Showing posts with label Karpal. Show all posts
Showing posts with label Karpal. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Kalimah Allah: Harun Taib Asks Who's Karpal, Karpal Says What's Syura Council?

A few years ago, the issue of Kalimah Allah and Malay-language Bibles became a hot topic when the Christians claimed that the government intentionally held 30,000 Malay-language Bibles at a port. As the issue was raised during the period of Sarawak state election, record showed how PAS decided to support the Christians and criticized the government for not supporting the rights for religion like what is taught by Islam.

Statements from PAS leaders in their party's website as well as pro-opposition media showed that PAS did not have any problem with the Malay-language Bibles even with kalimah Allah in it, as long as it is not abused.

The term 'not abused' however, was never explained in details including the description of how it is abused.

Thus, from there, Lim Guan Eng decided to take the advantage to break Muslims as part of his racist strategy by raising the issue again in his Christmas Speech last December.

Just like how he expected, this issue has really caused rage among Muslims and he managed to break PAS, weakening the party as they had to please DAP Christians to show that they are open towards the issue. PAS had to deny that they used to support the usage of kalimah Allah in Bibles and Hadi Awang had to blame others by saying that this issue is just 'UMNO's political game' so that he would not offend DAP.

So, what we see today is PAS supporters had to defend Guan Eng and at the same time twist their leaders' statements in social media. From there, their silent supporters began to doubt how Islam PAS really is, and as for the undecided ones, they just ran away from the party.

PAS Syura Council had to be dragged into the issue to get them out of the issue, and in the end, PAS 'Ulama' agreed that the best thing for PAS to strengthen their 'Islamic' image is by opposing Guan Eng's fight from his Christmas Speech.

Sadly, not even a single leaders in Pakatan Rakyat cared about Syura Council. The council's decision only subjected to PAS members, not DAP, PKR or even rakyat who are not part of PAS. This means, if DAP want to continue the use of kalimah Allah in Bibles, it is their rights and PAS as well as the party's Syura Council do not have any rights to stop them.

This decision had given a huge blow to PAS, especially its Ulama in Syura Council. Harun Taib, as the Ulama Council Chief and Syura Council Chairman, Nik Aziz himself somehow tried to show that they are serious in attacking Karpal Singh. Karpal seemed to have been given a task to face PAS each time there are issues regarding religious matters between PAS and DAP.

Harun Taib asks, "Who is Karpal to question the Syura Council?"

Nik Aziz says,"That is Karpal's problem."

Hadi says,"this issue has been solved, just like what decided by the Syura Council."

However, Karpal responded,"it is still far from being solved, because the Syura Council do not have any power in Pakatan Rakyat."

Anwar Ibrahim, as the leader to Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Taib, Lim Guan Eng and PR then says,"the decision falls in the hand of PR Central, not Syura Council not PAS alone.

So, what does this mean? Is PR asking rakyat to think and make their own definition regarding kalimah Allah issue in Malay-language Bibles? Where everyone can make their own definition based on their own understanding.

Do believe that this issue will go on unsolved just as same as the issue of Hadi's message which still haunts Muslims.

Perhaps for PAS, this issue is just the matter of kalimah, 'words' or 'name', which does not really matter, as if the Quran is just a book for those pluralists.

From there, PAS will keep on playing their drama acting as 'Islam' and argues with Karpal just so that Muslim votes would stay with them.

After they managed to secure the votes, only by then Harun Taib would be prepared to make clearer statements saying that they would follow DAP orders.

In other words, if PR wins the coming GE, the use of kalimah Allah by other religion are allowed, approved by Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat's Prime Minister.

Only by then, we can probably hear Harun Taib's grunts and PAS supporters might burn DAP's flags to ensure that PAS's image would stay Islamic. Even then, nothing they say on their newspapers will be heard by Anwar and DAP. The newspaper might be banned and Harun Taib might end up in jail for provoking rakyat to go against the government led by Anwar.

Whatever it is, we are certain that Harun Taib or any other PAS leaders do not have any problem to bow down upon DAP as always because it has been proven that they would rather end up in hell rather than the jail.

