Ketidakpuasan hati terjadi begini:
Pembahagian kerusi DUN Pakatan Pembangkang yang dirancang PKR: PKR = 52 kerusi, DAP = 14 kerusi, PAS = 1 kerusi dan SNAP = 4 kerusi. Inilah kedudukan pembahagian kerusi DUN yang menjadi taruhan Pakatan Pembangkang.
Tetapi SNAP mahu 28 kerusi. SNAP mengambil kira sebagai parti tempatan dan tidak perlu tunduk kepada PKR yang dinaungi parti luar seperti PKR, DAP dan PAS.
Sungai Tua Baharu: Kelihatannya SNAP macam kena buli oleh parti luar. Apa maknanya sebagai parti tempatan diberi 4 kerusi sahaja di negeri sendiri?
Baca seterusnya di Wira Kenyalang
Wednesday, March 16, 2011
Tuesday, March 15, 2011
RM100,000 Unit Amanah Saham PNB Hadiah PM Untuk Chong Wei
Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All-England awal pagi Isnin.
Syabas Chong Wei duit tu jangan keluarkan dulu, simpan untuk bekalan di masa depan. Anda di satu masa nanti pasti tidak dapat meneruskan kerjaya sportman anda, memang demikianlah fitrahnya tenaga kita apabila sudah meningkat usia. Gunakan duit itu untuk masa depan anda. Sekarang anda tumpukan sahaja permainan anda untuk olympic nanti. Menang ada hadiah lagi. Demikianlah jika bersungguh-sungguh dan konsistant di dalam permainan pasti berjaya punya. Jaga makanan anda, jaga tidur anda supaya anda tetap fit di dalam permainan.
Baca kisah Hero Badminton Dunia ini di sini
Saturday, March 12, 2011
Jepun bergelut dengan tsunami dan gemba bumi
Allah Maha Perkasa setiap pemberianNya pasti ada hikmahnya... redha dan tawakkallah di atas dugaanNya.
Bangsa Jepun adalah bangsa yang hebat,pastinya mereka akan bangunkan kembali kehidupan bersama kejayaan dan ekonomi yang lebih hebat.
Mereka telah melalui berbagai dugaan sebelum ini ternyata bangsa Jepun sangat kental jatidiri mereka.
Bangsa ku wajib menauladani bangsa ini.
Ya Allah tabahkanlah hati rakyat Jepun yang sedang bergelut dengan malapetaka tsunami dan gempa bumi.
Lihat gambar-gambar di sini

Malaysia hantar Smart ke Jepun
PEKAN 12 Mac - Kerajaan akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) serta pegawai perubatan ke Jepun bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami semalam.
Gambar Kanan: BANGUNAN-BANGUNAN rumah, kapal dan sampah-sarap berlonggokan setelah dihanyutkan arus tsunami di Minamisanrikucho, semalam. - AP
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan Smart itu terdiri daripada enam anggota dan anjing pengesan untuk mengesan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami.
''Kesemua anggota pasukan penyelamat, anjing pengesan dan doktor bersama pembantu kesihatan itu akan berlepas ke Jepun dengan menaiki pesawat Charlie 130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pukul 6 petang ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuala Pahang di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tragedi gempa bumi dan tsunami yang paling teruk melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun semalam.
Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter itu mengakibatkan berlaku tsunami setinggi 10 meter yang melanda pantai timur laut negara tersebut sehingga mengakibatkan kemusnahan rumah, kereta, bangunan, ladang dan bot.
Sehingga petang ini, lebih 1,300 mangsa bencana alam itu ditemui di wilayah terbabit dan ramai lagi dipercayai tertimbus di bawah runtuhan setelah sebuah hotel roboh di utara bandar Sendai.
Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata, penghantaran pasukan Smart serta pegawai perubatan yang dijadualkan berlepas 6 petang ini ditangguhkan sementara menunggu lampu hijau negara itu.
Menurutnya, ini adalah ekoran berlaku letupan dan kebocoran radiasi di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (Tepco) Fukushima Daiichi.
