Tuesday, October 22, 2013

Kit Siang Ke Sungai Limau Untuk Terangkan Kristian Guna Kalimah Allah. Atas Persetujuan Pas……

Di dalam keghairahan pengundi Sungai Limau untuk menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau, mereka dikejutkan dengan kehadiran penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika malam pengumuman calon Pas semalam. Tambah mengejutkan ahli parlimen Gelang Patah itu, turut dibenarkan untuk berucap di hadapan ahli dan penyokong Pas yang rata-rata terdiri daripada penduduk kampung.

Sudahlah rata-rata di kalangan mereka dipaksa hadir untuk mendengar ceramah dalam keadaan hujan. Tetapi mereka juga turut diminta duduk di atas tanah yang masih bertakung air kerana pihak penganjur tidak menyediakan kerusi berbanding para pemimpin pakatan pembangkang yang selesa di kerusi empuk di atas pentas.

Tambah menarik, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar turut menjadikan isu tersebut sebagai modal lawak ketika berceramah dengan meminta para hadirin duduk di atas tanah supaya air yang banyak bertakung di kawasan tersebut cepat kering. Namun ‘lawak bodoh’ itu hanya mendapat sambutan hambar penyokong Pas.

Ini kerana, mereka bukan sahaja geram kerana dipaksa hadir dalam keadaan yag tidak selesa, namun paling menyakitkan hati apabila melihat kelibat Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkongsi pentas dengan Presiden Pas, Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain.

Malah ketika Kit Siang berucap, ada di kalangan ahli Pas yang melahirkan rasa kurang senang dan tidak bersetuju dengan pendekatan parti itu menggunakan Kit Siang. Ini kerana umum mengetahui DAP dan Kit Siang adalah merupakan antara mereka yang sangat kuat menentang Islam.

Paling menjengkelkan apabila, di dalam ceramahnya Kit Siang cuba menafikan kononnya dia anti-Islam.

Salah seorang pengunjung yang enggan mendedahkan identitinya, mengatakan dia langsung tidak bersetuju dengan keputusan Pas pusat untuk mendapatkan sokongan Kit Siang. Paling mengecewakan katanya, Pas buka setakat menagih sokongan DAP, malah turut membawanya hadir sebagai penceramah di Sungai Limau.

Ini kerana mereka tahu, Kit Siang adalah antara ‘Mastermind’ yang mahu memastikan kalimah Allah dapat digunakan oleh mereka yang beragama Kristian di dalam kitab Bible.

Menurutnya, dengan kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini, ia seolah-olah memberikan gambaran kepada mereka, Pas secara dasarnya telah bersetuju dengan gerakan musuh Islam itu.

Pada mereka, kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini bukan sekadar ingin meraih undi tetapi agenda utamanya ialah untuk menerangkan rasional penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Paling malang, gerakan tersebut turut disokong  oleh mereka yang bergelar ulama.

Sumber:  Beruang Biru

GST perkemas sistem kewangan Negara (Berita Harian)


Nampaknya sudah tersebar luas cerita kurang tepat tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan tak lama lagi, walhal fakta sebenar tidak dihebahkan.

Di sini, saya ingin bidas beberapa gambaran palsu tentang cukai itu dan memberikan pembaca perspektif tepat mengenainya.

Perkara pertama perlu diingat ialah GST hanyalah antara tindakan yang dilaksanakan kerajaan bagi menyusun semula sistem kewangan negara untuk mencari sumber hasil baru dan memperkemas kaedah kutipan cukai.

Selain itu, langkah lain juga sedang diambil termasuklah membanteras rasuah, membasmi pembaziran serta mewujudkan proses pemerolehan yang telus.

GST adalah sebahagian program peningkatan secara menyeluruh dengan penggabungan tindakan lain oleh kerajaan, bertujuan mencapai matlamat sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi secara mapan serta menyeluruh menjelang 2020.

Buat masa ini, asas rangkuman cukai kita terbatas iaitu terlalu bergantung kepada cukai pendapatan, baik cukai korporat mahupun cukai individu.

Jumlah penduduk Malaysia mencecah 29 juta tetapi bilangan yang membayar cukai pendapatan kurang daripada dua juta orang.

Takkan individu dan badan korporat yang sama diminta membayar cukai berkali-kali, malah didesak lagi membayar cukai lebih?

Kita cuma boleh berharap mereka dapat menjelaskan lebih cukai bila pendapatan mereka bertambah.
Sudah tentu jika kita tidak memperluas asas cukai, tidak mungkin sebarang potongan terhadap cukai pendapatan dan korporat dapat dipertimbangkan.

Pelbagai sebab yang mendorong kita memperbesar asas cukai, antara lain adalah hasil pendapatan yang tidak dilaporkan.

Cukai belanja

Sistem cukai nilai tambah seperti GST adalah cukai penggunaan yang mana bayaran cukai akan dikenakan pada setiap tahap berlakunya penambahan nilai dalam proses itu. Ini bermaksud GST hanya akan dibayar oleh golongan yang mampu berbelanja.

Jika anda mempunyai pendapatan tetapi tidak membayar cukai atas sebab tertentu, anda masih mahu membeli dan menggunakan barangan. Bila anda berbelanja, cukai yang dibayar sebagai GST dapat disalurkan kepada kerajaan sebagai sumber pendapatan.

Jika anda bimbang GST akan menyukarkan hidup anda, perlu diingat apabila GST dilaksanakan, kadar cukai sifar boleh dikenakan atas barang keperluan asas sebanyak mana yang mungkin.

