Sunday, April 21, 2013

Othman Abdul Bakal Tumbangkan Mat Sabu di Pendang

Othman Abdul Bakal Tumbangkan Mat Sabu di Pendang

Jika PAS adalah parti yang waras, tentu sekali mereka tidak akan membiarkan seorang seperti Mat Sabu berada dalam senarai kepimpinan tertinggi.  Jika PAS disokong oleh orang-orang yang waras juga, tidak mungkin Mat Sabu akan dijulang sebagai tokoh penceramah tersohor. 

Ini kerana orang-orang yang waras tidak mungkin ‘mampu’ mendengar ceramah kosong dan lawak bodoh Mat Sabu lebih dari lima minit.  Namun, inilah hakikatnya parti PAS, iaitu dianuti oleh orang-orang yang kurang waras belaka. 

Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti. 

Mat Sabu juga sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri.  Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu.

Namun, siapa atau apapun Mat Sabu itu, PAS tetap memilih untuk menidakkan segala kebobrokan Mat Sabu serta terus menjulang dan menimangnya. 

Justeru, salahkah kita jika merujuk kepada PAS sebagai ‘tidak waras’?

Dalam PRU kali ini, Mat Sabu terus diusung untuk bertanding.  Dikatakan sebelum ini Mat Sabu ‘merayau-rayau’ mencari kawasan kerana keadaan kelihatan sedikit sukar baginya. Akhirnya PAS telah memutuskan Parlimen Pendang untuk Mat Sabu, mungkin untuk menyediakan beliau menjadi Menteri Agama, sekiranya PR menang PRU ini. 

Tindakan PAS mengenepikan penyandang Dr. Hayati Othman yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu membuktikan betapa PAS mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa masyarakat Pendang boleh diperkotak-katikkan. 

Dari segi fakta, keyakinan PAS tersebut adalah agak keterlaluan.  Kita yakin rakyat Pendang bukanlah ‘tidak waras’ seperti yang PAS sangka.  Dari tahun 1986 hingga 1999, kawasan itu diwakili oleh UMNO melalui Datuk Othman Abdul. 

PAS hanya dapat menawan kawasan tersebut apabila meletakkan tokoh tertinggi iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 1999.  Apabila Dato’ Fadzil Nor meninggal dunia, UMNO memenangi semula kawasan tersebut dan PAS hanya merampasnya kembali melalui Dr. Hayati pada tahun 2004 yang mengekalkannya sehingga 2008. 

Pengekalan Dr. Hayati selama dua penggal, membuktikan bahawa beliau antara segelintir wakil rakyat PAS yang berkesan.  Justeru, mengenepikan beliau untuk digantikan dengan Mat Sabu, seorang Syiah merangkap pesalah khalwat dan balaci kafir harbi merupakan satu ‘perjudian yang besar’ bagi PAS.

Lebih-lebih lagi, apabila Mat Sabu bakal bertemu dengan penyandang awal selama 3 penggal, iaitu Dato’ Othman Abdul. 

Lebih menarik lagi apabila penyokong Dato’ Othman Abdul bukanlah satu-satunya tentangan yang bakal Mat Sabu hadapi, tetapi beliau juga perlu berhadapan dengan penyokong Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Seri Azizan Razak. 

Umum sedia maklum akan keretakan hubungan Azizan dengan Mat Sabu, melalui rangkaian Syiah yang membawa kepada Phahrolrazi, iaitu exco Kedah yang mencabar Azizan secara terbuka dan biadap suatu ketika dahulu. 

Azizan dikatakan cukup ‘pantang’ dengan kumpulan Syiah di dalam PAS, namun terpaksa bertolak ansur dengan mereka akibat campurtangan dari pusat.  Penyokong-penyokong PAS di Kedah majoritinya, memilih untuk berdiri di belakang Azizan.

Ini pasti menjadikan laluan untuk Mat Sabu menjadi sukar sekali gus meluaskan lagi peluang bagi Dato’ Othman Abdul untuk menang. 

Justeru, dengan sedikit kerja keras, kita pasti Dato’ Othman Abdul akan berjaya menumbangkan Mat Sabu di Pendang dengan mudah. 

Rasanya, tidak perlu diungkit kebebalan Mat Sabu, cukuplah membiarkan Mat Sabu membebalkan dirinya sendiri di dalam ceramah-ceramahnya.  Kita pasti, rakyat Pendang cukup waras untuk tidak memberi kemenangan kepada calon seperti Mat Sabu. 


Sumber:  Kiriman Beruang Biru

Othman Abdul WIll Bring Mat Sabu Down In Pendang

Othman Abdul WIll Bring Mat Sabu Down In Pendang

If PAS is a sane party, they would never let people like Mat Sabu get listed as senior leaders. If PAS is supported by sane people, there is no way Mat Sabu would be taken as a great speaker.

This is because sane people will never be able to accept to hear 'empty ceramah' given by Mat Sabu. However, this is how PAS is, followed by those who are insane.

Mat Sabu is famous among senior leaders of Syiah Movement in Kedah and the Syiah movement is said to be spreading fast after PAS took over Kedah as well as when Mat Sabu was appointed as Deputy President of the party.

Mat Sabu also until now fail to clear his name from his adultery scandal including the phone sex between his scandal  happens to be the wife of his own friend. Besides that, is also known to be DAP's  water-boy in implementing history-changing agenda, acknowledging communists as well as pushing Malays.

However, PAS still chooses to defend him.

Thus, is it wrong for us to refer to PAS as 'insane'?

As for the coming GE, Mat Sabu is listed to contest. It is previously said that Mat Sabu has been 'roaming around' looking for constituencies because things seem a little tough for him. In the end, PAS decided for Pendang Parliament for Mat Sabu, perhaps to prepare him as Religious Minister, if PR wins the GE.

PAS' action in not considering Dr. Hayati Othman who has been the assemblywoman for this constituency for two terms, proves how PAS believe that people in Pendang can be fooled easily.

In terms of facts,s PAS' confidence seem too high. We are convinced that people of Pendang are sane. From 1986 to 1999, the constituency was represented by UMNO via Datuk Othman Abdul.

PAS only took over when they placed their highest figure, Allahyarham Datuk Fadzil Noor in 1999. When Dato’ Fadzil Nor died, UMNO won the place and PAS only took back the constituency via Dr. Hayati in 2004, and she remained there until 2008.

Being there for two terms showed that Dr. Hayati is one of PAS' effective representatives. Thus, pushing her aside, to be replaced by Mat Sabu, a Syiah cum adulterer and water-boy for the kafir is a huge 'gamble' for PAS.

Especially when Mat Sabu has to face the three term seat holder, Dato’ Othman Abdul.

What is more interesting, Dato’ Othman Abdul's supporters are not the only thing which mat Sabu will have to face, he also has to face supporters of Kedah Chief Minister, Dato’ Seri Azizan Razak.

Everyone is aware with the broken relationship between Azizan and Mat Sabu, through Syiah channels which led by Phahrolrazi, Kedah exco who challenged Azizan in open and rude back then.

Azizan is said to hate the Syiah group in PAS, however, he had to tolerate with them due to intervention from central. PAS supporters in Kedah, mostly choose to stand behind Azizan.

This makes it hard for Mat Sabu, giving more chance to Dato’ Othman Abdul for the win.

Thus, with a little hard work, we are certain that Dato’ Othman Abdul will be able to bring Mat Sabu down in Pendang.

Lets not think about Mat Sabu's stupidity, lets just let him make a fool of himself in his ceramah. We are sure that rakyat in Pendang are sane enough to not give the win to candidates such as Mat Sabu. 

Sumber:  Kiriman Beruang Biru

Gandingan Mantap BN Kelantan, Mimpi Ngeri PAS

Gandingan Mantap BN Kelantan, Mimpi Ngeri PAS

PRU-13 kali ini ternyata BN Kelantan begitu serius untuk merealisasikan hasrat menawan kembali negeri ini apabila menampilkan barisan calon paling mantap dan terbaik bagi merebut 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi DUN.

Daripada 59 orang calon itu, 26 daripadanya adalah muka baru termasuk tiga untuk merebut kerusi Parlimen dan 23 orang lagi pemimpin pelapis ini akan berentap di kerusi DUN.

Ia menggabungkan muka baru dan pemimpin berpengalaman, terdiri daripada golongan professional, ulama dan pemimpin veteran yang rata-ratanya memiliki pengaruh tersendiri di kalangan masyarakat.

Gabungan ideal yang wujud atas kesedaran untuk satu proses hijrah ini menepati inspirasi rakyat Kelantan yang semakin hari telah membulatkan tekad untuk beralih arah sebagai hukuman lantaran kegagalan PAS mengurus tadbir negeri ini semenjak 23 tahun lalu.

Paling penting gandingan mantap melibatkan para pengalima UMNO seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Awang Adek Husin, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Annuar Musa pastinya akan memberi nilai tambah dalam mencorakkan sokongan untuk BN kelak.

Kesediaan mereka berganding bahu pastinya mengingatkan rakyat negeri ini dengan PRK DUN Galas yang mana ia terbukti menghasilkan sokongan padu yang membolehkan BN merampas kembali DUN tersebut dari PAS.

Berdasarkan trend semasa dan laporan risikan pelbagai sumber, BN diyakini berupaya menumbangkan PAS dalam PRU-13 ini apabila terus memperkukuhkan penguasaannya di 25 kerusi DUN serta semakin mantap sokongannya di 9 kerusi Parlimen.

Sementara PAS pula tika ini masih terkonteng-konteng berusaha memperbaiki kubunya yang terjejas di 17 kerusi DUN dan 5 kerusi Parlimen selain masih gagal dalam usahanya untuk merapatkan semula jurang sokongan di baki 3 kerusi DUN yang disifatkan kelabu hitam oleh BN.

Tidak syak lagi, dilihat pada senario hari ini tambahan pula dengan gabungan mantap pemimpin BN dalam PRU-13 ini, diadun pula dengan dukungan pemimpin setempat dan kebangkitan Gelombang Merah, nescaya PRU kali ini mimpi ngeri PAS Kelantan akan menjadi kenyataan.

Sumber:  Beruang Biru

Mampukah Mukhriz Menang di Kubu Kuat PAS?

Mampukah Mukhriz Menang di Kubu Kuat PAS?

Dato’ Mukhriz Mahathir adalah sebuah nama yang begitu sinonim dengan rakyat Kedah, terutama di pelusuk-pelusuk kampung.  Bagaimanapun, nama bapanya, nampaknya telah berlaku tidak adil kepadanya kerana walau sekuat manapun beliau bekerja, beliau tetap dituduh sebagai menumpang nama bapa.  Walaupun beliau merangkak dan menapak dari bawah, beliau tetap dituduh naik lif terus ke atas. 

Ini berlaku bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam apa jua yang dilakukannya, seperti berniaga. 

Tidak adil juga jika kita berkata bahawa nama bapanya tidak memainkan peranan langsung, tetapi itulah lumrah dunia di mana ‘nama’ memain peranan penting untuk menarik minat dan kepercayaan orang ramai, terutamanya dalam bidang perniagaan.  Namun, itu tidak bermakna beliau menyalahgunakan pengaruh itu, kerana terbukti beliau seorang yang arif tentang selok-belok berniaga dan bukannya berjaya tanpa berusaha.  Beliau juga pernah jatuh, bangun dan berhadapan dengan risiko, gagal serta bangun kembali. 

Oleh kerana pengalaman yang luas dan ‘berpeluang’ menghadapi sendiri apa yang dikatakan persaingan di alam perniagaan sehingga dikategorikan sebagai antara tokoh yang paling berjaya, maka Dato’ Mukhriz pastinya cukup memahami jerih perih rakyat biasa.  

Benarlah kata orang bijaksana, iaitu “ahli politik yang paling berkesan ialah ahli politik yang telah pun berjaya dalam bidang lain”.   

Walaupun Dato’ Mukhriz telah mengukir namanya sendiri dalam persada negara, namun beliau tidak pernah mengabaikan kawasannya.  Bukan sekali dua beliau bermalam di kampung-kampung rumah pemimpin cawangan malah berkali-kali.  Beliau juga tidak kekok turun ke hutan dan meranduk selut untuk menghayati kehidupan orang kampung sekali gus memahami masalah mereka dan menyelesaikannya.  Ini melenyapkan terus tuduhan bahawa beliau membawa imej ‘elit’ dan tidak sesuai dengan ‘keperibadian’ negeri Kedah. 

Apa yang menarik ialah, segala kerja kuatnya ini jarang sekali dilaporkan atau diketahui oleh sesiapa melainkan orang-orang kampung jua.  Oleh yang demikian, walaupun terdapat cakap-cakap negatif mengenai beliau di peringkat kepimpinan bawahan di Kedah, rakyat Kedah sendiri secara amnya, menadah tangan bersyukur dengan pencalonan Dato’ Mukhriz di DUN dan bukan Parlimen. 

Pendek kata, berita tersebut diterima rakyat Kedah sebagai doa yang telah dimakbulkan.  Ia juga turut membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib benar-benar mendengar suara rakyat walaupun terdapat usaha yang cukup giat dari beberapa pihak untuk menyekatnya.

Namun, satu perkara yang membuatkan rakyat Kedah agak ‘cuak’ ialah kawasan yang bakal ditandingi Dato’ Mukhriz dikatakan sebagai sebuah kubu PAS, iaitu DUN Ayer Hitam.  

Pada tahun 2008, Dato’ Mukhriz telah memenangi kerusi Jerlun dengan majoriti 2,205 manakala DUN Ayer Hitam yang berada di dalam Parlimen Jerlun dimenangi oleh Abdul Ghani Ahmad dari PAS dengan majoriti tipis iaitu 506 undi.  Dalam PRU 2004, DUN Ayer Hitam telah dimenangi oleh Othman Aziz dari BN dengan majoriti 860 undi.  Jumlah pengundi DUN ini dalam PRU tersebut ialah 24,939. 

Justeru, untuk menyatakan kawasan ini sebagai kubu kuat PAS mungkin masih boleh diperdebatkan.  Pastinya ada sebab musabab tertentu yang menyebabkan rakyat di DUN Ayer Hitam menukar pilihan mereka dari BN pada 2004 kepada PAS pada 2008. 

Berdasarkan fakta di atas, maka tidak mustahil rakyat DUN Ayer Hitam akan menukar kembali ke BN pada tahun 2013 ini, atas faktor Dato’ Mukhriz. 

Secara umumnya, harapan rakyat Kedah terhadap Dato’ Mukhriz amatlah tinggi dan sekiranya rakyat di DUN Ayer Hitam tidak membuat pilihan yang tepat, maka mereka pasti dianggap sebagai menghancurkan hati keseluruhan rakyat negeri itu. 

Kedah memerlukan suntikan semangat baru untuk keluar dari kepompong ‘selesa’ serta bangun memajukan diri selaras dengan pengiktirafan ibunegerinya, Alor Setar sebagai sebuah bandaraya lama dahulu.  Selama ini, ‘Bandaraya’ Alor Setar adalah bandar yang ‘mati’, tiada aktiviti.  Semenjak diambil-alih oleh PAS pula, yang hidup hanyalah pusat-pusat karaoke sahaja, sementara peluang pekerjaan lain masih tiada.

Kedah dikatakan hanya selangkah sahaja ke hadapan dari Kelantan dari segi mentaliti dan sosial.  Dari segi ekonomi juga, Kedah baru saja menjunam ke bawah akibat ketidakcekapan kerajaan PAS.

Dalam pada itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa cabaran untuk membangunkan Kedah dari segi ekonomi harus bermula dengan memajukan mentaliti rakyatnya terlebih dahulu. 

Hari ini, pusat-pusat pelancongan yang berpotensi di Kedah masih tidak mampu menepati namanya sendiri sebagai ‘pusat pelancongan bertaraf antarabangsa’.  Antaranya, Arus Deras Sedim, Pantai Merdeka, Kuala Kedah dan berbagai-bagai lagi.    Hotel-hotel dan resort yang ada di Kedah juga dikatakan masih belum mampu menyaingi taraf profesionalisme hotel-hotel di kawasan pelancongan negeri lain seperti Melaka, Kuantan dan sebagainya.  Semua ini berkait rapat dengan ‘mentaliti’. 

Satu-satunya kawasan yang tampak ‘bertenaga’ di Kedah ialah Langkawi.

Dari segi pelaburan pula, Kedah turut menjunam selepas diambil alih oleh PAS.  Menteri Besar Kedah yang ada kini, langsung tidak pernah membuat pertemuan dengan para pelabur sedia ada mahupun terlibat dalam misi-misi pelaburan negeri. 

Oleh itu, dengan ketokohan Dato’ Mukhriz sebagai usahawan berjaya, kita pasti ‘menjana ekonomi’ bukanlah cabaran besar baginya, tetapi ia mungkin menjadi sukar sedikit kerana perlu terlebih dahulu menangani cabaran ‘mentaliti’ orang-orang sekelilingnya dan rakyat Kedah sendiri. 

Kedah amat memerlukan Dato’ Mukhriz untuk memulihkan kembali segala kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh PAS.  Sesungguhnya, kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh parti itu selama sepenggal, bukanlah sedikit. 

Dan jika PAS masih terus kekal memerintah di Kedah selepas PRU ini, maka Kedah pasti akan kembali ke 20 tahun ke belakang, sehingga memerlukan berpuluh tahun lagi untuk pulih sepertimana di bawah BN sebelum ini. 

Hari ini, rakyat Kedah seolah-olah meletakkan semua harapan terhadap Dato’ Mukhriz ke atas bahu pengundi di DUN Ayer Hitam.  Harapan yang sama juga diletakkan ke atas bahu pemimpin-pemimpin BN, jentera parti, termasuk mereka yang tidak tersenarai sebagai calon, untuk membantu ‘meletakkan yang hak ditempatnya’ demi kebaikan semua. 


Sumber:  Beruang Biru


Parlimen Marang: Pertarungan Yahya Khatib Lawan Hadi Awang

Parlimen Marang: Pertarungan Yahya Khatib Lawan Hadi Awang

Sempena PRU-13 ini, PAS boleh mengucapkan selamat tinggal pada angan-angannya untuk menawan kembali Terengganu meskipun semenjak pasca PRU-12 2008 parti itu agak aggresif memanipulasi masalah kepuakan dalam UMNO Terengganu.

Dalam keadaan di mana UMNO Negeri semakin mantap perpaduannya dan para panglima serta anak buahnya sepakat mengetepikan sengketa sesama sendiri, sukar sekali untuk PAS mengambil kesempatan untuk mengulangi sejarah PRU-10 1999 dulu.

Menyedari hakikat itu, tidaklah pelik apabila PAS kini lebih memfokuskan usaha untuk mempertahankan Parlimen Marang demi menjaga maruah Presidennya, Abdul Hadi Awang bagi mengetepikan tanggapan umum bahawa pengaruh Hadi kian luput di kalangan rakyat Terengganu.

Pada PRU-12 2008 yang lalu, Hadi bernasib baik berjaya menawan semula Parlimen Marang menjadikan ia satu-satunya kerusi parlimen yang dikuasai PAS di Terengganu. Itu pun majoriti kemenangannya hanya dengan kelebihan 2,747 undi sahaja.

Sebelumnya pada PRU-11 2004, Hadi tewas di tangan Giant Killer, Datuk Abdul Rahman Bakar. Satu sejarah hitam yang hingga saat ini sukar diterima hakikatnya oleh PAS.

Pada PRU-13 ini pula pencabar Hadi ialah Datuk Yahya Khatib, yang merupakan EXCO Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita diyakini bakal mengulangi sejarah hitam yang pernah dialami Presiden PAS itu pada PRU-11 2004.

Pertarungan di Parlimen Marang pada PRU-13 ini antara Hadi dengan Yahya boleh diumpamakan seperti gergasi melawan kancil, secara kasar ia kelihatan condong memihak kepada Hadi tapi realiti semasa tidak sebegitu.

Dengan track rekod Yahya yang berjaya menurunkan peratusan kadar kemiskinan di kalangan rakyat Terengganu, di samping aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta mempunyai hubungan mesra dengan penduduk setempat, jelas sekali beliau adalah sandaran terbaik untuk BN merampas semula Parlimen Marang.

Hadi yang berbekalkan kemenangan majoriti 2,747 undi pada PRU-12 sukar untuk meningkatkan sokongan pengundi kali ini apatah lagi sejak akhir-akhir ini semakin ramai ahli dan penyokong PAS beralih arah dan mula mendekatkan diri dengan UMNO termasuklah di kubu kuatnya dalam DUN Rhu Rendang.

Semua empat DUN dalam Parlimen Marang menunjukkan aliran sokongan pengundi berpihak kepada BN, malah para pengundi baru termasuk mereka yang merupakan anak kepada penyokong kuat PAS pun cenderung untuk menyokong UMNO dan mengundi BN.

Jika senario semasa dijadikan sandaran menilai kedudukan BN dan PAS, nyata Yahya berada dalam posisi yang baik untuk membenamkan Hadi sekaligus bakal digelar sebagai Giant Killer yang baru.

Seandainya ia menjadi kenyataan, selepas PRU-13 pastinya Hadi bakal berdepan dengan kemelut dalaman parti yang parah dan menjadi titik noktah kepada hayat politiknya kelak.

Sumber:  Beruang Biru

Can Mukhriz Win In PAS Stronghold?

Can Mukhriz Win In PAS Stronghold?

Dato’ Mukhriz Mahathir has been a name which seem synonymous with rakyat of Kedah, especially in rural areas. However, his father's name, is not giving him any justice because no matter how hard he works, he would still be accused of using his father's name. Even though he started from the bottom, he is still accused of having taken the easy steps.

This does not just happen in politics, it happens to anything he does, including business.

It would not be fair for us to say that his father's name did not play any significant role to anything he does, but that is the nature of things where 'names' play important role in gaining attention and trust from people. However, that does not mean that he abuses such influence, because it has been proven that he really knows how to do business. He did fall, get back up, face risks, failed, and got back up.

Thanks to his vast experience in facing all the competition in business world that he is described as one of the most successful entrepreneur, Dato’ Mukhriz definitely understand the things rakyat has to go through.

It true what wise men say,"the most effective politicians are the ones who are successful in other fields".

Even though Dato’ Mukhriz managed to build his own name in the country, he never ignored his constituency. He stayed over in rural homes of branch leaders for multiple times. He also do not have any problem in going through jungles to see issues involving people in rural areas, and solves those issues. This rejects all claims saying that he bring the 'elite' image as well as the image which is not suitable with the 'character' of Kedah state.

The interesting part is, most of his work are rarely reported or known by anyone but those who live in the rural areas. That is why, even when he is hit with negative claims, rakyat of Kedah are grateful over Dato’ Mukhriz's candidacy in state assembly seat instead of Parliament.

In short, the news is welcomed by people of Kedah as their prayers are finally answered. This also proves that Dato’ Seri Najib do listen to voice of rakyat despite of the work of few who tried to block him.

However, another thing which makes people of kedah a little 'nervous; would be the news saying that the constituency contested by Dato’ Mukhriz is said as PAS' stronghold, DUN Ayer Hitam.  

In 2008, Dato’ Mukhriz won Jerlun seat with 2,205 majority while DUN Ayer Hitam, under Jerlun Parliament, was won by Abdul Ghani Ahmad from PAS with close majority of 506 votes. In 2004 GE, DUN Ayer Hitam was won by Othman Aziz from BN with majority of 860 votes. The number of voters for the DUN during the GE was 24,939.

