Sunday, October 2, 2011

Pembohongan Punca 37 Ahli Pas Sertai UMNO

KEPALA BATAS, 1 Okt – Seramai 37 anggota Pas Kampung Bakau Tua di sini, yang kecewa dengan slogan dan janji perjuangan Pas ketika pilihan raya lepas, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO cawangan Cabang Bakau Tua.

Diketuai Roslan Abdullah, mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Cabang Bakau Tua Azhar Zainal Abidin.

Roslan berkata mereka secara sukarela bertindak keluar daripada parti tersebut ekoran rasa kecewa dengan Pas akibat gagal melunaskan janji-janji yang ditabur sejak pilihan raya yang lepas.

"Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat," katanya selepas menyerahkan 37 borang keanggotaan UMNO itu.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim berkata ini merupakan detik sejarah di kawasan tersebut kerana sekumpulan anggota Pas keluar parti dan menyertai UMNO.

"Ini yang dimimpikan selama ini… kalau dulu cuma seorang atau dua sahaja yang keluar parti tetapi kali ini sebanyak 37 anggota Pas.

"Ini adalah permulaan dan keadaan ini diharap akan menjadi pencetus di kawasan-kawasan lain di sekitar Penaga, Pinang Tunggal serta sekitar negeri ini dalam memperbanyakkan orang UMNO terutamanya golongan muda," katanya.

Sumber: umno online

Sungai Tua Baharu: Berjanji memang mudah tetapi melaksanakan janji bukan mudah. Janji yang tidak ditepati setelah dapat memerintah dalam erti kata lain adalah berbuat bohong. Anggota Pas Kampung Bakau Tua yang terabai dan menyertai UMNO adalah inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment