HUTANG LUAR MALAYSIA
Sesiapa sahaja akan berasa takut apabila mendengar
perkataan hutang. Apatah lagi jika jumlahnya beratus billion.
Apabila dilaporkan hutang luar Malaysia meningkat
tiga kali ganda daripada RM196 bilion kepada RM740 billion, maka ramailah yang
membuat anggapan bahawa kerajaan telah berhutang terlalu banyak dalam masa
setahun ini.
Kerajaan ‘bail-out’ 1MDB. Kerajaan beli pesawat
peribadi. Kerajaan boros. Kerajaan bayar kos basuh rambut isteri PM. Kerajaan
itu dan kerajaan ini. Benarkah?
Pertama-
apakah yang dikatakan sebagai hutang luar negara?
Ianya merujuk kepada hutang yang diambil di dalam
mata wang selain Ringgit Malaysia seperti Euro, USD, Yen daripada bank luar
negara, kerajaan luar dan juga institusi kewangan seperti Bank Dunia dan IMF.
Hutang ini adalah hutang yang bukan sahaja diambil
oleh kerajaan, bahkan hutang yang diambil oleh syarikat awam, pihak swasta, dan
individu.
Ini bermakna hutang luar negara bukanlah 100% hutang
kerajaan.
Kedua-
mengapakah jumlah ini naik sebanyak tiga kali ganda?
Ini kerana standard laporan kewangan antarabangsa
dalam mentakrif ‘hutang luar negara’ telah berubah.
Jika dahulu ia hanya merujuk kepada hutang kerajaan
dan swasta, tetapi kini ia turut merangkumi hutang yang dijamin oleh kerajaan.
Bahkan sekuriti Ringgit terbitan bank seperti bon
dan sukuk yang dipegang oleh orang luar juga dianggap sebagai hutang luar
negara.
Oleh yang demikian- definisi hutang telah diluaskan
skopnya.
Maka tidak hairanlah begitu banyak perkara yang
dahulunya tidak dianggap hutang luar negara, tetapi sekarang digelar sebagai
hutang luar negara.
Ketiga-
mengapakah kadar hutang ini naik mendadak pada tahun lepas dan bukan tahun
sebelumnya?
Ini kerana standard baru tersebut baru sahaja
diperkenalkan pada tahun lepas.
Keempat-
tetapi tidakkah ini bermakna hutang luar negara kerajaan tetap tinggi kerana
menjadi penjamin hutang? Hutang tetap hutang.
Ya, hutang memang tetap hutang. Tetapi ada beza
hutang yang diambil dengan hutang yang dijamin.
Hutang yang diambil adalah seperti kerajaan meminjam
dana Bank Dunia bagi projek pembangunan ekonomi. Ini adalah hutang yang ‘real’.
Dalam contoh bon terbitan 1MDB yang dijamin oleh
kerajaan, ini adalah hutang yang dijamin. Sebelum ini ianya tidak dimasukkan ke
dalam hutang luar negara, tetapi kini ia diambil kira.
Samalah halnya dengan bon terbitan Petronas dan MRT
yang dijamin oleh kerajaan.
Walaupun begitu, kadar hutang yang bertambah ekoran
peraturan baru ini hanyalah bersifat di atas kertas. Ianya begitu kerana
hakikatnya ini adalah hutang 1MDB, Petronas dan MRT.
Analoginya seperti seorang bapa yang menjadi
penjamin PTPTN 3 orang anaknya. Dalam mengira kekayaan bersih (net worth) bapa
itu, kita perlulah mengambil kira jaminan hutang anak-anaknya.
Tetapi adakah ini bermakna si bapa tersebut
benar-benar telah 'kurang kaya' disebabkan jaminan hutang anak-anaknya? Atau
kekurnagan kekayaan beliau adalah bersifat di atas kertas?
Beginilah juga halnya dengan hutang luar negara
Malaysia.
Apapun, menjadi penjamin hutang bukanlah sebab utama
mengapa kadar hutang luar negara kerajaan bertambah.
Sebaliknya, dua per tiga daripada kenaikan ini
adalah berpunca daripada rakyat asing yang membeli/memegang produk sekuriti
Ringgit negara. Ini tidaklah menghairankan jika kita lihat betapa banyaknya
terbitan sukuk dan bon untuk membiayai projek pembangunan seperti MRT.
Untuk perbandingan sama ada hutang luar negara
Malaysia adalah tinggi ataupun tidak, kita boleh banding bezakan dengan
negara-negara lain.
Di
Singapura, hutang luar negaranya adalah RM3.13 trillion. Korea Selatan pula adalah
RM1.13 trillion. Indonesia, adalah RM927 billion.
Kita boleh mengagak berapa trillion hutang luar
negara bagi negara seperti UK, Jepun, Germany, Perancis, Brazil, Turki dan
lain-lain. Hutang luar negara Malaysia masih munasabah dan normal.
Jadi, jika hutang luar negara ini naik disebabkan
definisi hutang yang sudah diperluaskan dan jumlah hutang tersebut adalah
hutang semua pihak, berapakah jumlah sebenar hutang luar negara yang diambil
oleh kerajaan sahaja?
Pada 2014, hutang Malaysia adalah RM582.8bil.
Daripada jumlah ini, 97.1% atau RM566.1bil adalah hutang di dalam negara.
Selebihnya iaitu RM16.8bil atau 2.9% adalah hutang kerajaan di luar negara.
Adakah jumlah ini tinggi?
Saya serahkan kepada pembaca untuk menilai.
MatRodi
No comments:
Post a Comment