Thus, to claim this constituency as PAS stronghold seem debatable. There should be a reason why rakyat in DUN Ayer Hitam decided to change their vote from BN in 2004 to PAS in 2008.

Based on the fact above, it is not impossible that rakyat in DUN Ayer Hitam might change back to BN for 2013, on factor of Dato’ Mukhriz.

Generally, rakyat of Kedah's hope over Dato’ Mukhriz is very high, and if rakyat in DUN Ayer Hitam do not make the right decision, they will definitely described as disappointment for rakyat of the whole state.

Kedah needs a new spirit to get out of its 'comfort zone' and start to develop its capital city, Alor
Setar. All these while, Alor Setar has been a 'dead city', no activity. And since it is taken over by PAS, the only thing that is alive are karaoke centres, and other job opportunities are still not available.

Kedah is said to be only a step in front of Kelantan in terms of mentality and social. In terms of economy, Kedah has just fallen thanks to PAS government's bad inefficiency.

Meanwhile, it is not too much for us to say that the challenge to develop Kedah in terms of its economy should begin by developing the mentality of its rakyat first.

Today, potential tourist centres in Kedah still cannot reach 'international standard'/ They include Arus Deras Sedim, Pantai Merdeka, Kuala Kedah etc. Hotels and resorts in Kedah still unable to get in line with the standard of professionalism of hotels in other states such as Melaka, Pahang etc. All of these are linked with 'mentality'.

The only place which seem 'energetic' in Kedah is Langkawi.

In terms of investments, Kedah also seem to have fallen soon after being taken over by PAS. Current Kedah Chief Minister never made any meetings with current investors or even get involved with state investment missions.

That is why, Dato’ Mukhriz's leadership as a successful businessman is needed to develop the economy. It might be tough at first because he would first need to solve the mentality of people around him as well as people of Kedah.

Kedah really need Dato’ Mukhriz to restore all the destruction and damage made by PAS. The destruction made by the party, even only for a single term, is devastating.

And if PAS Kedah remain in power after this GE, Kedah will definitely go in reverse, that it would require years before it is restored to how it was when led by BN.

Today, people of Kedah seem to be putting their hope on Dato’ Mukhriz on the decision of voters in DUN Ayer Hitam. The same hope is placed on BN leaders, party machinery, including those who are not listed as candidates, to help give the state to the rightful owner, for the betterment of everyone.

Sumber:  Beruang Biru

Anwar Hina Masyarakat Tambun

Anwar Hina Masyarakat Tambun

Apakah hinanya nama ‘Tambun’ atau kawasan ‘Tambun’?  Kenapakah ‘Tambun’ perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan ‘Tambun’? 

Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak, khususnya Tambun. 

Alasannya ialah seorang ‘lebai’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’.   Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya. 

Alasan Anwar ternyata bukan sahaja menyakitkan hati masyarakat Tambun tetapi juga membangkitkan kemarahan rakan-rakan di dalam PR.  Antaranya, Lim Kit Siang dilaporkan ‘mengamuk’ dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini.   Calon bagi kerusi Tambun kini diberikan kepada Siti Aishah iaitu Ketua Serikandi PKR Perak. 

Soalnya, bagaimanakah seorang ‘bakal PM’ boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding?  Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan?

Sebagai seorang ‘bakal PM’, Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang telah tersinggung.  Alasan dangkal seperti ‘nama tempat’ adalah terlalu umum dan tidak relevan dalam situasi di mana Anwar ingin menjadi PM.   Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri, sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun. 

Sikap Anwar memperlekeh nama tempat menunjukkan tahap sebenar pemikiran Anwar yang masih terbawa-bawa dengan kejutan budaya, ingin dilihat hebat sentiasa serta bimbang dipandang rendah.  Dalam kata lain, Anwar mengalami ‘inferiority complex’. 

Ini bukanlah mengejutkan kerana Anwar turut dikesan mempunyai berbagai masalah psikologi yang lain antaranya tidak berpijak di bumi nyata dan sering berimaginasi yang dirinya berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemimpin bertaraf dunia.  Oleh kerana itu, beliau sering menyamakan dirinya dengan Ghandi, Mandela dan Suu Kyii. 

Apapun, hakikat sebenarnya, tiada sebesar hama pun persamaan antara Anwar dengan tokoh-tokoh tersebut.  Mana mungkin seorang yang masih tidak yakin dengan latarbelakang diri dan takut dikaitkan dengan nama tempat yang kurang menarik, layak menjadi pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri? 



Sumber  Beruang Biru

DAP IS TRULY CHAUVINISTIC, MALAY VOTERS MUST BE AWARE OF THIS

DAP IS TRULY CHAUVINISTIC, MALAY VOTERS MUST BE AWARE OF THIS

Truth be told, DAP’s Malaysian Malaysia is just a sham as the party fields Chinese candidates in almost all the constituencies it is contesting, shedding its so-called multi-racial image.

Even issues being highlighted concern Chinese issues, devoid of Malays or Indians related issues that could at least reflect its so-called multi-racialism struggle and membership.

The general election has open up DAP’s real intention of participation – not for the people but for only one race – and that support for Anwar Ibrahim as Prime Minister is only a facial make-up.

DAP is not interested in struggling for the loud cry of fair and just society but instead for its narrow politics of race and family – the family of Lim Kit Siang and not to forget Karpal Singh.

The rest in the ship are mere passengers who can be thrown out anytime and anywhere – the Lim father and son have no qualms about doing that – just like most Hong Kong movies on triad society where ‘killing’, in this sense political killing,  is everyday business.

Aspan Alias, not a leader in Umno Kuala Pilah, not even a committee member in the division but has his name bandied at national level among Malaysians, joined DAP after being frustrated with Umno.

Claiming not being ‘treated well’, nobody knows exactly what he meant because he was not even a leader at division or branch level, joined DAP in January 2012 with the hope the chauvinistic party would raise his level in the ‘political community’.

But he is now disappointed – of course he would tell anyone he is disappointed for fear of shame and being ridiculed – because he is not chosen as a candidate, not even at state level.

Aspan is of course not alone as there are other Malays and Indians in DAP who are now disappointed but do not show it openly.

With such background, voters who do not like Barisan Nasional (BN) for whatever reasons should not be too quick to vote for DAP or PKR or PAS because DAP is the partner of the two parties, whose leaders could not care less of DAP’s chauvinistic principles and philosophy.

Leaders of the two parties are only interested in defeating the BN and walk over to Putrajaya, devoid of the thought that the future position of the Malays they lead will be reduce to just another race without any privileges and benefits after sharing the country with other races.

Malay voters must bear in mind that this coming general election is not just about Malay dominance but deeper than that is Malay position as the Master or Tuan of the country.

Sumber:  Beruang Biru

Tranformasi PM BN

Tranformasi PM BN

Telah banyak usaha dan giat kerajaan terutamanya melalui inisiatif Datuk Seri Najib Razak sendiri bagi memastikan keseimbangan semua kaum dapat dicapai. Antara usaha yang telah dilaksanakan ialah termasuk program Transformasi yang menyentuh kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.

Sokongan kepada PM dapat dilihat peningkatannya terutamanya akhir-akhir ini. Tidak ketinggalan kaum Cina yang semakin bersatu dan menyokong penuh barisan kepimpinan di bawah pemerintahan Najib. Menyentuh mengenai kaum Cina ini, golongan mudanya telah menampakkan satu sisi yang positif dimana mereka lebih bersikap terbuka dan matang. Ini adalah kerana usaha PM sendiri yang mengambil pendekatan mendekati rakyat melalui media sosial.

Dan perkara itu telah memberi impak yang besar melibatkan golongan muda kaum Cina dari segi penerimaan mereka. Keterbukaan dan kematangan yang ditunjukkan dilihat positif kerana ternyata ianya disambut baik oleh mereka.

Antara usaha-usaha PM yang menggunakan media sosial ialah berinteraksi secara langsung bersama PM seperti melalui Twitter dan Facebook. Secara hakikatnya, ini merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat dan membolehkan mereka berhubung tanpa had.

Ramai maklum bahawa generasi muda sekarang lebih gemar sesuatu yang bersifat 'up to date' kerana ianya seiring dengan perkembangan mereka. Hasil usaha PM untuk berinteraksi melalui laman sosial, kini golongan muda Cina kini lebih berminat untuk mengambil tahu tentang politik tempatan.

Satu lagi kesan jangka panjang yang baik untuk BN terutamanya dalam memastikan mereka berada seiring dan sejalan dengan generasi muda. Secara tidak langsung, mereka turut mengagumi sikap PM yang lebih terbuka dan peramah. Ini mendapat reaksi dan perhatian dari Presiden Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) Tan Sri Pheng Yin Huah. Menurut beliau, PM amat memahami jiwa dan aspirasi golongan muda.

Oleh sebab itu, banyak inisiatif yang diambil PM dan kerajaan sendiri bagi memenuhi kehendak bakal tunggak pimpinan negara ini. Mereka adalah aset yang perlu dijaga dengan elok dan rapi agar kesannya dapat dirasai pada masa akan datang.

Golongan muda tidak kira apa jua kaum dan bangsa perlu diberi pendedahan dan maklumat yang cukup agar timbang tara dan penilaian dapat dilakukan mereka. Ini penting bagi memastikan mereka memahami sepenuhnya perjalanan pentadbiran sesebuah negara melalui sebuah kerajaan.

Sumber:  Beruang Biru

Manifesto BN sangat praktikal – Presiden ISIS Malaysia

Manifesto BN sangat praktikal – Presiden ISIS Malaysia

Pengarah kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia Steven Wong buat kali kedua telah memuji Manifesto BN yang beliau anggap sebagai praktikal dan terperinci.

Dalam kajian terbaru, beliau telah mencadangkan idea membuat senarai semak untuk menilai dasar yang dibentangkan oleh BN dan PR dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Dalam senarai semak yang dicadangkan itu, beliau telah menyenaraikan enam perkara untuk dijadikan sebagai asas penilaian. Antara enam perkara itu adalah praktikaliti.

Praktikaliti ini bermaksud keupayaan sesuatu parti untuk melaksanakan segala dasar yang telah dijanjikan di dalam manifesto masing-masing.

Dalam kriteria ini, BN telah menjelaskan secara khusus bagaimana mereka akan melaksanakan janji mereka yang meliputi 17 bidang apabila mereka menunjukkan apa yang sudah dibuat pada 5 tahun sebelum ini dan apa yang mereka akan buat dalam masa 5 tahun akan datang. Jelas.

Dalam kriteria intensif, kerajaan telah melakukan dengan tepat apabila pemberian bantuan BR1M terus kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ini kerana bantuan kewangan itu adalah amat munasabah. Pemberian ini sangat fokus dan mereka yang betul-betul layak sahaja yang menerimanya.

Seterusnya kita beralih kepada kriteria inovasi. Intipati dan kunci untuk memenuhi segala aspek dalam manifesto adalah dengan pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan, dinamik serta inovatif kerana tanpa asas ekonomi yang kukuk, negara akan menjurus ke lembah kehancuran.

Semua sasaran akan hanya menjadi impian semata-mata. Semua sudah jelas pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi kita tidak tahu apakah strategi pertumbuhan PR. Ianya langsung tidak dijelaskan di dalam manifesto mereka.

Manifesto BN dengan jelas menyebut bahawa mereka menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala.

Tetapi ada juga beberapa perkara yang di mana BN dan PR tidak merancang dengan betul dari segi aspek kesalingbergantungan. Kelemahan ini gagal dijawab oleh kedua-dua pihak. Sektor pengangkutan, infrastruktur, perumahan mampu milik; apakah kesannya terhadap imbangan bayaran luar semasa negara? Mereka tiada jawapan.