Matlamat ini yang sedang diusahakan kerajaan bagi memastikan rakyat tidak terbeban akibat cukai ke atas barang keperluan asas.

Apabila GST dilaksanakan nanti, cukai jualan serta perkhidmatan yang kini pada kadar 6.0 hingga 10 peratus akan dihapuskan.

Pada tahun awal pelaksanaan GST, pendapatan kerajaan belum boleh memperlihatkan keuntungan kerana hasil yang diperoleh akan mengimbangi kehilangan akibat penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

Akan tetapi, sesudah beberapa lama, GST akan menyumbang kepada sumber pendapatan kerajaan.
Langkah yang dilaksanakan bagi mempertingkatkan hasil pencarian rakyat akan menjadikan rakyat semakin mewah. Apabila pendapatan rakyat semakin meningkat dan jumlah penggunaan juga meningkat, punca pendapatan daripada GST juga akan bertambah untuk kerajaan.

Apa pula manfaat GST untuk rakyat? Pertama, pengguna tidak akan membayar cukai lebih di atas pembekalan barangan dan perkhidmatan asas seperti makanan, pengangkutan awam dan pendidikan kerana cukai akan ditetapkan berkadar sifar untuk barangan dan perkhidmatan tersebut.

Kedua, penambahan hasil bagi kerajaan membolehkan program kebajikan masyarakat seperti BR1M, iaitu program pemberian tunai untuk golongan rakyat berpendapatan rendah diteruskan.

Dilaksana pada 2015

Besar kemungkinan pelaksanaan GST hanya akan dimulakan pada pertengahan 2015 dan itu pun jika GST diumumkan pada bajet akan datang. Hal ini kerana jangka masa antara 12 hingga 18 bulan diperlukan untuk memperkemas pelaksanaan cukai nilai tambah ini.

Bayangkan sejenak jika anda seorang pengilang barangan pengguna, contohnya minuman dalam botol.
Anda perlu membeli barangan mentah seperti gula, perisa minuman, botol dan lain-lain daripada pembekal. Pembekal ini akan memasukkan cukai GST dalam harga jualan mereka kepada anda.

Bila anda menjual minuman anda pula, anda juga harus meletakkan harga minuman yang ditambah dengan cukai GST. Namun, anda berhak membuat tuntutan rebet daripada nilai harga yang tidak anda masukkan, yakni cukai yang dikenakan oleh pembekal ke atas anda. Untuk itu, anda perlu menyimpan semua rekod anda dengan betul dan kemas.

Bantu peniaga kecil

Kerajaan akan membantu peniaga, khususnya peniaga kecil untuk membuat sistem penyimpanan rekod agar mudah peniaga melaksanakan sistem cukai nilai tambah ini tanpa masalah.

Banyak manfaat lain diperoleh daripada sistem penyimpanan rekod ini. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa nilai modal yang begitu tinggi mengalir keluar dari Malaysia tetapi nilai itu tidak sama dengan nilai yang tercatat dalam akaun negara.

Kira-kira 80 peratus daripada nilai itu adalah harga pindah, iaitu syarikat terbabit memindahkan kos mereka ke serata dunia hanya semata-mata untuk mengurangkan bayaran cukai.

Sesudah pelaksanaan GST, perbuatan seperti ini lebih sukar dilakukan kerana semua rekod akan disimpan pada setiap peringkat dalam proses penambahan nilai.

Rekod dalam rantai perniagaan akan mencatatkan nama pembekal dan harga bekalan, sama juga bagi anda yang menjual, semuanya akan disimpan. Rekod seperti ini akan menunjukkan dengan mudah sebarang pemesongan yang berlaku.

Bukan setakat pemesongan nilai modal, malah perbuatan lain juga boleh dikesan menerusi rekod ini. Hal ini memudahkan kastam mengesan mereka yang mengelak duti dan membolehkan Jabatan Hasil Dalam Negeri menyiasat pihak yang melarikan diri daripada membayar cukai.

Pelaksanaan GST akan memastikan pengemaskinian rekod yang lebih sempurna dan memungkinkan kutipan cukai dan duti yang lebih berkesan pada masa akan datang.

Cukai bernilai tambah ini sudah pun dilaksanakan di kebanyakan negara dunia serta ASEAN. Malah, negara pengeluar minyak juga sudah melakukannya.

Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah cukai GST ini luas asasnya dan dikenakan berdasarkan jumlah penggunaan.

Golongan kaya selalunya berbelanja lebih, jadi mereka yang mesti membayar GST, bukannya golongan berpendapatan rendah.

Susun semula sistem

Bila dilihat daripada aspek mana pun, GST sememangnya langkah progresif bertujuan untuk menyusun semula sistem cukai negara kita. GST adalah suatu langkah imperatif, kemestian memang bukan satu-satunya sebagai sumber hasil yang mapan bagi sebuah kerajaan ekonomi yang maju dan membangun untuk melabur balik kepada sektor yang memerlukan.

Penulis ialah Ketua Eksekutif di Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Sumber:  Beruang Biru

Monday, October 21, 2013

Saravanan vs Guru Besar SKPJP : Cubaan Mewujudkan Sentimen Kebencian Antara Kaum

Pasti ramai yang telah mendengar rakaman perbualan telefon yang dimuat naikkan di laman sosial Facebook baru-baru ini. Rakaman di antara seorang lelaki yang dipercayai berketurunan India dengan seorang guru besar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Puchong berhubung isu korban yang dilakukan oleh pihak sekolah.