SumberL  Beruang Biru

Kalimah Allah: Harun Taib Tanya Siapa Karpal, Karpal Jawab Apa Itu Majlis Syura?

Beberapa tahun lalu, isu Kalimah Allah dan terjemahan Injil ke Bahasa Melayu telah menjadi panas apabila pihak Kristian mendakwa kerajaan dengan sengaja menahan 30,000 Injil berbahasa Melayu di pelabuhan.   Isu ini menggelegak terus ketika demam pilihanraya Sarawak di mana rekod peristiwa waktu itu jelas menunjukkan bagaimana PAS telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dan menghentam kerajaan kerana tidak menghayati hak kebebasan beragama seperti yang dituntut oleh Islam.  

Kenyataan pemimpin PAS di media serta laman-laman web rasmi mereka, termasuk media alternatif pro-pembangkang memaparkan segala-galanya iaitu bahawa PAS tidak ada masalah dengan injil berbahasa Melayu mahupun penggunaan nama Allah di dalamnya kononnya dengan syarat ia tidak disalahguna.

Perkataan ‘tidak disalahgunakan’ bagaimanapun, tidak pernah dijelaskan secara ilmiah dan terperinci termasuk contoh-contoh sebagaimana sepatutnya. Sedangkan, perkataan ini adalah terlalu umum dan mudah disalahtafsir atau disalahgunakan juga.

Justeru, atas kebebalan pemimpin PAS ini, maka Lim Guan Eng telah mengambil kesempatan untuk ‘mengacah’ umat Islam dalam strateginya untuk memecahbelah dan menyemarakkan api perkauman dengan menimbulkan kembali isu ini dalam perutusan Hari Krismasnya Disember lepas.

Seperti yang dijangka Guan Eng, isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan umat Islam dan berjaya memecahbelahkan PAS, sekali gus melemahkan Islam itu sendiri apabila PAS berada dalam keadaan tersepit ingin menjaga hati Kristian DAP demi menonjolkan sikap keterbukaan.   PAS telah terpaksa menafikan mereka pernah menyokong penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain dan Hadi Awang pula secara langsung menuduh isu ini hanyalah ‘mainan politik UMNO’ demi untuk tidak menyinggung DAP.

Maka, kita lihat di dalam media-media sosial, penyokong-penyokong PAS pun tercungap-cungap cuba membela Guan Eng dan di masa yang sama membela putar-belit pemimpin mereka.   Akibatnya, ramai di antara penyokong senyap mereka mula meragui ‘keIslaman’ PAS dan yang di atas pagar pula lari dari PAS. 

Majlis Syura PAS terpaksa diheret untuk menyelematkan keadaan, dan akhirnya, para ‘Ulama’ PAS bersetuju bahawa apa yang terbaik bagi politik PAS ialah memperkukuhkan imej Islam dengan menentang apa yang diperjuangkan oleh Guan Eng melalui utusan Hari Krismasnya.

Malangnya, tiada siapa pun di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang pedulikan Majlis Syura.  Keputusan Majlis Syura hanyalah tertakluk di dalam lingkungan ahli PAS, bukan DAP mahupun PKR atau rakyat yang di luar PAS.  Ini bermakna, jika DAP ingin teruskan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil, itu adalah hak DAP dan PAS dan Majlis Syuranya tidak berhak menghalang.

Keputusan ini memberi tamparan hebat kepada PAS, terutama golongan Ulamanya di dalam Majlis Syura.  Harun Taib, selaku Ketua Dewan Ulama dan juga Nik Aziz sendiri, yang merupakan Pengerusi Majlis Syura dilihat cuba menonjolkan ketegasan dengan ‘menempelak’ Karpal Singh.  Karpal nampaknya telah diberi tugas khas berdepan dengan PAS setiap kali pertelingkahan berkaitan isu agama antara DAP-PAS berlaku..  

Harun Taib bertanya, “Siapa Karpal ingin mempersoalkan Majlis Syura?”.

Nik Aziz berkata, “itu Karpal punya pasal.”  

Hadi berkata, “perkara ini telah selesai, sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Syura.”

