Thursday, August 29, 2013

THE TRUTH IN TANDA PUTERA FEARS GUAN ENG AND WEE

The movie Tanda Putera has really put fear in DAP particularly Penang Chief Minister who is also DAP secretary-general Lim Guan Eng.

Not only that, even MCA leaders especially its youth chief Wee Ka Siong who warned that the film director Shuhami Baba should be held responsible if racial chaos occur due to screening of the movie.

Both Chinese-based parties with different ideologies are against the screening of the movie and they based their opposition on racial ground.

Let us focus a little on the reason why they oppose and why race is their basis.

The May 13, 1969 incident is a sad story in the history of the country and because of its historical value where every citizen should take note and remember, the movie was made by a very creative director.

He does not create the story but based his movie on actual events and of course, a little creative was put to make it more interesting and exciting but never exaggerate and adding fictions.

So now, whats wrong with a movie that tells the truth? Sacred the truth will erode the public’s confidence in DAP and MCA?

Are they – Guan Eng and Wee – scared of the truth? Have they been living in a make-believe world that the public do not know what really happened?

They are taking the public as fools because they want to dictate which movie the public should see and which movie public should not.

Have they ever thought that the public have no other avenue to know the truth? Have they ever thought in this age of modern technology information is just at the click of the finger?

They fear the truth shows how compromising and accommodative Malays are and how greedy the subversive elements, majority the Chinese who had infiltrated the DAP and Gerakan at that time were.

That’s reality and similar scenario is appearing at present but not in an aggressive form and this have sent shivers to DAP and MCA – both Chinese-based parties – fear that their parties have been infiltrated by the subversive elements and they do not want public to know it.

The reality is they do not want the public to know how compromising and accommodating Malays are and who was wrong once the truth is told and shown.

The public are now analytical and smart and they do not take things on the surface and for granted and in this case, when they see the movie they will make their own analysis and conclude.

So what is there to fear unless they are on the wrong side even without any analysis.

Sumber:  Beruang Biru

PR Anggap Penonton Tanda Putera Tolol

Kita tidak faham kenapa ada yang takut dengan sejarah sedangkan sejarah adalah sejarah, iaitu perkara yang lepas.   Kalaupun kita mempunyai sejarah silam yang gelap, namun, jika kita sudah menginsafinya dan meminta maaf maka ia tidak seharusnya menghantui kita lagi.   Sebaliknya, kita akan bersedia bercakap mengenai sejarah tersebut sebagai peringatan kepada diri sendiri dan pengajaran kepada orang lain.

Malangnya, di negara ini ada pihak yang takut benar dengan sejarah negara sendiri.  Berbagai-bagai usaha dilakukan mereka untuk menafikan dan mengubah sejarah tersebut.  Apabila sejarah itu difilemkan, pihak ini benar-benar meroyan, terlompat-lompat tidak keruan cuba menghalang orang  ramai menontonnya.  Itulah yang berlaku kepada Filem Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba, yang memaparkan sejarah 13 Mei 1969.

DAP yang menjadi petualang dalam tragedi 13 Mei tidak senang duduk apabila filem ini masuk ke panggung hari ini.   Bagi melepaskan geram, laman web pro-PR iaitu Negara Pakatan Rakyat menganggap sesiapa yang menonton filem tersebut sebagai tolol.

Laman web tersebut juga menyarankan agar artis-artis seperti Faizal Tahir dan Ahmad Idham tampil membela keputusan Lim Guan Eng untuk mengharamkan filem itu dari ditayangkan di Pulau Pinang.  Alasannya ialah, PR perlu menjaga hati orang-orang Cina yang memberi sepenuh sokongan kepada parti itu dalam PRU-13 yang lalu.

Tindakan Guan Eng mengharamkan filem ini di Pulau Pinang hanya mengukuhkan lagi imejnya sebagai diktator yang menyekat kebebasan media.  Lebih dari itu, ia juga membuktikan betapa Guan Eng, DAP dan PR tidak punya semangat nasionalisme kerana enggan menghayati sejarah negara.

Dengan sikap membisu PAS yang mewakili Melayu di dalam PR, terhadap tindakan Guan Eng, ia turut membuktikan bahawa PAS adalah pengkhianat bangsa kerana menyokong pihak yang membunuh bangsa sendiri.

Sekiranya PR ikhlas dan matang dalam berpolitik, filem Tanda Putera tidak mungkin menjadi kontroversi.

Seharusnya, PR menggalakan rakyat menonton filem yang jujur memaparkan sejarah negara dan bukannya menghalangnya.  Sebuah parti pembangkang yang matang tidak akan sekali-kali menonjolkan diri sebagai pengkhianat sepertimana PR, sebaliknya akan memaparkan diri sebagai pencinta negara yang lebih lagi bagi menyaing kerajaan.  Jelas PR tidak bijak kerana tidak mampu menutup sifat rasis DAP sehingga memperjudikan sokongan rakyat.

Walaubagaimanapun, atas dasar ini, rakyat Malaysia wajar melihat kebebalan PR sebagai satu hikmah kerana ia memudahkan kita membuat pilihan antara yang baik dengan yang tidak, atau pihak yang benar dan yang salah.  

Kesimpulannya, yang tolol ialah PR, DAP dan Guan Eng bukannya para penonton Tanda Putera.

Sumber:  Beruang Biru

PM Umum Polisi Baru Ekonomi Bumiputera Pada 14 September

Orang-orang Melayu bakal mendapat berita gembira pada 14 September ini kerana Perdana Menteri akan mengumumkan Polisi Ekonomi Bumiputera bagi memperhebat penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara ini.

Polisi yang bakal diumumkan di hadapan 5,000 orang di Dewan Agong UiTM Shah Alam  dijangka akan memberi tumpuan kepada pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan kepada bumiputera.

Perdana Menteri juga akan menegaskan komitmen kerajaan dalam merangka strategi dan program intervensi, termasuk pendekatan baru bagi memantapkan ekonomi bumiputera di negara ini.

Pengumuman ini sekali gus menjawab semua kritikan yang menuduh kerajaan tidak memberi perhatian serius kepada agenda bumiputera.   Ternyata kerajaan tidak pernah meminggirkan bumiputera, tetapi terus komited untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum.

Komitmen Perdana Menteri ini mampu memberi harapan baru kepada orang-orang Melayu yang meragui kepimpinan berikutan perkembangan politik semasa yang banyak mengguris hati dan tidak memihak kepada orang-orang Melayu.

Penghinaan terhadap agama Islam dan juga kes-kes jenayah yang menjadi-jadi akibat tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta EO dan ISA telah membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai mengkhianati sokongan mereka selama ini.

Malah, orang-orang Melayu turut mengaitkan kebiadapan kaum lain menghina Islam dan Melayu sebagai berpunca dari sikap kerajaan yang sanggup memaafkan Namewee suatu ketika dahulu.  Hari ini, sudah dua tiga video dibuat oleh Namewee untuk menghina Melayu, tidak termasuk filem The New Village yang menyanjung komunis.

Semua ini membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai lemah kerana terlalu tunduk kepada kaum lain dan juga pembangkang.

Bertitik-tolak dari itu, orang-orang Melayu mempersoal dasar keterbukaan kerajaan dalam mengendalikan GLC dan hal-hal lain yang berkaitan Melayu.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini membuktikan bahawa segala keraguan orang-orang Melayu adalah tidak berasas.  Hakikatnya, kerajaan tidak pernah meminggirkan orang-orang Melayu dalam apa jua segi dan tindakan kita mengundi BN dalam PRU yang lalu adalah tepat.

Sumber:  Beruang Biru

Menyanggah pemutar belit sejarah

UNTUK mengatakan bahawa Malaya ditadbir secara demokratik di bawah pemerintahan British adalah kurang bijak.