Rakaman berdurasi 8.06 minit mengenai provokasi yang cuba dilakukan oleh lelaki India tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Saravanan itu mendapat perhatian ramai pihak yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Di dalam rakaman perbualan tersebut dia cuba menimbulkan mempertikaikan keputusan sekolah tersebut menjalankan upacara qurban di dalam kawasan sekolah yang kononnya akan mengganggu sentimen pelajar beragama hindu.

Walaupun guru besar tersebut cuba menjelaskan dengan cara berhemah dengan menggunakan nada yang rendah, Saravanan tetap dengan pendekatan kasar dan biadab. Malah dia berulang kali menyebut, sekiranya pihak sekolah membenarkan upacara qurban dijalankan, maka penganut agama lain patut dibenarkan untuk memotong babi di sekolah.

Sikap profesional yang ditunjukkan oleh guru besar terbabit, wajar dipuji kerana walaupun diasak dengan sedemikian rupa beliau tetap memberikan respon dengan tenang dan sopan. Malah ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan, beliau menjelaskan walaupun ibadah qurban itu dilakukan di kawasan sekolah, namun para pelajar yang bukan beragama Islam tidak dibenarkan untuk berada di kawasan yang berhampiran.

Oleh yang demikian, tidak timbul soal sentimen atau perkara-perkara yang dirasakan akan menyinggung sensitiviti pelajar. Ini kerana program yang dijalankan itu selain bertujuan untuk memenuhi tuntutan agama, ia bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar Islam tentang ibadah tersebut.

Mungkin mereka yang bukan beragama Islam merasakan perkataan babi yang digunakan, hanya merupakan analogi mudah namun bagi penganut agama Islam ia adalah merupakan satu percubaan untuk mencetus sentimen perkauman dan cubaan untuk menghasut.

Ini kerana Perkara 11, Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Walaupun Saravanan cuba mempertikaikan tindakan tersebut dengan alasan pihak kementerian kononnya tidak membenarkan aktiviti seumpama itu dijalankan di kawasan sekolah. Namun sekiranya diteliti, pihak kementerian secara dasarnya tidak pernah memberikan sebarang arahan bertulis melalui pekeliling untuk tidak membenarkan perkara tersebut.

Tambahan pula, ibadah korban adalah merupakan sebahagian daripada sukatan mata pelajaran Islam. Oleh itu tidak timbul sebarang isu mengenai perkara tersebut. Secara rasionalnya tidak salah sekiranya pihak sekolah berhasrat untuk mengadakan latihan praktikal bagi mendedahkan para pelajar dengan cara dan kaedah yang dibenarkan Islam ketika menyembelih binatang ternakan.

Malah melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh guru besar tersebut, beliau secara terang menjelaskan perkara tersebut telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat pengurusan sekolah yang turut dihadiri oleh guru-guru yang bukan beragama Islam.

Kesimpulannya pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan segera menjalankan siasatan berhubung tindakan Saravanan ini yang secara jelas cuba mewujudkan suasana tidak selesa di kalangan masyarakat. Malah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan juga jelas mengandungi sentimen kebencian dan hasutan.

Sumber:  Beruang Biru

Telur Surendran Hilang Apabila Diminta Tandatangani Surat Pelepasan Tanggungan

Umum mengetahui pakatan pembangkang sering kali menjadikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai ‘kambing hitam’ bagi menghentam kerajaan. Mereka mendakwa kononnya PDRM telah dijadikan alat oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional bagi menyekat dan menghalang aktiviti yang dilakukan oleh pakatan pembangkang.

Namun sejak akhir-akhirnya ini, serangan yang ditujukan kepada PDRM dilihat semakin melampaui batas. Mereka dengan sewenang-wenangnya menuduh pihak polis trigger happy dalam melakukan tugas. Ia ekoran dari beberapa kejadian tembak-menembak antara pihak polis dan penjenayah.

Naib Presiden PKR, N, Surendran sebelum ini mendakwa polis dengan sengaja melepaskan tembakan bagi membunuh (shoot-to-kill) para penjenayah ketika menjalankan operasi. Surendran turut mendakwa polis gagal mematuhi dan mengikutiProsedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Dia juga mempertikaikan tindakan polis menangkap dan menembak penjenayah berbangsa India sebagai profail berdasarkan kaum (racial profiling) sangat berbahaya. Dalam kenyataannya kepada portal pro pembangkang, kata Surendran, hampir 70 peratus penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam kejadian tembakan adalah dari kaum India.

Ekoran dari kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 11 Oktober telah mempelawa Surendran yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Serai untuk turut serta dalam operasi membanteras penjenayah bersenjata yang bakal diadakan nanti.

Pelawaan itu bertujuan untuk membolehkan Surendran melihat sendiri cara dan pendekatan yang diambil oleh pihak polis ketika berdepan dengan saat getir yang boleh meragut nyawa pada bila-bila masa.

Walaupun Surendran telah pun menyatakan kesudian untuk turut serta dalam operasi yang bakal diadakan, namun sehingga kini dia masih gagal untuk menandatangani suratperjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.

Surat perjanjian indemniti itu, bertujuan untuk membebaskan polis daripada memikul sebarang tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam erti kata lain, dia tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, Ketua Polis Negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.