Tetapi, Karpal berkata, “ia belum selesai, kerana Majlis Syura tiada kuasa di peringkat Pakatan Rakyat.”

Anwar Ibrahim, selaku Ketua kepada Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Taib mahupun Lim Guan Eng dan PR keseluruhannya pula berkata, “keputusan terletak di tangan PR Pusat, bukan Majlis Syura mahupun PAS secara bersendirian.”

Lalu, apakah ertinya ini?   Apakah PR meminta agar rakyat berfikir dan membuat definisi sendiri berkenaan keputusan PR mengenai isu Kalimah Allah di dalam Injil berbahasa Melayu?   Apakah ini contoh cara pemerintahan PR sekiranya parti itu berkuasa?  Iaitu masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri berdasarkan pemahaman sendiri dan pilihan sendiri?

Percayalah bahawa isu ini akan berlarutan tanpa penyelesaian seperti juga isu Amanat Hadi yang terus menjadi sekam di dalam masyarakat Islam.  Hadi sanggup membiarkan penyokongnya hidup dalam keadaan tidak tenteram, tidak tahu benar atau salahnya tindakan mereka mengkafirkan sesama Islam, kalaupun tidak dalam keadaan berdosa kerana percaya mereka yang mengucap syahadah itu kafir dan wajar ditentang.   Hadi sanggup membiarkan penyokongnya terbunuh, ditanam tanpa dikafan kerana menentang perlembagaan ‘kafir’, sedangkan beliau sendiri berikrar untuk mempertahankan perlembagaan yang sama.

Bayangkanlah, jika soal hidup mati juga Hadi atau PAS sanggup permainkan, apatah lagi isu akidah, dan kalimah.

Mungkin bagi PAS, isu ini hanyalah sekadar isu ‘kalimah’ iaitu ‘perkataan’, atau ‘nama’, yang tidak membawa apa-apa unsur kerohanian atau kesucian, sepertimana AlQuran hanyalah sebuah buku bagi puak-puak pluralisme, iaitu tidak ada beza dengan buku-buku lain.

Berpegang kepada pandangan ini, PAS akan terus bersandiwara membawa watak ‘Islam’ dengan melayan Karpal Singh bertekak demi memastikan undi umat Islam kekal di pihaknya.

Setelah undi dapat dipastikan maka, barulah Harun Taib akan bersedia membuat kenyataan yang lebih jelas yang mereka akur kepada DAP.  Nik Aziz juga apatah lagi, kerana masih lagi terharu dengan kek harijadi yang dibelikan Karpal untuknya pada Hari Thaipusam yang lalu.  Hadi pula, sejak dari awal lagi tidak menyalahkan DAP, tetapi UMNO, maka beliau tentu tiada masalah untuk melutut di kaki Karpal nanti.

Dalam kata lain, sekiranya PR menang dalam PRU ini, maka penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain oleh pihak lain selain PAS adalah dibenarkan, sepertimana yang disahkan oleh Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Pakatan Rakyat.

Ketika itu, kita mungkin boleh mendengar Harun Taib mengomel dan merungut serta penyokong-penyokong PAS pula mungkin bertindak membakar bendera DAP sebagai memastikan imej ‘Islam’ PAS tidak terkubur, namun, itu hanyalah sekadar ‘hiasan’ di dada akhbar semata-mata.  Ia tidak akan didengar oleh Anwar dan juga DAP.  Malah, silap-silap, akhbar itu akan diharamkan dan Harun Taib akan dipenjarakan kerana menghasut rakyat menentang kerajaan pimpinan Anwar.

Apapun, kita pasti Harun Taib atau mana-mana pemimpin PAS tiada masalah untuk melutut di kaki DAP seperti selalu kerana mereka telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka lebih rela ke neraka daripada ke penjara.

Sumber:  Beruang Biru

Wednesday, January 30, 2013

Even Karpal Remembers Nik Aziz's Birthday, How Can Azizan Forget?

On January 28, Nik Aziz was reported to have attended a Thaipusam celebration event in Penang organized by Pakatan Rakyat. Those who attended the event include DAP Chairman, Karpal Singh.

