Friday, May 31, 2013

Yang Di-Pertuan Agong mahu rakyat akur dengan keputusan PRU13




Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.

Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," titah baginda sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini Jumaat malam.

Baginda bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

"Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.

"Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna," titah Seri Paduka.

Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu.

"Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.

"Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.

"Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.-31/5/2013

Tuesday, May 28, 2013

Najib Kalau Nak Selamat, Sila Pecat Penasihat-Penasihat Bangang Ini...



Kiri; Datuk Shahlan Ismail, Setiausaha Politik Perdana Menteri. Shahlan adalah abang kepada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Kanan; Datuk Seri Dr Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Sri Najib yang menjadi Kapitan War Room PRU 13.

Benarkah kedua dua "orang kepercayaan Najib" diatas ini menjadi punca BN gagal pada PRU 13 untuk mendapat majoriti 2/3 Parlimen...?

Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim Zainuddin.

Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim mengatakan sebagai pendekatan salah.

"Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.

"Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga," kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

"Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat.

Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times). Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya."

Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

"Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?"

"Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga.

Pengundi bandar di seluruh dunia adalah anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir pasti," kata beliau kemudian.

Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar beberapa minggu menjelang hari mengundi.

"Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada kebajikan.

"Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini...?

Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius.... Biarkan Anwar jadi penghibur.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN.

Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan, inflasi, miskin kota dan graduan muda.

"Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali mereka fikir anda mahu membeli undi," katanya.

Dipetik dari portal Malaysian Insider....

Sumber:   http://darulehsantoday.blogspot.com/2013/05/najib-kalau-nak-selamat-sila-pecat.html

Friday, May 17, 2013

146,500 perwakilan UMNO pilih pucuk pimpinan

Putrajaya: Buat pertama kali, 146,500 perwakilan UMNO di 191 bahagian akan mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan utama parti pada pemilihan UMNO hujung tahun ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (gambar), berkata ia selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan pada 2009 bagi membolehkan ahli peringkat bahagian dan cawangan terbabit dalam proses pemilihan kepemimpinan parti.


Sebelum ini, pengundian pada pemilihan UMNO terhad kepada kira-kira 2,500 perwakilan yang hadir ketika perhimpunan agung parti.

Bagaimanapun, tahun ini kita laksanakan sistem baru yang mana ratusan hingga ribuan ahli peringkat akar umbi akan menjalankan pemilihan secara serentak di semua bahagian dan cawangan UMNO seluruh negara.

Buat masa ini, mekanisme pemilihan belum dimuktamadkan, namun kita harap semuanya akan berjalan dengan baik dan teratur termasuk dari segi logistik, katanya selepas memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Kewangan, di sini, semalam.

Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan parti, antara lain bagi bagi membolehkan 146,500 perwakilan menentukan kepemimpinan UMNO mulai pemilihan 2011 tetapi ia ditangguhkan sehingga selesai PRU-13.

Selain itu, pindaan juga dilakukan bagi menghapuskan sistem kuota, mengadakan persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak, menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan wanita dan menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup.

Pindaan turut dilakukan bagi memberi kuasa Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru UMNO selain mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian.

Ahmad berkata, tarikh bagi perhimpunan agung dan mesyuarat bahagian serta cawangan masih belum ditetapkan, namun beliau berharap pemilihan pada semua peringkat dapat dijalankan secara sihat, lebih-lebih lagi selepas mengharungi PRU-13 yang mencabar.

Mengulas mengenai jawatan baru di Kementerian Kewangan pula, beliau berkata pengalamannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan membantunya melaksanakan tugas baru dengan cekap lagi berkesan.
 
Sumber:  Berita Harian

Wednesday, May 15, 2013

Khairy Jamaludin dan Rahman Dahlan dalam kabinet Najib ...tiada wakil MCA


SENARAI PENUH KABINET 2013-2018

Apa yang ditunggu-tunggu selama ini sudah diumumkan.Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai 24 kementerian, 30 Menteri dan 27 Timbalan Menteri.
Dua tokoh Muda UMNO Khairy Jamaluddin dilantik Menteri Belia dan Sukan manakala Datuk Rahman Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Datuk Seri Hishamuddin Hussein tukar ke Kementerian Pertahanan manakala Datuk Seri Zahid Hamidi ke Kementerian Dalam Negeri.

Datuk Shafie Apdal kekal sebagai Menteri Kemajuan Wilayah dan Pembangunan Luar Bandar.
CEO May Bank Datuk Seri Wahid Omar jadi salah seorang dari lapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.Juga bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut serta dalam kabinet sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ialah Presiden Transparency International (Malaysia), Datuk Paul Low yang giat menjalankan kempen anti-rasuah.

Sejumlah 12 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dilantik Menteri kali ini. Ia adalah jumlah terbanyak dalam sejarah.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar diselaraskan menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan, manakala portfolio kesejahteraan bandar di bawah kementerian itu digabungkan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diselaraskan menjadi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, manakala elemen kebudayaan dicantumkan dengan Kementerian Pelancongan.

Najib kekal sebagai Menteri Kewangan manakala Datuk Seri Husni Hanadzlah kekal Menteri Kewangan II.Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan.
Setiausaha Agung UMNO/BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kembali jadi Menteri Wilayah Persekutuan,jawatan yang pernah disandangnya satu ketika dulu.

Orang kuat Hindraf P Waryamoorthy dilantik Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Noh Omar dan Datuk Shaziman Mansor digugurkan. Menteri Pertanian ialah Datuk Ismail Sabri manakala Datuk Fadilah Yusof (Sarawak) jadi Menteri Kerjaraya.
Datuk Ahmad Shabery Cheek jadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Datuk Rohani Karim dari Sarawak jadi Menteri Wanita Keluyarga dan Pembangunan Masyarakat.
Datuk Seri Nazri Aziz akhirnya keluar dari portfolio yang lama dijaganya yakni Parlimen dan kini jadi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Senarai Kabinet baru bagi penggal 2013-2018:
PERDANA MENTERI:
DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO)
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
(3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)
MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)
MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)
MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)
MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)
MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)
MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : DATUK FADILLLAH YUSOF (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO)
MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)
MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)
MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI SUBRAMANIAM (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK NORIAH BINTI KASNON (UMNO)
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Sumber:  Agenda Daily