Sehari dua ini, dunia politik tanahair sedikit heboh dengan kemunculan semula bekas penyiasat persendirian P. Balasundramaniam yang digunakan sebagai modal baru pakatan pembangkang dalam menarik simpati pengundi. Pelbagai program jelajah telah dirancang dan diadakan demi memastikan rakyat terus tertipu dengan kenyataan bersumpahnya yang menurut Zulkifli Nordin hanya bernilai RM4.00.
Namun apa yang menariknya ialah, ketika Bala begitu ghairah dijadikan sebagai kuda tunggangan baru puak pakatan bagi memburukkan dan menjatuhkan kerajaan dengan cerita tipu dan fitnahnya, laman wikipedia telah mendedahkan mengenai satu penipuan yang dilakukannya terhadap model Altantuya Shaariibuu. Dan penipuan tersebut, akhirnya telah menyebabkan tercetusnya beberapa rentetan peristiwa sehingga menyebabkan kepada kematian Altantuya.
Laman yang merupakan sebuah portal ensiklopedia bebas itu mendedahkan, sebelum kematian Altantuya, Abdul Razak baginda telah melakukan satu pengeluaran wang tunai berjumlah RM50,000.00. Wang tersebut akhirnya diberikan kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya.
Namun mungkin kerana sikap tamak dan ‘gelap mata’, Bala bukan sahaja tidak menyerahkan bayaran tersebut, malah telah mencuri wang yang sepatutnya digunakan sebagai kos pembiayaan pulang Altantuya ke negaranya.
Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Wikipedia itu juga, wang tersebut adalah merupakan bayaran untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh Altantuya sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda. Kegagalan Altantuya untuk menerima pembayaran tersebut, telah menyebabkannya gagal untuk pulang ke negaranya. Yang mana telah menyebabkan berlaku satu tragedi yang akhirnya membawa kepada kematian beliau.
Yang lebih menghairankan, semua kenyataan Bala sebelum ini, yang kononnya bertujuan untuk mendedahkan satu kebenaran, langsung tidak menyebut mengenai kehilangan wang RM50,000 ini. Apakah dia terlupa atau sengaja menyembunyikan fakta sebenar berhubung kehilangan wang tersebut.
Zulkifli Nordin yang juga merupakan bekas peguam bela kes Altantuya sebelum ini juga, pernah mebangkitkan mengenai transaksi wang tersebut. Namun sehingga kini, masih lagi tiada sebarang kenyataan dari Bala berhubung isu yang dibangkitkan ini.
Kegagalan dan keengganan Bala untuk menjelaskan mengenainya, seolah-olah membuktikan bahawa semua dakwaan yang dilemparkan ini mempunyai asas kebenarannya.
Kesimpulannya, bagi mengelakkan masyarakat terus ditipu dengan dakyah dan cerita rekaan pembangkang ini, ada baiknya pihak berkuasa memulakan siasatan berhubung kehilangan wang RM50,000 milik Altantuya yang dipercayai telah dicuri oleh Bala.
Beruang Biru
No comments:
Post a Comment