Paling menarik, apabila meneliti kandungan surat perjanjian indemniti itu penasihat undang-undangnya R. Sivarasa telah menasihatinya agar membatalkan hasratnya untuk menyertai operasi berbahaya itu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Persoalannya bukankah mereka sebelum ini mendakwa, polis DENGAN SENGAJA ingin melepaskan tembakan untuk bunuh dan tidak mengikuti prosedur? Sedangkan penjenayah-penjenayah yang ingin ditangkap itu LANGSUNG tidak berbahaya. Jadi apa perlu untuk Surendran takut menurunkan tandatangan tersebut.

Tambahan pula masakan, penjenayah berbahaya dari keturunan India sanggup menembak Surendran yang ingin memperjuangkan hak dan kebebasan mereka.

Surat perjanjian indemniti itu secara dasarnya bertujuan untuk mengelakkan pihak polis terbeban dengan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan nyawa Surendran. Ini kerana ketika operasi dilakukan, selain menangkap penjenayah, sudah tentu anggota dan pegawai yang menyertai operasi perlu menjaga keselamatan dan nyawa mereka sendiri.

Kesimpulannya, Surendran perlu berhenti dari bermain politik murahan atau mencari isu yang mempunyai political mileage. Sekiranya dia inginkan kepastian berhubung SOP yang dijalankan oleh polis sila sahut cabaran tersebut. Kegagalan dia menyahut cabaran tersebut bakal membuktikan mereka di kalangan pembangkang hanya berani untuk bercakap namun takut berdepan dengan realiti.

Atau dalam bahasa kasar, mereka sebenarnya ‘tak ada telor’.

Sumber:  Beruang Biru

Wartawan TMI Bakal Berdepan Dengan Tindakan Saman

Ketika majoriti ahli UMNO sedang sibuk dengan kehangatan pemilihan Umno, masyarakat dikejutkan dengan laporan portal pembangkang, The Malaysia Insider (TMI) yang dikatakan bakal di saman calon Naib Presiden, Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan satu artikel fitnah yang disiarkan mereka.

Fitnah yang ditaburkan portal itu memperlihatkan tahap ‘profesionalisme’ dan etika di kalangan wartawan-wartawan portal itu yang cuba meraih 'hit' yang tinggi dengan menghidangkan laporan palsu sebagai hidangan untuk pengunjung setia mereka.

Lebih kurang kesnya TMI ini dengan Surendran, berani tulis tapi tak berani tanggung. Sudah tulis, nak disaman pandai pula minta maaf awal-awal. Sekarang ini, mudah sahaja.

Kalau sumber itu benar tak perlu gentar untuk keluarkan kenyataan ataupun buat berita sekali pun.

Tetapi kalau subuh-subuh gajah lagi sudah maklum dengan sumber yang kabur, dan boleh menimbulkan kemarahan mana-mana pihak, elok batalkan niat untuk menyiarkan artikel sebegitu rupa.

Sudahnya, TMI sendiri yang malu dan kena minta maaf. Memang banyak kes sebegini, suka menulis sangat sehingga tidak fikir kesan akan datang. Biasalah dengan portal pro pembangkang ini, kalau pasal kerajaan laju sahaja dia hentam, tapi kalau pasal pembangkang yang dijulang itu cepat-cepat sorok bawah karpet.

Lepas itu, laju sahaja kalau nak menuduh Umno banyak tabur fitnah, sedangkan sebenarnya mereka yang galak buat fitnah dengan keluarkan artikel yang sebegitu. Artikel yang banyak menjadi penyebab kepada pecah belah antara kaum. Artikel yang banyak menyentuh sensitiviti beragama, perkauman dan sebagainya.

Sekarang ini, TMI dok pakat nak hentam Datuk Seri Hishamuddin dengan menggunakan sumber dalaman berkenaan 'wahyu' dari pihak atasan. Mereka ini nampaknya tak kenal serik, rasanya perlu disaman penulis artikel yang 'berani' sangat itu untuk membuktikan kejantanan penulis artikel.

Sekadar nasihat kepada para wartawan yang bekerja di portal-portal pembangkang yang kerjanya hanya untuk membuat berita palsu dan fitnah, ada baiknya mula memikirkan untuk mencari kerja lain. Kerana silap hari bulan, mereka bakal berdepan dengan tindakan undang-undang yang memungkinkan mereka menjadi muflis di umur muda.

Silap-silap, para wartawan yang bekerja di TMI ini, gajinya habis untuk bayar saman sahaja.....nasiblah.

Sumber:  Beruang Biru

ISU K-POP : KSN PERLU SIASAT KSU KBS BERHUBUNG ISU SALAH BERI MAKLUMAT

Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di Parlimen pada sidang Parlimen lalu nyata mendapat perhatian ramai khususnya di kalangan pembangkang. Mereka membangkitkan kononnya kerajaan Barisan Nasional telah melakukan ketirisan dan keborosan sama ada melalui kementerian mahupun agensi kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan negara.

Antaranya isu perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika dipegang Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung bayaran RM 1.6 juta untuk artis K-Pop dari Korea.

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika mengulas mengenai perkara tersebut menjelaskan bahawa tajaan tersebut tidak berlaku pada saat-saat akhir. Sehingga menyebabkan pihak KBS terpaksa membayar sendiri perbelanjaan tersebut.

Sedangkan sebelum ini, Shabery mengatakan perbelanjaan tersebut ditaja oleh pihak swasta. Malah kenyataan Shabery itu turut disokong oleh bekas Setiausaha Kementerian, Datuk Mohid Mohamed  pada 2 Jun 2012 yang menegaskan persembahan 3 kumpulan K-Pop dari Korea Selatan itu bukan dibiayai oleh kerajaan.