"Jepun telah mengarahkan pasukan keselamatannya membuat pemeriksaan terlebih dahulu bagi memastikan pasukan menyelamat dari luar negara yang bakal tiba tidak terdedah kepada radiasi hasil letupan yang berlaku itu.
"Bukan sahaja Malaysia, malah kesemua 45 negara yang mahu menghantar pasukan misi menyelamat ke Jepun kini sedang menunggu lampu hijau dari negara itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata, misi itu disertai 51 orang kesemuanya dengan diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sempadan Darat MKN, Khairil Hilmi Moktar yang akan berada di Jepun selama 14 hari.
Berita ini disiarkan oleh Utusan Malaysia - Utusan Online pada hari Sabtu (12 Mac 2011) dan penulis petik ke blog Sungai Tua Baharu bagi bacaan peribadi atau dikongsi bersama.
Allah pelihara masjid
MALAPETAKA paling tragis di alaf ini yang melanda Aceh Nanggroe Darus Salam pada tahun 2004, meninggalkan apa yang dinamakan kampung-kampung (dieja gampoeng dalam bahasa Aceh) tsunami dan termasuk juga masjid-masjid tsunami.
Kampung-kampung yang menjadi laluan tsunami itu hampir kesemuanya musnah sambil menelan korban yang tidak terhitung jumlahnya.
Di sebalik kemusnahan yang dahsyat akibat tsunami itu ada juga yang tegak dan kukuh berdiri terutama beberapa institusi masjid di Aceh.
Masyarakat menjadi pelik dan hairan apabila masjid-masjid berkenaan, kekal utuh walaupun beribu-ribu tan kubik air merempuh dan mengamuk dengan kelajuan hampir 300 kilometer sejam dengan ketinggian sehingga 30 meter terutama yang berhampiran dengan laut.
Masjid-masjid tsunami, seperti Masjid Raya Baitur Rahman di tengah-tengah Kutaraja (nama lama Banda Aceh) dan Masjid Raya Baitur Rahim di Pantai Ulee Lheuu, di Daerah Meuraxa, sempat penulis kunjungi.
Namun Masjid Rahmatullah di Lampuuk, di daerah Aceh Besar berdekatan dengan pusat peranginan pantai yang terkenal, Pantai Lhoknga adalah paling meninggalkan kesan di hati.
Ia satu-satunya masjid yang masih mengekalkan dan menyimpan kesan-kesan tsunami sebagai iktibar, ingatan dan pengajaran kepada seluruh umat manusia.
Sebaik melangkah masuk di penjuru kiri masjid tersebut jelas kelihatan bukti berlakunya rempuhan tsunami.
Rempuhan itu menyebabkan penduduk Lampuuk kini hanya tinggal 700 berbanding hampir 6,300 sebelum ditelan tsunami.
Kesan-kesan tsunami itu dikepung dan dipagar, sengaja ditinggalkan dan tidak akan dipulihkan sehingga bila-bila.
Tiang-tiang masjid yang diperbuat daripada konkrit ada yang patah, tumbang dan bergelimpangan di atas lantai. Jubin lantai masjid tercabut dan pecah akibat rempuhan tsunami itu.
Dipamerkan juga gambar-gambar suasana seperti padang jarak padang tekukur iaitu keadaan Lampuuk seusai tsunami. Semua ini menyebabkan hati jadi sebak!
Masjid Rahmatullah kini masih dalam proses pemulihan melalui pembiayaan besar dari pihak luar, terutama dari Turki.
Ini kerana Lampuuk dianggap sebagai 'anak angkat' kepada Turki berikutan dalam aspek sejarah telah ada penempatan bangsa Turki di daerah itu sejak dahulu.
Lampuuk tidak lagi berwajah duka. Perkampungan baru telah dibina yang menyajikan suasana cukup berbeza pada hari ini bagi menggantikan perkampungan yang disapu bersih oleh tsunami.
Kesempatan menziarahi Masjid Raya Baitur Rahim di Pantai Ulee Lheeu, juga membangkitkan keinsafan kepada setiap pengunjung.
Bagaikan satu keajaiban dan kuasa Allah, masjid ini tetap berdiri kukuh dan tidak musnah dihempas gelombang tsunami. Sedangkan kedudukannya hanya beberapa meter sahaja dari pantai.
Sedangkan perkampungan di sekitar masjid ini bersih disapu tsunami. Namun, Masjid Raya Baitur Rahim bukan sahaja utuh berdiri tetapi turut menjadi 'pelampung' penyelamat kepada mangsa ketika ombak tsunami ganas menerjah.
Ada yang berlindung di bahagian kubah masjid, akibat dilambung ombak ke bahagian itu.
Sehingga kini tiada siapa dapat menjawab bagaimana Masjid Raya Baitur Rahman di Banda Acheh, Masjid Lampuuk, Masjid Raya Baitur Rahim dan beberapa lagi masjid di lokasi-lokasi tsunami di Aceh mampu bertahan daripada pukulan ombak tsunami.
Adakah disebabkan struktur binaan bangunan semata-mata yang kukuh dan mantap atau mukjizat Allah?
Allah Maha Mengetahui. Namun ombak tsunami seolah-olah meninggalkan pesanan, 'pulanglah' ke masjid untuk kembali kepada Allah jika mahu selamat dalam hidup!
Penulis: Syukur kita di Malaysia beribu-ribu masjid telah dibina hampir setiap kampung ada sebuah masjid atau surau semoga lebih ramai memenuhi masjid dengan aktiviti-aktiviti mendalami ajaran Islam sambil beribadah.
Artikel ini disiarkan oleh Utusan Malaysia (Mega)- Utusan Online pada hari jumaat (11.Mac.2011) dan penulis petik dari blog RBF ke blog Sungai Tua Baharu bagi bacaan peribadi atau dikongsi bersama.
Friday, March 11, 2011
Negara Turut Rasa Tempias Jika Ekonomi Jepun Terjejas Akibat Gempa - Mukhriz
JITRA, 11 Mac (Bernama) -- Ekonomi negara akan turut terkena tempias sekiranya kedudukan ekonomi Jepun terjejas teruk akibat dilanda bencana gempa bumi kuat tengah hari Jumaat.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata Jepun merupakan rakan dagang agak besar selain banyak melabur di negara ini.
"Apabila berlaku bencana sebegini besar, sedikit sebanyak ia akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara itu dan Malaysia akan rasa tempiasnya."
"Jadi, diharap mereka dapat pulihkan keadaan secepat mungkin agar kesan terhadap ekonomi global dapat dikawal supaya terhad," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, selain itu nasib syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sana juga masih belum diketahui termasuk keadaan para pelajar Malaysia di sana.
"Walau pun gempa bumi dan tsunami perkara biasa di sana, tetapi (ukuran) 8.9 (pada skala Richter) merupakan satu angka yang besar dan saya mendoakan supaya mereka semua selamat... kita nak tau juga apa keadaan mereka di sana," kata Mukhriz.
Muhkriz berkata sebagai rakan dagangan yang karib, Malaysia perlu menghulurkan apa juga bentuk bantuan yang diperlukan bagi membantu meringankan beban mereka selepas dilanca bencana.
"Kalau mereka perlu apa-apa bentuk bantuan kita bersedia menghulurkan bantuan misi kemanusiaan," katanya.
Akibat gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang hari ini, penduduk di Labuan dan Sabah juga dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6.00 petang hingga tengah malam ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata keadaan itu dijangka berlaku ekoran gempa kuat yang berlaku berada dalam jarak 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
-- BERNAMA
Sungai Tua Baharu: Sekiranyalah ekonomi Jepun terjejas akibat dugaan Allah ini dan menempias Malaysia rakyat Malaysia hendaklah redha akannya dan berusaha untuk mengembalikan ekonomi di tempat asalnya jangan sampai pula kita menyalahkan di antara satu sama lain. Ini adalah dugaan Allah dan hendaklah kita redha dan insaf betapa Allah masih sayang kepada negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini. Beruntunglah kita tinggal di atas bumi yang dilindungi dari malapetaka besar tsunami seperti yang terjadi di pantai Jepun tersebut. Walaubagaimanapun kerajaan harus bersiap sedia apa jua ekoran malapetaka ini untuk melindungi rakyat.

Major tsunami damage in N Japan after 8.9 quake
TOKYO (AP) — Japan was struck by a magnitude 8.9 earthquake off its northeastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that washed away cars and tore away buildings along the coast near the epicenter. There were reports of injuries in Tokyo.
In various locations along Japan's coast, TV footage showed massive damage from the tsunami, with dozens of cars, boats and even buildings being carried along by waters. A large ship swept away by the tsunami rammed directly into a breakwater in Kesennuma city in Miyagi prefecture, according to footage on public broadcaster NHK.
Officials were trying to assess damage, injuries and deaths from the quake but had no immediate details.
The quake that struck at 2:46 p.m. was followed by a series of powerful aftershocks, including a 7.4-magnitude one about 30 minutes later. The U.S. Geological Survey upgraded the strength of the first quake to a magnitude 8.9, while Japan's meteorological agency measured it at 7.9.
The meteorological agency issued a tsunami warning for the entire Pacific coast of Japan. NHK was warning those near the coast to get to safer ground.
The Pacific Tsunami Warning Center in Hawaii said a tsunami warning was in effect for Japan, Russia, Marcus Island and the Northern Marianas. A tsunami watch has been issued for Guam, Taiwan, the Philippines, Indonesia and the U.S. state of Hawaii.
The quake struck at a depth of six miles (10 kilometers), about 80 miles (125 kilometers) off the eastern coast, the agency said. The area is 240 miles (380 kilometers) northeast of Tokyo.
In downtown Tokyo, large buildings shook violently and workers poured into the street for safety. TV footage showed a large building on fire and bellowing smoke in the Odaiba district of Tokyo.
In central Tokyo, trains were stopped and passengers walked along the tracks to platforms.
The ceiling in Kudan Kaikan, a large hall in Tokyo, collapsed, injuring an unknown number of people, NHK said.
Footage on NHK from their Sendai office showed employees stumbling around and books and papers crashing from desks. It also showed a glass shelter at a bus stop in Tokyo completely smashed by the quake and a weeping woman nearby being comforted by another woman.
Several quakes had hit the same region in recent days, including a 7.3 magnitude one on Wednesday.
Thirty minutes after the quake, tall buildings were still swaying in Tokyo and mobile phone networks were not working. Japan's Coast Guard has set up task force and officials are standing by for emergency contingencies, Coast Guard official Yosuke Oi said.
"I'm afraid we'll soon find out about damages, since the quake was so strong," he said
Tuesday, March 8, 2011
Seramai 194 ahli Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Rakyat sudah tak tahan dan cabut lari
Betul ke khabar ini? Seramai 194 ahli Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mambong Zon Kampung Git/ Nyiru bertindak keluar parti dengan menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bengoh.
Diketuai oleh Ketua Pemuda PKR Mambong Zon Git/Nyiru Robert Assan, kumpulan tersebut mendakwa tindakan mereka itu berpunca daripada kesilapan pimpinan parti pembangkang itu sendiri yang telah menjanjikan sesuatu tetapi tidak menunaikannya.
“Kami telah menyertai PKR selama enam tahun dan mereka telah menjanjikan sesuatu… selama ini kami menunggu, tetapi apa yang dijanjikan tidak ditepati".
Ulasan: Sudah banyak kali bila keluar sahaja ahli parti alasan tetap sama iaitu mereka terlalu lama menunggu janji-janji yang ditabur sehingga mereka sudah bosan menunggu lama. Ahli-ahli PKR kena ingat sangat mudah menabur janji tetpi bukan senang mahu tunai janji. Adakah Sarawak kini semakin sempit kehidupan berbeda 10 tahun lalu?