Dan, untuk mengeluarkan dakwaan 'terbaharu' hanya lima hari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 kononnya - asas kemerdekaan itu bermula apabila British memerdekakan negara-negara jajahan mereka di Afrika dan ia diperluaskan kepada negara-negara jajahan mereka yang lain - juga kurang cerdik.

Tiada tanah jajahan waktu sebelum era merdeka yang boleh mengharapkan tanggapan seperti ini, walaupun di negeri-negeri Kesultanan Melayu yang lebih dikenali sebagai naungan British dan bukannya tanah jajahan secara terang-terangan.

Demokrasi menjadi laungan perjuangan orang Melayu hanya selepas mereka menyedari betapa pentingnya pemerintahan sendiri melalui pengalaman semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Kejayaan Sukarno dan Hatta di Indonesia yang membebaskan negara mereka daripada pemerintahan Belanda pada 1948 menjadi inspirasi sehingga UMNO berandaian, mencorakkan bendera parti mengikut susunan warna yang sama dengan Sang Saka Merah Putih Indonesia akan membawa petanda yang baik.

Kegagalan Rancangan MacMichael untuk mewujudkan Malayan Union pada 1946 mencetuskan nasionalisme Melayu yang berkobar-kobar merebak ke kawasan luar bandar. Pada 1 Mac tahun berkenaan, suatu kongres besar-besaran diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur melibatkan 38 parti Melayu, bilangan paling besar pernah dikumpulkan dengan suatu matlamat - menentang cadangan kerajaan Malayan Union yang baru.

Wakil-wakil entiti dari seluruh pelosok negara jauh dan dekat, termasuk dari Singapura dan masyarakat Kaum Darat Selangor meluahkan pandangan mereka. Cadangan Malayan Union dibahaskan dan diputuskan sebagai tidak berperlembagaan berhubungan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Perancangan itu berlawanan dengan kehendak rakyat dan juga bertentangan dengan Piagam Atlantik, dan hanya dengan mengembalikan kedaulatan Negeri-Negeri Melayu sahaja menjadi penyelesaiannya.

Semasa UMNO secara rasmi diperkenalkan oleh Tengku Mahkota Johor pada 11 Mei 1946 di perkarangan Istana Besar, hasrat pemerintahan sendiri telah mula membara dan tidak dapat dibendung lagi. Pihak berkuasa British menyedari hakikat ini dan secara beransur-ansur mula melonggarkan ikatan penjajahannya.

Rakyat Malaya waktu itu cukup maklum bahawa Malaya telah dilahirkan di dalam pemerintahan darurat dan masalah ketenteraman awam yang berpanjangan. Permasalahan Gee Hin dan Hai San dalam siri kegiatan samseng mencetuskan Enakmen Kediaman Terhad 1933 (RRE) manakala keganasan pemberontakan gerila komunis terpaksa dihadapi dengan Ordinan Darurat 1948.

Antara kejadian yang paling huru-hara semasa darurat ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi, Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 dalam serangan hendap oleh pengganas komunis berhampiran Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kematian Gurney mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan dan penjajah dan sesuatu yang drastik dilakukan dengan pengganti mendiang mewujudkan Rancangan Briggs.

Dalam Rancangan Briggs, kampung-kampung baru untuk orang Cina didirikan di beberapa bahagian Semenanjung terutama di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kampung-kampung ini dikategorikan sebagai kawasan keselamatan berisiko oleh kerajaan kolonial. Urusan keluar dan masuk tertakluk kepada pemeriksaan teliti ke atas bekalan makanan, pakaian dan senjata yang boleh disalurkan kepada pengganas.

Walaupun Rancangan Briggs terbukti berkesan dalam mengurangkan bantuan kepada pengganas, rancangan itu juga ada 'impak' yang lain dan 'terkesan' sehingga hari ini - mewujudkan polarisasi perkauman iaitu bangsa Melayu dan Cina terutamanya telah dipisahkan.

Orang Cina diletakkan di bandar-bandar, Melayu di kampung-kampung dan India di ladang-ladang getah dan kaman, iaitu berek-berek buruk untuk buruh-buruh yang sebahagian besarnya bekerja di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sehingga merdeka pada 1957, fungsi Majlis Perundangan Persekutuan banyak menumpukan kepada strategi dan tindakan terhadap 'bandits', satu istilah seni bagi menggambarkan pengganas dan penyokong mereka. 'Bandits' terus menentang pihak berkuasa British selepas berakhirnya Perang pada 1945 atas anggapan bahawa mereka adalah kesinambungan rejim penjajahan dan pencerobohan selepas rejim Jepun.

Dan menjelang 1948 apabila pemberontakan komunis di kemuncaknya, pihak British menunjukkan kesediaan mereka untuk memberi Malaya pemerintahan sendiri pada suatu masa yang sesuai.

Perjanjian Persekutuan Malaya 1948 (FMA) menjadi dokumen yang berperanan penting ke arah kemerdekaan yang pada ketika itu adalah kira-kira sembilan tahun lagi.

UMNO merupakan penggerak utama dalam jentera politik kemerdekaan ini. Orang Cina di bawah Persatuan Cina Malaya (MCA) pada 1948 dan India di bawah Kongres India Malaya (MIC)

pada 1951, menyertai perjuangan bersama iaitu Malaya untuk orang-orang Malaya. Mereka bergabung membentuk Perikatan sebelum Pilihan Raya Umum Malaya pertama pada 1955.

Perkembangan yang membawa kepada pilihan raya pertama itulah yang kemudian dimenangi oleh Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan Perikatannya menjadi satu renungan menarik. Ini terutamanya pada tahun-tahun permulaan di mana Tunku dan kawan-kawan setia beliau berunding dengan pihak British dalam pelbagai aspek untuk pemerintahan sendiri.

Seorang sarjana ekspatriat terkemuka dengan jelas menggambarkan keghairahan kemerdekaan sebagai 'mengharumkan udara Kuala Lumpur dan minda penduduk untuk berhari-hari lamanya' berikutan 31 ogos 1957 dan pembentukan Kabinet Merdeka Tunku Abdul Rahman yang dinanti-nantikan pada 10 September 1957.

Tunku, masih sempat berjenaka dalam keadaan yang agak sukar ketika itu dengan mengatakan walaupun pihak British banyak mengalah kepada permintaan beliau, tetapi beliau tidak diberikan kemudahan perumahan sebagai Ketua Menteri.

Gaji bulanan seorang Ketua Menteri hanyalah sekitar 3,000 ringgit setiap bulan dan elaun keraian secara pukal sebanyak 2,500 ringgit. Sesuatu yang memeranjatkan ialah para menteri beliau juga menerima gaji bulanan yang sama.

Demikian sejarah kemerdekaan negara 1957 tertulis dengan faktanya dan tidak tergapai dengan mudah.

Sumber:  Beruang Biru

Kenyataan Ketua Wira PERKASA Bersifat Peribadi – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan sekeras-kerasnya sebarang kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya

yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Malah Ibrahim menyifatkan kenyataan itu lebih kepada bersifat peribadi.

“Saya nafi dengan keras,” katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Mynewshub.my hari ini.

Ahad lepas Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahim Ideris dalam satu artikel di blognya irwanfahmi.blogspot.com menyuarakan harapan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan

ekoran gagal menguruskan negara dalam pelbagai aspek.

Ibrahim berkata beliau akan meminta Irwan membuat penjelasan dalam mesyuarat minggu depan.

“Apapun, itu blog peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan Perkasa. Saya akan minta Irwan buat penjelasan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa minggu depan, mohon

jangan dikaitkan dengan Perkasa,” katanya.

Sementera itu, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar juga akan menemui Irwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa Perdana menteri meletak jawatan,” katanya yang dipetik dalam laman blog dinturtle.blogspot.com

OLEH : IBNU K

Sumber:  Beruang Biru

Haramkan Tanda Putera Adalah Kerja Bodoh

Tanda Putera merupakan satu filem sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak. Namun begitu ada sesetengah pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti. Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 May 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut. Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar. Ketakutan sesetengah pihak dengan filem ini adalah tidak berasas.