Maka sebagai rakyat biasa, sudah pasti akan timbul tanda tanya berhubung dua kenyataan berbeza mengenai isu yang sama. Pasti mereka dengan mudah akan terus menghadam semua tohmahan yang diberikan pembangkang sebagai pendedahan yang mempunyai asas.

Padahal secara realitinya, Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya tidak memisahkan wang tajaan yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara (MSN). Menurut fakta pihak penganjur sebenarnya telah pun memberikan tajaan sebanyak RM20 juta yang dimasukkan ke dalam akaun MSN.

Sebaliknya Audit Negara melaporkan ia secara pukal dan beranggapan RM20 juta berkenaan adalah 'pendapatan' KBS. Dengan kata lain, Audit Negara tidak mengambil kira wang tajaan yang masuk ke dalam akaun Majlis Sukan Negara tetapi hanya mengambil kira wang yang keluar dari KBS.

Dan kesempatan itu, dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh para pencacai Pakatan Rakyat untuk melakukan penyelewengan fakta bagi menghentam KBS. Mereka mendakwa kononnya kerajaan BN telah menyalahgunakan wang rakyat dengan berpandukan kepada kenyataan Khairy Jamaluddin. Sedangkan Menteri KBS itu sebenarnya telah diberikan maklumat yang salah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Khairy kepada media selepas majlis Dialog Bersama Alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 9 Oktober lalu apabila diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan Shabery yang mempertahankan kenyataan tajaan tersebut.

Khairy menjelaskan kenyataan awal beliau itu berdasarkan kepada laporan yang diberikan oleh pihak kementerian. Atau dalam bahasa mudah ada pegawai pengurusan tertinggi di dalam KBS yang sengaja mahu menyembunyikan fakta sebenar sehinggakan Khairy terkhilaf dalam membuat kenyataan.

Menurut sumber, isu ini terjadi ekoran dari dendam dan perbalahan di antara pihak pengurusan baru KBS dengan pengurusan yang lama. Atau dalam bahasa mudah, ada pihak yang sengaja mahu meletakkan kesalahan kepada Shabery sebagai menteri yang bertanggungjawab.

Ini kerana secara rasionalnya, adalah mustahil mereka yang berada di dalam kementerian GAGAL atau terlepas pandang terhadap kos perbelanjaan ini. Tambahan pula ia melibatkan jumlah wang yang besar.

Oleh yang demikian, Ketua Setiausaha Negara (KSN) perlu segera menjalankan siasatan berhubung isu ini. Jangan disebabkan masalah peribadi di antara rakan kerja, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, dijadikan sasaran kecaman pembangkang.

Sumber:  Beruang Biru

Pemilihan UMNO Telah Selesai, Masa Untuk Bersatu Mantapkan Parti

Semalam adalah merupakan detik yang panjang untuk semua baik di kalangan mereka yang bertanding di peringkat bahagian mahupun di jawatan tertinggi Umno Malaysia. Bagi yang menjadi penunggu setia di PWTC semalam graf keputusan yang sekejap naik dan turun, ada kalanya cukup meresahkan sehinggakan ada yang tidak senang duduk. Atau dalam bahasa perumpamaan, mengalahkan saat menunggu ketika bini ingin bersalin.

Namun itulah realiti dalam dunia politik dan adat pertandingan. Pasti ada yang akan kalah dan menang. Kepada mereka yang berjaya setinggi-tinggi tahniah diucapkan, namun pada mereka yang gagal diharapkan dapat menerima keputusan tersebut dengan hati yang tabah dan terbuka.

Walau apa pun, yang berlaku pemilihan Umno untuk sesi kali ini telah ‘selesai’ dengan menggunakan sistem yang lebih berdemokrasi dan telus untuk menobatkan pimpinan parti Melayu ini.

Sebagai generasi perwakilan dan ahli Umno yang menjadi perintis kepada inisiatif Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam memperkenalkan sistem baru ini, rata-rata di kalangan mereka nampaknya lebih berpuas hati berbanding sistem terdahulu.

Sistem yang lebih telus bagi mengelakkan amalan politik wang terus menghantui Umno sedikit sebanyak dilihat bakal membantu Umno untuk menarik minat kumpulan orang muda untuk memberi terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional khususnya Umno pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Apa yang pasti, pemilihan kali ini sudah selesai dengan baik. Sudah tiba masa untuk semua ahli memperkukuhkan jentera dan berhenti bermain politik. Berusahalah untuk menempuh cabaran yang bakal dihadapi melalui Pilihan Raya Kecil Sungai Limau menjelang 4 November ini.

Kekalkan semangat bersatu padu demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja kaum Melayu kerana sebagai negara yang berbilang kaum, perpaduan merupakan asas untuk membentuk sebuah negara yang terbaik.

Walaupun Umno merupakan satu parti yang memperjuangkan dan mempertahankan hak istimewa orang Melayu, itu tidak bermakna kepentingan kaum lain akan dipandang sepi. Jadikan lah pemilihan kali ini sebagai satu modul yang paling cantik untuk diikuti dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Tiada senioriti mahupun pilih bulu, siapa yang layak untuk dibantu, haruslah diberikan bantuan. Ini dapat memastikan Umno dan juga Barisan Nasional sebagai kerajaan yang memimpin dapat mengekalkan relevan mereka pada PRU akan datang untuk terus mengemudi negara ke arah yang lebih maju dan aman.

Hapuskan budaya politik wang, hapuskan juga budaya kronisme yang kerap disinonimkan dengan Umno. Demokrasi dan ketelusan yang ditawarkan Presiden Umno adalah satu platform yang sangat baik untuk diteruskan.