Baca seterusnya di sini

Sunday, March 6, 2011
94 lagi anggota PKR sudah cabut dari parti dan berlindung di bawah payung UMNO
TUARAN 6 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kini bertambah goyah apabila semakin ramai anggota parti itu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, kata Ketua UMNO Tuaran Datuk Hajiji Noor.
Beliau berkata, hari ini seramai 94 anggota parti itu yang diketuai bekas ketua ranting PKR Indai Rusnin Laseh menyerahkan borang menyertai Umno kepadanya.
"Saya percaya lebih ramai lagi ahli-ahli PKR sedar dan menyertai BN (Barisan Nasional) dalam masa terdekat. Ini kerana kerajaan BN sahaja mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat,” kata Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kepada pemberita di sini.
Sememangnya sangat benar hanya BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat. Orang Melayu dan Bumiputra masih memerlukan BN untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan mereka. Parti-parti yang dikuasai oleh keluarga tidak dapat diyakini mampu memberi keadilan kepada rakyat.

Keputusan rasmi DUN Merlimau dan Kerdau! BN Menang bergaya!
DUN Kerdau kekal dengan BN dengan majoriti 2,724 undi. Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad raih 5,060 undi, calon PAS Hassanuddin Salim, 2,336 undi.
Bagi DUN Merlimau BN kekal dipercayai dengan majoriti undi sebanyak 3,643. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, Pas Yuhaizad Abdullah 2,319
Semoga kedua-dua wakil rakyat yang diangkat menjadi pemimpin tempatan bekerja bersungguh-sungguh untuk kesejahteraan rakyat tempatan dan bekerja dengan ikhlas dan selalu merasa rendah diri dan penuh takwa.

Friday, March 4, 2011
Yayasan Salam Malaysia - Anda ingin menjadi sukarelawan?
Ingin menjadi Sukarelawan SALAM? Sertai Kursus Asas Sukarelawan pada 26-27 Mac 2011. Inilah peluang terbaik menumpahkan kasih sayang anda terhadap mereka yang memerlukan anda! Mungkin permohonan untuk mengikuti kursus ini masih terbuka... cubalah!
Keterangan lebih lanjut di sini
Rayuan PAS
Ulasan: Setahu kita DS Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang dilambung-lambung oleh Pakatan Rakyat dan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang apahal pulak mereka orang PAS tak mahu pemimpin mereka berceramah di Kerdau. Tentunya ceramah DS Anwar Ibrahim yang tinggal tak sampai 72 jam itu di Perdau takkan bertembung lagi dengan Umi Hafilda pengempen BN.
Solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah
Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab,yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.
Rashid juga mendedahkan Pas juga pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam.
Hari ini PAS terus mengkafirkan ahli UMNO tetapi tidak lagi serious memperjuangkan hudud dan negara Islam. Hairan juga sejak PAS berkawan dengan DAP dan PKR perjuangan melaksanakan hukum hudud dan negara Islam yang sentiasa dimomokkan kepada ahli sejak puluhan tahun ini tidak lagi menjadi matlamat utama.
Sila baca seterusnya cerita Rashid Wahab di sini

Wednesday, March 2, 2011
Nik Aziz tidak berbangga jadi bangsa Melayu dan berbangga dilahirkan sebagai orang Islam
KUALA KRAU 1 Mac – Kalau Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bangga jadi Islam, kenalah ikut apa yang Islam ajar dan apa yang Islam tetapkan dan bukannya dijadikan bahan untuk mendapatkan kepentingan politik.
Begitu juga dalam soal menjatuhkan “hukuman” kepada mana-mana pihak, jangan sesekali melebihi daripada segalanya seperti mengatakan undi selain daripada Pas tergolong sebagai golongan jahiliah dan sebagainya.
Perkara itu ditekankan oleh Ulama Muda UMNO, Ust fathul Bari Mat Jahaya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang tidak berbangga jadi bangsa Melayu dan berbangga dilahirkan sebagai orang Islam.
Nik Aziz ni waras tak?

Subscribe to:
Comments (Atom)