Tanda Putera harus dipuji kerana ianya boleh dijadikan bahan rujukan mudah untuk generasi akan datang sama seperti filem-filem sejarah sebelumnya. Dengan adanya filem ini rakyat Malaysia dapat mengabdikan sejarah dan memori berkenaan kedua-dua tokoh yang benar-benar telah banyak berjasa kepada pembangunan negara kita.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng telah menyatakan keputusan bahawa negeri itu tidak akan membenarkan Tanda Putera ditayangkan di mana-mana pawagam. Tindakan itu adalah berasaskan kepada tanggapan bahawa, filem tersebut adalah rasis dan tidak bertanggungjawab. Namun begitu, keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak berasas. Ini kerana beliau atau mana-mana ahli Pakatan Rakyat belum lagi menonton filem tersebut. Adakah ini satu tindakan yang wajar? Secara tuntasnya kita boleh mengatakan bahawa tindakan ini adalah terburu-buru dan tidak professional, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh YB Lim Guan Eng yang kononya memperjuangkan hak bersuara dikalangan rakyat Malaysia.

Apakah hak bersuara rakyat mempunyai sifat selektif dan tertakluk kepada perkara-perkara yang dianuti oleh Pakatan Rakyat sahaja? Mengapa jika sesuatu perkara itu walaupun datangnya dari rakyat, tetapi tidak mengikut ideologi Pakatan Rakyat, maka perkara itu tidak patut didengari atau dipertahankan? Siapa sebenarnya yang tidak telus dalam berbicara soal amanah dan hak rakyat? Apa yang ditakuti oleh Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengharamkan sebuah filem yang memaparkan kehidupan sebenar pada era tersebut.

Boleh dikatakan ia adalah satu perkara bodoh jika difikirkan bahawa sebuah kerajaan negeri terlalu takut dengan sebuah filem yang mereka sendiri kata tiada kualiti. Apakah sebuah filem “low-class” (pendapat Ketua Menteri Pulau Pinang) boleh mengugat kredibiliti sebuah kerajaan negeri yang telah dilantik oleh rakyat?

Ketakutan yang menyelinap dalam setiap ahli Pakatan Rakyat adalah bagaimana terbongkarnya rahsia bahawa pemimpin mereka korup dan tidak berhati perut jika filem ini ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia. Telah terang lagi bersuluh bahawa ramai pemimpin tua mereka terlibat di dalam tragedi 13 May 1969. Itu sememangnya tidak boleh dinafikan ataupun disangkal.

Seruan harus dinyatakan secara jelas kepada seluruh rakyat Malaysia agar filem ini menjadi satu tontonan wajib. Bukan sahaja ianya perlu ditonton oleh orang Melayu tetapi juga kepada seluruh rakyat negara ini yang masih cintakan keamanan dan keselesaan hidup. Mari kita bersama-sama memenuhkan pawagam di seluruh Malaysia untuk menonton filem Tanda Putera. Bagi penduduk Pulau Pinang, diharap jangan kecewa jika tidak dapat berkesempatan menonton filem ini. Ini adalah kerana, seperti semua filem tempatan yang lain, ia akan disiarkan di Astro First selepas beberapa minggu tayangan di pawagam.

Usaha, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyekat kemasukan Tanda Putera di semua pawagan di Pulau Pinang adalah usaha yang terlalu bodoh. Agaknya Ketua Menteri Pulau Pinang sudah lupa bahawa terlalu banyak saluran dan media alternatif untuk filem itu ditonton. Tanda Putera tetap akan menemui rakyat Malaysia, walau dimana ceruk rantau sekalipun.

sumber:  Beruang Biru

Wednesday, August 28, 2013

Universiti Al-Azhar ke Malaysia (Utusan)

SEPANG - Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar, Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.

Katanya, kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz.

Menurutnya, pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran.

"Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb dan Naib Presiden Universiti Al-Azhar (Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ibrahim Salah Al Hodhod semalam yang bersetuju kampus pertama mereka dibuka di sini.

"Untuk permulaan sebanyak tiga kursus akan ditawarkan iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab di kampus sementara di Nilai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas membuat lawatan kerja bersama delegasi Kementerian Pendidikan ke Mesir, di sini hari ini.

Seramai 287 pelajar Malaysia dari Mesir termasuk tiga delegasi dari Kementerian Pendidikan dan tujuh kanak-kanak selamat tiba di tanah air hari ini dengan menggunakan penerbangan khas Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) pada pukul 8.25 pagi ini.

Menurut Idris, pihaknya juga telah mengenal pasti sebuah tapak seluas 80.9 hektar di Seri Menanti bagi pembinaan kampus tetap cawangan universiti itu.

Katanya, kampus baru itu akan menggunakan kokurikulum yang sama dengan Al-Azhar dan pensyarah juga akan dibawa khas dari sana.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan antara universiti itu dan Malaysia di mana bekas Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Datuk Yahya Abd Jalil akan menjadi wakil negara.

Idris juga akan menjadi salah seorang wakil jawatankuasa bagi penubuhan universiti itu di Malaysia.

Mengulas lanjut, Idris berkata, pemilihan Malaysia untuk pembukaan kampus baru itu bukan disebabkan keadaan di Mesir yang sedang bergolak, sebaliknya kerana kepercayaan pentadbiran universiti itu terhadap kemampuan negara melaksanakan dasar Islam.

"Berkenaan isu kos, pembinaan universiti ini dibuat secara wakaf di mana kita mendapat dana melalui penderma dan mereka tidak mahu perkara itu dihebohkan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas hasil lawatan delegasi itu ke Mesir, beliau berkata, beberapa universiti telah bersetuju untuk melonggarkan syarat menangguhkan ujian ulangan kepada pelajar Malaysia, namun keputusan lanjut hanya dapat diketahui dalam tempoh terdekat.

Bagi pelajar Universiti Al-Azhar, mereka boleh mengambil ujian tersebut di Malaysia pada 3 hingga 5 September ini.

Ditanya mengenai perkembangan dua pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir, beliau berkata, pelajar tersebut selamat dan akan dilepaskan dalam masa terdekat ini.

"Mereka sudah dikenal pasti oleh pegawai kita dan berada dalam lokap polis selepas ditahan kerana keluar ketika waktu perintah berkurung," katanya.

Sumber:  Beruang Biru

Tiada Pemimpin Kanan Perkasa Setuju Dengan Pandangan Irwan Fahmi

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang membuat kenyataan dalam blognya yang bertajuk ‘Sudah Cukup Segalanya DiGadai, Haji Najib Wajar Letak Jawatan’, nampaknya keseorangan.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar yang terkejut dengan kenyataan Irwan Fahmi menjelaskan bahawa Perkasa tidak pernah mengambil pendirian sedemikian.

Walaupun Perkasa agak lantang mengkritik Dato’ Seri Najib dalam mencaturkan PRU-13, namun pertubuhan itu tidak pernah mendesak beliau meletakkan jawatan.

Menurut Datuk Abd. Rahman, Perkasa sedia memberi masa kepada Dato’ Seri Najib untuk mengkaji semula strategi PRU-13 yang dianggap mereka sebagai banyak kelemahan kerana telah mengabaikan penyokong BN dan sebaliknya lebih mengutamakan tuntutan dan desakan pembangkang serta kaum Cina.

Perkasa percaya dengan kritikan pertubuhan tersebut, Dato’ Seri Najib akan dapat membuat percaturan yang lebih baik bagi menghadapi PRU-14.  Dengan itu, Datuk Abd. Rahman menegaskan bahawa kenyataan Irwan Fahmi adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili suara Perkasa.