Manifesto BN dan PR perlu lebih terperinci untuk menunjukkan dengan lebih yakin bahawa ianya tidak akan mengakibatkan berlakunya kehancuran belanjawan dan keperluan membuat pinjaman.

Dan yang terakhir, menyedari betapa pentingnya langkah yang diambil untuk menangani ketidakadilan sosial, Stevan berharap, Malaysia tidak bersikap terlalu pemurah, yang akhirnya boleh menyebabkan lahirnya sebuah negara berkebajikan yang bukan seperti yang diinginkan.

Sumber:  Beruang Biru

KIT SIANG IS FALLING DOWN AND SO IS ANWAR IN PERMATANG PAUH

KIT SIANG IS FALLING DOWN AND SO IS ANWAR IN PERMATANG PAUH

Many people asked will Gelang Patah be the burial ground for Lim Kit Siang and the answer is a positive yes.

The reason is simple – Kit Siang is just a leader of a Chinese chauvinistic party who does not service his constituency where he contested as he is too busy ‘barking’ the purported struggles of the race when the people including the Chinese are busy making ends meet in their daily life.

Kit Siang was once needed by the Chinese to voice their grievances in Parliament where at that time the country has no technology that can relay their grievances to the leadership.

The party that represent them in the ruling coalition MCA was doing a good job but there were constraints – considering Malaysia is multi-racial where the needs of one’s race must go hand-in-hand with the needs of other races.

That is called sharing and distributing equally depending on the number and locations.

In today’s Malaysia, with the advent of technology – emails, twitter, facebook and whatsapp and so on – the voices in Parliament are no longer needed much because the ruling party can listen and communicate with the people directly through the devices mentioned.

Communication is no longer confined but more widespread now and no one race or person will feel left out or sidelined as the modern technology devices can highlight their plight loud and clear and direct to the leadership.

Given such background, Kit Siang is indeed ‘killing himself’ if he thinks the Chinese community still needs his voice in parliament by contesting Gelang Patah.

Miscalculation is always the weakness of leaders who are too ego to admit they may be wrong despite being experienced and exposed.

The lack of deep analysis on today’s technology to relay one’s grievances and make them stand out to be heard has Kit Siang in a fixed.

To opt out would be shameful and he is already in the ring waiting for the bell to ring to start the fight.

And he is not alone as his counterpart Anwar Ibrahim is also in a shaky position in Permatang Pauh, Penang.

Anwar felt the ground shaking but he has no choice because there is no place for him to contest with more and more of his party supporters leaving.

Anwar’s calculation that Permatang Pauh is still with him is just an imagination of yesterday’s scene and the current situation has overtaken yesterday’s events.

Artikel kiriman Beruang Biru

Gelang patah kubur LKS

Gelang patah kubur LKS

DAP nampaknya mengambil langkah untuk menyerang kubu kuat UMNO iaitu di Johor dengan menghantar Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah. Namun, apa yang bakal terjadi, ini adalah langkah Kit Siang yang dilihat sebagai menempah kubur sendiri.

Kit Siang akan berentap dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam pilihan raya akan datang ini. Dan ini sekali gus memperlihatkan sebagai medan terakhir beliau untuk berada di dalam pilihanraya.

Analisis yang dijalankan oleh Tun Mahathir melalui blognya berkenaan mengapa Lim Kit Siang berminat untuk mencemarkan Gelang Patah ada relevannya. Sebagai parti yang berselindung disebalik parti berbilang kaum, nyata agenda sebenar mereka adalah untuk menghapuskan politik bangsa Melayu.

Dan dengan mengambil keputusan untuk bertanding di Gelang Patah adalah antara langkah mereka dalam memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka juga berniat untuk menghapuskan kerjasama yang berasaskan sikap “perkongsian” antara bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia.

Jadi di mana letakknya parti yang kononya memperjuangkan semua kaum itu. Inilah kotornya DAP termasuk pemimpinnya, dan inilah salah satu komponen Pakatan Rakyat.

Oleh itu, BN meletakkan harapan kepada Dato’ Ghani Othman untuk menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang dan agenda chauvinis DAP. Ini adalah sebagai satu langkah untuk memastikan terbunuhnya kesenangan salah seorang kepimpinan DAP.

Dan sekurang-kurangnya dapat memadamkan semangat chauvinis di dalam parti itu. Menurut mantan PM itu juga, Singapura dikatakan memberikan bantuan kepada DAP untuk merampas Johor.

Sehingga satu tahap, Singapura memberikan cuti dua hari kepada rakyatnya bagi membantu jentera pilihanraya DAP. Mereka turut memberikan elaun kepada jentera-jentera PAP yang akan membantu DAP pada PRU13.

Sampai begitu sekali agenda dan permainan kotor DAP, sehingga melibatkan mereka yang berada di seberang.

Tetapi percayalah, keputusan penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding bagi kerusi Gelang Patah pada PRU-13 ini boleh dilihat sebagai langkah penamat kepada karier politik pemimpin veteran pembangkang itu.

Sejarah 27 tahun lalu akan berulang apabila pengundi Gelang Patah menolak Kit Siang yang merupakan pemimpin veteran pembangkang yang kononnya amat digeruni.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dijangka akan mengalami nasib sama seperti mendiang Tan Sri Lim Chong Eu apabila karier politiknya berakhir selepas dikalahkan Kit Siang 27 tahun lalu.

Apa yang berlaku pada Tan Sri Lim Chong Eu akan terjadi pada Lim Kit Siang kali ini. Jadi, sama-sama kita nantikannya.

Artikel kiriman Beruang Biru

BN Mampu Tawan Semula Selangor


Insya-Allah Saya Akan Tumbangkan Anwar


Optimis Rampas Kedah


Semangat Pemimpin Muda BN


Semangat Pemimpin Muda BN


Chua Jui Meng bagai orang gila kempunan jawatan Ahli Parlimen

Chua Jui Meng bagai orang gila kempunan jawatan Ahli Parlimen

Tindakan Pakatan Rakyat meletakkan Datuk Chua Jui Meng di kawasan Parlimen Segamat hanyalah sebagai tindakan belas kasihan selepas Pengerusi PKR Johor itu merajuk apabila kerusi yang diidamkannya iaitu  Gelang Patah dirampas DAP dengan meletakkan Lim Kit Siang.

Malah beliau juga selepas pengumuman Kit Siang bertanding di Gelang Patah dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meghilangkan diri selepas bertikam lidah dengan Pengerusi DAP Dr Boo Cheng Hau berebut Gelang Patah. Amat menyedihkan apabila Jui Meng juga mengeluarkan kenyataan secara terbuka beliau tidak lagi "memiliki rumah" selepas segala usahanya di Gelang Patah dicantas begitu sahaja oleh Kit Siang.

Atas dasar itulah PR memberikan kerusi Segamat untuk ditandinginya, bukan kerusi Gelang Patah mahupun Bakri yang pernah diwakilinya sejak lima penggal sebelum menyertai PR. Umum menyedari Jui Meng meninggalkan MCA selepas kedudukannya sebagai Naib Presiden dicabar dalam pemilihan parti yang menyaksikan beliau gugur.

Meletakkan Jui Meng di Segamat juga tidak menjanjikan kemenangan untuk PR kerana kawasan Dr S Subramaniam itu merupakan kubu kuat Barisan nasional (BN) dan banyak pihak melihat tindakan PR meletakkan Jui Meng di Segamat adalah untuk menamatkan karier politiknya.

Perkara itu turut disahkan Ketua Pemuda MCA Bahagian Bakri, Lee Ching Yong yang berkata, strategi meletakkan Datuk Chua Jui Meng sebagai calon di Parlimen Segamat dan bukan Gelang patah pada hakikatnya hanya mahu membunuh karier politiknya.

Lebih mengejutkan Jui Meng juga tidak kisah sekiranya kalah di Segamat dan hanya mahu bertanding kerana itu menunjukkan beliau hanya gilakan kedudukan dan pangkat. Beliau juga berkata PRU13 adalah medan terakhirnya dalam politik. Apa yang boleh dilaksanakan pemimpin pembangkang yang umum mengetahui akan bersara? Kosong! itulah perumpamaan paling tepat. Malaha, beliau juga dilihat sambil lewa dalam menerima kerusi berkenaan.

Jika beginilah sikap beliau, tidak seharusnya pengundi Segamat memilih beliau yang tamak kuasa dan kedudukan. Taktik Chua Jui Meng merajuk dan memekak berjaya juga akhirnya apabila beliau dicalonkan oleh Pakatan Rakyat untuk Parlimen Segamat.  Ini juga membuktikan Pakatan Rakyat dipenuhi pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri seperti Chua Jui Meng.

Kenyataan beliau bahawa beliau tidak kisah samada menang atau kalah di Segamat jelas menunjukkan sikap beliau yang hanya mahukan kerusi dan jawatan sehingga sanggup timbulkan pertelingkahan bersama DAP.

Artikel kiriman:  Beruang Biru

Wednesday, April 17, 2013

Zuraida sahkan surat palsu Yusuf Qardhawi wujud?

Zuraida sahkan surat palsu Yusuf Qardhawi wujud?

Pilihan raya dah semakin dekat, dan pemimpin pembangkang mula terdesak mengumpul sokongan demi memastikan mereka terus dapat memegang tampuk kuasa dan angan-angan ke Putrajaya.

Ternyata apa yang dikatan Zul Nordin menjadi kenyataan apabila Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin mula "menjual" cerita ulama dunia Dr Yusuf Qardhawi memberikan surat kepada Anwar Ibrahim dan mengatakan hanya Anwar yang layak memerintah Malaysia.

Dr Yusuf Qardhawi tidak mengundi di Malaysia lah Zuraidah!

Ia dilihat strategi Pakatan Rakyat untuk menarik undi kumpulan pengundi Melayu dengan menggunakan sentimen ulama dan agama. Mungkin mereka terdesak sehingga terpaksa menunjukkan seolah-olah mendapat sokongan orang luar.

Atau mereka tidak percaya dengan ulama negara ... yalah, semua ulama dah mula menolak PAS, dan ulama PAS pula tak boleh harap. Sudah-sudahlah Zuraidah ... ingatlah nasib bertanding pun belum tentu menang di kerusi Ampang.

Rakyat Malaysia bukan bodoh sangat nak percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan Zuraidah. Mungkin Dr Yusuf Qardhawi sendiri pun tak tahu bila dia keluarkan surat itu. Saja si Zuraidah ni nak jaja cerita.

Zulkifli Noordin sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat akan menyebarkan risalah palsu yang mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Beliau turut mendakwa menerima salinan risalah bertarikh 2 Mac, didakwa sebagai surat dari ulama berkenaan yang mengandungi sokongan kepada Anwar.

Menggunakan nama Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ini merupakan politik terdesak Anwar untuk ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang.

Perlumbaan untuk menggunakan nama ulama besar tersebut dalam kempen politik di Malaysia bermula apabila kumpulan penyokong Anwar giat menyebarkan rakaman berhubung fatwa yang dikeluarkan Dr Yusuf  terhadap pertuduhan Liwat II yang dihadapi oleh ketua pembangkang.

Anwar dalam ceramahnya juga sering mengulangi fatwa oleh Ketua Ulama Islam Sedunia itu, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Sibuk-sibuk Zuraidah mengesahkan kewujudan surat berkenaan, pemimpin PAS pula menolak campurtangan orang luar dalam arena politik negara.

Mana satu ni? Siapa punya cakap kita boleh percaya? pening-pening

Kemudian bila bertelagah sesama parti komponen, buat mesyuarat dan keluar satu resolusi "bersetuju untuk tidak bersetuju."