Jelas Najib mengambil berat soal rakyat dan juga parti, oleh itu beliau berusaha keras untuk terus memastikan Umno kekal relevan sepanjang zaman untuk ahlinya.

Buktikan kekuatan dan juga semangat perpaduan yang ada pada PRK Sungai Limau ini, sama-sama berganding bahu untuk memastikan rakyat Sungai Limau berhak menerima kemajuan seperti yang lain.

Umno perlu mara untuk rakyat Malaysia.

Sumber:  Beruang Biru

Sampai Masa MCA Tangani Isu Diskriminasi Di Sektor Swasta

Mesyuarat Agong Luar Biasa MCA hujung minggu lalu wajar dipuji kerana berlangsung dalam keadaan tertib walaupun pada dasarnya parti itu berhadapan dengan pergolakan.

Ia berakhir dengan 4 resolusi dicapai iaitu:

1. menolak untuk mengecam Dato’ Seri Liow Tiong Lai dalam isu kepimpinan,
2. terus menolak sebarang jawatan kabinet,
3. bersedia menerima jawatan kerajaan atau senator dan juga
4. bersedia menerima jawatan kerajaan di peringkat negeri termasuk Exco.

Keputusan ini dilihat mampu menghentikan pergolakan dalam parti tersebut, sekali gus memberi lebih ruang untuk ia menangani isu yang lebih menyeluruh dalam kapasitinya sebagai parti komponen kerajaan yang memerintah.

Untuk itu, MCA perlu membuat keputusan sama ada ingin terus membawa agenda chauvinis Cina ala DAP atau kembali kepada semangat setiakawan Barisan Nasional.

Setakat ini, MCA dilihat sebagai gunting dalam lipatan di mana sering membuka ruang untuk mengkritik atau menghentam atau menyindir UMNO melalui akhbar milik parti itu iaitu The Star.  Tidak cukup dengan menikam belakang UMNO dalam PRU-13 lalu, MCA masih lagi enggan berganjak dari bermain isu perkauman apabila saja berpeluang.  MCA mengambil sikap seolah-olah semua masalah yang berlaku dalam negara adalah berpunca dari sikap orang-orang Melayu dan kerajaan Melayu yang memberi hak istimewa kepada Melayu.
 
Justeru, kita tertanya-tanya, apakah MCA sedar akan sentimen anti-Cina yang semakin merebak di dunia hari ini?  Jika sedar, maka apakah MCA tahu kenapa kaum Cina semakin dibenci?  Apakah MCA benar-benar peduli jika kaum Cina dibenci sebegitu rupa?

Di Australia, misalnya, sudah ada kenyataan rasmi dari bekas Perdana Menterinya mengenai sikap biadap kaum Cina yang menuntut berbagai hak serta enggan berasimilasi dengan kaum asal.  Di Filipina juga kita menyaksikan beberapa demonstrasi yang meluahkan perasaan marah terhadap sikap kaum Cina yang melampau kerana ingin menuntut hak yang bukan-bukan dan di masa yang sama enggan berasimilasi dengan kaum asal.

Sentimen yang sama kini  menular ke Amerika dan hanya masa yang akan menentukan bila ia akan meletup.

Di Indonesia, ia telah pernah meletup tetapi akhirnya terkawal.  Sentimen ini di negara itu kini berada dalam keadaan ‘pendam’.

Oleh itu, kita sarankan MCA  melihat perkembangan ini dengan lebih serius sebelum sentimen membenci Cina mula meletup di negara ini.

Sudah sampai masanya, MCA mendidik kaum Cina agar lebih beradab dan bertamadun. Kaum Cina perlu dipupuk dengan nilai-nilai murni seperti merendah diri, bertolak ansur, berterima kasih dan jujur.  Usah lagi bersifat hipokrit kononnya kaum Cina menuntut keadilan, kerana kini seluruh dunia tahu bahawa kaum Cina tidak mungkin berlaku adil dalam kegilaan mereka meraih keuntungan.   Selagi boleh, kaum-kaum lain akan ditindas dan didiskriminasi dengan apa cara sekali pun oleh kaum Cina, termasuk menipu bagi memastikan hanya kaum mereka berada di atas.

Seorang Professor berbangsa Cina di Singapura sendiri telah mengakui hakikat ini melalui kajiannya mengenai diskriminasi kaum di negara itu.  Di Malaysia juga, Professor Lee Hwok Aun dari UKM turut membentangkan hakikat yang sama dalam kajiannya mengenai diskriminasi terhadap orang-orang Melayu dalam pengambilan pekerja di sektor swasta.

Sesungguhnya, sistem meritokrasi yang dilaung-laungkan kaum Cina hanyalah penipuan semata-mata.

Jika itu belum cukup membuktikan betapa bahawa kaum Cina memang mempunyai masalah sikap, maka MCA wajar melihatnya dari sudut pandangan seorang Cina dari negara China iaitu Ye Lin Sheng yang menulis buku The Chinese Dilemma.  Di dalam buku tersebut, Ling Sheng mengupas secara terperinci pemerhatian dan pengalamannya mengenai Cina Malaysia yang begitu perkauman dan biadap.

Selain itu seorang penulis barat, Sterling Seagrave, juga turut bersetuju dengan Lin Sheng dan menulis buku mengenai keburukan sikap orang-orang Cina yang bertajuk ‘Lord of the Rims – the invisible empire of overseas chinese’.

Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Cina, MCA tidak wajar mengenepikan perkembangan yang tidak sihat ini.  MCA perlu bertanggungjawab mengekang sebarang kemungkinan buruk dan bukannya turut menjadi batu api bagi meningkatkan sentimen anti Cina di negara ini.

MCA tidak boleh mementingkan diri sendiri dengan hanya menuntut UMNO menghapuskan polisi yang mengutamakan Melayu selagi sektor swasta tidak menghapuskan diskriminasi terhadap orang-orang Melayu.

Mungkin MCA merasakan yang kaum Cina sudah cukup kuat di sini, tidak seperti di Australia, Filipina atau Indonesia dan tidak perlu gusar akan tindakbalas orang-orang Melayu.
Jika ini yang difikirkan, maka jelaslah MCA tidak layak menjadi sebahagian komponen parti kerajaan.  Dan jelaslah bahawa MCA turut membawa sikap dan sifat buruk kaum Cina sepertimana yang disebut di dalam kajian dan buku-buku yang disebut di atas.

Sumber:  Beruang Biru

Bajet 2014: Hadi Minta Kerajaan Tumpukan Pada Orang Kaya

Harakahdaily melaporkan bahawa Pakatan Rakyat akan membentangkan Belanjawan 2014 di Bangunan Parlimen esok, iaitu tiga hari lebih awal daripada pembentangan belanjawan kerajaan. Portal rasmi PAS itu juga kemudiannya menulis “Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak akan  membentangkan belanjawan kerajaan pada 25 September ini.”

Seperti biasa, portal tersebut berada dalam khayalan sehingga tidak menyedari bahawa bulan September pun telah berlalu.

Presiden PAS, Hadi Awang juga pastinya berada dalam dunia khayalan yang sama apabila ‘menegur’ BN kerana tidak merujuk kepada rakyat pembayar cukai setiap kali membentangkan belanjawan.  Oleh itu, menurut Hadi Awang, kerajaan perlu terlebih dahulu merujuk kepada rakyat pembayar cukai dalam menyediakan bajet negara agar tidak membebankan golongan itu.

Hadi juga berkata, berlaku ketirisan dan juga pembaziran yang tidak wajar dalam bajet kerajaan, di tambah pula dengan berlakunya situasi tidak dijangka seperti insiden Lahad Datu.  Namun, umum tahu bahawa insiden Lahad Datu telah lama dijangka oleh Anwar Ibrahim melalui lagunya ‘Sabah nak hilang’ beberapa bulan sebelum ia berlaku.  Ini bermakna, Anwar boleh mengelaknya jika beliau benar-benar prihatin dengan kedaulatan negara.

Mungkin Hadi tidak menyedari bahawa bukan semua rakyat adalah ‘pembayar cukai’.

Pastinya majoriti puak-puak PAS tegar yang 24 jam ke hulu ke hilir berpolitik dan menghadiri ceramah, tanpa kerja tetap tetapi asyik makan duit derma atau duit isteri yang kerja kerajaan, bukanlah pembayar cukai.   Selebihnya, puak-puak PAS ini berada dalam Jabatan kerajaan dengan gaji rendah dan tidak membayar cukai juga.  Hanya segelintir sahaja yang bekerja swasta dengan gaji tinggi sedikit atau berniaga, yang mana membayar cukai.

Tahukah Hadi kenapa jadi begini?  Ini kerana sikap orang-orang PAS itu sendiri yang enggan belajar bersungguh-sungguh, malas dan lebih gemar hidup ditanggung isteri atas alasan ‘perjuangan Islam’.

Faktor kedua ialah kerana rakyat yang membayar cukai yang majoritinya kaum Cina, enggan memberi peluang dan sengaja menindas orang-orang Melayu agar tidak mampu bersaing dengan mereka dan seterusnya tidak mampu membayar cukai.

Justeru, sekiranya ‘nasihat’ Hadi Awang digunapakai, iaitu meminta pandangan Cina pembayar cukai terbanyak dalam menyediakan bajet negara, maka alamatnya, mereka hanya akan memberi pandangan yang menguntungkan golongan korporat dan juga peniaga besar seperti mereka sahaja.  Dalam kata lain, semakin tertekan dan tertindaslah golongan miskin dan sederhana.

Keadaan ini telah pun berlaku di negeri-negeri yang diperintah PR di mana polisi ‘keterbukaan’ telah memperlihatkan bagaimana bangunan perniagaan yang dulunya didominasi Melayu terpaksa menaikkan harga sewa semata-mata untuk menjaga kepentingan, atau sekadar menjaga hati pembayar cukai.

Sebaliknya, kerajaan BN mengambil pendekatan yang lebih prihatin dan tidak mementingkan keuntungan pantas semata-mata.  Adalah lebih baik meletakkan sasaran keuntungan jangka panjang dari segi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat bagi menjamin kekukuhan negara.   Rakyat golongan miskin dan sederhana perlu dibantu agar dapat memajukan ekonomi keluarga, dan seterusnya menyumbang kepada kekukuhan negara di masa depan.  

Untuk pengetahuan Hadi, pendekatan inilah yang membawa Malaysia ke tahap ini.  Jika kerajaan terus menerus mementingkan hanya golongan kaya dalam Bajet negara, tragedi seperti 13 Mei mungkin boleh disaksikan secara bersiri.

Kesimpulannya, menggunakan Melayu yang tidak bijak seperti Hadi Awang untuk menekan kerajaan agar menggubal dasar yang lebih menguntungkan mereka adalah antara strategi halus Cina si pembayar cukai terbanyak ini.  Sedih sekali melihat bagaimana Hadi ditunggang DAP bagi mencapai matlamat kaum Cina.

Daripada Hadi cuba mengajar kerajaan, adalah lebih baik Hadi menegur DAP yang menindas Melayu di Pulau Pinang terlebih dahulu.  Atau, apakah Hadi sudah tidak peduli akan nasib Melayu lagi hanya kerana mereka bukanlah pembayar cukai tertinggi?

Entah sampai bila Hadi akan sedar bahawa beliau hanyalah kuda tunggangan semata-mata.

Sumber:  Beruang Biru


Friday, October 18, 2013

Isu Kalimah Allah: Jangan Terhasut Dengan Mainan Politik

Nampaknya, isu Kalimah Allah telah dipolitikkan sepenuhnya oleh beberapa pihak.   Nama ‘Allah’ yang merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa kini dituntut untuk digunapakai sebagai nama Tuhan bagi agama Kristian iaitu salah satu entiti dalam konsep trinity.

Selama ini, entiti tersebut dirujuk sebagai ‘Father’ atau ‘Lord’ tanpa nama yang jelas dan ia tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah kepada mana-mana masyarakat Kristian di dunia.

Hanya akhir-akhir ini sahaja, dan hanya di Malaysia sahaja, segolongan penganut Kristian menjadikan nama ‘Allah’ sebagai isu besar.  Mereka ini sanggup membawa isu ini ke mahkamah apabila kerajaan Malaysia mengharamkan The Herald dari diedarkan kerana telah menterjemahkan ‘Father’ kepada ‘Allah’.

Mereka berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ bukanlah nama khas tetapi perkataan Arab yang merujuk kepada Tuhan secara umum.  Bagaimanapun, di negara-negara Arab sendiri, penganut Kristian tidak selesa menggunakan ‘Allah’ sebagai merujuk kepada Tuhan mereka kerana bimbang kekeliruan dan kemungkinan ‘terpesong akidah’ sehingga menjadi Islam.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia di mana umat Islam yang merasa bimbang sekiranya penggunaan nama ‘Allah’ di dalam risalah Kristian akan mengelirukan anak-anak mereka sehingga menjadi murtad.  Kebimbangan ini adalah berasaskan usaha giat dari kalangan pendakwah Kristian untuk memurtadkan umat Islam kebelakangan ini.

Justeru, kerajaan telah mengambil langkah wajar bagi mengekang kebimbangan umat Islam dengan menghalang pengedaran The Herald.

Malangnya, beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah mempolitikkan isu ini sebagai isu ketidak-adilan dalam konteks kebebasan beragama.  Kononnya, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang berat sebelah, silap, mundur dan kononnya umat Islam di negara ini mengalami ketakutan yang tidak berasas.  Mereka juga berhujah bahawa Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan terjemahan ‘Allah’ sebagai Tuhan dan ia tidak menimbulkan masalah.

Hakikatnya, isu ini adalah terhad ke atas The Herald sahaja dan keputusan mahkamah yang menyebelahi umat Islam itu adalah berdasarkan kes tersebut semata-mata tanpa melibatkan mana-mana gereja atau majlis terutamanya di Sabah dan Sarawak.  Dalam kata lain, ia bukan satu isu pun kerana yang menjadi subjek di sini hanyalah The Herald, dan bukan amalan Kristian secara keseluruhan.

Oleh itu, kita melihat tindakan pihak yang membela The Herald adalah keterlaluan, terkeluar dari batasan dan berniat jahat.

Kita percaya, Kristian juga menuntut penganutnya agar patuh pada undang-undang dan tidak membuat kekacauan.   Malangnya, apa yang berlaku memperlihatkan seolah-olah terdapat usaha untuk mencabar mahkamah dan tidak menghormati undang-undang oleh pihak pembela The Herald.  Keadaan ini mampu mencetuskan kekacauan.

Apa yang lebih penting lagi ialah, tidak semua penganut Kristian bersetuju untuk menggunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan mereka.

Malah, sehingga kini, tiada lagi gereja yang memuji-muji ‘Allah’ dalam ‘khutbahnya’. Nama ‘Allah’ tidak pernah diamalkan dalam perbualan mahupun ceramah agama Kristian. Maka, kenapa The Herald perlu berdegil untuk menggunakannya sedangkan tindakan itu jelas mencetuskan permusuhan?

Bukankah lebih baik memilih perdamaian?  Apakah dengan tidak menggunakan nama ‘Allah’ dalam The Herald maka penganut Kristian akan berdosa?  Atau akidah mereka terjejas?  Atau doa mereka tidak makbul lagi?

Dalam kata lain, sebelum berhujah tentang kenapa umat Islam tidak harus menghalang The Herald menggunakan nama ‘Allah’, bukankah lebih baik senaraikan dahulu sebab musabab kenapa The Herald perlu, wajib, harus, mesti menggunakan kalimah tersebut? Apakah yang akan dapat dicapai melaluinya dan apakah yang tidak akan dapat tercapai tanpanya?

Sumber:  Beruang Biru

PR1MA 'JELMAAN' FELDA DI BANDAR


Kenakan Tindakan Keatas Pegawai Kerajaan Buat Keputusan Rugikan Rakyat


Isu Pemilihan Sayap UMNO Tak Perlu Ke ROS


Gantung Jawatan Kok Wai


Bersedia Terima Berita Kenaikan Barang, Penurunan Subsidi