangan mereka ini bukanlah anti Yahudi tetapi adalah anti-Ekonomi.
20. Boleh dikatakan sebelum ini, belum habis saya menyebut ‘Joo’ (yang mempunyai sebutan hampir sama dengan Jew iaitu Yahudi) pun mungkin ada rakan facebook saya akan mem’ban’kan atau mem’bar’kan saya, padahal saya menyebut nama Juliana ataupun Junaidah.
21. Begitulah bencinya pendokong PAS suatu ketika dahulu terhadap Israel dan Yahudi.
22. Ada sahabat saya yang sampai tidak ampunkan kerajaan, kerana dia antara orang yang ditugaskan menjaga remaja Israel bermain kriket yang tentunya berbangsa Yahudi, walaupun belum tentu merekanya berfahaman Zionis.
23. Kami Mahasiswa UM dikerah oleh PMIUM untuk melakukan demonstrasi besar-besaran menentang kehadiran pasukan kriket Israel ini. Kami bersabung nyawa dan darah berdepan dengan belantan FRU kerana anti Yahudi. Semua ini dilakukan kerana Hadi Awang belum mengeluarkan fatwa terbarunya beberapa hari lepas.
24. Bukan setakat itu sahaja, tinggal satu hotel dengan PM Israel pun sudah menjadi dosa tidak terampun, bersalam pun salah, tulis surat pun seolah-olah melayakkan orang-orang tertentu untuk diseksa dengan malaikat yang sama dengan malaikat yang menyeksa Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.
25. Alasan mereka kini, Nabi dahulu pun berurus niaga dengan Yahudi Madinah. Seolah-olah, riwayat ini baru sampai kepada mereka tidak sampai beberapa jam yang lepas. Seolah-olah juga sebelum kes Anwar menyokong Israel ini, Nabi tidak pernah berurusan dengan Yahudi. Tinggi sungguh ilmu ulamak seperti ini.
26. Samalah seperti setelah 30 tahun berdegar-degar mengatakan tentang Negara Islam, apabila rakan DAP mereka berdehem, Hadi Awang baru tersedar, rupa-rupanya tidak ada Negara Islam di dalam Al Quran.
27. Sekali lagi, kes Memali berulang lagi. “Mati Syahid” Ibrahim Libya menjadi sia-sia. Pengorbanan penyokong PAS disimbah air asid. Terjun dalam parit, dan disoal siasat polis, dibakulsampahkan oleh pemimpin PAS.
28. Tetapi, seperti biasa, alasan pimpinan PAS, ialah ini adalah strategi. Antum bukan ahli syura, tidak tahu hikmah keputusan syura dan akan dibebelkan keputusan terdahulu pimpinan PAS dan keajaibannya. Padahal kesilapan nyata seperti bersetuju dengan pencalonan Ibrahim Ali di Pasir Mas, menyokong Tuan Haji Zaid Ibrahim (penentang Hudud) sebagai calon pilihanraya parlimen Hulu Selangor dan pelbagai lagi keputusan “bijak” pimpinan parti yang kononnya berteraskan ugama ini disorok di bawah karpet.
29. Jadilah parti ini seperti ‘Maharaja dengan baju baru’. Pengampu dan pembodek terus berkata, baju Tuan Guru yang paling cantik, tetapi sebenarnya rakyat tahu mereka hanya bertelanjang, memperbodohkan diri dan menjual maruah agama dan negara.
30. Anwar tidak perlu risau, kerana segala maksiat dan salah laku Anwar akan diampunkan dan difatwakan halal oleh PAS selagi mana PAS meletakkan kerakusan kuasa melebihi agama.
Oleh Dr Rahman Kadir
Penulis adalah bekas aktivis PMIUM yang pernah menyokong PAS sejak dari tahun 1996.
Sumber Baca di sini

Friday, February 3, 2012
Tuesday, January 31, 2012
Sunday, January 22, 2012
Umno Mobilises More Than 63,000 Information Campaigners
KANGAR, Jan 21 (Bernama) -- More than 63,000 Umno information campaigners nationwide will be actively mobilised to disseminate information on national development in the light of the coming general election.
Umno Malaysia Information chief Datuk Ahmad Mazlan said the campaigners would be aided by 3.3 million Umno members to ensure the public could evaluate the huge contribution of the party, which is the backbone of the government.
Speaking at a press conference before holding a briefing session for Umno division information chiefs here, he said the information campaigners must be fully made use of.
He said four methods would be utilised by the information machinery, including face-to-face media, print media, digital media and electronic media.
Although, there were those who were of the opinion that the information machinery must focus on young voters, Ahmad, who is also Deputy Minister in the Prime Minister's Department, said attention would be on all levels of voters.
Sungai Tua Baharu: All the best. Work hard, unity and grab the people heart. minimize the problem between the member. Learn from all the mistake that had been done. Work in one team. Make sure 2/3 majority belong to BN. With that we will go ahead toward the success nation.
Wednesday, January 18, 2012
KEPERCAYAAN KEPADA PAS SUDAH HILANG KOT..SEDIHNYA
PKR dah ambil alih portfolio menjaga hal ehwal Islam di Selangor. Kawan-kawan PAS akan kata tak apa PKR pun parti yang sama-sama nak menuju ke Putrajaya. Tetapi Sungai Tua Baharu pun heran gak kenapa tak beri portfolio kepada yang berjuang menegakkan negara Islam di Malaysia. Betul ke PAS berjuang untuk Islam? DAP tak suka kot?
Sumber: Melayu Berwawasan
Sumber: Melayu Berwawasan
Monday, January 16, 2012
Saturday, January 14, 2012
Ahli Pas Keluar Parti!!
KUALA LUMPUR: Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.
Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.
Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.
"Kami tak percaya dengan PAS dan kami yakin hanya Umno dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat," katanya pada majlis pengisytiharan anggota PAS Kerdas menyertai Umno dan ikrar menyokong Barisan Nasional.
Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.
Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. - BERNAMA
Sumber: kedahkekl

