Wednesday, November 27, 2013

PR Akhirnya Mengaku Uruskan Pilihanraya Bukan Perkara Mudah

Portal pro-pembangkang, Malaysian Insider hari ini menyiarkan satu artikel menarik mengenai Muktamar PAS bertajuk 5 Perkara Yang diPelajari dari Muktamar PAS.

Muktamar PAS sememangnya menjadi topik yang hangat diperkatakan pada ketika ini.  Keadaan kelam kabut dan ‘kepayahan’ mengira undi serta kewujudan unsur-unsur pelik bin ajaib terutama dalam pengiraan undi Timbalan Presiden, menyebabkan semakin ramai yang merasa ‘tawar hati’ dengan parti itu.

Lebih pelik bin ajaib lagi apabila ia turut ‘diserikan’ dengan konsert rock keras walaupun selama ini PAS merupakan pihak yang paling tegar menentang sebarang konsert rock terutama yang membawa artis dari luar negara.  Ramai yang kini terpinga-pinga bagaimana konsert rock menjadi halal di pentas PAS.

Namun, semua ini bukanlah antara pengajaran yang disebutkan oleh Malaysian Insider.  5 pengajaran yang disebutkan oleh Malaysian Insider adalah 1. berkenaan sokongan ‘musuh’ iaitu Utusan Malaysia terhadap calon-calon pro Ulama, 2.  elakkan permusuhan dalaman, 3. jangan keterlaluan dalam berkempen sehingga dilihat sebagai fanatik seperti yang dilakukan oleh golongan Ulama, 4. bagaimana rakyat menyukai pemimpin yang kuat bekerja seperti Mazlan Aliman dalam isu Felda, dan yang paling menarik ialah bahawa 5. menguruskan pilihanraya bukanlah perkara yang mudah.

Malaysian Insider jelas sedang ‘meraikan’ kemenangan golongan Anwarinas serta tanpa sembunyi-sembunyi memperlekeh golongan Ulama di dalam PAS.   Malah, Mazlan Aliman juga diangkat sebagai balaci tersohor kerana berjaya membuat bising atas sesuatu isu yang bukan isu pun

Nampaknya, apa yang penting bagi PR ialah ‘mencipta isu’ bukannya menyelesaikan isu untuk kesejahteraan rakyat.

Artikel Malaysian Insider itu membayangkan pengaruh luar yang mencaturkan siapa menang dan siapa kalah sekali gus, membuktikan bahawa Muktamar PAS kali ini adalah yang paling kotor dalam sejarah parti itu.

Ini menepati keraguan ramai mengenai tempoh pengiraan undi yang melangkaui semalaman.   Kehadiran Mat Sabu dan Husam di tempat menyimpan peti undi pada waktu malam juga turut menjadi persoalan.

Pengumuman keputusan awal yang jauh berbeza dengan keputusan rasmi menambahkan keraguan rakyat terhadap integriti PAS.  Bayangkan semua masalah ini sedangkan jumlah undi yang perlu dikira hanyalah 1,086.

Bagaimanapun, Malaysian Insider seolah-olah menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang tidak seteruk mana, serta mengajak PR belajar darinya.  Ini berbeza dengan sikap portal pembangkang itu terhadap SPR walaupun badan itu menjalankan tugas 1000 kali lebih cekap dan lebih baik dari PAS untuk mengira 13.3 juta undi.

Jika Malaysian Insider benar-benar sebuah portal yang adil, maka ia wajar turut mengajak rakyat meneliti apa yang terjadi dalam CEC DAP dan bukan sekadar Muktamar PAS sahaja.  Lebih elok lagi jika turut belajar dari pemilihan PKR yang menyaksikan Zaid Ibrahim meletakkan jawatan bersama dengan lebih seratus aduan mengenai manipulasi undi.

Tetapi, Malaysian Insider bukanlah sebuah portal yang adil.  Sebaliknya, ia kemungkinan besar merupakan antara ‘tangan-tangan’ yang terlibat mencaturkan pemilihan PAS.  Justeru, tidak hairan apabila daripada 27 jawatan, hanya 10 sahaja yang berjaya dimenangi oleh golongan Ulama.  Itupun mungkin perlu ditolak 1 lagi menjadikan hanya 9 sahaja golongan Ulama di dalam jawatan tertinggi PAS.  Ini kerana, Hadi Awang sebagai Presiden PAS juga telah diragui akan kedudukannya sama ada dari golongan Anwarinas ataupun Ulama.

Walaupun Malaysian Insider cuba memperlihatkan bahawa semua ini adalah perkara kecil dan ‘biasa’ dalam pemilihan sesebuah parti politik, tetapi portal itu akhirnya terpaksa mengakui bahawa menguruskan perjalanan pilihanraya bukanlah perkara mudah.

Sekali gus, ia secara tidak langsung turut mengakui bahawa SPR adalah sebuah badan yang cekap, bersih dan berkredibiliti dan bahawa segala tohmahan PR terhadap SPR adalah tidak berasas sama sekali.

Sumber:  Beruang Biru

No comments:

Post a Comment