Thursday, March 21, 2013

PAS Fitnah Najib Persenda Perwira Negara

PAS Fitnah Najib Persenda Perwira Negara

Bila bercakap perihal adu domba, fitnah dan propaganda jahat, tidak dapat tidak rakyat Malaysia kena akui ia sememangnya sudah sebati dengan pemimpin pembangkang dalam PR, malah PAS yang sering mendabik dada lebih Islamik pun 2 x 5 saja kelakuannya.

Para pemimpin PR termasuk dari kalangan politikus yang berselindung dengan gelaran ustaz, tok guru dan pejuang Islam dalam PAS, memang tak boleh diam sekejap. Waktu negara aman mereka mengadu domba, saat negara sedang bergelora lagi mereka tambah dosa mencipta fitnah dan propaganda.

Lihat sahaja dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mana bila sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan memberi pandangan bahawa status perajurit beragama Islam yang terkorban adalah syahid akhirat, PAS pula sengaja mencipta keraguan ummah dengan menyatakan perajurit itu gugur sebagai syahid dunia.

Dengan Majlis Fatwa yang memiliki autoriti dan terbukti wibawanya pun PAS berani menyanggahnya, jadi tidaklah pelik bila Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib tergamak memfitnah dan menuduh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah mempersendakan pengorbanan perajurit negara.

"Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah merendahkan martabat para perajurit dengan menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas, orang yang mati kebakaran, wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya seperti yang dijelaskan oleh para ulamak". (Ketua dewan Ulama PAS, Harun Taib, 19 Mac 2013).

Adakah patut seorang yang kononnya ulama dengan agak bias dan angkuh mendakwa PM sengaja merendahkan martabat perajurit yang terkorban? Nampak sangat wujud gambaran buruk yang cuba di adu domba oleh pemimpin PAS tersebut.

Jika PM dianggap mempersendakan perajurit negara, apakah Majlis Fatwa juga demikian? Walhal penegasan oleh PM mempertahankan perajurit yang terkorban adalah syahid akhirat, ianya adalah selari dengan pandangan yang dijelaskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Jenis mati syahid sebagaimana diterangkan oleh para ulama tidak hanya terhad kepada syahid besar atau syahid kecil, sebaliknya jumhur ulama berpendapat ada syahid dunia, syahid akhirat dan satu lagi syahid yang paling besar ialah syahid dunia akhirat.

Di antara ketiga-tiga syahid itu, hanya syahid dunia akhirat yang tidak memerlukan jenazah di mandi dan dikapankan. Syahid dunia dan syahid akhirat tetap perlu mengikuti proses biasa sebagaimana pengurusan jenazah orang Islam.

Pun begitu perlu ditegaskan, kebenaran sejauh mana seseorang itu sah kesyahidannya dan di mana kelak kedudukannya di akhirat nanti tetap bergantung pada niat seseorang itu serta terpulang pada ketentuan Allah S.W.T jua.

Dalam pada itu, kita tertanya siapa Harun Taib berbanding berbelas orang ulama dan para mufti yang membarisi jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan? Apakah Harun Taib memiliki kewibawaan dan kredibiliti serta berautoriti untuk mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa?

Beruang Biru

No comments:

Post a Comment