Monday, March 4, 2013

Bukti Kekejaman Tentera Sulu

Asal perkataan ‘Sulu’ dikatakan berkaitan dengan ilmu kesufian Islam iaitu ‘suluk’ (beribadah secara terasing atau bersendirian) yang mana seharusnya menggambarkan ketinggian agama dalam diri bangsa Sulu.  Ada juga yang berkata bahawa ‘Sulu’ berasal dari perkataan ‘jolo’ iaitu jolokan yang diberikan oleh pedagang Cina kepada mereka yang bermaksud ‘orang baik’.

Justeru, adalah sesuatu yang pelik sekali apabila Bangsa Sulu yang dikaitkan dengan Islam dan kebaikan ini melancarkan perang demi menuntut wilayah di sebuah negara Islam, Malaysia, untuk dimasukkan ke wilayah negara kafir, Filipina.  Malah, kepimpinan Sulu juga menempelak kerajaan Filipina kerana tidak menyebelahi mereka untuk dalam isu tuntutan wilayah tersebut walaupun mereka adalah rakyat Filipina. 

Lebih pelik lagi apabila tindakan tentera-tentera Sulu tersebut langsung tidak mencerminkan keIslaman, walaupun menyedari hakikat bahawa mereka sedang menentang saudara seagama.  Malah, tindakan mereka lebih menyerupai kekejaman pihak komunis atau penjajah Jepun di mana pihak polis Malaysia telah dipenggal kepala, manakala seorang Ketua Unit Cawangan Khas, telah dirodok perutnya.  Kelihatannya tentera-tentera Sulu ini benar-benar nekad menggadaikan segala-galanya kerana pada hakikatnya, mereka berada di pihak yang tidak mungkin menang. 

Kekejaman yang ditunjukkan pihak Sulu mengundang lebih banyak persoalan mengenai apa atau siapa sebenarnya di belakang tuntutan mereka.  Mungkinkah Sultan Sulu begitu cetek pemikirannya sehingga sanggup menggadaikan nyawa tentera dan rakyatnya demi sesuatu yang hampir mustahil?  Atau apakah beliau telah dijanjikan bantuan oleh pihak lain?  Ini tidak mustahil jika dilihat dari pemilikan senjata yang lengkap dan canggih oleh pihak mereka.

Bangsa Sulu wajar memikirkan apalah gunanya menggadai nyawa, keamanan dan keselesaan hidup demi mendapatkan sebuah wilayah?  Untuk apakah perjuangan ini jika bukan sekadar  untuk memenuhi nafsu pemimpin mereka, selain memenuhi hasrat musuh-musuh Islam untuk melihat Umat Islam bersengketa sesama sendiri sehingga bermandi darah.   

Pencerobohan Sulu ini sebenarnya merupakan pelan susulan pihak-pihak tertentu setelah pertelegahan antara PAS dan UMNO yang berterusan sekian lama masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berlaku pertumpahan darah seperti yang diharapkan mereka.  Begitu juga dengan percubaan mencetuskan ketegangan kaum yang dipelopori DAP melalui isu Kalimah Allah, dan juga percubaan meniru pertumpahan darah di Dataran Tahrir melalui siri-siri demonstrasi juga telah gagal sama sekali. 

Jelas bahawa pihak Sulu tidak sedar bahawa mereka telah menjadi alat pihak asing dengan cara meletakkan nyawa mereka sendiri sebagai umpan.  Dalam keadaan tidak sedar itulah mereka yang selama ini dikenali sebagai bangsa yang ‘aman’ tiba-tiba menjadi bagai dirasuk syaitan.  Kekejaman yang ditunjukkan amatlah dikesalkan memandangkan kerajaan Malaysia sentiasa berlembut dengan mereka sehinggakan setelah mereka melakukan pencerobohan juga, kerajaan masih menggunakan pendekatan diplomasi dan bukannya keganasan. 

Di kala umat Islam semakin hancur dek keganasan dan kerakusan musuh dan juga para pemimpin Islam sendiri, bangsa Sulu tidak seharusnya mengikut rentak yang sama.   Kehancuran yang berlaku seharusnya dijadikan pengajaran bukannya ikutan. 

Langkah kerajaan Malaysia membuktikan kematangan dan kprihatinan pemimpinnya manakala langkah Sultan Sulu membuktikan sebaliknya tentang kepimpinannya selain menyerlahkan sikap tidak rasional, hatta kejam, bangsanya.

Adalah tidak bijak bagi puak Sulu untuk mengambil kesempatan ke atas kematangan dan keprihatinan Malaysia kerana pastinya sebuah kerajaan yang matang dan prihatin juga, tidak akan membiarkan sahaja tentera dan rakyat negara ini menjadi mangsa kekejaman puak Sulu. 

Apa yang pasti, puak Sulu telah berjaya memenuhi hasrat musuh-musuh Islam untuk melihat umat Islam berbunuhan sesama sendiri.

Beruang Biru

No comments:

Post a Comment