Kita sedia maklum bahawa Presiden Perkasa, Dato’ Ibrahim Ali adalah seorang yang lantang.  Oleh itu, kita pasti, jika Perkasa inginkan Dato’ Seri Najib meletak jawatan maka ia akan dilakukan oleh Presiden sendiri, bukan orang lain.

Memandangkan Dato’ Ibrahim Ali tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara ini, maka kita pasti bahawa beliau juga tidak berpegang kepada pendirian yang sama dengan Irwan Fahmi.

Nampaknya, Irwan Fahmi telah tersalah langkah.  Beliau mungkin menyangka yang kenyataannya akan menerima sokongan padu berdasarkan kritikan Perkasa terhadap kepimpinan sebelum ini.  Namun, beliau gagal memahami bahawa kritikan bukan bermakna permusuhan.  Kritikan selalunya menandakan keprihatinan atas dasar inginkan yang terbaik untuk subjek yang dikritik.

Irwan Fahmi harus faham bahawa dalam politik, kritikan dari penyokong adalah sesuatu yang baik dan Dato’ Seri Najib cukup maklum mengenainya.  Perkasa dan UMNO adalah saudara kandung, seibu dan sebapa, sebangsa dan seagama.  Kritik mengkritik adalah atas dasar sayang semata-mata serta tidak wajar menjadi barah.  

Perkasa mengkritik bukan untuk menjatuhkan beliau, tetapi untuk mengukuhkan kedudukannya, pastinya kerana Perkasa menaruh sepenuh keyakinan terhadap kepimpinannya.

Sumber:  Beruang Biru

PR Setuju Hapuskan Peruntukan Pada Sekolah Cina Dan Tamil

Baru-baru ini, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris telah mengkritik kepimpinan dengan keras sehingga mendesak kepada perletakan jawatan. Alasan beliau, desakan itu adalah bersandarkan keputusan PRU-13 yang diterjemahkan daripada strategi yang salah akibat terlalu menagih undi kaum Cina.

Hujahnya, walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa strategi tersebut salah, namun kepimpinan masih menggunakan strategi sama iaitu mengutamakan kaum Cina dan memberi peruntukan berlebih-lebihan kepada sekolah vernakular.

Benar, bahawa kaum Cina telah menolak Barisan Nasional pada PRU yang lalu walaupun telah menerima berbagai-bagai ganjaran, habuan dan bantuan dari kerajaan.   Kaum Cina, hampir sebulat suara memilih Pakatan Rakyat, pastinya dengan harapan yang parti itu akan dapat memberi lebih lagi kepada mereka.

Namun, sedar atau tidak oleh kaum Cina bahawa kenyataan Irwan Fahmi telah disambut oleh PR, sekali gus menunjukkan yang PR setuju dengan beliau agar kaum Cina tidak diberi bantuan, habuan atau ganjaran lagi.

Blog-blog pro-PR turut mencanangkan kenyataan Irwan dan rata-ratanya menyatakan persetujuan bahawa BN terlalu melebihkan kaum Cina.  Blog-blog PR juga menyokong bahawa strategi BN menjaga hati kaum Cina secara keterlaluan merupakan sesuatu yang tidak wajar.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa kaum Cina telah tersilap memberi undi kepada PR.  Jika kaum Cina yakin yang PR akan memenuhi segala impian mereka sekiranya parti tersebut menjadi pemerintah, maka ternyata mereka telah tertipu.   Dan sokongan PR terhadap kenyataan Irwan Fahmi adalah buktinya.

Justeru, hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak ialah kecenderungan politik Malaysia tetap bergantung kepada sentimen majoriti, iaitu orang-orang Melayu.  Sesungguhnya kerajaan BN telah memastikan tiada kaum yang terpinggir di negara ini dan kerajaan tidak pernah menyekat peluang kaum Cina untuk berjaya.  Oleh itu, bagi kaum Cina untuk menafikan nikmat ini dengan menolak BN, merupakan satu keputusan yang tidak bijak.

Bak kata pepatah, ‘orang tamak selalu rugi’.

Kini terbukti bahawa PR juga tidak mungkin akan melayan ketamakkan kaum Cina.  Lebih teruk, PR kemungkinan besar tidak akan mampu mentadbir negara dengan baik sekiranya menjadi pemerintah.

Justeru, kaum Cina wajar merasa lega apabila PR yang disokong mereka telah kalah dalam PRU lalu.  Sekiranya PR menang, bukan sahaja kaum Cina tidak akan mendapat kelebihan apa-apa tetapi mungkin nasib mereka lebih teruk lagi akibat ketidakcekapan dan ketidakupayaan pemimpin PR untuk mentadbir negara.

Sumber:  Beruang Biru  

PAS HILANG ARAH SELEPAS JADI KELDAI DAP

Kegagalan Pas dalam perjuangannya sebagai sebuah parti politik ialah meletakkan 'priority' atau keutamaannya.

Maksudnya agenda yang lebih penting didahulukan dan yang mana yang kurang penting, tidak perlu diketengahkan.

Sejak Pas bergabung bersama PKR dan Dap, keutamaan politiknya sudah menjadi caca marba.

Kalau dahulu penyokong Pas tahu matlamat unggul parti mereka ialah untuk menegakkan sebuah Negara Islam tetapi kini agenda tersebut sudah menjadi samar-samar atau dalam senario terburuk tidak wujud lagi.

Dulu "Membangun Bersama Islam" selain 'Daula Islamiah menjadi slogan Pas yang sering dilaungkan tetapi kini suara sedemikian tidak kedengaran lagi.

Yang ada hanyalah "Negara Kebajikan" setelah Pas bersekutu dalam Pakatan Rakyat.

"Negara Berkebajikan" jauh bezanya dengan "Negara Islam" kerana mewujudkan sebuah daulah atau kerajaan yang berlandaskan syariat adalah spesifik manakala konsep sekarang yang diperjuangkan Pas sudah jauh menyimpang dari tujuan asal.

"Negara Kebajikan" adalah hasil kompromi ang dipaksakan ke atas Pas oleh PKR dan Dap kerana kedua-dua sekutunya menentang sama sekali sebutan mengenai apa-apa usaha untuk menegakkan negara Islamiah apatah lagi menjadikannya agenda terpenting dalam kerangka politik pakatan pembangkang.

Sebab itulah dalam "Common Platform Framework" atau Kerangka Persetujuan Bersama antara Pas, PKR, Dap tidak disebutkan disebut atau dirujuk langsung mengenai "Negara Islam".

Yang menjadi persoalannya mengapa Pas begitu senang sekali menerima tekanan untuk menggugurkan tema perjuangannya yang merupakan satu penghinaan besar kepada parti itu.

"Negara Islam" adalah intipati kepada Pas dan tanpa ideologi politik tersebut, kewujudan parti itu tidak membawa apa-apa makna dan nilai.

Jika dahulu Pas mempunyai maruah dan identitinya tersendiri dengan matlamat mendirikan sebuah negara berpandukan kepada Piagam Madinah walaupun ditentang oleh musuh politiknya tetapi kini parti itu sudah hilang harga diri sungguhpun kuat di dalam Pakatan Rakyat.

Ketakutan Pas kepada Dap terutamanya amat ketara dalam isu kalimah Allah.

Bukan sahaja Pas merelakan kalimah Allah digunakan oleh pihak Gereja Katholik malah tidak berbuat apa-apa apabila kumpulan Kristian bersuara menghina Islam.

Apabila Mahkamah Rayuan tempoh hari menolak rayuan pihak gereja dalam isu ini, Pas tidak berkata sepatah pun untuk menyatakan pendiriannya.

Malah lidah rasminya, Harakah dan juga versi onlinenya juga membisu seribu bahasa seolah-olah tidak bersetuju kepada keputusan yang memihak kepada umat Islam.

Mengapa Pas sudah menjadi begitu teruk dan hilang arah tujuannya?

