Monday, December 2, 2013

Soalan Untuk DAP: Berapa Peratuskah Bangsa Melayu Memegang Jawatan Penting di Sektor Swasta?

Blog Lim Kit Siang semalam memetik artikel dari Malaysian Insider tulisan Koon Yew Yin mengenai Majlis Perundingan Perpaduan Negara (MPPN).  Artikel tersebut memperlekeh MPPN sebagai satu lagi usaha sia-sia kerajaan ke arah perpaduan.

Menurutnya, cakap-cakap mengenai perpaduan tidak akan membawa apa-apa makna dengan hakikat bahawa kakitangan awam di Malaysia masih lagi didominasi oleh satu bangsa sahaja iaitu bangsa Melayu.  Yew Yin berhujah bahawa Malaysia mempunyai kakitangan awam paling ramai di dunia iaitu 1.5 juta dan hanya 15% atau 20% sahaja dari jumlah itu merupakan bukan Melayu.  Beliau kemudian mempersoalkan penglibatan bukan Melayu yang begitu kecil yang tidak menepati apa yang dijanjikan oleh Dasar Ekonomi Baru.

Untuk itu, Yew Yin mencabar kerajaan untuk mengumumkan jumlah sebenar bukan Melayu di dalam sektor awam.

Sekiranya penulis tidak mengenali sikap orang-orang Cina mahupun pembangkang di Malaysia, mungkin penulis akan melihat hujah Yew Yin sebagai sesuatu yang baik dan bertujuan murni.  Namun, penulis sudah cukup makan garam untuk memahami kelicikan dan hipokrasi orang-orang Cina, terutama DAP dan juga portal pro-pembangkang itu.

Hujah Yew Yin mungkin punya lebih kredibiliti jika beliau turut mendedahkan pecahan kaum secara terperinci iaitu dari segi jawatan di sektor swasta.  Lebih baik jika Yew Yin turut membentangkan purata pendapatan mereka dan dibandingkan dengan kelayakan masing-masing mengikut kaum.

Malangnya, Yew Yin hanya ingin menyerang kerajaan dan bukannya ingin berbincang secara ikhlas demi kesejahteraan negara ini.   Yew Yin mengajak kita melihat senario ini dari sebelah pihak sahaja, iaitu pihak kaum Cina semata-mata.

Taktik kaum Cina memaksa dan menekan kerajaan agar memberi kesamarataan kepada orang-orang Cina tetapi di masa yang sama menindas kaum bukan Cina di sektor swasta merupakan taktik yang telah menjadi pengetahuan umum.

Justeru, sepatutnya tidak perlulah Yew Yin atau Kit Siang atau Malaysian Insider berpura-pura prihatin tentang perpaduan sebenar kerana hampir semua rakyat Malaysia tahu apakah agenda tersirat DAP untuk Malaysia.

Oleh kerana kerajaan BN pimpinan Melayu itu adil maka kaum lain diberi peluang bersuara dan berjuang melalui parti komponen MCA dan MIC.

Tetapi, ingatlah di dalam DAP, kaum lain langsung tidak mampu bersuara, malah ditindas dan dimanipulasi agar tidak berdaya bangun di dalam parti.  Semua orang tahu bagaimana DAP telah ‘tertinggal’ nama-nama lebih 700 perwakilan India dalam senarai jemputan mesyuarat pemilihan CEC yang lalu.  Semua orang tahu bagaimana DAP melantik seorang Cina untuk mewakili Melayu di dalam CEC hanya kerana enggan melantik Melayu memegang jawatan penting.

Dan semua orang tahu kenapa Tunku Aziz meninggalkan DAP atau kenapa PAS melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini, iaitu kerana DAP langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada orang-orang Melayu.  Kalaupun diberi jawatan, Melayu itu tidak akan diberi ruang untuk bersuara pula.

Berbanding kerajaan BN yang telah membolehkan begitu ramai taikun berbangsa Cina dan India untuk terus maju dan berkembang di Malaysia, kerajaan Cina DAP tidak akan sekali-kali membenarkan orang Melayu untuk memegang jawatan penting terutama di dalam sektor swasta dan jauh sekali untuk bersaing secara adil di dalam perniagaan.  Kalau ada peniaga Melayu yang kian maju, mereka akan ditekan dan disabotaj agar tidak mampu berjaya.

Walaupun semua yang berlaku ini sudah menjadi rahsia umum, tetapi Yew Yin, mahupun Kit Siang dan Malaysian Insider langsung tidak malu menunjukkan sikap hipokrit secara terbuka dan masih berpura-pura kononnya prihatin tentang masalah perpaduan negara.

Inilah diingatkan kepada Yew Yin mahupun Kit Siang dan DAP keseluruhannya iaitu, satu-satunya cara menangani kaum yang rasis ialah dengan bersikap rasis juga.  Tiada cara lain lagi.

Oleh itu, jika kaum Cina inginkan kerajaan agar membuka ruang kepada bukan Melayu di sektor awam, mereka juga harus berhenti dari menindas dan menutup peluang orang Melayu di sektor swasta dan juga di dalam perniagaan.

Sumber:  Beruang Biru

No comments:

Post a Comment