Saturday, August 18, 2012

MAHATHIR DAH NYANYUK! MAHATHIR DAH GELABAH BEWAK!!!

Secara tiba-tiba kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir berhubung penyertaan PAS bersama-sama UMNO dan keluar dari Pakatan Rakyat dalam usaha mewujudkan hudud di negara ini, menarik perhatian tersangat ramai muflisin Pakatan Rakyat. Maka rancaklah mereka bercerita tentang 'dosa-dosa' Mahathir terhadap hudud berpuluh tahun lampau.

Sama ada mereka bebal ataupun sebenarnya sudah merasai nikmat air ludah DAP, para pecacai dan muflisin berkenaan ternyata sudah tidak mampu lagi berfikir secara waras dan berlapang dada, sepertimana yang sering diajarkan oleh Islam kepada penganutnya.

British sengaja membiarkan PAS wujud sebagai sebuah parti politik pada tahun 1951 kerana dengan kewujudan sebuah lagi parti Melayu yang berdaftar dan tidak bersikap revolusioner, maka mudahlah British melepaskan tanggungjawabnya terhadap jutaan pekerjaan bawaan dari Tanah Besar China dan India di negara ini. 'Rakyat Ratu' yang sepatutnya menjadi rakyat Britain di bawah Komanwel, akhirnya dipaksa menjadi rakyat Tanah Melayu menerusi prinsip jus soli. Perpecahan pada 1951 memudahkan kerja-kerja British...

Itu adalah sejarah yang tercatat. Tidak ada cara sama sekali untuk memusingbalikkan sejarah. Sejarah tetap sejarah. Sama ada ianya dijadikan pengajaran mahupun didiamkan dan kemudian cuba dipesongkan sebagaimana yang cuba dilakukan oleh Lim Kit Siang dalam kes Tragedi 13 Mei 1969.

Bengapnya para pecacai dan muflisin yang menggelakkan dan mencerca Tun Dr. Mahathir dalam idea terbarunya itu ialah, kerana prinsip jus soli yang terpaksa diterima oleh pemimpin terdahulu demi memerdekakan negara ini daripada penjajahan British, menyebabkan sebarang perjuangan secara bersendirian tidak akan berjaya atau bolehlah dianggap, sebagai pemanis mulut semata-mata.

PAS muncul dengan hudud hanya pada penghujung 1980-an. Begitu juga dengan Negara Islam. Pemimpin-pemimpin awal PAS, tidak pernah memperkatakan tentang Negara Islam, jauh sekali menyentuh tentang hudud yang mereka tahu, amat mustahil dilakukan di negara kerana demografi dan struktur negara yang sama sekali telah berubah selepas 1955.

Pilihanraya Umum 1955 telah membuktikan, PAS tidak boleh bersendirian. Pilihanraya yang pertama itu juga membuktikan UMNO tidak boleh berjuang secara bersendirian. UMNO dan PAS memerlukan perikatan dengan parti-parti yang mewakili sebahagian lagi masyarakat yang membentuk negara ini.

Justeru apabila Mahathir mengatakan, hanya dengan bersama-sama UMNO, barulah PAS boleh memperkatakan tentang hudud, ia adalah benar dan tidak boleh disanggah. Sekarang ini, memang PAS boleh bercakap tentang hudud tetapi setakat bercakap sahajalah. PAS boleh berbangga kerana mereka boleh bercakap tetapi UMAT ISLAM DI MALAYSIA amat malu kerana cakap-cakap PAS sekadar berstatus cakap dan sembang kedai kopi!

Nak sembang besar, berapa kerusi Parlimen yang PAS kuasai? Berapa pula yang PAS dibenarkan tanding? Adakah kerusi-kerusi penguasaan PAS mampu meminda atau mengusulkan sebarang akta? Adakah kerusi-kerusi penguasaan PAS cukup untuk mencapai dua pertiga majoriti yang membenarkan sebarang akta dan undang-undang baru diluluskan?

UMNO juga tidak boleh membuat sebarang pindaan dengan penguasaan di Parlimen setakat ini. Itu adalah hakikat. Sekarang ini pun, UMNO terpaksa berganding dengan parti-parti lain untuk membentuk kerajaan. Walaupun penguasaan UMNO mungkin hampir 90 kerusi tetapi itu tidak cukup untuk membolehkannya tegak secara bersendirian. Dan berbanding DAP yang begitu hebat menentang sebarang undang-undang Islam, MCA pula dilihat hanya terikut-ikut dengan rentak tari DAP yang begitu agresif cuba mendapatkan undi kaum Cina menerusi pemesongan fakta. Sebaliknya sudah terlalu banyak buktinya, bagaimana MCA akhirnya memilih untuk bekerjasama dengan UMNO menangani sebarang isu secara lebih bijaksana berbanding memprovokasinya sebagaimana yang dilakukan oleh DAP terhadap PAS.

Gabungan PAS dan UMNO akan menghasilkan jumlah kerusi yang cukup besar. Walaupun sekarang ini, ada SI BONGOK-SI BONGOK dari PAS yang memberikan cadangan, UMNO tidak perlu bertanding di kawasan PAS untuk membolehkan hudud dilaksanakan, hakikatnya, PAS sebenarnya yang tidak perlu bertanding dengan UMNO kerana telah terbukti dari 1955, PAS yang lebih banyak tertolak, bukannya UMNO.

PAS sebenarnya yang berada dalam keadaan tiada sebarang kelebihan. Sekarang pun, PAS masih tetap tiada kelebihan, terutama sekali apabila sentiasa dilawak-lawakkan oleh DAP dan PKR dalam semua isu yang PAS bentangkan. Sebaliknya PAS yang dipaksa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada DAP dan PKR, sehinggakan PAS perlu membuat sidang media untuk menjelaskan bahawa DAP bukannya kafir harbi!!!

Hanya si bebal dan yang telah tertutup hatinya sahaja yang akan terus melolong apabila ada pihak yang mengutarakan agar PAS bersama-sama UMNO kerana bagi yang terus mata, mereka akan dapat melihat bahawa kebersamaan itulah yang akan mengukuhkan sesuatu perjuangan, bukan melemahkannya!

Umat Islam hanya menjadi kuat apabila mereka menyatukan semua fikrah, bukannya berlagak kononnya orang lain lebih bongok dan bodoh berbanding mereka sehinggakan mereka sentiasa meminggirkan diri.....

Qiyasnya... itulah sebab, Allah Taala memasukkan sekalian pendosa ke dalam satu neraka secara bersama-sama, sebaliknya syurga pula diciptakan secara berasingan untuk setiap individu, bukannya berjamaah!!!!

SUMBER: The Flyingkick

No comments:

Post a Comment