Saturday, April 6, 2013

Hilang Sokongan Di Sabah, Anwar Tumpu Perak dan Johor

Hilang Sokongan Di Sabah, Anwar Tumpu Perak dan Johor

Usaha Anwar untuk ke Putrajaya dengan memenangi lebih 18 kerusi di Sabah musnah apabila satu pertemuan perpaduan yang dikenali sebagai TATABA oleh beberapa para pemimpin besar Kadazan-Dusun-Murut telah diadakan baru-baru ini.

Tataba boleh ditafsir sebagai sesuatu yang penting yang harus dan akan diwarisi turun-temurun oleh kaum keluarga sebagai tanda pelindung, wasiat penting ataupun perkara yang akan memberi semangat atau kuasa sakti kepada pemegangnya.

Oleh sebab itu, pertemuan yang turut dihadiri “Huguon Siou” (pemimpin agung) Kadazan, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Tan Sri Benard Dompok, dan Tan Sri Joseph Kurup telah meresahkan Anwar yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurut sumber dalaman, mereka telah bersepakat untuk menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Usaha yang dibuat oleh pimpinan parti Kadazan-Dusun-Murut (KDM) mengadakan pertemuan PERPADUAN (TATABA) baru-baru ini telah membuatkan PKR di Sabah hampir lumpuh kini kerana ketiga-tiga pemimpin ini sangat berpengaruh dan sering kali menjadi panduan kaum kadazan-dusun dan murut dalam membuat keputusan memilih parti.

Anwar dapat merasakan harapan PR menakluk Sabah semakin kabur apabila 3 parti (PBS, PBRS dan UPKO) bergerak di atas Gelombang TATABA.

Walaupun Anwar yang kononnya sudah mendapat gelaran Huguan Siou yang dianugerahkan oleh ahli parti PKR sendiri, beliau masih gagal untuk menawan Sabah. Tapi seperti biasa Anwar dengan muka tak malu dengan bangga dipentas-pentas ceramah beliau mengatakan PR akan rampas Sabah.

Dalam keghairahan pembangkang mahu menawan Putrajaya, mereka telah tersilap langkah apabila pemimpin mereka tanpa rasa belas kasihan menghina pasukan keselamatan yang berkawal di Lahad Datu.

Insiden Lahad Datu ini telah menyebabkan sokongan penduduk Sabah makin berkurangan.

1 Malaysia sudah tahu Anwar Ibrahim adalah petualang Lahad Datu. Anwar ingat apabila dia berpakat dengan Misuari dan Kiram untuk “attack” Sabah, orang akan marah kerajaan. Tapi malangnya apa yang telah dirancang tidak seperti yang dharapkan, malah strategi untuk menghancurkan Sabah terbongkar.

Anwar selalu menyatakan “ini kali tukarlah” apabila berada di Sabah. Beliau begitu yakin untuk menawan Sabah. Jawapan kita untuk Anwar - #Lainkalilah.  Sekarang sudah terbongkar konspirasi ini.  “mahu sokong ini Anwar lagi, bah?”

#Lainkalilah. Tak hairanlah Anwar sekarang tumpukan pada Johor dan Perak pulak!

Tapi apa guna Anwar lari ke Perak jika gagal mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini lemah, bercelaru dan tidak menonjol.

Menyedari beliau tidak akan mampu untuk menangkis gejala lompat parti yang serius di negeri tersebut sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR pada awal 2009, beliau telah menarik handbreak malam tadi dengan mengumumkan akan terus kekal bertanding di Permatang Pauh.

Anwar sedar, selain daripada isu tersebut, terdapat pelbagai perkara lagi yang akan meletakkan dirinya berada dalam keadaan berisiko untuk mempertaruhkan nasib untuk mengaut undi Melayu di Perak.

Kontroversi peribadi, prestasi negeri-negeri PR dan dominasi Cina dalam kerjasama Pakatan Haram akan terus menjadi igauan Anwar yang akan mengikuti sepanjang pilihan raya akan datang.

Sumber:  Beruang Biru

No comments:

Post a Comment