Saturday, January 22, 2011

Poster PRK Tenang Kelirukan Penduduk Tenang

Hari ini kempen di antara parti-parti politik telah dimulakan dengan rasminya. Parti-parti yang bertanding tentulah telah membina azam untuk menang dalam PRK Tenang ini yang merupakan kubu kuat UMNO yang berpayong di bawah Barisan Nasional.

Di dalam berkempen ini ada satu yang agak melampau posternya dan mungkin boleh mengelirukan orang ramai dan menghiris hati ahli UMNO dan Barisan Nasional.

Hebat provokasi parti yang memasang poster begini. Jika Allah SWT mengkabulkan doa mereka ini maka ramailah yang akan dihancurkan oleh Allah SWT mereka yang memperjuangkan bangsa mereka di tanah air duduk sama rendah berdiri sama tinggi dalam memelihara bangsa dan agama Islam di tanah air. Jika hendak berdoa, berdoalah dalam bentuk bahasa yang baik sebab kita menghalakan doa kepada yang Maha Agong dan Pencipta Sekian Alam. Agama Islam tidak menggalakkan doa secara begini kepada makhluk ciptaan Allah yang lain.


Lihat sahaja parti tersebut ada lambang sebuah parti yang berketuakan bukan Melayu yang terkenal sejak lama dahulu sangat dahagakan hendak memerintah Malaysia. Cuba lihat gambar sejarah di bawah ini di mana ketika itu mereka menyambut kemenangan selepas Pilihanraya Umum 1969. Allah mengabulkan doa ahli-ahli dalam Barisan Nasional dan UMNO supaya mereka terus dapat membina tanah air mereka untuk jenerasi mereka sepert yang kelihatannya hari ini.


ULASAN: Tak mahu komen banyak-banyak nanti dikata racis pula. Fikir-fikirkanlah ke mana arah tuju bangsa kita yang telah berjaya menyatupadukan semua bangsa di dalam negara dengan aman damai dan penuh perpaduan. Andai kita berperdanamenterikan selain dari orang Melayu yang adakah keharmonian negara yang telah diusahakan cerdik pandai di dalam MCA, MIC, UMNO dan lain-lain komponen parti selama ini boleh dipertahankan lagi? Mungkin sikap terpuji Barisan Nasional yang selama ini memberi peluang banyak parti bertanding di dalam mana juga pilihanraya adalah sikap terpuji dan sangat demokrasi.

No comments:

Post a Comment