Sumber:  Beruang Biru

500,000 rakyat Selangor seranah Khalid Ibrahim

500,000 rakyat Selangor seranah Khalid Ibrahim

Kelemahan Khalid Ibrahim mentadbir Selangor semakin jelas apabila gagal menangani isu air di Selangor sehingga menyebabkan rakyat mengalami kesukaran menjalankan urusan seharian. Kumpulan ahli perniagaan mula merungut apabila terpaksa menanggung kerugian ekoran masalah air yang tidak dapat diselesaikan Khalid, sedangkan air adalah sumber utama bukan sahaja untuk perniagaan, tetapi juga kepada rakyat biasa.

Kedegilan Khalid apabila lebih rela mempolitikkan isu air daripada menyelesaikannya amat dikesali rakyat Selangor, malah beliau juga telah membuatkan rakyat Selangor semakin menyampah dengan Pakatan Rakyat. Khalid pula sibuk menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta menjadikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai mangsa sedangkan puncanya adalah kelemahan pentadbiran beliau sendiri.

Beliau juga seringkali menafikan Selangor tidak mempunyai masalah air, sedangkan 500,000 penduduk Selangor terseksa apabila tidak menerima bekalan air selama empat hari. Daripada menyelesaikan isu air Khalid pula sebaliknya meluluskan pembinaan projek solar : SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.

Lebih mengejutkan, projek itu dilaksanakan melalui runding terus yang melibatkan kepentingan pemimpin DAP seperti Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP, Kok Chee Keong yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut, dan diluluskan hanya dalam tempoh lapan hari selepas dicadangkan.

Mungkin Khalid mempunyai masalah membuat pilihan ataupun sengaja memekakkan telinga untuk menyelesaikan maslaah air penduduk Selangor. Bukan sehari dua isu air ini menjadi perhatian rakyat, sebaliknya pentadbiran Khalid cuba menyalahkan Syabas apabila menuduh syarikat konsesi air itu gagal menjalankan tanggungjawab sedangkan beliau telah menghalang syarikat itu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Kemudian keluarkan idea untuk teknologi membran dan lebih teruk lagi nak beli Syabas. Apa cerita teknologi membaran? Apa cerita nak beli Syabas? Mana satu pilihan Khalid juga tidak dapat dipastikan ... makin caca marba pentadbiran Khalid. Kerajaan Negeri Sembilan cuba membantu namun ditolak mentah-mentah.

Bodoh sombong. itulah yang paling tepat untuk Khalid, lebih mementingkan diri sendiri daripada kepentingan rakyat. Mungkin bila rumah beliau sendiri tiada air baru menyesal tidak diteruskan Projek Langat 2.

Sumber:  Bruang Biru

Raja Drama Anwar Ibrahim terus Burukkan Negara Di Mata Asing

Raja Drama Anwar Ibrahim terus Burukkan Negara Di Mata Asing

Anwar Ibrahim nampaknya semakin tidak waras dan untuk ingat pada asal usul di mana dia dilahirkan dan dibesarkan pun semakin terhakis menipis. Mungkin dia lebih selesa dan seronok untuk tidak berada di negara yang sudah cukup permai dan sentosa seperti Malaysia ini.

Menurut Anwar, Malaysia ini sudah menjadi sebuah negara yang tidak lagi selamat untuk didiaminya, alasannya kerana ada pihak yang cuba untuk membunuh beliau. Itu diucapkan Anwar dalam sebuah wawancara bersama FT.com di Paris.

Dan di situ juga Anwar Ibrahim mengambil peluang untuk  terus memburukkan negara sambil mengeluarkan fakta-fakta yang salah tentang Malaysia kepada wartawan asing. Beliau juga berkata program “affirmative action” untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum adalah hasil idea beliau.

Seronok betul mengaku sesenang hati, orang lain membanting tulang nak melaksanakan, dia pula menjaja nama. Sudahlah dituduh Malaysia bukan negara demokrasi yang sebenar.

Nak demokrasi bagaimana lagi, nak Bersih kita bagi sampai tiga siri. Nak berhimpun kita sediakan tempat. Sampaikan nak berkempen pun, kita dah bagi peluang bentang manifesto selama 10 minit dalam tv. Tapi, ditolaknya mentah-mentah.

Yang dia nak, reformasi....jangan jadi seperti Arab Spring sudahlah. Malaysia dah cukup aman dan makmur. Cuma ada pihak yang suka buat huru hara cucuk isu kaum. Beliau juga menuduh sistem kehakiman Malaysia sebagai kejam dan berkata beliau telah diseksa dalam penjara, dan ramai lagi pesalah-pesalah yang diseksa dalam penjara di Malaysia.

Itu tuduhan, yang dia punya auta tak kira pula. Diberi racun arsenik lah, disuntik darah HIV lah, sakit tulang lah. Tapi, sampai sekarang masih sihat berkempen berceramah jauh lewat malam.

Kalau diikutkan, sudah arwah insan bernama Anwar Ibrahim ini. Tahap arsenik 77 kali ganda dalam badan, sepatutnya beliau akan serta merta mati.

Disuntik darah HIV, tiga tahun paling lama untuk hidup..sampai sekarang ok lagi..

Sakit tulang belakang, ehhh...atas pentas bukan main lincah menari.. Memang Drama King! Dalam wawancara tadi tu, Anwar kata beliau lebih selesa berada di luar negara kerana tidak perlu bimbang diganggu atau dibunuh.

Kenapa tak duduk sahaja diam-diam di luar negara, duduk bermastautin di sana. Rehat cukup-cukup dari penyakit yang kat atas tadi. Tapi ni masih ligat lagi pergi seantero Malaysia, tak ada yang nak membunuh pun... Kamu yang nak bunuh diri kamu sendiri saudara Anwar Ibrahim..

Jangan nak berdrama lagi, sudah-sudah lah tipu diri sendiri. Sampai bila nak begini.



Sumber:  Beruang Biru

Tak habis-habis penyokong pembangkang keluar parti

Tak habis-habis penyokong pembangkang keluar parti

Sebelum ini 600 ahli PKR Kuantan, termasuk penggerak jentera Fuziah Salleh meninggalkan PKR. Kali ini giliran 100 ahli PAS dan PKR kawasan Anwar Ibrahim di Permatang pauh meninggalkan parti dan ini menjadikan Anwar semakin tertekan untuk bertanding di sana. Sudahlah Papagomo juga akan bertanding di sana, ditambah dengan tindakan keluar parti itu, Anwar semakin gelabah. Penyokong Anwar itu juga sah menyertai Umno sejurus meninggalkan Pakatan Rakyat. Orang sendiri pun sudah tidak ingin lagi degan Anwar.

Mereka beramai-ramai menyerahkan borang menyertai UMNO di hadapan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said.  Mereka yang terdiri daripada golongan muda pembangkang di kawasan Parlimen Permatang Pauh dilihat memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kerana tidak lagi sebulu dengan pimpinan parti.

Kesemua 100 Pemuda Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari cawangan Titi Timbul dan Kubang Hulu di sini mengisytiharkan diri keluar dari parti itu dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd. Said berkata, kesemua bekas ahli pembangkang itu bertindak keluar parti selepas kecewa dengan wakil rakyat pembangkang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dan Penanti yang didakwa mengabaikan soal kebajikan penduduk di kawasan itu.

Kelemahan kepimpinan dan mengabaikan tanggungjawab juga menjadi perkara pokok kenapa mereka tinggalkan pembangkang.

Malah, permohonan bantuan untuk bina surau pun tiada di negeri Pulau Pinang dipimpin Guan Eng itu apabila permohonan mereka ini diabaikan  setelah berjanji untuk membina surau bagi penduduk flat di sana.

Sebelum ini 100 ahli Pas dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak.

Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut.

Jelas mereka rasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu.

Perubahan prinsip Pas semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan PKR sehingga sanggup menggadai akidah orang Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah juga menjadi punca mereka meninggalkan PAS.

Keangkuhan Nik Aziz juga menurut bekas penyokong itu semakin jelas apabila mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia sedangkan beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat.

Sumber:  Beruang Biru

Pemimpin Pembangkang Masih Guna Sentimen Yusuf Qardhawi

Pemimpin Pembangkang Masih Guna Sentimen Yusuf Qardhawi

Mutakhir ini, ramai menjadi saksi pertelingkahan dan perbalahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) melibatkan ketiga-tiga buah parti komponen pakatan pembangkang itu. Antara kes yang terbaru sekarang ialah berkenaan perebutan kerusi di antara PAS, DAP, dan PKR. Masing-masing berebut nak kan kerusi di tempat yang diidamkan. Apa lagi sekarang PSM dah mula mengorak langkah untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat membentuk satu lagi komponen dalaman.

Tetapi, ramai mana pun yang bergabung dalam PR nampaknya parti itu gagal mencapai kata sepakat dan perpaduan. Ini dilihat sebagai satu kelebihan untuk BN menyusun strategi dalam memastikan pilihan raya kali ini memberi kelebihan untuk mereka.

PR kerap begaduh dan berbalah, tak masuk lagi perbalahan dalam PKR sendiri, sesama ahli sahaja dah berbulu. Calon mana-mana kerusi pun masih belum dapat diperhalusi inikan pula nak tentukan siapa yang selayaknya jadi Perdana Menteri jika mereka berjaya merampas kerajaan.

Mereka ini dilhat sebenarnya membawa agenda masing-masing dan tidak menetapkan satu matlamat yang jitu dalam membawa Pakatan Rakyat mengharungi pilihan raya. Banyak pertelingkahan yang secara terangnya menunjukkan bahawa masing-masing ada dan punya agenda tersendiri dan tidak akan berlakunya perbicangan diantara mereka.

Seperti baru-baru ini, Anwar tunjukkan lagi dia punya keras kepala dan kuku besi. Kononya Ulama tersohor dunia, Dr Yusof Al Qardhawi menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Tuan Guru Hadi Awang pula bertegas tidak perlu ada campur tangan luar dalam menentukan siapa yang perlu jadi PM, kan dah terang bahawa mereka tidak ada kesepakatan.

Kalau tidak, masakan Hadi tak nak jumpa minta sokongan dengan ulama tersebut. Ini lah perbalahan dalam PR yang dilihat sebagai satu kelebihan untuk UMNO, mereka teruskan berbalah dan dalam masa yang sama sempat lagi menyalahkan UMNO dalam semua hal yang terjadi seperti video seks Mustafa Ali.

Namun UMNO tetap steady kerana ini sebenarnya kelebihan mereka bersikap tenang untuk memberi mereka lebih ruang untuk fokus dan tumpuan bagi menempuh pilihan raya.

Sekarang UMNO hanya perlu fokus pada manifesto dan masa depan negara, biar mereka terus berbalah, biar mereka jadi luncai yang terjun dengan labu-labunya...biarkan....

Sumber:  Beruang Biru

Pasukan Transformasi BN Harapan Rakyat

Pasukan Transformasi BN Harapan Rakyat

Tiada siapa yang dapat memuaskan hati semua orang, itulah hakikat kehidupan yang perlu diterima oleh semua manusia yang waras dan matang.  Lebih-lebih lagi dalam memperkatakan tentang calon pilihanraya, di mana ia melibatkan hati rakyat keseluruhan, golongan majoriti, minoriti serta ahli-ahli politik sendiri. 

Hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 dan sedikit masa lagi kita mungkin akan berpeluang membezakan antara ahli politik yang waras dan matang dengan yang tidak.   Ini kerana, mana mungkin kesemua yang terlibat berpuas hati dengan keputusan Perdana Menteri tidak kira walaubagaimana bijak, baik, ikhlas atau bersih pun calon yang terpilih itu.

Kadangkala, ketidakpuasan hati itu bukan kerana mempunyai masalah dengan calon, tetapi hanya kerana mempunyai kepentingan diri untuk meletakkan orang lain atau mungkin juga, diri sendiri.  Namun, kewarasan dan kematangan seharusnya membantu kita menerima keputusan seadanya bagi membolehkan kita bergerak ke hadapan. 

