Tuesday, December 20, 2011

program penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH)

Walaupun ianya mempunyai kesan strategik yang amat menguntungkan jangka panjang dan wajar dilihat sebagai ‘ASNB Kedua’, program penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) sebagaimana yang dirancang oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak ditentang pelbagai pihak ‘dalaman’ dari kalangan warga FELDA sendiri.

Mula mula ialah warga FELDA pro-Pembangkang yang diketuai oleh AJK PAS Pusat Mazlan Aliman. Kemudian secara sulit oleh Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkifli A Wahab dan konco konco beliau juga melakukan pelbagai agenda penentangan termasuk menganjurkan mesyuarat pada 28 Oktober untuk mengugurkan kealian Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, Pengarah Urusan FHB Dato’ Seri Sabri Ahmad, Mantan Pengarah Urusan FHB Dato’ Seri Mohd, Bakke Salleh dan Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusif Nor. Walaupun pada hakikatnya beliau bekali kali berikrar sebaliknya termasuk “Mempercepatkan proses” (sebagaimana yang dibuat di Kuala Pilah pada 12 November).

Ketua Peneroka yang diterajui Ketua Peneroka Kebangsaan Shamsuddin “Pak Sam” Osman juga melakukan beberapa mesyuarat sulit menentang program PM Dato’ Seri Najib ini, walaupun telah menjelaskan secara terbuka dalam majlis penerangan ‘road show’ bersama oleh Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkilfli A Wahab dan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd Dato’ Seri Sabri Ahmad dihadapan 600 orang wakil peneroka sekitar Johor dan Melaka di Air Keroh pada 29 Oktober. TV3 juga dua kali telah merakamkan sokongan beliau dan disiarkan dalam Bulletin Utama.

Paling terbaru personaliti yang tidak dilibatkan dalam penyenaraian FGVH tetapi cuba cuba untuk meraih keuntungan, termasuk populariti ialah Pengerusi Gabungan FELDA Generasi Wawasan (GFGW) Tan Sri Rozali Ismail. Beliau sebagai anak peneroka FELDA dari Hulu Selangor yang mendesak agar beliau memberikan ‘lampu hijau’ dalam penyenaraian FGVH, walaupun ianya rancangan PM Dato’ Seri Najib sendiri.

Golongan generasi professional kedua dan ketiga masyarakat FELDA (GAPROF) telah memberikan ‘pengkitirafan’ sokongan mereka kepada penyenaraian FGVH ini. Hakikatnya, sebagai mereka yang disifatkan sebagai professionald an terpelajar yang lahir dari masyarakat FELDA merupakan mereka yang paling ramai boleh menyumbang dalam FGVH selepas ianya disenaraiakan, kerana pengambangan operasi dan perniagaan termasuk diperingkat antarabangsa seperti Twin Rivers Technology (TRT) di Amerika Utara sememangkan memerlukan talen dan guna-tenaga berterusan.

Penyeneraian FGVH mengambil kira kedudukan FELDA sebagai agensi pembangun dan kemajuan masyaarkat luar bandar di 317 tanah rancangan dan kemampuan perniagaan yang boleh dijana sebagai syarikat berasaskan perldangan yang diurus oleh professional dan dikenakan urus tadbir korporat yang ketat, sesuai sebagai syarikat antarabangsa yang tersenarai:

Penyenaraian FGVH adalah atas hujah hujah berikut:

1. Syarikat tersenarai akan disyaratkan dengan peraturan urus tadbir korporat yang ketat oleh Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Malaysian Minority Stockholders Watchdog Group
2. Syarikat tersenarai akan melantik beberapa ahli Lembaga Pengarah (BOD) yang bebas dan bukan mewakili/memihak kepada pemegang saham utama sahaja
3. Perolehan dari penyenaraian akan diberikan kepada pemegang pemegang saham yang melepaskan pegangan mereka untuk pemegang saham baru, termasuk yang ditawarkan kepada awam
4. DG FELDA ialah seorang kakitangan Kerajaan dan tidak upaya menguruskan 112 buah syarikat dibawah Kumpulan FELDA dengan baik. Syarikat tersenarai perlu pengurus professional, sebagaimana syarikat konglomerat antarabangsa berasaskan perladangan lain seperti Sime Darby, IOI dan sebagainya
5. FELDA perlu pembezaan antara peranan sebagai agensi pembangun masyarakat luar bandar dan kemajuan sosio ekonomi 317 tanah rancangan FELDA DENGAN syarikat konglomerat pelbagai perniagaan yang beroperasi berasaskan aktiviti utama huluan dan hiliran perladangan dan industri agrotani
6. Golongan peneroka yang tidak menerima penyenaraian FGVH hanyalah minoriti. Majoriti tidak faham atau peduli gerak-kerja korporat, termasuk peralihan pegangan saham dalam FHB dan FGV
7. Peneroka beroleh kepentingan langsung dalam penyenaraian FGVH dari pegangan syer mereka sebagai ahli Koperasi Permodalan FELDA (KPF), dimana Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memperuntukan 35% dari pegangan saham FGVH kepada KPF
8. Penyenaraian FGVH akan ‘membebas kunci’ nilai sebenar asset Kumpulan FELDA. Gerak-kerja ini adalah sebahagian dari proses pra-pemyenaaian dan memungkinkan peneroka FELDA dibayar ‘durian runtuh’, sebagaimana diumumkan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak pada Ucapan Bajet 2012 7 Okt 2011
9. Penyenaraian FELDA ialah rancangan strategik PM Najib untuk menentukan asset Kumpulan FELDA dilaburkan melalui kitaran paling produktif, bawah pengurusan professional dan menjamin pulangan yang lebih baik kepada pemegang saham, termasuk peneroka melalui KPF. Ini menentukan dividen yang akan diberikan kepada KPF adalah lumayan dan berterusan dengan perancangan perniagaan yang mantap
10. Penyenaraian FGVH wajar disifatkan sebagai ‘ASNB Kedua’, dimana unit saham dilaburkan dalam syarikat tersenarai dan diuruskan oleh professional untuk pulangan lumayan jangka panjang dan berterusan

Hari ini, nilai pegangan KPF dalam FHB bernilai antara RM 2.5-3 billion (tanpa di’bebas kunci’ nilai asset). Antara komponen penting dalam penyenaraian FGVH ialah asset FELDA Plantations seluas 350,000 ha akan dipajak jangka panjang kepada FGVH.

Sekiranya begitu tegar tentangan yang dilemparkan pelabagi sudut oleh minoriti yang kunun kunun mewakili masyarakat FELDA ini diambil kira oleh PM Dato’ Seri Najib dan ‘bunyi bunyi bising’ ini memberikan mesej kepada beliau bahawa masyarakat FELDA sebenarnya ‘tidak berminat’ dengan program penyenaraian FGVH ini, maka mungkin keputusan yang akan diambil akan berbeza dari rancangan asal. Penyenaraian FGVH akan tetap diteruskan kerana berasakan 10 point yang disenaraikan diatas, ianya membawa keuntungan strategik dalam usaha membawa ekonomi Malaysia ketahap yang lebih tinggi dan produktif.

Program mempertingkatkan keududukan ekonomi orang Melayu antara teras utama PM Dato’ Seri Najib untuk menentukan daya saing masyarakat orang Melayu dijamin, dalam ekonomi nilai tinggi terutama agenda Visi 2020 yang meletakan Malaysia sebagai negara industri yang maju giat dijana, dalan sebagaimana dinyatakan semalam dalm majlis sambutan hari lahir Tun Dr Mahathir Mohamad ke 86, “Ianya masuk ke fasa terakhir”.

