Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Wan Azizah Tuduh Reuters dan Manila Times Penipu, Wartawan DiBayar BN

Sikap Anwar Ibrahim yang gemar mengugut, menyergah dan memperlekeh wartawan apabila beliau gagal menjawab soalan mereka, sudah menjadi bahan lawak jenaka rakyat Malaysia.  

Terbaru, Anwar mengugut akan menyaman wartawan yang bertanya kenapa beliau tidak menyaman Reuters dan Manila Times kerana menyatakan penglibatannya di dalam krisis di Sabah, tetapi hanya menyaman TV3 dan Utusan Malaysia yang menyiarkan petikan dari kedua-dua agensi asing tersebut. 

Seperti yang dijangka, Anwar telah tidak menjawab soalan tetapi mengherdik wartawan terbabit sekali gus, ‘menutup’ isu tersebut dari diperbincangkan. 

Di masa yang sama, Wan Azizah pula memilih untuk menuduh laporan mengenai Anwar menjadi ‘dalang’ krisis di Sabah, sebagai ‘tuduhan liar dan tidak berasas’.   Kata beliau, “Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar.”   Malah, Wan Azizah juga membayangkan seolah-olah wartawan yang melaporkan sedemikian telah dibayar oleh Barisan Nasional. 

Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar.

Nampaknya Wan Azizah secara langsung telah menuduh Reuters dan Manila Times sebagai penipu.  Bukan itu sahaja, beliau juga secara tidak langsung menuduh bahawa wartawan di kedua-dua agensi berita tersebut telah dibayar oleh Barisan Nasional. 

Justeru, sewajarnyalah wartawan yang terbabit memberi penjelasan bagi mengelak diri mereka dan agensi mereka dipandang serong kerana melaporkan berita palsu.  Tidak salah juga jika mereka menyaman Wan Azizah bagi membersihkan nama mereka yang digelar sebagai penipu dan penerima rasuah. 

Mungkin inilah saja caranya untuk kita mendapatkan kebenaran memandangkan Anwar enggan menyaman pihak yang membawa laporan asal tetapi hanya menyaman pihak yang memetik laporan tersebut. 

Bagi rakyat yang rasional, keengganan Anwar untuk menyaman Reuters dan Manila Times sudah cukup untuk membuktikan sama ada Anwar benar-benar terlibat atau tidak di dalam krisis di Sabah.  Malah, sikap Anwar yang bagaikan cacing kepanasan bila ditanya perkara ini juga menguatkan lagi syak wasangka ramai. 

Reuters adalah sebuah agensi antarabangsa manakala Manila Times pula adalah media Filipina.  Tidak ada sebab bagi agensi antarabangsa yang selalunya ‘mesra’ Anwar melaporkan sesuatu yang mampu meletakkan Anwar dalam situasi sukar.  Dan apa ke jadahnya, Barisan Nasional perlu membayar Manila Times untuk mengotorkan lagi nama Anwar sedangkan nama Anwar sudah sedia berpalit najis?   Apakah untungnya bagi Barisan Nasional untuk ‘mencari nahas’ dalam krisis Sabah di saat PRU semakin hampir? 

Yang untungnya, hanyalah pembangkang kerana dapat mencipta isu memburukkan kerajaan BN. 

Lebih dari itu, Anwar juga yang sedang meraikan pertumpahan darah rakyat Sabah sebagai menebus kegagalan menumpahkan darah rakyat Semenanjung ala Dataran Tahrir.  Dan Anwar jugalah yang begitu teruja menunggu campurtangan asing seperti yang dipohon oleh pihak Sulu, setelah beliau sendiri gagal menjemput Amerika dan Australia berbuat demikian. 

Dari sudut mana pun, kita tidak dapat mengelak dari melihat tangan Anwar di belakang semua ini. 

Oleh yang demikian tidak ada cara lain lagi bagi Anwar untuk membersihkan namanya selain dari menyaman Reuters dan Manila Times yang dianggap Wan Azizah sebagai penipu!  Atau sebaliknya, Reuters and Manila Times wajib menyaman Wan Azizah kerana menuduh mereka sebagai penipu…

Beruang Biru

Wan Azizah Claimed Reuters And Manila Times Lied, Reporters Paid By BN

Anwar Ibrahim's love of threatening, intimidating and insulting reporters when he failed to respond to their questions, is beginning to become a joke among Malaysians.

Now, Anwar is threatening to sue the reporter who asked why he refuse to sue Reuters and Manila Times for stating his involvement in the crisis in Sabah, instead, he just want to sue TV3 and Utusan Malaysia which only showed the reports made by those two foreign media.

As expected, Anwar did not answer the question. Instead, he humiliated the reporter and 'closes' the issue from being discussed.

At the same time, Wan Azizah decided to say that the reports regarding Anwar being the 'mastermind' behind Sabah crisis, as a wild accusation. She said,"I read the reports, it did not mention any names and nothing was said on Anwar." Wan Azizah even described as if the reporters were paid by Barisan Nasional.

She said, she is not surprised when the matter was raised because there were times when reporters are paid by Barisan Nasional government to write anti-Anwar stories.

It seems like Wan Azizah is accusing Reuters and Manila Times as liars. Not just that, she even indirectly claimed that reporters for both the news agencies are paid by Barisan Nasional.

Thus, those reporters would explain themselves before they and their agencies suffer negative image for reporting false news. It is not wrong for them to sue Wan Azizah in order to clear their image.

Perhaps this is the only way for us to get the truth considering that Anwar refuses to sue the ones who made the original reports, but decides to sue the ones who only cited the reports.

For those who are rational, Anwar's refusal to sue Reuters and Manila Times is enough to prove whether he is really involved or not in the crisis in Sabah.

Reuters is an international news agency while Manila Times is Philippines media. There is no reason for such international news agency which is often 'Anwar-friendly' would put him in a tough spot. And why would Barisan Nasional pay Manila Times to tarnish Anwar when his name is already dirty? How can this benefit BN?

The only benefit from this issue would fall to the opposition, as they managed to find another issue to go against the government.

Moreover, Anwar is celebrating the bloodshed in Sabah as he failed to do the same thing in the Peninsular, just like the tragedy in Tahrir Square. And Anwar is very exited waiting for foreign intervention which was applied by Sulu, after he failed to invite America and Australia to do so.

That is why there is no other way for Anwar to clear his name other than suing Reuters and Manila Times which Wan Azizah described as liars! Or, Reuters and Manila Times should sue Wan Azizah for accusing them as liars...

Beruang Biru

Monday, March 21, 2011

Anwar Dakwa Video Lucah Babitkan Dirinya Satu Lagi Konspirasi

PETALING JAYA, 21 Mac (Bernama) -- Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari Isnin menafikan penglibatan dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini hari ini, dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Anwar mendakwa ia merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantut kemaraannya dalam politik dan PKR.

"Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau mengulas dakwaan satu kumpulan yang enggan dikenali yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Mengenai gesaan kumpulan terbabit yang meminta beliau dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR supaya melepaskan jawatan, Anwar berkata:"saya tidak kenal siapa Datuk T itu. Kenapa pula dia minta saya dan Azizah letak jawatan".

Anwar juga berkata pada 21 Feb lepas iaitu tarikh didakwa video itu dirakam, beliau berada bersama keluarganya di rumah dan mendakwa mempunyai bukti melalui twitter dan FB (Facebook).

"Pada waktu itu saya tengah tweet dan semua bukti ini akan saya simpan kerana takut kena 'hack'. Saya difahamkan bahawa gambar yang disiarkan itu adalah mirip saya tetapi perutnya lebih buncit daripada saya," katanya sambil bangun menunjukkan perutnya kepada para wartawan.

Mengulas soalan bahawa beliau kehilangan seutas jam tangan jenama Omega, Anwar berkata:" Soalan anda sepatutnya adakah saya mempunyai seutas jam Omega? Ya, saya ada. Azizah yang simpan jam saya."

Sebelum itu, kumpulan Datuk T itu mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita itu semasa mengadakan hubungan seks pada 21 Feb tahun ini.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Anwar berkata beliau belum lagi melihat video berkenaan.

"Saya sudah berbincang dengan peguam saya mengenai perkara ini. Saya tidak tahu pembuatnya, saya tidak tahu jika ia akan diedarkan. Sebaik sahaja kami mendapat bukti dan orang itu muncul atau tampil, kami akan lakukan. Mengandaikan kerajaan adil dan telus kerana ia adalah saya," katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata beliau terkejut dengan permintaan yang menggesanya meletak jawatan sebagai presiden PKR.

"Apa yang saya dah buat?. Sebelum ini mengatakan Anwar bersama dengan lelaki, tetapi saya heran kenapa pula kali ini dengan perempuan. Ini adalah satu yang bermotifkan politik," katanya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula berkata pendedahan video tersebut tidak akan menjejaskan sokongan kepada PKR -- BERNAMA