Thursday, January 12, 2012
BEZA AKHLAK USTAZ ILMU
Sungai Tua Baharu kadang terfikir jika menceburkan diri dalam bidang berdakwah dan rasa dah cukup ilmu tu pergilah berdakwah di luar masjid menemui yang bkan Islam jangan dok mengelirukan orang yang sudahpun Islam. Kalau dah betul-betul hebat dan ramai pengikut. Lihat video di bawah ni yang disadur dari GAP.
Sumber: GAP
Sumber: GAP
Wednesday, January 11, 2012
Sahabat Sungai Tua Baharu Parpukari tah di mana dia dapat benda-benda-benda yang pelik-pelik ni. Tetapi tak kan lah nak kata video tu besi tak boleh dipercayai. Jom pi tengok jika masih tak didelete la!
parpukari
parpukari
Sungai Tua Baharu terkedu elemen suka sama suka
Setahu Sungai Tua Baharu suka sama suka ni antara lelaki dengan perempuan bila mereka hmhm. Baca seterusnya dalam blog theunspinners
Sungai Tua Baharu: Adoooyai... ramailah yang kata karpal tu dah gila ka?

Tuesday, January 10, 2012
Anwar dibebaskan - Gelagat memalukan muslimat Pas
Jangan kata gambar di atas orang UMNO pula. Sungai Tua Baharu ingin pesan esok bila kempen PRU 13, jangan datang kepada kami mengempen menunjuk-nunjuk Muslimat PAS lebih Islamik dari orang UMNO. Pointnya:
1. Pas satu masa dahulu pernah mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran kerana suara wanita adalah aurat.
2. Pas sering mengutuk Wanita serta Puteri UMNO kerana tidak berakhlak dan bebas bersalaman dengan bukan muhrim. Adakah itu berakhlak?
3. Ketua Muslimah Pas berada di situ tetapi tiada langsung usaha untuk menghalang daripada menghentikan perbuatan tidak berakhlak ahli-ahlinya. Malah, beliau pula yang turut sama bergembira.
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Ketika muslimat Pas sering ditonjolkan sebagai kumpulan wanita Islam dengan akhlak terpuji, gelagat yang ditunjukkan sebahagian daripada mereka di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mencerminkan sebaliknya.
Meskipun bertudung labuh dengan sebahagian besar daripada mereka berjubah, muslimat Pas itu mempertontonkan gelagat yang cukup memalukan sewaktu menunggu keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dengan dipimpin oleh seorang ketua yang memegang pembesar suara, muslimat Pas itu menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka.
Lebih memalukan, muslimat Pas itu seolah-olah lupa diri sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ''UMNO mampus'' malah ada kalangan mereka yang gagal menjaga aurat dengan selamba bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.
Apa yang menjadi persoalan apabila kumpulan muslimat Pas itu turut disertai Ketuanya, Siti Zailah Mohd. Yusof yang bukan setakat tidak melarang gelagat tidak senonoh pengikutnya, malah kelihatan gembira dan bersama-sama meraikannya.
Gelagat muslimat Pas itu dirakam dan dimuat naik dalam laman sosial Youtube hari ini dan dipaut oleh beberapa blog.
Antaranya blog Sel13.com di http://sel13.com yang turut mempertikaikan akhlak muslimat Pas itu sedangkan menurut blog tersebut, Pas satu masa dahulu pernah mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran kerana suara wanita adalah aurat.
''Jika dulu Pas sering mengutuk Wanita serta Puteri UMNO kerana tidak berakhlak dan bebas bersalaman dengan bukan muhrim. Adakah itu berakhlak?
''Walaupun Ketua Muslimah Pas berada di situ tetapi tiada langsung usaha untuk menghalang daripada menghentikan perbuatan tidak berakhlak ahli-ahlinya. Malah, beliau pula yang turut sama bergembira.
''Kami tidak berhasrat menulis lebih panjang lagi. Kami pulangkan kepada rakyat untuk menilai akhlak sebenar muslimat-muslimat Pas yang selama ini memperjuangkan Islam melebihi orang lain," demikian menurut blog tersebut. credit to UTUSAN
Sumber: melanaublogger
Subscribe to:
Posts (Atom)