Dengan memberi berbagai alasan untuk tidak menerima hakikat dan enggan bergerak ke hadapan, dengan sendirinya membuktikan bahawa orang sebegini sememangnya tidak layak untuk dicalonkan. 

Sebagai rakyat, kita berpeluang memilih yang terbaik dan menolak yang tidak waras dan tidak matang itu.  Nampaknya, Dato’ Seri Najib telah mencuba sedaya upaya untuk menampilkan yang terbaik dengan mengambil kira suara akar umbi dan rakyat keseluruhan. 

Jika kita asyik merungut dengan sikap segelintir pemimpin kecil BN yang mengada-ngada, sombong, korup dan bodoh, tetapi di masa yang sama kita juga tidak sanggup mengundi pembangkang yang jauh lebih jahat, korup dan bodoh lagi, maka inilah masanya kita memberi sepenuh sokongan kepada pilihan Dato’ Seri Najib. 

Kita juga sering merungut mengenai bagaimana personaliti yang berpotensi dicantas dan ditolak sejak di peringkat bawahan, malah daripada peringkat penyerahan borang keahlian lagi.  Mereka yang berpelajaran tinggi disekat kerana bimbang mengatasi Ketua Cawangan dan Bahagian.   Mereka yang kuat bekerja, rajin, amanah dan ikhlas diketepikan kerana bimbang akan terserlah ‘bintangnya’ sehingga menampakkan betapa bertentangannya sikap tersebut dengan penggalas jawatan yang sedia ada.  Sehinggakan akhirnya, semua jawatan politik di isi oleh mereka yang kebanyakannya sudah tidak relevan lagi.  Akibatnya, yang tidak tahu dan tidak mahu bekerja terus berada di atas sehingga menimbulkan rasa benci dan muak rakyat terhadap UMNO/BN. 

Justeru, keputusan Dato’ Seri Najib untuk meletakkan 45% muka baru bagi kerusi DUN dan  33% bagi Parlimen, membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib benar-benar serius dalam membawa transformasi ke dalam Barisan Nasional.  Selain itu, sejumlah 91% yang tercalon mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma ke atas. 

Jelas, Dato’ Seri Najib sedar bahawa untuk survival parti, BN perlu mengutamakan suara rakyat dari suara segelintir mereka yang tidak berpuas hati. 

Objektif BN ialah berkhidmat untuk rakyat, bukan pemimpin-pemimpin Bahagian, Cawangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa mahupun Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan mereka.  Dan objektif yang sama wajib dipegang oleh semua calon-calon yang terpilih kali ini.  Buktikan yang anda adalah pilihan yang tepat. 

Bagi mereka yang tidak terpilih, bukan bermakna semuanya tidak bagus, tidak menunjukkan prestasi yang baik atau tergolong dalam golongan yang tidak matang dan tidak waras tadi.  Tidak dapat dinafikan kemungkinan ada pilihan yang tidak begitu tepat, namun terimalah itu sebagai takdir yang pasti ada hikmahnya.  

Lagipun, jika benar anda seorang yang matang, waras dan masih relevan, maka buktikanlah ia dengan cara meneruskan perjuangan walaupun tidak dicalonkan.   Jika itu juga sukar untuk dilakukan, maka bersaralah dengan cara terhormat, sebagai seorang manusia yang berpendirian.  Sekiranya benar anda seorang yang berkebolehan seperti yang anda war-warkan, maka yakinlah rezeki ada di mana-mana dan bukannya hanya melalui politik. 

Sedarlah bahawa politik hari ini bukan lagi seperti 15 tahun dahulu di mana sedikit kelemahan tidak akan membawa padah yang besar.  Hari ini politik menjangkaui sempadan kawasan dan negara.   Jika tersalah langkah, negara, bangsa dan agama menjadi taruhan.  Oleh itu, ini bukan masanya untuk kita memikirkan tentang diri sendiri dan beremosi, tetapi lihatlah transformasi ini sebagai langkah pertama ke arah sebuah bangsa yang berilmu, matang, berprinsip dan bermaruah. 



Sumber:  Beruang Biru

Ariff Sabri Bakal Berkubur Di Raub

Ariff Sabri Bakal Berkubur Di Raub

Parlimen Raub yang mempunyai 49.12% pengundi Melayu, 43.51% pengundi Cina, India 6.48% dan lain-lain 0.90% telah dimenangi BN pada PRU12 2008 dengan majoriti 2,752 undi melalui calonnya, Dr. Ng Yen Yen menewaskan Abu Bakar Lebai Sudin dari DAP.

Kawasan itu umumnya dianggap oleh DAP sebagai satu kerusi yang berpotensi dimenanginya dalam PRU 13, justeru itu untuk merealisasikannya DAP menaruh besar kepada calon kitar semula Ariff Sabri Abdul Aziz bagi merampas Parlimen Raub dari genggaman BN.

Ia mungkin satu kebanggaan bagi Ariff Sabri kerana tindakannya keluar dari UMNO pada Januari 2012 semata-mata untuk mengintai peluang menjadi calon DAP akhirnya berbaloi dengan pengesahannya sebagai pembawa panji DAP bagi Parlimen Raub.

Namun harapannya untuk menang hakikatnya terlalu menggunung tinggi dan langsung tak terdaya dipikul oleh Ariff Sabri, apatah lagi bekas ADUN Pulau Manis (2004-2008) itu bukanlah seorang yang berpengaruh malah hubungannya dengan rakyat Pahang juga terlalu besar jurangnya.

Sewaktu Ariff Sabri menjadi Wakil Rakyat selama sepenggal pun jasa baktinya tak terasa dek rakyat setempat dalam DUN Pulau Manis, inikan pula mahu menyumbang bakti untuk penduduk yang jauh lebih besar dalam Parlimen Raub.

Lawannya di Parlimen Raub iaitu EXCO Kerajaan Negeri, Dato' Hoh Khai Mun bukannya kecil anak, sebaliknya merupakan pemimpin MCA yang cukup berkaliber dan cukup dihormati ramai kerana kerja buatnya yang bermanfaat untuk rakyat tanpa mengira kaum.

Hoh Khai Mun yang juga merupakan bekas ADUN Bilut dan kini adalah Ketua MCA Bahagian Bentong dijangkakan tidak berhadapan laluan sukar untuk mengekalkan Parlimen Raub dengan majoriti yang lebih besar pada PRU kali ini.

Berdasarkan trend sokongan semasa, BN berpeluang mengekalkan penguasaannya di dua daripada tiga DUN dalam Parlimen Raub dengan undi yang lebih selesa selain memberi tentangan sengit kepada DAP di kerusi DUN N7 Tras serta berpeluang mengurangkan majoriti kemenangan DAP di situ.

Dengan rekod perkhidmatan Hoh Khai Mun, trend sokongan umum yang semakin memihak kepada BN di seluruh negara termasuk di Parlimen Raub, tidak syak lagi ia merupakan mimpi ngeri untuk DAP dan Ariff Sabri pastinya akan terkubur di Raub sekaligus menjadi noktah akhir hayat politiknya.

Sumber:  Beruang Biru

“Financial Times, A Malaysian Story”: Sebuah Kisah Dongeng Dari Anwar Ibrahim

“Financial Times, A Malaysian Story”:  Sebuah Kisah Dongeng Dari Anwar Ibrahim

Financial Times baru-baru ini telah menyiarkan sebuah kisah tentang Malaysia, ditulis oleh Simon Kuper seorang kolumnis bahagian sukan berdasarkan wawancaranya dengan Anwar Ibrahim di sebuah hotel mewah, iaitu Hotel Bristol di Paris, Perancis.  Seorang penganut Judaism, beberapa tulisan Kuper turut tersiar di dalam Jewish Chronicle sebelum ini. 

Entah kenapa seorang kolumnis sukan mewawancara ahli politik pembangkang Malaysia adalah satu misteri yang tersendiri.  Dan kenapakah seorang ahli politik tegar perlu melawat Paris ketika demam pilihanraya begitu hangat di negaranya, adalah satu lagi misteri.  Itu belum lagi disebut tentang bagaimana beliau mampu menanggung perbelanjaan lawatan tersebut. 

Wawancara itu bermula dengan sebaris lagu lama, yang dinyanyikan oleh Anwar di mana jika kita tidak mengenali beliau, maka kita mungkin menyangka yang Kuper sebenarnya mewawancara seorang penyanyi.  Tetapi, bagi yang mengenali Anwar, ‘seorang pelakon’ adalah lebih tepat untuk menggambarkan dirinya. 

Kuper tidak bertanyakan Anwar tentang ‘sepak-takraw’ atau ‘silat’ atau mengenai sukan lain di Malaysia, tetapi membawa pembaca kepada sebuah kisah dongeng dari seorang yang selamanya menjadi ‘bakal Perdana Menteri Malaysia’. 

Untuk Kuper, Anwar membuatkan kisahnya berbunyi seolah-olah beliau merupakan seorang mangsa penganiayaan yang telah dihumban ke dalam penjara bawah tanah Alcatraz.  ‘Kurungan Pengasingan’ adalah ayat yang digunakan untuk menggambarkan kehidupan di penjara Malaysia selama 6 tahun atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.  ‘Menyanyi’ merupakan satu-satunya cara untuk menenangkan diri dan kerana itulah beliau gemar menyanyi, katanya. 

Tentu sekali, Anwar menafikan semua tuduhan walaupun ketiga-tiga hakim dari Mahkamah Rayuan telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka yakin Anwar bersalah tetapi terpaksa melepaskan beliau kerana mangsa yang masih trauma dan takut, telah tidak dapat mengingati tarikh jenayah berlaku dengan tepat.  Ingatlah bahawa Anwar sebelum itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang mempunyai kawalan ke atas polis dan pihak berkuasa yang lain. 

Pastinya Kuper telah terlepas pandang akan surat-surat, tulisan dan pesanan yang dihantar oleh Anwar kepada dunia luar dari dalam ‘kurungan pengasingannya’.  Kerananya, kerajaan Malaysia pada ketika itu terpaksa berhadapan dengan berbagai tekanan dari barat yang percaya, atau memilih untuk percaya bahawa Anwar tidak bersalah.  Pun begitu, suaranya tidak pernah disekat dan beliau bebas berkata apa sahaja yang beliau suka. 

Jelas, Anwar telah tidak menyebut fakta bahawa beliau ditempatkan dalam ‘sel kelas pertama’ dengan keistimewaan ‘tukang urut ‘on-call’’ bagi memastikan beliau sentiasa ‘sihat’ ketika di penjara. 

Anwar juga menggambarkan dirinya sebagai seorang bijakpandai dan terbuka dengan memberitahu Kuper bahawa beliau menjadi seorang yang banyak membaca ketika di penjara.  Antara lain beliau membaca Injil, Lao Tse, Shakespeares dan bermacam-macam lagi.

Selain dari butiran yang menarik ini, mana-mana wartawan politik yang lain pasti akan merasakan keseluruhan wawancara tersebut adalah ‘standard’ atau telah dijangka dari Anwar Ibrahim.  Tetapi, pastinya tidak begitu bagi seorang wartawan sukan seperti Kuper. 

Wawancara tersebut ternyata hanya berkisar dari kisah yang sama di mana Anwar menuduh Malaysia sebagai mengamalkan demokrasi olok-olok dan bahawa Ketuanan Melayu adalah masalah utama bagi negara ini.  Cuma, pada kali ini Anwar menambah sedikit lagi iaitu kononnya semua pesalah di penjara Malaysia disiksa.  Sebolehnya, Anwar menggambarkan Malaysia sebagai terkebelakang, tidak bertamadun, kejam, tidak demokratik dan korup serta berada dalam kemiskinan dan ketidakstabilan selamanya.  

