Wednesday, May 7, 2014

Yingluck diarah berundur selepas didapati bersalah salahguna kuasa

BANGKOK 7 Mei - Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini mendapati Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra bersalah menyalahgunakan kuasa dan mengarahkannya berundur daripada jawatan itu, keputusan yang dilihat akan memburukkan lagi konflik politik di negara itu.

Barisan hakim berkata, Yingluck menyalahgunakan kedudukannya dengan menukar Ketua Majlis Keselamatan Nasional pada 2011 untuk membolehkan seorang saudaranya boleh menjawat jawatan tersebut. - Reuters

Sumber:  Utusan



No comments:

Post a Comment