Paling lantang Pas bersuara pun ialah apabila sayap pemuda parti mengadakan demonstrasi dan solat hajat di luar Stadium Merdeka untuk membantah Konsert Metallica 2013 baru-baru ini.

Adakah ini sebab musabab Pas wujud sebagai sebuah parti politik hanya untuk menegah konsert untuk muda-mudi diadakan?

Bagaimana dengan perjuangan untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara?

Oleh kerana itulah keutamaan Pas memposisikan halatujunya dipertikaikan kerana sememangnya parti itu sudah hilang arah dan haluan.

Ia tidak berminat lagi untuk memperkasakan Islam tetapi lebih fokus untuk mendapat kuasa yang selama ini menjadi idaman.

Jika dahulu bersendirian atau bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah atau Barisan Alternatif tidak menampakkan hasil yang memberangsangakan kini hasilnya juga agak sama di dalam Pakatan Rakyat.

Pas perlu menerima hakikat parti itu tidak akan diterima sepenuhnya rakyat kerana sikap melampaunya dalam isu "Negara Islam".

Komprominya hanya helah untuk mendapat lebih kerusi di Parlimen tetapi strategi ini pun tidak berjaya.

Hasilnya pada PRU13 lalu, Dap yang paling banyak merangkul kerusi Parlimen walhal Pas dan PKR yang bertanding banyak kerusi hanya mampu gigit jari.

ends

Sumber:  Beruang Biru

Kenyataan Ketua Wira Perkasa, Untuk Raih Populariti

Blog-blog pakatan pembangkang sejak semalam, begitu ghairah memaparkan kenyataan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas alasan kononnya telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya. Kelihatan mereka begitu seronok apabila ada yang keluarkan kenyataan menghentam Perdana Menteri.

Tapi itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi lumrah pembangkang untuk menghentam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Yang pelik, apabila mereka tidak lagi menghentam dan mula memuji kerajaan.

Berbalik kepada isu berhubung kenyataan Fahmi, mungkin ada yang merasakan ‘suara’ Fahmi ini mewakili suara seluruh ahli Perkasa, namun ramai yang merasakan ia hanyalah merupakan pandangan peribadinya semata-mata. Tambahan pula sehingga kini tidak ada satu pun ‘suara’ yang dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi Perkasa yang menyokong kenyataan tersebut.

Malah ada sesetengah penganalisis politik merasakan ia adalah merupakan percubaan Fahmi untuk ‘menjual diri’ bagi mendapatkan perhatian masyarakat. Maklumlah, sejak kebelakangan ini Perkasa dilihat tidak lagi ‘segarang’ dahulu. Jadi dia perlu melakukan sesuatu bagi membangkitkan emosi dan sentimen ahli-ahli Perkasa untuk kembali dilihat ‘hidup’.

Fahmi dalam kenyataan tersebut mendakwa keGAGALan Najib adalah disebabkan memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) namun masih gagal mendapatkan sokongan menyeluruh dari masyarakat Cina. Tidak cukup dengan itu dia turut mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merupakan satu bentuk rasuah kepada rakyat.

Ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh Fahmi ini terlalu dangkal untuk diterima, kerana umum mengetahui dasar Barisan Nasional adalah memperjuangkan hak dan nasib semua kaum di Malaysia. Malah Perdana Menteri sendiri telah berulang kali mengatakan beliau adalah pemimpin untuk semua masyarakat di negara ini.

Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, pendekatan Perdana Menteri itu adalah merupakan satu pendekatan yang selari dengan tuntutan Islam. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW di dalam salah satu hadis pernah bersabda bahawa baginda adalah merupakan pemimpin kepada semua umat dan bukannya pemimpin kepada masyarakat Arab semata-mata.

Oleh yang demikian, ada baiknya untuk Fahmi memahami konsep kepimpinan dan luangkan masa untuk membuat sedikit kajian ilmiah sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kerana takut nanti, tak fasal-fasal Perkasa disalahkan kerana ada dikalangan mereka yang mengeluarkan kenyataan bodoh.

Malah, sebelum ini Yang Dipertua Perkasa Pahang, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap pernah berkata dasar yang digubal kerajaan telah mengambil kira pelbagai perkara dan juga kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini dan ini tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Menurut beliau lagi Malaysia sentiasa membuat perubahan daripada semasa ke semasa ke atas setiap dasar yang dilaksanakan dan sentiasa memastikan tiada jurang besar antara kaum di negara ini.

Fahmi seharusnya sedar, apa yang penting pada ketika ini ialah berfikir untuk bersama-sama kerajaan bagi mengekalkan kemakmuran dan perpaduan negara dan bukannya saling tudah menuduh dengan pelbagai alasan yang merepek dan berbaur perkauman. Ini kerana dalam membina negara bangsa, kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik untuk menjaga kemakmuran bersama yang adil dan saksama. Justeru itu, konsep dan gagasan 1Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan nasional antara kaum.

Berhubung isu yang mengatakan BR1m adalah merupakan rasuah, ia adalah merupakan satu pendapat jelas membuktikan Fahmi seorang cetek pengetahuannnya. Ini kerana sekiranya ia dianggap rasuah, apakah ini bermakna semua pemberian kerajaan selama itu dianggap rasuah? Contohnya bantuan untuk ibu tunggal, golongan nelayan, kurang upaya dan sebagainya.

Sedangkan bantuan yang diberikan, tidak mengira latar belakang, kaum mahupun ideologi politik. Baik orang Pas, PKR mahupun DAP, asalkan mereka layak dan merupakan warganegara, bantuan tersebut wajar diberikan. Tambahan pula ianya adalah duit rakyat, maka apa salahnya ia dikembalikan semula kepada rakyat.

Sumber:  Beruang Biru

Jangan jadi mangsa peras ugut (Utusan)

KUALA LUMPUR - Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini dalam resolusinya memberi peringatan kepada kerajaan agar berhenti daripada menjadi mangsa peras ugut pihak tertentu.

Ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar ketika membentangkan resolusi itu menegaskan, kerajaan juga perlu berhenti melayan tuntutan yang tidak munasabah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta perundangan berkaitan.

Menurut beliau, kongres turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Pendidikan supaya bersikap tegas dengan mewujudkan sistem pendidikan tunggal di negara ini.

"Kerajaan tidak seharusnya meluluskan penubuhan sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan mengiktiraf sekolah swasta Cina yang tidak mengikut Kurikulum Pendidikan Kebangsaan serta menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar utama dalam usaha mewujudkan jati diri dan perpaduan kebangsaan.

"Tiada negara lain, contohnya Singapura, Indonesia dan Thailand yang mempunyai sekolah vernakular," katanya yang juga Pengarah Pra-Kongres dan Resolusi program berkenaan.

Tambah Abdul Latiff, kerajaan tidak boleh membiarkan golongan tertentu bermain dengan 'bom jangka bersiri' yang memporak-perandakan perpaduan nasional dan keutuhan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, segala ketidakpatuhan yang berlaku sejak sekian lama itu hendaklah diperbetulkan agar tiada kekeliruan dalam pelaksanaan peruntukan perundangan dan dasar negara.

"Kita perlu tegas dan akur dalam mempertahankan perundangan serta Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 152 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)," ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Latiff memberitahu, kongres berkenaan menyokong usaha kerajaan membina negara bangsa yang bersatu padu dengan memperkasa sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang menggunakan satu kurikulum serta menganjurkan peperiksaan dalam bahasa Melayu di samping memberi pelajar-pelajar peluang mempelajari bahasa-bahasa asing.

"Kongres turut mendesak Kementerian Pendidikan menjadikan bahasa Melayu sebagai pengantar utama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta manakala pemberian dana penyelidikan serta syarat-syarat kenaikan pangkat perlu mengutamakan penyelidikan dan karya ilmiah dalam bahasa Melayu," jelasnya.

