Dasar BANGSAT!!!! Itulah perkataan pertama yang terungkap apabila
melihat watak karikatur yang dipaparkan di dalam salah sebuah portal
pembangkang. Ia mengambarkan watak anggota keselamatan seperti seekor
babi sedang menembak kearah seorang lelaki yang memegang tasbih.
Signifikasi
yang difahami melalui watak-watak di dalam karikatur tersebut ialah,
kononnya para anggota keselamatan negara sedang berperang dengan warga
Filipina berketurunun Sulu yang lemah, tanpa sebarang kelengkapan
senjata.
Walaupun dari satu sudut, ia mempunyai
kebenaran kerana memang tidak dinafikan pasukan keselamatan memang
dilengkapi dengan senjata dan peralatan yang canggih. Namun itu bukan
bermakna mereka itu tidak wajar untuk diperanggi, kerana masyarakat
mengetahui sehingga kini tragedi berdarah ini telah mengorbankan 8 orang
perwira negara.
Namun itu bukanlah persoalan utama
yang ingin dibincangkan, kerana apa yang ingin dikatakan ialah mengenai
kebiadapan melampau mereka dalam mencari simpati rakyat. Dimanakah
kewajarannya untuk mereka memanipulasikan isu ini disaat seluruh
masyarakat Malaysia sedang bersedih terhadap pencerobohan bersenjata di
Sabah?
Perasaan ini juga seolah tidak dapat dikawal,
bercampur baur antara sebak dan sedih dengan marah dan benci terhadap
puak-puak pembangkang atas sikap kurang ajar yang dipamerkan. Sifat
perikemanusian seolah telah luput dan hilang dari jiwa mereka hanya
kerana ingin memastikan kerajaan BN/Umno dapat ditumbangkan.
Betul,
di dalam arena politik semua yang terlibat pasti mengharapkan
kemenangan, namun ia sepatutnya tidak dilakukan dengan cara yang
melampau dan melangkaui norma keberadaban seorang insan. Lantaran sikap
rakus dan tamakkan kuasa itu, mereka seolah-olah telah terikut-ikut
dengan fitrah binatang yang hidup tanpa sempadan dan batasan.
Ada
perkara yang wajar dan boleh digunakan untuk kepentingan parti-parti
politik, namun isu-isu berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara
memerlukan seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi
politik agar bersatu hati. Sungguh menyedihkan, apabila melihat pimpinan
pakatan pembangkang hanya memberikan perhatian kepada isu-isu populis
yang dilihat boleh memberikan kelebihan kepada mereka.
Sebagai
contoh, ketika peristiwa kematian pegawai politik kepada salah seorang
Exco Selangor dari DAP suatu ketika dahulu, mereka bukan sahaja menuntut
pembelaan. Malah ketika upacara pengkebumian dan majlis memperingati
kematianya Anwar Ibrahim dan Nizar Jamaluddin adalah antara pemimpin
politik yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.
Namun
ketika 8 orang anggota keselamatan gugur untuk mempertahankan
kedaulatan negara, mereka bukan sahaja tidak menghadirkan diri, malah
ada dikalangan mereka yang sanggup menghina dan mencerca perwira negara
ini. Lebih mengecewakan ada dikalangan penyokong mereka yang tergamak
mengelarkan mereka yang gugur ini dengan pelbagai gelaran seperti anjing
kerajaan, mati katak, padan muka dan sebagainya.
Di
manakah solidariti, demonstrasi, Suruhanjaya Siasatan Diraja, solat
hajat dan sebagainya seperti yang pernah dilakukan terhadap Beng Hock?
Apakah nilai kematian 8 orang perwira negara ini masih tidak setanding
kematian Beng Hock?
Bukanlah niat untuk membangkitkan
isu-isu sentimen, namun kadangkala sikap berpolitik melampau yang cuba
mereka terapkan ke dalam minda masyarakat ini perlu ditolak. Budaya
politik ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ ini, bukanlah pendekatan atau
budaya masyarakat di negara ini.
Malaysiakini sebagai
contoh, seoalah-olah dengan sengaja ingin memperlekehkan kredibilti dan
integriti pasukan keselamatan negara melalui laporan yang mengunakan
tajuk berita kononnya tindakan ketenteraan Malaysia sebagai keterlaluan.
Walaupun kandungan berita yang dilaporkan hanya merujuk kepada
kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan bangsa Sulu dari
Filipina.
Namun tajuk berita yang digunakan itu jelas
bertujuan untuk menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan pembaca. Tidak
cukup dengan itu, mereka juga seolah-olah dengan sengaja menonjolkan
laporan berita berkenaan insiden penunjuk perasaan membakar gambar
Perdana Menteri.
Dari satu segi, portal tersebut cuba
memperlihatkan kononnya mereka telus dalam menyampaikan laporan berita
namun dari satu segi yang lain, mereka membawa satu agenda jahat secara
berselindung. Bertindak atas kebebasan media tanpa disedari oleh
pembaca, minda bawah sedar mereka sebenaranya telah ditanam untuk
terpengaruh dengan ideologi membenci kerajaan dan pemimpin negara dalam
apa jua keadaan.
Beruang Biru
No comments:
Post a Comment