Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Anwar Bergembira Saat Sabah Di Ceroboh

Pencerobohan oleh pengganas Sulu yang berlaku di Sabah khususnya di Lahad Datu sememangnya mengejutkan ramai pihak, tapi peliknya disebalik apa yang berlaku, ia seperti tidak mengejutkan langsung bagi Anwar Ibrahim.

Sekelumit cemuhan atau kemarahan ke atas pengganas Sulu langsung tak kedengaran dari mulut Ketua Umum PKR itu, malah dalam blog peribadinya juga hanya kata-kata kritikan dan pertikaian ke atas kepimpinan negara saja yang ada.

Balik-balik Anwar hanya mengulangi pertikaiannya terhadap pemimpin negara yang hala tujunya jelas untuk menimbulkan kesangsian ramai terhadap pucuk pimpinan negara, seperti tanpa sedar memperlihatkan tangannya sedang memainkan wayang kulit dari sebalik tabir.

Malah Anwar juga seperti sudah mengetahui akan berlaku sesuatu yang tidak diingini di Sabah bila mana kerap menyanyikan lagu "Sabah Nak Hilang" dalam video kompilasi boleh ditonton di beberapa channel Youtube.

Beberapa ceramah yang dihadirinya sejak beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku hinggalah tarikh 14 Februari 2013 dalam video itu, jelas kedengaran Anwar mengajak pendengar ceramahnya menyanyikan lagu itu bersamanya.

Anwar seperti yang kita ketahui sememangnya pernah membincangkan perihal autonomi Sabah malah pernah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari membincangkan isu tersebut termasuklah mengenai tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri itu.

Dan ia terbukti benar sebagaimana disahkan oleh beberapa media Filipina dan Reuters, yang hingga kini tiada penafian jelas dari Anwar sendiri.

Selain itu, sekutu utama Anwar di Sabah iaitu, Jeffrey Kitingan juga pernah bertemu dengan waris individu yang mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III dan lama sebelum ini Jeffrey pernah di tahan atas dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Biasanya orang yang sedang kegembiraan atau terlalu kemaruk sakan, menjadi kelazimannya bercakap merapu atau menyanyi sesatu lagu yang mempunyai maksud tersirat sesuai dengan nalurinya.

Sedang rakyat Sabah menanti penuh debaran bila isu ini akan berakhir, Anwar pula seperti bergembira meraikannya sambil berdondang sayang di atas pentas ceramah melagukan nyanyian seperti sengaja memperlekehkan rakyat Sabah dan pengorbanan anggota keselamatan.

Jika nyanyian itu satu kebetulan, maknanya Anwar sengaja buat tidak endah dan langsung tidak bersimpati dengan ketakutan yang dialami rakyat Sabah kerana pencerobohan yang berlaku sejak 9 Februari 2013 mustahil tidak sampai ke pengetahuan Anwar.

Beruang Biru

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=epy2dIH9zhI

Meraikan 5 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat

Pejam celik, pejam celik, sudah lima tahun rupanya Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat.   Ini bermakna selama 5 tahun, rakyat diberikan peluang meneliti dan menilai kepimpinan PR dan membandingkannya dengan BN. 

5 tahun rakyat dipertontonkan dengan sikap pemimpin PR selepas menjadi wakil rakyat berbanding sebelumnya.  5 tahun juga rakyat berpeluang melihat keadaan sekeliling mereka dan membandingkan dengan sebelumnya, dari segi pembangunan, persekitaran, kebajikan termasuk dari segi spiritual yang kononnya begitu penting bagi PR, atau lebih spesifik, PAS.

Pada waktu itu, kita menjangkakan robohnya kilang arak yang menjadi tonggak penentangan PAS terhadap UMNO.  

Manakala surirumah pula menjangkakan elaun khas untuk menghargai khidmat dan jasa mereka, begitu juga golongan ibu tunggal dan warga emas.   Ibubapa dengan anak kecil pula menjangkakan bantuan tunai bagi bayaran TASKA dan berbagai-bagai golongan lagi menjangkakan berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sepertimana yang tertulis dalam Manifesto PR yang diumumkan 5 tahun lalu. 

Pendek kata, rakyat Selangor menjangkakan sebuah negeri yang hebat lagi ‘Islamik’ berdasarkan Manifesto serta Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan pada 2009 oleh kerajaan PR Selangor, dengan tarikan pelaburan berjumlah RM50 billion yang mampu mencipta 150,000 peluang pekerjaan.

Namun, tidak mungkin sesiapa dapat menafikan bahawa sekali pandang, tampak tiada banyak perbezaan di Selangor antara pemerintahan BN dan PR, selain pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan dan tanpa kawalan sejak 5 tahun lalu. 

Lebih dari itu, kilang arak masih di situ dan golongan yang dijanjikan tunai juga langsung tidak menerima apa-apa. 

