LIMBANG, 29 Mac (Bernama) -- Seramai 121 anggota DAP Selasa keluar parti dan menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Mereka yang diketuai oleh Pengerusi DAP Sungai Limbang Kahar Awang Daud menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas Taib merasmikan pembangunan fasa pertama bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hwa Limbang di sini.
Walaupun 121 menyatakan keluar parti, hanya 73 orang yang dapat hadir ke acara itu.
Bagaimanapun punca utama mereka keluar parti masih tidak diketahui.
Pada pilihan raya negeri 2006, BN menguasai kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri di Limbang dan Lawas iaitu Bukit Kota dan Batu Danau (Parlimen Limbang) serta Ba'kelalan dan Bukit Sari (Parlimen Lawas). -- BERNAMA
No comments:
Post a Comment