Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

UMNO mampu satukan Melayu Muslim di Malaysia! – Tun M

Menurut Tun M, sebelum merdeka, negeri-negeri Melayu belum lagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan berpecah. British telah mengambil kesempatan ini untuk mengamalkan sistem “pecah dan perintah” di mana mereka telah menubuhkan Malayan Union yang bakal ditadbir oleh Kerajaan British.

Gagasan itu telah ditentang oleh beberapa tokoh Melayu dari seluruh Malaysia. Ketika itu tokoh-tokoh berkenaan tidaklah kaya dan terlalu tinggi pelajarannya hingga ke peringkat PHD. Namun, atas kesedaran diri, sayangkan Islam, Bangsa dan Tanahair (Alif Ba Ta), maka Melayu berjaya disatukan dan berjuang bersama menentang Malayan Union.

Baca seterusnya di sini

Sungai Tua Baharu: Sudah lebih 50 tahun UMNO berjaya perjuangkan orang Melayu walaupun diganggu gugat oleh pembangkang. Tetapi sekarang ini sungguh berlainan sekali pemimpin UMNO sendiri yang merosakkan UMNO kerana kekayaan. Oleh itu kudis UMNO mesti diubat dahulu sebelum parti keramat UMNO hancur lebur dan orang Melayu menumpang di negeri sendiri. Siapa lagi yang nak jaga Melayu, nak harapkan pembangkang Melayu mereka pun menjadi tunggangan bukan Melayu.

Sunday, March 27, 2011

BN Strategy in Penang

An Analysis - How to get rid of Pakatan Rakyat and DAP from Penang?

Very simple. The Malays of PAS and PKR are loosing grip in Penang because Anwar Ibrahim kow tow to the wishes of the Chinese DAP in Penang. Therefore the Malays from PAS and PKR were being marginalised. The current Datuk T Video is a blow to Anwar Ibrahim and Malays do not want to be associated with Anwar Ibrahim anymore.

BN already sets their motion in Penang by declaring that the Indians Are the King Makers in Penang. The recent conclusion of the Interlok issues shows clearly that BN coalition respected the wishes of the Indians in this country. UMNO support against Non Muslim using Allah , will solidify Malay support for them as PAS outrightly supports the idea against UMNO stand. The Malays suddenly woke up that UMNO is actually in support of their causes and the real defender of Islam.

UMNO on the other hand is ready with Bebas Zahrain, Ezam Mohd Noor and Fairuz to be unleashed to the Penang electorate during PRU 13. The Malays realised that if they break their unity, they will loose Penang for good. Perkasa also will be instrumental to rally the Malays to unite in Penang.

Read more here

Sungai Tua Baharu: Selamat maju jaya orang Penang. Zaman sebelum PRU 2008 tidaklah begini keadaan Penang. Jika orang Penang sudah pedih dan mendidih tunjukkanlah kuasa anda di PRU 13 nanti. Kita hanya inginkan keadilan kepada semua rakyat hidup rukun dan damai. Itu sahaja bukan keadilan mengikut sesuatu kaum sahaja. Inilah contoh terbaik menukar kepada kerajaan yang kita tidak kenal hati budi mereka. Sungguh dikesali dalangnya sendiri oleh orang Melayu sendiri!

Saturday, March 26, 2011

113 Ahli Pas Gong Tinggi Keluar Parti Dan Masuk Umno

PASIR PUTEH, 26 Mac – Seramai 113 anggota PAS cawangan Gong Tinggi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO hari ini selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS Kelantan.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, berkata mereka sebilangan besar terdiri daripada golongan petani telah menganggotai PAS sejak 20 tahun lalu.

Baca kisah sepenuhnya di sini

Sungai Tua Baharu: Huh! dah 20 tahun berada di dalam PAS baru sekarang keluar. Nampaknya golongan berumur PAS semakin ingin mendekati UMNO. Mungkin yang belum itu masih malu-malu atau di sindir-sindir, maklumlah satu kariah atau satu masjid hari-hari bersua muka.

Nik Aziz dicabar keluar fatwa

KUALA LUMPUR 25 Mac – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengeluarkan ‘fatwa’ tentang apakah hukumnya pemimpin pembangkang yang didakwa berzina dengan pelacur seperti yang didedahkan melalui rakaman video seks Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua JMM, Omar Salleh berkata, ‘fatwa’ itu penting kerana Nik Abdul Aziz hanya menyalahkan pihak yang menyebarkan video tersebut tetapi, tidak langsung menyentuh mengenai dosa penzina dalam video itu.

“JMM berharap Nik Abdul Aziz tidak ketandusan ‘fatwa’ kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini.

“Sebaliknya, beliau menyifatkan pihak yang menyebarkan rakaman video seks itu sebagai bodoh dan tidak bermoral. Bagaimana pula dengan penzina? Adakah mereka bermoral?” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat cuba mempertahankan akhlak orang yang melakukan perbuatan zina di dalam rakaman itu.

Mengulas lanjut tindakan Menteri Besar Kelantan itu, Omar berkata, pendirian Mursyidul Am Pas tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana percaya, Nik Abdul Aziz sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik meskipun sedar tindakannya itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

“JMM yakin Nik Abdul Aziz akan mempertahankan orang yang melakukan hubungan seks berkenaan dan pada masa yang sama akan mengkafirkan orang yang membongkarkan kegiatan tidak bermoral itu,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sungai Tua Baharu: Jangan tertunggu-tunggu fatwa TG Nik Aziz bagi fatwa terhadap orang yang melakukan hubungan seks berkenaan kerana beliau tidak melihat video berkenaan. Fatwa akan dikeluarkan berperingkat-peringkat kot dimulakan mengatakan bodoh dan tidak bermoral kepada penyebar rakaman video seks itu. Adakah ini membezakan ulamak politik dengan ulamak sebenar yang mempertahankan hukum Islam.

Tuesday, March 22, 2011

Pengayuh Basikal Gunung Akan Berentap Ahad ini

Jika anda peminat sukan basikal gunung (MTB) jangan lupa menyaksikan sukan ini dalam kejohanan Malaysian Gold Jamboree 2011 di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak, Ahad ini.

Jom sama-sama menyaksikan ini yang disertai peserta luar termasuk dari Singapura, Thailand, Jepun, Australia, Denmark dan Jerman sambil beriadah bersama keluarga di Bukit Merah yang terkenal keindahan alamnya itu.

Baca berita seterusnya di Utusan Malaysia