Jika ada pun yang diterima mereka hanyalah BR1M, wang bantuan persekolahan RM100, PR1MA dan bermacam-macam lagi yang mana diberikan oleh kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional dan bukannya kerajaan PR Selangor. 

Pakej Rangsangan Ekonomi untuk menarik RM50 billion pelaburan yang dicanangkan, ternyata hanya satu lagi cakap kosong.  Pakej tersebut kononnya merangkumi 6 projek utama iaitu Projek Pemulihan Sg. Klang,  Pemulihan Projek Terbengkalai, Pembaharuan Bandar, Meningkatkan Hasil Padi, Meningkatkan Pengangkutan Awam dan Pengstukturan Perkhidmatan Air Selangor. 

Namun, setelah 5 tahun berlalu, 120km Sg. Klang masih tiada peningkatan dan apa yang dikatakan pembaharuan bandar pula hanya menyaksikan pemaju semakin rakus mengaut untung sehingga mengakibatkan rakyat tempatan merasa terancam dan terpinggir.   Yang selebihnya tidak perlulah dibincangkan lagi kerana kita semua sedia maklum yang tiadanya peningkatan apa-apa, selain dari peningkatan masalah air di sekitar Selangor.  

Sebaliknya, RM50 billion pelaburan yang dijangka masuk ke Selangor, bukannya bertitik tolak dari projek yang disenaraikan oleh kerajaan PR Selangor tetapi daripada kerajaan persekutuan juga, iaitu kerajaan Barisan Nasional.    Antaranya, RM7.4 bilion bagi pembinaan tiga hingga empat lebuhraya, dan projek My Rapid Transit (MRT) serta sambungan LRT.  Bakinya adalah dari pelaburan langsung asing yang diterajui oleh MIDA atau kerajaan pusat. 

Justeru, apakah yang akan diraikan oleh PR selama 5 tahun pemerintahan mereka?  Kejayaan menambah rumah urut dan pusat maksiat?  Kejayaan memurtadkan umat Islam?  Kejayaan mengorek pasir secara besar-besaran?  Atau kejayaan melanjutkan dan merumitkan masalah bekalan air? 

Atau kegagalan menyelenggara sistem saliran agar selari dengan pembangunan yang pesat sehingga menyebabkan banjir di tempat-tempat yang tidak pernah banjir sebelum ini? 

Hakikatnya, 5 tahun di bawah PR sudah cukup untuk membuktikan bahawa parti tersebut tidak pernah berniat menepati janji, tidak tahu apa yang mereka katakan, dan tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat sebaliknya hanya mementingkan golongan peniaga dan keuntungan.  

Selama 5 tahun juga, rakyat kini mampu membaca bahawa di dalam parti PR, yang memerintah tetap DAP, walaupun Menteri Besarnya dari PKR.

Beruang Biru 

Thursday, March 7, 2013

ANWAR AND HIS PACT TAKE LAHAD DATU ISSUE AS AN OPPORTUNITY TO FURTHER HIT AT NAJIB AND BN

Anwar Ibrahim and opposition pact now have issues to play up – to replace the other make-believed issues that have been repeated again and again with new actors and new scenes but same scripts.

Now Anwar and the pact ‘go to town’ crying out loud over the purported government’s ‘slowness and incompetency in handling the so-called crisis, an issue they think can bring down the government, if not at the very least Sabah.

Lahat Datu to them is the issue that can be played and shake the confidence of Malaysians towards the leadership’s firmness and fast decision making.

One thing for sure, Anwar as a Malay and Muslim, has no idea on the reasons behind the slow decision and he, a former Cabinet member who purposely ignores the sensitive diplomatic issue that involved in the incident.

What Anwar is doing is to just incite and instigate the minds of Malaysians to blame the government for the delay in solving the Lahat Datu incident, and if this works and the psychological effect can be sustained until the general election, he and the pact can salvage whatever have been lost.

Anwar and the pact have lost a lot – the make-believed issues and the latest their manifesto have been shredded to pieces by not their political enemy BN – but by non-partisan economists and normal people.

The manifesto actually show Anwar and the pact’s lack of knowledge – economic and social sciences – because their focus is only on politics and to gain power, even their politics are half-baked, unintellectual and crude.

They misread the 2008 tsunami as support for them when the reality was Malaysians just wanted former out but since Malaysia’s democracy involves the party the PM represents, so the party suffers the effect.

But as of today, Malaysians who voted for the pact realized how they have been cheated, misled and lied and they know now who leaders of the pact are – racists and opportunists who would sell their mothers to achieve what they want.

The Lahad Datu incident to Anwar and the pact is nothing to be sad about, the death of our warriors who defended the country’s dignity and sovereignty has no bearing because Anwar and the pact leaders only think what benefit they get from it.

To them achieving their aim is more important than the country’s dignity, sovereignty, death of armed forces personnel and policemen and the sufferings of people living in the areas affected.