Oleh demikian, penyeneraian FGVH akan diteruskan tetapi mungkin dengan ‘pemain’ yang berbeza. Sebalik KPF menjadi pemegang saham utama FGVH sebanyak 35%, mungkin pegangan itu diberikan kepada unit saham atau koperasi yang mewakili kepentingan orang Melayu secara massa seperti PNB melalui skim ASNB. Semua asset milik Kerajaan Persekutuan dalam FHB dan FGV akan di’jual’ kepada ASNB pada nilai nomimal. Ini bermakna 10.5 juta pemegang unit saham ASB dan ASN akan mendapat nilai-tambah apabila ‘kunci nilai’ FGVH dibebaskan sepenuhnya apabila ianya disenaraiakan dan pegangan FGVH terdiri dari 40% skim ASNB.

Skim ASNB selama 30 tahun ini merupakan pemegang saham utama syarikat seperti Maybank, Sime Darby dan I&P dan telah memberikan pulangan yang amat baik kepada pemegangan unit saham ASB dan ASN.

Sebahagian dari pegangan itu juga mungkin akan ditawarkan kepada koperasi yang menunjukan rekod pencapaian yang baik. disamping akan membawa banyak faedah kepada orang melayu seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).


Mungkin 220,000 ahli KPF yang terdiri dari 112,635 peneroka FELDA akan ‘putih mata’ sekiranya peluang keemasan ‘ASNB Kedua’ ini diberikan kepada orang Melayu massa dan bukan tertumpu kepada masyarakat FELDA lagi. ‘Durian Runtuh’ yang diumumkan PM Dato’ Seri Najib dalam ucapan Bajet 2012 ini diagih agihkan kepada 1oo kali ganda lebih besar dari 112,635 peneroka FELDA iaitu 10.5 pemegang saham ASNB yang terdiri dari orang Melayu seluruh negara, termasuk kawasan dimana tiada tanah rancangan FELDA serti di Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Anggota keselamatan dan pesara tentera juga akan mendapat kepentingan strategik jika LTAT merupakan antara pemegang saham besar selain dari skim ASNB. Pengalaman LTAT dalam pegangan strategik dan pengurusan Boustead Holdings, Affin Bank dan Boustead Naval Shipyard juga akan memberikan input yang berharga dalam FGVH apabila wakil mereka dilantik sebagai BOD.

Secara strategiknya, sekiranya Skim ASNB dan LTAT merupakan pemegang saham terutama FGVH dan kedua duanya mempunyai kepentingan dalam aktiviti konglomerat berasakan ladang, maka portfolio kedua dua pemegang saham ini akan diperkemas dan ketatkan apabila usahasama diperingkat hiliran antara syarikat syarikat yang bernaung dibawah Sime Darby dan Boustead dirasionalkan. Jaringan antarabangsa, termasuk pasaran dimana Sime Darby mempunyai pengalaman dan kepakaran seperti China akan menentukan pulangan yang lebih baik kepada pemegang saham yang sama itu.

Pengalaman Skim ASNB menguasai dan mendapat pulangan yang baik dari Sime Darby sepanjang 30 tahun ini (melalui SIme Darby, Kumpulan Guthrie dan Golden Hope), termasuk kepincangan dalam pengurusan perniagaan ‘luar kotak’ seperti Sime Bank (tahun 1990an) akan menjadi pengalaman amat berharga terutama sekiranya FGVH bercadang untuk menguasai syarikat kewangan berasakan koperasi pertanian seperti Rabo Bank yang berjaya di Belanda itu.

‘Durian Runtuh’ ini akan bertabur dinikmati dalam kawasan yang lebih besar, termasuk kebun mereka yang asalnya tiada pohon durian. Yang lebih penting, mereka ini tidak termimpi mendapat ‘Durian Runtuh’ kerana mereka telah pun bersyukur dari hasil ‘durian’ sepanjang 30 tahun. Nescaya 10.5 juta pemegang ASNB ini akan merasa gembira menerima ‘haidah’ luar jangka dan memberikan keyakinan kepada Kepimpinan Dato’ Seri Najib dan Kerajaan, termasuk dalam PRU 13 yang akan menjelang tidak berapa lama lagi.

Sumber: bigdog

No comments:

Post a Comment