And by evening, Nik Aziz visited Karpal Singh at his residence followed by a celebration of Nik Aziz's birthday, complete with a cake decorated with all of PR's component parties.

Harakahdaily reported that the visit was very welcomed by Pakatan Rakyat supporters that some of them ended in tears. That is how happy they are to see the friendship between a person who is called Mursyidul Am and an Anti-Islam leader, working together to reach Putrajaya.

It is not wrong if we are to say that the happiness which they had on Nik Aziz's birthday is just as same as Malaysiakini readers' happiness as they celebrate the dismissal of Nasharuddin Mat Isa from the Syura Council through their comments.

For your info, Nik Aziz's date of birth is January 10, 1931. We are not sure whether Karpal did the preparation to celebrate Nik Aziz's birthday at his residence or it was planned by Nik Aziz's side.

If Nik Aziz's side was the one which planned the event, then it would be weird because during the visit to the north, he was reported to have visited the residence of Kedah Chief Minister, Dato’ Seri Azizan Razak on January 27. That is why, Nik Aziz could have celebrated his birthday at Azizan's home instead of Karpal's.

Perhaps, unlike Karpal, Azizan might have forgotten Nik Aziz's birthday. As we all know, celebrating birthdays is more of a 'Mat Saleh' culture and it is not a norm for PAS people. That is why, we are not surprised if Azizan and Nik Aziz never even remember their family members' birthdays, or even celebrate it. Besides that, PAs is also famous for being a bunch of chauvinist men where they are not really friendly with their family.

Thus, PAS members were somehow touched with Karpal's effort in celebrating Naik Aziz's birthday. Perhaps this is the first time they personally understand the meaning of 'appreciation' from others. Tok Guru definitely believe that this is the meaning of true friendship.

If this is how Karpal appreciates his friendship, then it is not surprising why Nik Aziz focuses more on DAP's orders than demands from PAS or even the Quran itself. Considering that Malays do appreciate whatever it is that is given to them, Tok Guru would definitely feel 'embarrased' to go against opinions or orders from Karpal after this.

Looking back at history, before PAS became friends with DAP, PAS was famous for taking extreme approach in going against non-Muslims. During the time, some PAS members even followed an unwritten law where they should never vote for non-Muslim as their assemblyman. This is the main factor why UMNO is rejected, all because of the excuse where UMNO works alongside MCA and MIC.

However, those are all old stories, before PAS gets to know DAP better. PAS has now changed, the party is now even more open than UMNO.

Today, UMNO would die defending religion and race, but PAS would die rather than leaving DAP. For PAS, let Hasan Ali die, let Nasharuddin go, as long as it pleases DAP.

Besides, Karpal is just fighting against Islam, not Tok Guru, right?

Source:  Beruang Biru

Karpal Pun Ingat Hari Jadi Nik Aziz, Azizan Boleh Lupa?

28 Januari lalu, Nik Aziz dilaporkan menghadiri perayaan Thaipusam di Pulau Pinang anjuran Pakatan Rakyat.   Acara tersebut disertai oleh antara lain, ialah Pengerusi DAP Karpal Singh.

Pada petangnya pula, Nik Aziz telah mengunjungi Karpal Singh di kediamannya dan satu sambutan Hari Jadi Nik Aziz telah diadakan di situ, siap dengan kek yang mempunyai lambang ketiga-tiga parti sekutu PR.

Harakahdaily melaporkan bahawa kunjungan tersebut disambut dengan gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat sehingga menitiskan air mata.  Begitulah gembiranya mereka melihat persahabatan seorang yang bergelar Mursyidul Am dengan seorang penentang Islam tegar yang sebegitu erat, akrab dan bersatu hati dalam ‘berjihad’ untuk menakluki Putrajaya.

Tidak salah jika dikatakan yang kegembiraan yang dirasakan mereka adalah sama dengan kegembiraan para pembaca Malaysiakini yang ‘menyambut meriah’ pemecatan Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura melalui komen-komen mereka.

Untuk pengetahuan semua, tarikh lahir Nik Aziz adalah 10 Januari 1931.  Kita tidak pasti sama ada Karpal yang telah bersedia untuk menyambut Hari Jadi Nik Aziz di rumahnya ataupun pihak Nik Aziz yang telah merancang terlebih dahulu.

Jika pihak Nik Aziz yang merancangnya, tentulah pelik kerana dalam lawatan ke utara itu, beliau dilaporkan turut mengunjungi kediaman Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak pada 27 Januari.  Oleh itu, beliau boleh saja menyambut Hari Jadinya di rumah Azizan dan bukannya di rumah Karpal.

Mungkin, tidak seperti Karpal, Azizan terlupakan tarikh hari jadi Nik Aziz.  Sebagaimana kita tahu, menyambut hari jadi yang menjadi budaya ‘Mat Saleh’ bukanlah amalan biasa bagi puak-puak PAS.   Oleh itu, kita tidak hairan jika Azizan atau Nik Aziz sendiri tidak pernah mengingati tarikh lahir anak-anak mereka dan juga isteri mereka,  jauh sekali menyambutnya.  Selain itu, PAS juga terkenal dengan sikap ‘chauvinis’ lelaki zaman dahulu yang tidak mesra dengan keluarga dan PAS masih lagi kekal begitu, walaupun pendirian parti telah berubah serta perlembagaan kafir sudah menjadi Islam.

Justeru, puak-puak PAS pun begitu terharu bila Karpal Singh mengingati tarikh lahir Tok Guru dan bersusah-payah meraikannya.  Mungkin ini pertama kali mereka memahami erti ‘penghargaan’ dari orang lain secara peribadi.   Tok Guru pastinya percaya bahawa inilah makna persahabatan sejati.

Jika begini caranya Karpal menghargai persahabatan, tidak hairanlah jika Nik Aziz lebih menghargai arahan DAP dari kehendak akar umbi PAS mahupun tuntutan Al-Quran sendiri.  Memandangkan sikap Melayu itu amat berhemah dan mengenang budi, Tok Guru tentulah akan merasa lebih ‘malu-alah’ lagi untuk menentang apa-apa pendapat atau arahan Karpal selepas ini.

Menyorot sejarah PAS di zaman pra-persahabatan dengan DAP, parti ini mengambil pendekatan ekstrem dan amat terkenal dengan sifat memusuhi bukan Islam.  Malah, Amanat Hadi yang masih menjadi kontroversi itu juga adalah bertitik-tolak dari permusuhan terhadap bukan Islam.  Pada ketika itu, telah menjadi fahaman ahli PAS bahawa terdapat satu undang-undang tidak bertulis yang perlu dipatuhi iaitu jangan sekali-kali mengundi bukan Islam walaupun sebagai wakil rakyat.  Ini menjadi faktor utama UMNO ditentang atas alasan bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Penulis yang ketika itu hanya seorang murid sekolah juga turut merasai ‘bahang’ permusuhan PAS terhadap bukan Islam apabila seorang rakan dari keluarga PAS enggan ke majlis hari jadi rakan bukan Islam dan memandang serong kepada penulis yang menghadirinya.  Malah, jika terpaksa ke rumah rakan bukan Islam, rakan tersebut tidak akan minum air yang dihidang sedangkan air itu hanyalah air oren.

Namun, seperti yang disebut tadi, ini semua cerita lama, iaitu cerita PAS di zaman pra-persahabatan dengan DAP.  PAS kini, sudah berubah dan sudah jauh lebih terbuka berbanding UMNO sendiri.

Hari ini, UMNO sanggup mati mempertahankan agama dan bangsa, tetapi PAS pula sanggup mati dari meninggalkan DAP.   Bagi PAS, biarlah Hasan Ali mati, biar Nasharuddin dibuang asalkan DAP sayang.  Orang seperti Hasan dan Nasha tidak tahu menghargai Tok Guru dan tak pernah pun beli kek Hari Jadi untuk Tok Guru, bukan macam Karpal Singh.

Lagipun, Karpal hanya sanggup mati menentang Islam, bukan menentang Tok Guru, bukan begitu?

Sumber:  Beruang Biru