Resolusi yang mengandungi 10 perkara itu merupakan rumusan daripada usul-usul yang dibentangkan berhubung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam lima sidang selari yang dianjurkan sempena kongres tersebut pada 21 Ogos lalu dan hari ini.

Selain Abdul Latiff, tokoh-tokoh yang menjadi moderator sidang selari itu ialah bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah; bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob; Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman.

Sidang selari tersebut yang membincangkan lima topik berbeza tentang dasar pendidikan negara dianggotai 77 pakar pelbagai bidang termasuk Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah; bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar; Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar; veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid; bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (Bersara) Tan Sri Ghazali Mohd. Seth dan dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Kongres bertemakan Memartabatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan turut dihadiri Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad; Pengerusi kongres, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan.

Sementara itu, Hasan dalam sidang akhbar selepas kongres tersebut berkata, resolusi tersebut akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Ogos ini.

"Kami berharap kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan mempertimbangkan resolusi itu dan melihatnya sebagai suara rakyat yang tidak mahu kerajaan berkompromi dalam melaksanakan dasar pendidikan negara," ujarnya.

Beliau turut menegaskan, kerajaan tidak perlu melayan sebarang tuntutan daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) yang dipercayai lebih menjaga kepentingan individu-individu tertentu di dalam pertubuhan berkenaan.

"Dong Zong bersikap anti-nasional dengan mempersoal niat baik kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam semua sistem pendidikan Malaysia.

"Sepatutnya Dong Zong wajib mendidik anak-anak Cina agar cinta dan taat setia kepada negara dengan menyokong satu sistem pendidikan kebangsaan yang dapat memantapkan perpaduan dengan memperkukuhkan jati diri kebangsaan yang berteraskan kepada Perlembagaan, Rukun Negara, sejarah dan peradaban Malaysia," ujarnya.

Sumber:  Beruang Biru

Filem Tanda Putera Hanya Untuk Si Tolol

http://negarapakatanrakyat.blogspot.com/2013/08/filem-tanda-putera-hanya-untuk-si-tolol.html

Tuesday, August 27, 2013

Crimes in Malaysia and Arab Spring is connected?

To those who are monitoring our political scenario from a point of view, one must say that the writer is a ‘paranoid’ or maybe hallucinating trying to connect the Malaysian crime spree with the Arab Spring that is happening in the middle east.

Then, for those who are well informed, they know that today’s political world is connected and not one thing happens without being properly sorted, planned and with someone taking the glory. This happens in all sides from the politically divide partisan system in Malaysia. The world today, especially the Islamic world is systematically being destroyed. It is destroyed by Muslims themselves and many of them destroy it in the name of Jihad or struggle for Islam.

The chants of demonstrator saying that a government is not Islamic, or “Fight for Islam” and “To abolish the sins of the government” has become the main reason of these tensions before it becomes into a rebellion, series of violence and total destruction.

More over in Arab countries, these chants is being accompanied with poverty and injustice where it is easier to incite the fire of hatred up till it cannot be controlled at all.

The inability to think rationally among the Muslims in the Arab countries, with the failure to control their emotion, makes the Arab Spring easier to be made into a reality. A little support from the western world, fuelled with a propaganda from western agents inside their own ranks, the Arab countries falls down like dominos in a blink of an eye.

In Malaysia, there is not much different from the Arab countries. Slogan such as ‘the government is not Islamic’, ‘fight for Islam’ and ‘abolishing the sins of the government’ has been heard for years.

There are people in this country, who are willing to destroy the nation because the wives of certain leaders do not wear the hijab (they think this is unIslamic). For them, having a leader that suits their description is important as it will determine their fate in the hereafter. They totally believe that they are perfect Muslims and now have to spread the perfection so that everyone will have a place in heaven.

It is fortunate that majority Malaysians are still rational and do not easily taunt by perception. In addition to that, the nature of Malays who are also Muslims in this country is still courteous and against any form of violence. Thus, many who are dreaming of a “Jihad” to fight against the government, are not ready to sacrifice their lives and everything that they have gained in this country.

Thus the Islamic slogans are no more than useless words. At the end of the day, the Islamist is willing to cooperate with the enemies of Islam just because they hate their own Muslims brothers who become leaders of this country. Now, the Islamist are no longer using their Islamic slogan.

Prise Allah for protecting Malaysians each and every day. And for those who use His name in vain would not succeed.

If Malaysia were to experience her own “Malaysian Spring” it would be easier for our foreign enemies to meddle into our nation’s issues.

The failure to destroy Malaysia through creating animosity amongst Muslims in the Arab country, now are taking a new approach. Our enemies are trying to provoke the different races in Malaysia. The opposition’s calls for abolishing the Emergency Ordinance, Sedition Act and the Internal Security Act are one of the most important parts for the destruction of Malaysia.

It seems that Malaysians are hard to be convinced to lay their life as a rebel. Then, gangsters and triads are used as a trigger factor. The enemies are hoping that the people of Malaysia will go to the streets and demonstrate like their Arabic Muslim brothers.

This particular plan is being foiled by the minute as the Malaysian police are trying their best to curb gangster’s activities. In short, whatever issue that is brought up, everything will be related to racism. Their intention is to highlight the racial tension between the different races in Malaysia.

Thus, knowing the Malaysian citizen who’s reluctant to leave their comfy lifestyle to live as a rebel on the streets, thus we believe that the hope of the enemies is nothing but empty dreams. Let the gangsters kills themselves and let the police handles them.

For the rakyat or leaders who support these gangsters just because they are from the same race, it is truly an insult on their own intellectuality.

In conclusion, Malaysians should think further rather than taking everything as it is. We should not fall into the opposition’s trap who wants to see a much more divided Malaysia. Whatever happens in this country, anarchy is not an answer.        

Learn from the fall of these Arab countries as it is not possible to happen here in Malaysia. The fact of the matter is, we all have the same enemy, a super power nation who are trying to control the world and every single person on this earth.

Sumber:  Beruang Biru

Anwar malu tidak dijemput

AMAT memalukan bila Anwar yang sering melaungkan keakrabannya yang teramat sangat dengan mantan Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla, tidak dijemput ke majlis perkahwinan anak pemimpin Indonesia itu di sebuah hotel terkemuka di Jakarta sebentar tadi.

Sedangkan seteru Anwar, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penghormatan sebagai satu-satunya pemimpin utama negara asing yang dijemput ke majlis penuh prestij tersebut.

Walhal setahu kita, Anwar kerap mengaitkan Jusof Kalla dengan dia.  Sikit-sikit Jusof Kalla, sikit-sikit Jusof Kalla.  Sampaikan cerita lawak Anwar di’offer’ jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Najib pun, Anwar kata Jusof Kalla yang sebut.

Bunyi macam rapat sangat, tapi majlis kahwin anak dia sendiri pun, Anwar tidak dijemput Jusof Kalla.  Majlis kahwin macam kita semua tahu, adalah jemputan untuk kawan karib dan saudara mara terdekat. Bila dah tak dijemput tu, faham-faham sudahlah.

Kalau itu bukan kemaluan terbesar, penulis tak tahulah nak kata apa lagi.

Bagi penulis sendiri, tidak ada alasan lain kenapa Anwar tidak dijemput untuk datang ke majlis itu, melainkan Jusof Kalla berasa kecil hati kerana namanya sering dilibatkan Anwar untuk menghidupkan semula ‘pesona’nya di kalangan pengikut pembangkang yang semakin tawar kebelakangan ni.

Siapa pun kecil hati kalau namanya dijual berulang kali macam sampah tepi jalan.  Pulak tu, betulnya tidak, autanya saja lebih.

Tapi penulis juga perlu akui, ada kemungkinan Jusof Kalla mungkin menjemput, tapi Anwar malu nak datang kerana mengenangkan pelbagai pembohongan menggunakan nama Jusof Kalla yang sering dibuatnya kebelakangan ni.

