Thursday, July 18, 2013

INTIPATI AKTA KEHARMONIAN NASIONAL

- Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 tidak menjejaskan kuasa kerajaan menangani perbuatan menggangu-gugat perpaduan dan keharmonian masyarakat.

- Tiga prinsip utama dikekalkan iaitu pertama, bagi menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja

- Prinsip kedua, menangani perbuatan dan perlakuan yang mengembangkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk berlainan di negara ini

"Prinsip ketiga menangani perbuatan dan perlakuan yang mempersoalkan apa-apa pekara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan, prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri.

Sumber:  Beruang Biru

No comments:

Post a Comment