Dan bukanlah Anwar Ibrahim namanya jika beliau tidak turut menokok tambah kisah drama aksi tentang dirinya dipasang pepijat dan mungkin dibunuh pada bila-bila masa sahaja.   

Tentu sekali juga, Anwar sengaja tidak menyebut tentang bagaimana beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk kampung dan bandar untuk berkempen dan berceramah sepanjang masa.  Malah, beliau juga pernah menggunakan kenderaan awam, kononnya untuk meninjau keadaan rakyat sebagaimana seorang Perdana Menteri beraksi dalam program mendekati rakyat.  Dalam semua siri jelajah, ceramah dan tinjauan itu, tiada satu pun percubaan untuk menyepak kakinya agar tersungkur, apatah lagi membunuhnya.  Namun, Anwar terus hidup dalam imaginasinya kononnya beliau adalah seorang yang paling berpengaruh di dunia.  Oleh itu, beliau akan menggunakan begitu ramai pengawal peribadi pada bila-bila masa beliau terasa ingin menunjuk-nunjuk. 

Hakikatnya, Malaysia langsung tidak sepertimana yang digambarkan Anwar.  Negara ini sentiasa aman sehingga dicemburui oleh jiran-jirannya serta dicontohi oleh negara bermasyarakat majmuk yang lain.  Ekonomi negara juga kekal kukuh dan rakyat cukup gembira dengan transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri. 

Justeru, mungkin Kuper belum lagi menyedarinya, iaitu bahawa Anwar adalah seorang yang ‘sakit’.  Dari cara beliau merujuk kepada ‘Shah Iran’, ‘Vladimir Putin’, dan dalam banyak ceramahnya, turut menyebut ‘Ghandi’, ‘Mandela’ dan ‘Suu Kyii’ sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau sedang berilusi.  Beliau nampaknya benar-benar percaya yang beliau layak berada dalam liga yang sama dengan para lagenda tersebut. 

Akhir-akhir ini beberapa media barat sudah mula menyedari hakikat ketidakstabilan Anwar.  Pernah sebuah media barat menggelarnya sesumpah kerana sering berubah pendirian dan sikap bergantung kepada siapa di sekelilingnya.  Kerana itu, hari ini kita boleh mendapati senarai sekurang-kurangnya ratusan orang yang rapat dengannya yang telah meninggalkannya.  Mereka juga mengakui telah tertipu dan terpedaya dengan dongeng dan lakonannya.  Antara mereka termasuklah peguam-peguamnya, pembantu-pembantunya, rakan-rakan karibnya dan juga penyokong tegarnya.

Anwar memberitahu Kuper bahawa beliau datang dari keluarga biasa.  Beliau memanggil jiran bukan Melayunya sebagai ‘uncle’ atau ‘auntie’ sebelum menyertai persatuan pelajar Islam di Universiti dan kemudiannya UMNO.  Ini diceritakan bagi menunjukkan sifat beliau yang tidak rasis. 

Untuk pengetahuan Kuper, semua orang Malaysia memanggil jiran bukan Melayu mereka yang lebih tua sebagai ‘uncle’ atau ‘auntie’.  Ia merupakan budaya negara ini dan tiada apa-apa yang signifikan tentangnya lagi. 

Sebaliknya, Anwarlah yang sebanarnya memperkenalkan perkauman di kalangan komuniti Melayu ketika beliau memegang jawatan Mengeri Pelajaran.  Beliau juga yang memperkenalkan baju kurung dan tudung sebagai seragam sekolah bagi mewujudkan ruang pemisahan antara Melayu dan bukan Melayu.  Sehingga ke hari ini, kenyataannya yang bersifat prejudis terhadap kaum Cina di awal tahun 80an masih tersimpan kemas dan boleh dicapai di Youtube.  Hakikatnya, beliau dijemput ke dalam UMNO bagi mengimbangi ektremisme dan rasisme PAS pada ketika itu. 

Anwar juga mengkritik DEB kononnya ia menyebabkan yang kaya semakin kaya, iaitu orang-orang UMNO. 

Jika Kuper membuat sedikit kerjarumah sebelum berjumpa Anwar, tentu beliau boleh bertanyakan Awnar bagaimana DEB menguntungkan bapanya, abangnya, kakak dan adiknya, rakan-rakannya termasuk teman-teman tidurnya sehinggakan kesemua mereka menjadi kaya sekelip mata apabila beliau menjadi Menteri Kewangan.  Jika ia merupakan satu polisi yang buruk yang membawa kepada korupsi, nepotisme dan kronisme, maka ia adalah kerana Anwar yang mempeloporinya. 

Oleh itu, rakyat Malaysia tidak mungkin menggelar Anwar sebagai Bapa Politik Wang jika beliau bukan ‘pengasas’nya. 

Dan jika Kuper membuat sedikit kerjarumah juga, beliau pasti tahu bahawa pembangkang di Malaysia telah memenangi 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas, iaitu prestasi terburuk Barisan Nasional.  BN juga tidak pernah memenangi Kelantan sejak 20 tahun lalu. 

Jika BN begitu korup dan mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas media, sistem kehakiman, polis dan segala-galanya, maka tidak mungkin parti ini akan mengalami keadaan yang dipanggil ‘prestasi terburuk’ itu.   Dan tidak mungkin Anwar akan terlepas dari dakwaan?  Atau lebih dari itu, kenapa BN harus membiarkan Anwar hidup begitu lama?  Kenapa tidak dibunuh saja sejak 15 tahun lalu daripada membiarkan beliau mengganggu, mengacau dan menyusahkan kerajaan setiap hari? 

Pendek kata, jika BN begitu kejam dan berkuasa, kenapa tidak ‘diselesaikan’ sahaja Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi? 

Apapun, kita faham, bagi seorang wartawan sukan, Kuper tidak mungkin mampu bertanyakan soalan-soalan tersebut.  Tetapi, kita pasti, dalam beberapa tahun lagi, seperti juga semua wartawan lain, Kuper akan mula menyedari bahawa beliau telah sebenarnya mewawancara seorang yang ‘sakit’ dan ‘berilusi’ akibat tidak dapat menerima hakikat kegagalan menjadi Perdana Menteri.


Sumber:  Beruang Biru

Financial Times, A Malaysian Story: The Tale of Anwar Ibrahim from his Own Imagination

Financial Times, A Malaysian Story:  The Tale of Anwar Ibrahim from his Own Imagination

Financial Times had had a story about Malaysia, just recently, written by Simon Kuper, a sports columnist, following an interview with Anwar Ibrahim at a luxurious Hotel Bristol, Paris, France.  A Judaism, some of Kuper’s writings, among others, have also been published in the Jewish Chronicle.

Now, why would a sports columnist, interviewed a Malaysian opposition politician, is a mystery in itself.   And why would a compulsive, almost neurotic, politician would go to Paris when the election is in full swing is another mystery, not to mention how he could afford such expensive travel.   

The interview began with a line from a 1960’s song sung by Anwar, that if we didn’t know any better, would have thought that Kuper was actually interviewing a singer.  But for those who know Anwar well, ‘an actor’ would be a better description of him.  

Kuper didn’t ask Anwar about our ‘sepak-takraw’ or ‘silat’ or whatever sports we have here in Malaysia, but instead, he brought to the readers the Tale of a Forever Malaysian Prime Minister Wannabe.   

To Kuper, Anwar made it sound like he was a victim of tyranny who was thrown down the dungeon of Alcatraz. ‘Solitary confinement’ was his exact words of being locked up in Malaysian jail for 6 years for sodomy and corruption charges.   ‘Singing’ was his only escape and that was why he began the interview with a song, so he said.

Of course, Anwar denied the charges even though all the 3 judges in the Court of Appeal made it clear that they believed he was guilty as charged but had to let him go due to the fact that the still-traumatized-and-scared victim had the dates confused as the crimes happened years ago.  Bear in mind that Anwar was before then, the Deputy Prime Minister cum Home Minister whereby all the police and authorities were under his control.     

I guess Kuper must have missed Anwar’s writings and letters and messages that he sent out to the world every now and then from that ‘solitary confinement’.  Malaysian government had to deal with all sorts of pressure from the west who believed or decided to believe Anwar’s cry of innocence.  Even so, his voice was never blocked and he was free to say anything and claim anything he liked. 

Obviously, Anwar had left out the fact that he got a ‘first class cell’ with an ‘on-call beautiful male masseuse’ to ensure of his ‘health’ while in ‘confinement’ – thanks to the generosity of his enemies who put him there.   

Anwar portrayed himself to be a man of wisdom, unprejudiced and intelligent by telling Kuper how he became a big reader in jail and read the Bible, Lao Tse, Shakespeares and God knows what. 

Apart from these interesting ‘details’ other political journalists would find the overall content of the interview as predictably classic of Anwar Ibrahim.   But not to a sports journalist like Kuper, of course. 

The interview came out to be nothing but the same old stories where Anwar accused Malaysia as a ‘sham democracy’ and that ‘Malay supremacy is the major problem’.   Only this time, Anwar even went a little farther by claiming that all the prisoners in Malaysian prisons are tortured.   All the while painting a picture of Malaysia in Kuper’s head, as the most backward, uncivilized, undemocratic and corrupt country that is doomed to be in poverty and instability forever. 

And it wouldn’t be Anwar Ibrahim to not include a suspense thriller drama of him being bugged or could be murdered at any time while back home.

Of course, Anwar too, left out the fact that he has been in every kampung and city in Malaysia, in and out of the country like nobody’s business, all year round.  He even took a trip on the train just to feel how it’s like to be a Prime Minister on one of a ‘get-close-to-the-people’ program.   And during all those trips and visits and talks, no attempt whatsoever was ever made to even trip him over, what more to murder him.   Still, Anwar lives in this dream of being the world-most-influential figure.  Sometimes, whenever he feels like it, he would have numbers of bodyguards around to show off. 

Malaysia is nothing like Anwar described.  This country has always been the most peaceful country, an envy of its neighbors and an example for all multiracial countries.  The economy has been good and the people are happy with the transformations introduced by the Prime Minister. 

So, just in case Kuper hasn’t realized, Anwar is sick.  The way he quoted the names ‘Shah’, ‘Putin’ and at many other times, ‘Ghandi’ ‘Mandela’ and ‘Suu Kyii’ in his talks back home, is a vivid proof of his delusional.   He somehow thinks that he fits to be in the same league with these legends.  

Lately, quite a number of western medias have finally come to realize the fact of Anwar’s instability.  Once he is referred to as ‘the chameleon’ for the many characters that he plays.  Because of that, todate, we can list out at least a hundred of his closest acquaintances who had chosen to abandon him and confessed of being misled and manipulated by his stories and acts.    They are his lawyers, his assistants, his close friends and his hard-core supporters. 

Anwar told Kuper that he came from an ordinary family where everything was innocent and pure.  He called his non-Malay neighbours ‘auntie’ and ‘uncle’, before he ran into an Islamic student association, then straight to UMNO. 

Well, for Kuper’s information, everybody in Malaysia called their elderly non-Malay neighbors or strangers ‘uncle’ and ‘auntie’.  It’s just our culture and there’s nothing significant about it. 

In fact, it was Anwar who introduced racism among the Malay community back when he was the Minister of Education.  He was the one who introduced the wearing of ‘baju kurung’, a Malay traditional dress as school uniform and then, head-covers for the girls just to emphasize the importance of differentiating the Muslims and non-Muslims.   Up till today, we can still find his prejudice remarks back in the early 80s, towards the Chinese on Youtube.  In fact, he was actually ‘invited’ to join UMNO specifically to balance up the extreme Islamic and racist force of PAS at the time. 

Anwar had also condemned the Affirmative Action saying that it only helps the rich to get richer and those are, the people in UMNO. 

If only Kuper did some homework before meeting Anwar, he would be able to ask Anwar about how the affirmative action had benefited his father, brothers and sisters and friends including his many sleeping partners and made them filthy rich in no time at all when he was the Minister of Finance.  If affirmative action was a bad policy that led to corruption, nepotisme and cronisme, then it was Anwar who made it so. 

Malaysians don’t refer to Anwar as the ‘Father of Money Politics’ for no reason, you know.   

And if Kuper did some homework, he would also know that the Oppositions in Malaysia had won 4 states in the last election, which was the worst ever performance of National Coalition (BN).  And that BN had never won back Kelantan, since 20 years ago.  

If BN is as corrupt and is in full control over the media, the judiciary system, the police and everything else, could it be such thing as ‘the worst performance’ for the party?

And if so, do you really think that Anwar would be acquitted at all?  Or better yet, why would BN let him live?  Why is he not murdered yet after 15 years of dedicating his life to disturb, irritate, annoy and creating all sorts of trouble for the BN government? 

If BN is as cruel and powerful, why not just ‘finished him off’ back in 1998?

Anyway, we understand that as a sports journalist, Kuper might not be able to ask such questions as he is obviously new in politics.  But I’m sure in a few years time, like everybody else, Kuper too, would to realize that he had actually interviewed a very sick, delusional man.


 Sumber:  Beruang Biru  

Nik Aziz Perlekeh Sultan Johor

Nik Aziz Perlekeh Sultan Johor

Beberapa hari lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto khusus untuk negeri Johor yang bertemakan "Johor Maju dan Berkebajikan" di Hotel New York di Johor Bharu. Antara intipati utamanya ialah jawatan Menteri Besar hanya dipegang selama dua penggal sahaja.

"Ini salah satu cadangan yang paling bersejarah sebab jawatan menteri besar itu dihadkan kepada dua penggal sahaja ... macam presiden Amerika.

"Sebab kita merasakan mereka yang memegang kuasa terlalu lama akan cenderung untuk melakukan 'power corrupt'," demikian kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau ketika berucap dalam majlis tersebut.

Menariknya pelancaran manifesto serba unik ini dijayakan dan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 5 penggal berturut-turut.

Kehadiran Nik Aziz bererti MB Kelantan itu bersetuju dengan intipati manifesto PR Johor, ia juga seakan bermaksud Nik Aziz mahu mengajar rakyat Johor cara berpolitik. 

Tambah unik lagi, majlis pelancaran manifesto ini turut disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sudah berpuluh tahun menguasai parti itu seumpama mengemudi sebuah syarikat hak milik keluarga.

Memang menarik, unik dan pelik, bukan begitu? Tapi ia tidak begitu mengejutkan, kerana sudah tabii semula jadi pemimpin PR untuk berjanji dan bercakap tanpa melihat kelemahan yang mereka sendiri miliki.

Tapi tak mustahil, hakikat sebenarnya PR Johor khususnya pemimpin DAP negeri itu sengaja menekankan isu MB dua penggal sekadar untuk menyindir Nik Aziz sambil sinis menempelak Lim Kit Siang.

Apa pun, sama ada BN atau PR, hakikatnya hak mutlak penentuan siapa yang akan mengisi jawatan itu hanya akan diputuskan oleh DYMM Sultan Johor. Parti yang menang hanya berhak membawa nama calon tapi yang akan mengisi jawatan itu kelak tetap di tangan DYMM Sultan Johor.

Demikian juga berapa penggal seseorang itu menjadi MB, ia tetap memerlukan perkenan DYMM Sultan Johor. Baginda tahu berapa lama seseorang itu wajar menjadi MB di negeri yang di perintah oleh Baginda.

Nik Aziz yang sudah berpenggal-penggal menjadi MB di Kelantan sepatutnya tidak perlu campur tangan di negeri orang dengan melancarkan manifesto PR yang menetapkan berapa lama seseorang itu boleh menjadi MB di negeri Johor.

Ia seperti satu penghinaan terhadap rakyat Johor, dan sengaja mahu memperlekehkan kuasa DYMM Sultan Johor. Serahkan saja soal pemerintahan negeri kepada rakyatnya. Siapa Nik Aziz untuk menentukan itu dan ini?

Lagi pun nampak sangat canggungnya seperti ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus apabila Nik Aziz yang sudah lima penggal menjadi MB tiba-tiba mahu memaksa rakyat Johor menerima idea seseorang MB hanya berhak memegang jawatan itu selama dua penggal sahaja.

Sumber:  Beruang Biru

Laman ‘Suara PR’ Milik Azmin?

Laman ‘Suara PR’ Milik Azmin?

Sebuah Laman web pro-Pakatan Rakyat iaitu Suara Pakatan Rakyat telah banyak kali menimbulkan kontroversi apabila mengeluarkan artikel-artikel yang bertentangan dengan arus pemikiran masyarakat malah langsung tidak mengambilkira sensitiviti agama mahupun kaum dalam membentangkan hujah. 

Beberapa kali laman tersebut membangkitkan kemarahan golongan-golongan tertentu antaranya, suku kaum di Sabah Sarawak malah menghina wira negara, Kanang Anak Langkau, memperlekehkan Ulama tersohor Malaysia, Allahyarham Dr. Uthman AlMuhammady, menyokong LGBT dan lain-lain lagi. 

Akibatnya, pihak Pakatan Rakyat berusaha menafikan bahawa laman tersebut milik mereka dan beberapa kali membuat kenyataan rasmi serta memberi amaran kepada penyokong mereka agar menjauhi laman tersebut.  Namun, yang peliknya, apabila saja berlaku kontroversi dan pemimpin mereka membuat kenyataan akan menarik balik artikel tertentu, maka artikel tersebut pun ditarik balik oleh admin laman tersebut.  Ini membuktikan wujudnya saluran terus antara admin laman itu dengan pemimpin atasan PR. 

Sehingga kini, tiada yang tampil mengakui bahawa laman kontroversi itu adalah miliknya manakala penyokong-penyokong PR pula memilih untuk menuduh laman tersebut sebagai sebahagian dari propaganda UMNO. 

Tuduhan tersebut jelas menunjukkan yang penyokong-penyokong PR kebanyakannya berada dalam keadaan penafian terhadap hakikat sebenar parti yang dijulang mereka iaitu menyokong LGBT, liberalisme serta pluralisme.   Sedangkan perjuangan ini adalah perjuangan azali Anwar Ibrahim. 

Dari maklumat paling dalam dan ‘paling halus’, kita mendapat tahu bahawa laman ini adalah milik Azmin Ali dan digunakan sebagai pencetus cara pemikiran baru masyarakat Malaysia yang berlandaskan kebebasan tanpa had.   Melalui laman ini juga, pihak Azmin atau Anwar, memantau penerimaan masyarakat terhadap cara pemikiran baru ini.

Harapan mereka, suatu hari nanti, masyarakat Malaysia tidak lagi akan ‘fobia’ terhadap kebebasan dan kelainan dalam berbahasa, tingkahlaku atau budaya.  Ini disokong oleh kenyataan Anwar di Australia baru-baru ini yang menuduh rakyat Malaysia mengalami sindrom ‘xenophobia’ iaitu takut kepada dunia luar atau apa yang asing dengan budaya kita. 

Adalah mustahil bagi Anwar untuk menerapkan cara pemikiran baru ini melalui kenyataan rasmi atau ceramah-ceramah terbuka kerana beliau pasti akan dikecam hebat oleh masyarakat.  Walaupun begitu, Anwar telah beberapa kali ‘tersasul’ membela LGBT serta berdolak dalih tentang orientasi seksnya sendiri, namun penyokong PR masih lagi pura-pura tidak mendengar atau tidak memahaminya. 

Anwar sebenarnya sudah terlalu letih untuk terus berpura-pura selamanya dan laman Suara PR itu adalah satu-satunya platform untuk beliau menyerlahkan warna sebenarnya. 

Oleh yang demikian, penyokong-penyokong PR perlu menerima dengan tangan terbuka apakah parti yang disokong mereka dan siapakah ‘bakal’ Perdana Menteri mereka.  Sekiranya, mereka sendiri tidak sanggup menerima cara pemikiran baru yang dipelopori Anwar/Azmin ini, maka inilah masanya mereka berbuat keputusan yang tepat, iaitu dengan menolak parti PR dalam PRU kali ini, dan bukannya dengan menafikan hakikat bahawa laman web Suara PR adalah suara sebenar perjuangan mereka. 

Sumber:  Beruang Biru   

KARTUN


Tidak Semua Kerajaan Sama


Pihak Asing Bantu DAP Menang PRU-13


Mustafa Sakit lutut, Tak Boleh Buat Seks


Banyak Skandal Jejas Kredibiliti Anwar


Perwakilan DAP Bukan Paria


GE13 Highlight: Clash Between Lim Kit Siang – Ghani Othman

GE13 Highlight: Clash Between Lim Kit Siang – Ghani Othman

In a democratic political scene, a good assemblyman should be loved by rakyat at his constituency and he definitely would not favor contesting in other constituencies as it seem like he is neglecting his supporters. Thus, a good assemblyman would stay at a constituency for a while and he would have a lot of time planning and observing the developments over the area.

The proof, Dato’ Seri Najib, Tun Mahathir, and any other politicians loved by rakyat rarely change their constituencies.

This is different with DAP's leader, Lim Kit Siang. Lim Kit Siang really seem to be living DAP's 'change' slogan as he often changes areas to contest.

Since 1969, Lim Kit Siang often changes seats, they include Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka (1974–1978),  Petaling Jaya (1978–1982),  Kota Melaka (1982–1986),  Tanjong (1986–1999), and lastly, Ipoh Timur in 2004 and now he is going to Gelang Patah. Lets not ask about his contributions over those constituencies, because there are none. The only 'service' he gave rakyat at his constituency would be disunity, racism as well as extreme hate.

Clearly, Lim Kit Siang is not contesting to serve rakyat, he is simply looking a base for him to remain in power. However, the 'change' which he is doing now is seen as something with its own 'significance', to break UMNO's domination as well as the racial unity in Johor, as well a plans to bring the spirit of Singapore's PAP back to life at the state.

With Penang under their control, and if they are lucky, Johor, DAP or to be more exact, PAP, will be able to control Malaysia's two 'main entrances'. We are aware that with the funds provided to DAP from PAP, and we are aware on how Singapore government is helping DAP in various forms including workforce to face the coming GE.

In Gelang Patah, Lim Kit Siang will face Datuk Abd. Ghani Othman. Gelang Patah seat which has racial fraction of Chinese 54%, Malay 34% and Indian 12% which was previously held by MCA has agreed to give it to UMNO. The seatholder, MCA Johor's Women Chief, Tan Ah Eng has gained majority 8,851 votes, far smaller than the majority which was gained back in 2004, 31,666 votes.

Datuk Abd. Ghani previously contested in Ledang seat and his transfer to Gelang Patah is said as BN's strategy to raise the deciding vote, Malay votes from Lim Kit Siang.

Whatever it is, we see that Lim Kit Siang is not just challenging Datuk Abd. Ghani, instead, he is challenging people of Johor as well as the concept of 1Malaysia introduced by Prime Minister. We know that Lim Kit Siang's politics is more of a racial politics. Even though Lim Kit Siang denies this claim, every word that came out from his mouth in most of his ceramah often focuses on the government under the leadership of UMNO (Malay) as being slow, corrupt and lazy, UMNO ignores non-Malays, UMNO's constitution is biased, the Chinese are denied of their rights and other issues which are racist which led to prejudice and hate towards government led by Malays. He even like to raise religious matters as if Malaysia is oppressing other religion.

We are certain that Datuk Abd. Ghani can break all of Kit Siang's lies and hate agendas. And we are more certain that rakyat of Johor, no matter Malay, Chinese or Indian, are mature and they can see the truth in front of their eyes where no race are left behind in the development of this country, the Chinese are even the one in front of everything.

Sumber:  Beruang Biru