Berulang alik ke Jakarta tu bukan satu masalah untuk Anwar, alangkah Turki yang lebih jauh itupun Anwar ulang alik hampir setiap bulan, takdak masalah pun.  Tiket habis, sewa jet, apa susah ke, duitkan banyak.

Bayar legal fees saja sudah berpuluh juta ringgit nilai, apalah sangat sewa jet tu.

Sumber:  Beruang Biru

Siapa Berani Dedahkan Wakil Rakyat Syiah di Malaysia?

Bukan lagi satu rahsia bahawa Syiah memilih untuk bersarang melalui PAS.  Semua orang tahu bahawa penganut Syiah memang ramai di dalam parti PAS.   Malah, orang-orang PAS sendiri telah beberapa kali mendedah dan menegur kepimpinan berkenaan hal ini.  Namun, entah kenapa kepimpinan PAS hanya berpura-pura tidak mendengar dan tidak sedar akan kewujudan Syiah di dalam kelompok mereka. Amaran-amaran yang dikeluarkan terhadap Syiah oleh pemimpin PAS dilihat sebagai retorik dan lakonan semata-mata.

Hari ini, akhbar Sinar Harian pula mendedahkan bahawa terdapat wakil rakyat Syiah, tanpa menyebut dari parti mana.   Kenyataan ini memberi gambaran bahawa Syiah mungkin turut wujud di dalam UMNO.

Justeru, kita mendesak agar Prof. Dr. Mohd Kamil Abd Majid yang mendedahkan hal ini agar lebih bertanggungjawab dengan menyatakannya secara spesifik.  Ini kerana kenyataannya itu secara tak langsung menggambarkan bahawa beliau sememangnya tahu siapakah wakil rakyat Syiah tersebut dan jika beliau mengetahuinya, beliau wajib mendedahkannya.  Tidak kira sama ada fahaman wakil rakyat itu mewakili parti atau tidak, beliau wajib didedahkan kerana Syiah telah diwartakan sebagai salah dari segi undang-undang Malaysia.

Apatah lagi jika wakil rakyat tersebut mewakili parti PAS yang membawa nama ‘Islam’.  Ini kerana beberapa pecahan ajaran Syiah telah disahkan sebagai sesat dan bukan lagi Islam.   Justeru, rakyat wajib tahu dari ajaran Syiah manakah wakil rakyat tersebut.   Malah, jika pemimpin PAS ikhlas menentang Syiah, mereka juga tentu ingin tahu siapakah gerangannya.

Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa jika rakyat menuduh wakil rakyat yang dimaksudkan oleh Prof. Mohd Kamil itu adalah dari parti PAS.  Kita semua sedia maklum bahawa biarpun para penyokong PAS begitu giat membela rakyat Syria yang dibunuh kejam oleh puak Syiah pada ketika ini, namun hakikatnya pemimpin mereka sendiri telah lama menyokong Syiah dan menyanjung Imam Besar Khomeini.

Mengimbas kembali laporan akhbar-akhbar Harakah pada tahun 1980-an, kita akan mendapati bahawa parti itu sememangnya menyanjung kalau pun tidak memuja Imam Besar Syiah iaitu Ayatollah Khomeini.   Apabila Khomeini meninggal dunia, akhbar Harakah mengeluarkan kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang berkata ‘Pemergian Khomeini Satu Kehilangan Besar Kepada Ummah’.  

PAS pada ketika itu menjadikan Iran sebagai model Negara Islam kerana terlalu mengagungkan Khomeini.   Revolusi Iran yang menyaksikan kejatuhan Shah Reza Pahlavi dijadikan inspirasi oleh PAS dan dirujuk sebagai ‘kemenangan Islam’ dalam menentang sekular.

Iran di bawah Khomeini pantas mengenakan kod pakaian terhadap wanita serta menutup beberapa syarikat akhbar. Tindakan Khomeini membuatkan PAS begitu teruja.  Seperti kebanyakan pemerintah Arab lain, kerajaan Khomeini juga menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka dengan kejam, termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai atas alasan menentang pemerintahan Islam.  

Pendekatan Khomeini ini tentunya bertentangan dengan PAS hari ini yang beria-ia mendesak penghapusan Akta ISA kerana tidak memberi peluang bagi pesalah membela diri.

Satu perkara yang menarik mengenai Khomeini ialah beliau membenarkan pertukaran jantina bagi mereka yang mengalami kelainan hormon.  Pada tahun 1979, mereka yang terlibat dibolehkan melalui rawatan dan mendapatkan identiti baru.  

Maka, tidak hairanlah apabila Syiah semakin teruja dengan PAS apabila parti itu bersekongkol dengan PKR yang turut memperjuangkan hak LGBT.

PAS cuba menepis bahawa parti itu menyokong atau ‘mesra’ Syiah.  Alasan mereka, Syiah di zaman Khomeini adalah berbeza dengan Syiah yang membunuh Ahli Sunnah di Syria.  Benar, Syiah di zaman Khomeini tidak membunuh Ahli Sunnah dengan kejam, namun itu tidak bermakna fahaman mereka benar.

Buku tulisan Khomeini bertajuk Kashaful Asrar membuktikan bagaimana beliau telah memfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW dengan merujuk kepada mereka sebagai menentang AlQuran dan sebagainya.  Khomeini juga dilaporkan telah melakukan mut’ah dengan anak-anak kecil dan memfatwakannya sebagai harus.

Walaupun kepercayaan yang dipegang oleh Khomeini ini sudah menjadi pengetahuan umum, namun PAS nampaknya tidak ada masalah untuk menyanjung Khomeini.   Malah, sehingga ke hari ini, masih ada pemimpin PAS yang merujuk kepada Khomeini sebagai tokoh Islam yang ulung.

Berdasarkan hakikat ini, kita tidak wajar memandang ringan akan isu wakil rakyat Syiah, malah wajib membongkar dan mendesak beliau dan partinya menyatakan pegangan mereka mengenai hukum-hukum Syiah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah dan juga AlQuran.

Jika alasannya bahawa Syiah dahulu dan sekarang telah berubah, maka kita juga wajar mengambilkira akan perubahan yang berlaku. Hakikatnya, PAS juga telah berubah dari sebuah parti konservatif menjadi parti yang cacamarba dan separa liberal serta ‘mesra’ pluralisme.

Oleh kerana kedua-dua Syiah dan PAS telah mengalami perubahan, maka PAS wajib membuat kenyataan yang jelas terhadap pegangan dan fahaman parti itu mengenai Syiah dan pendekatannya terhadap pemimpin atau wakil rakyat yang menganut ajaran Syiah.

PAS tidak boleh terus berdiam diri dan berpura-pura tidak terlibat dengan Syiah.  Keratan-keratan akhbar lama sudah cukup untuk membuktikan kaitan PAS dengan Syiah.   Sikap membisu PAS hanya akan mengembangkan lagi ajaran Syiah.  Oleh itu, apakah jaminan Syiah yang diternak PAS ini tidak akan bangun menentang dan membunuh Ahli Sunnah pada suatu hari nanti?

Sumber:  Beruang Biru





Peguam PR Paling Ramai Lindungi Gangster

Pakatan Rakyat merupakan sebuah parti politik yang amat sinonim dengan kerosakan.  Selama kewujudannya, parti itu hanya memainkan peranan sebagai pencetus huru-hara melalui siri-siri demonstrasi ganas, selain menghasut dan memfitnah bagi menimbulkan ketegangan antara kaum, agama mahupun sesama Islam.  Malah, PR juga dikaitkan dengan pencerobohan Lahad Datu.

Pendek kata, sehingga kini, tiada suatu pun kebaikan yang dibawa oleh PR kepada negara ini walaupun parti itu membawa slogan keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia.