To Anwar and the pact, Lahad Datu is a good issue to play up against Prime Minister Najib Tun Razak and BN and this is what they will be highlighting during the campaign later.
But they forget one thing, Malaysians, as highlighted by the media, are One Heart in the issue and they are determined to see whoever behind this incident put behind bars.

Beruang Biru

Kerajaan Tetap Pertahan Kalimah Suci


Friday, January 6, 2012

GEMPARRR..!!! SURAT PANAS AFDLIN SHAUKI KEPADA BOB LOKMAN..???!!!


Sebelum ini, Bob Lokman masuk PAS. Habis dia tuduh artis sana sini, krew produksi dan semua warga industri hiburan sebagai munafik dan dikafirkan walaupun dia memang bersahabat dengan mereka sebelum ni...

Tapi, bila Afdlin Shauki masuk UMNO, sikit pun Afdlin tak tuduh orang sana sini munafik, kafir atau sebagainya. Tapi, dia pula yang jadi mangsa dihentam puak-puak pembangkang...
Seperti yang diduga, penyertaan Afdlin Shauki sebagai ahli UMNO akan dikutuk habis-habisan oleh segelintir peminat-peminatnya yang beragama PAS dan Pakatan Haram.

Berikut adalah surat Afdlin kepada mereka yang bengap dan jumud itu...! Baca sampai habis dan judge sendiri surat ni. Harap korang ada English education secukupnya nak baca surat ni..dan harap Bob Lokman pun paham English writing..

Assalammualaikum

Hi guys, My name is Afdlin Shauki, I am a Malaysian who loves his country just like you, I am a film director, a writer, an actor, a comedian by profession, a father, a husband and a son. I have worked for over 20 years in the entertainment industry and although I was trained as an architect, I decided to join the entertainment industry because it is about making people happy, about making people open their minds to the infinite possibilities that life has to offer through one’s creative endeavors. In a time when there are so many things to frown upon, the arts provide some form of balance to our emotions.

I think over the 20 years, there have been millions of children, teenagers, adults and warga emas who I have entertained and have given at least a brief respite from their hectic daily life. The funny thing is, all this while, I have been an UMNO supporter but nobody cared because nobody knew. My question is that, now I have become an UMNO member, does that suddenly make me an evil person? Does that make me different from whom I was before? Is it wrong to have a point of view?

I am a person who has always spoken my mind, and through my body of work, I have made known things which are important to me.

Have I pissed the government off before? I’m not sure, but I probably have when I did my political comedy satire shows before. I also did the music video ‘UNDILAH’ which was banned by the government for being too political, even my Datin Maimon is taken to be a parody of the first lady, eventhough that is purely coincidental. My father in-law is from the opposition party in Sabah. A lot of my friends in the arts are very vocal supporters of the opposition, but political differences aside, we are still friends and family because at the end of the day we are Malaysians and want the very best for Malaysia.

I know a lot of you are asking why I decided to join UMNO, why now?
Does it really matter?

Those of you who have made up your mind that you do not like me anymore, have already set your thoughts and have judged me. Suddenly I have become unlikeable, even though essentially I have not changed.

For those who genuinely want to know, the reason is that I believe in their mission and ideology, I believe that they are genuine in wanting to have a cleaner more progressive government, genuine in wanting to see us all safe and to prosper. There will always be a few bad hats in any party but the point is that UMNO wants to clean up their act because they know in order to be the people’s choice once again, they have to make that change. I want to be a part of that. I believe in 1 Malaysia, all my films have always had those elements within. I believe positivity begets positivity, the current government isn’t perfect, nor do they claim to be, but if they are genuine in wanting to transform themselves into a better government, then I’m all for it. If there is something that I disagree about with regards to what the party is doing then I will voice it out to the powers that be. Because as a member it is my right to help the party become better.

As a person what I want in life is peace and a chance for all of us to live our lives to the fullest. A place for my children to be able to grow and live safely.

I am still Afdlin Shauki. I am now an UMNO member, but i believe it’s ok to have different political views and still be friends. I am still a social commentator through my art and I will stand and fight for any fellow Malaysians in need, regardless what party they belong to.

Haters will hate everything regardless. Positive people look at situations as possibilities. I am not becoming a politician but now you know my political views. I am still an artiste who will keep on doing his work. To entertain everyone, regardless.

To those who are going to end their relationship with me, I wish you well and all the best in everything you do. To those who might not like the idea but respect my right as a Malaysian too choose, I thank you. To new friends, welcome to the life of Afdlin Shauki… never a dull moment hahaha…. Boboi selalu bikin panassss!

Lastly to everyone:
Don’t judge me for my political inclinations, judge me for the work i have done for my society. But even if you do, it is your right.

Power to the people.
Assalammualaikum.

 
Sumber:  Duke of UMNO