Ketika pakatan pembangkang hususnya DAP cuba putar kononnya masyarakat Cina terhimpit di bawah Barisan Nasional...Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi ingatan bahawa dasar-dasar kerajaan selama ini banyak membantu mereka berjaya dalam perniagaan dan sebagainya.
Bayangkan jika Malaysia tidak aman,kacau bilau segala macam,bolehkah mereka berniaga?
Perdana Menteri menegaskan mereka harus akui dasar-dasar BN menjalin keamanan dan keharmonian di negara ini.
Apapun beliau akui aspek kerajinan dan ketekunan kaum Cina hingga mereka berjaya.
Berucap di Perhimpunan Perpaduan MCA yang dihadiri para pemimpin dan wakil parti itu dari seluruh negara di Dewan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur pagi Sabtu.
Najib berkata dalam 40 orang terkaya kaum Cina di negara ini ada diantara mereka dapat bantuan kerajaan seperti lesen IPP dan lain-lain.
Mereka tidak berjaya dengan sendirinya.
Mengenai MCA, Perdana Menteri mengingatkan parti itu harus ada kekuatan dalaman dan perlu bersatu jika hendak terus kekal relevan.
MCA,katanya harus menjadi suara masyarakat Cina di negara ini.
Beliau juga menyentuh tentang wakil MCA dalam kabinet ekoran keputusan parti itu hendak terima semula jawatan.
Sekalipun tidak sebut bila nak lantik wakil MCA balik dalam kabinet,Najib berkata beliau mengalu-alukan penyertaan mereka dalam kabinet.
Katanya MCA tidak boleh berada di luar kerajaan.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapan beliau antara lain berkata sekalipun menentang cadangan PAS nak laksana Hudud ini tidak bermakna ia menolak Islam.
Katanya MCA menolak hukum hudud kerana tidak mahu melihat wujudnya sistem perundangan yang berbeza dalam satu negara.
Agenda Daily
No comments:
Post a Comment