Tidak lama dahulu, PR begitu bangga apabila kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Akta Hasutan.   Kononnya, dengan terhapusnya Akta tersebut maka keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia dapat ditegakkan.  

Walaubagaimanapun, hasil dari ‘perjuangan’ PR hanya membawa kerosakan yang lebih besar apabila provokasi agama dan kes tembak menembak semakin menjadi-jadi.

Apa yang pelik ialah PR bukan sahaja tidak merasa bersalah, tetapi bertindak membela penjenayah pula.  Beberapa peguam yang juga pemimpin PR kini bangun mempertikai tindakan polis serta mempersoalkan hak asasi para penjenayah.  PR langsung menghiraukan ancaman para penjenayah ini terhadap masyarakat.

Hakikatnya, parti PR didokongi oleh para peguam yang hebat memutarbelit dan memusing fakta.  Malah, antara personaliti PR yang paling lantang ialah Karpal Singh, juga seorang peguam yang telah mendedahkan kegiatan homoseksual Anwar buat pertama kalinya di Parlimen tetapi kemudiannya menjadi pembela kepada Anwar menafikan yang beliau pernah meliwat.  Ini sudah cukup untuk membuktikan betapa kotor, busuk dan jahatnya politik PR.

Secara dasarnya, peguam-peguam PR mempunyai pelanggan dari dunia gelap.  Antaranya, bapa ayam, pengedar CD haram, pengedar dadah, gangster dan berbagai-bagai lagi.   Pendek kata, membela penjenayah sudah menjadi tugas mereka dan bagi yang berjaya melepaskan penjenayah dari dakwaan, ganjarannya sudah pasti lumayan, tidak termasuk dengan jaminan ‘keselamatan’.   Ini tentu memberi kelebihan kepada aktiviti politik mereka pula.

Maka, tidak hairanlah aktiviti gelap semakin bercambah di Selangor dan Pulau Pinang, sebaik sahaja PR menjadi kerajaan negeri.

Jika kita imbas kembali kes pembunuhan berprofil tinggi, Dato’ Sosilawati iaitu jutawan kosmetik yang terkemuka, kita akan dapati kes tersebut juga dikaitkan dengan peguam yang menjadi ahli Majlis Peguam yang mana diketahui menjadi tulang belakang kepada PR.

Bukan setakat kes berprofil tinggi, tetapi dalam kes-kes biasa juga PR sering cenderung membela pesalah atau orang yang disyaki.  Dalam isu demonstrasi ganas BERSIH, PR langsung tidak mengambil kira tindakan peserta yang membelasah pihak berkuasa tetapi sibuk membela keganasan peserta.  Dalam kes polis menembak remaja yang memecut setelah engkar arahan polis untuk berhenti, PR telah mengambil sepenuh kesempatan untuk menyalahkan polis tanpa mengambilkira situasi kejadian.

Nampaknya, PR memang pejuang hak asasi manusia yang hebat kerana sanggup berjuang untuk memastikan penjenayah juga punya hak untuk bebas dan berbuat jenayah.

Justeru, kita jangan terkejut jika melihat peguam-peguam dari kalangan pemimpin PR akan ke hadapan sekiranya Ops Cantas yang dilancarkan pihak polis berjaya membawa para gangster ke muka pengadilan.  Kita pasti PR akan terus mempertahankan gangster kerana gangsterisme merupakan sebahagian dari politik PR itu sendiri.

Sumber:  Beruang Biru

Monday, August 26, 2013

HUSAM SHOWS HIS ‘ANGER’ WHILE VETERANS GET JITTERY

PAS assemblyman for Salor, Kelantan, Datuk Husam Musa turned down offers from Kelantan Mentri Besar for chairmanship of two state-owned companies, giving a picture that all is not well between him and the state government.

Husam, not appointed as a state exco member although he had proven himself and tipped to be the Mentri Besar upon former MB Datuk Nik Aziz Nik Mat’s stepping down, he seems to be a ‘war mood’.

Since after the May 5 general election, Husam has been in the ‘war mood’ as he was sidelined and considered as ‘dumped’ by the new MB when he was not picked as an exco member, a position he held under Nik Aziz’s tenure as MB where he was a trusted ally and given the finance portfolio.

Known for his smartness in filling up the party’s coffer and even the state, Husam is known for his alignment with Parti Keadilan Rakyat (PKR) de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim and has been closely following all events Anwar leads without fail.

He had even came out with an edict (fatwa) that those who joined the Black Out 505 rally and died in the cause was considered to die as a martyr or died of jihad.

Such is his loyalty to Anwar that the veteran fundamentalist in the party get ‘jittery’ and the obvious thing the veterans would do is to ‘cut him off’ from the leadership line-up to stop the ‘cancer’ from spreading.

With just three months to go for the party assembly when election to the leadership is scheduled, Husam may not let his ‘goal’ slip away as he made much inroads in trying to stay afloat and align the party to PKR.

Husam had managed to get Nik Aziz to support PKR and DAP and he is considered as the ‘glue’ in the relationship between the party and the others in the Pakatan Rakyat (PR).

When PAS leadership decided to stay away from the Black Out 55 rally, Husam and those aligned to Anwar who included  deputy president Mohamed Sabu and several others had influenced the leadership to ‘be together’ in the final rally but the response from PAS members were not encouraging despite the leadership gave the greenlight ‘only for the grand finale’ at Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Given such background and the ‘under current feud’ between the two factions, the coming party poll is expected to be wild and interesting as the veteran fundamentalists attempt to take control of the party while Husam and friends attempt to unseat them.

The November assembly will determine PAS future as the veteran fundamentalists including party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang attempts to gain control of the party against the oinslaught of the so-called young and intellectuals.

Sumber:  Beruang Biru

The Party will be better off without the...


Is it the so called UBAH?


DAP delegates now your chance to remove your...


Jenayah di Malaysia dan Arab Spring Berkaitan?

Bagi mereka yang melihat politik secara sehala, pastinya menyatakan bahawa penulis seorang yang ‘paranoid’ atau mungkin  juga berhalunisasi jika mengaitkan jenayah di Malaysia dengan Arab Spring yang berlaku di Timur Tengah.

Namun, bagi mereka yang bermaklumat, mereka tahu bahawa politik dunia hari ini adalah berkaitan dan tiada satu perkara pun yang berlaku tanpa dirancang atau diambil kesempatan oleh mana-mana pihak.   Dunia hari ini, terutamanya dunia Islam, sedang mengalami kemusnahan secara sistematik.  Ianya  dimusnahkan oleh umat Islam sendiri dan rata-ratanya atas nama memperjuangkan Islam.  

Laungan seperti  ‘kerajaan tidak cukup Islam’, ‘ingin menegakkan syariat Islam’ dan ‘ingin menghapuskan kemungkaran’ merupakan punca utama tercetusnya ketegangan sebelum ia merebak menjadi pemberontakan, keganasan dan kehancuran total.

Lebih-lebih lagi di mana di negara-negara Arab, laungan ini disertai dengan keluhan kemiskinan dan ketidakadilan di mana ia begitu mudah menjana api kemarahan yang meluap-luap sehingga sukar dikawal.

Kecetekan minda umat Islam di negara Arab serta kegagalan mereka mengawal emosi menjadikan Arab Spring tidak sukar untuk direalisasikan.  Sedikit suntikan modal dari luar dan hasutan oleh talibarut mereka cukup untuk membuat negara-negara Arab jatuh bagai domino dalam sekelip mata.

Senario di Malaysia tidak banyak berbeza sebenarnya.  Laungan ‘kerajaan tidak Islam’, ‘ingin menegakkan syariat Islam’ dan ‘ingin menghapuskan kemungkaran’ sudah lama kedengaran.

Malah, ada yang sanggup menghancurkan negara hanya kerana isteri pemimpin tidak memakai tudung kepala (tidak cukup Islam).    Bagi mereka-mereka ini, mempunyai pemimpin yang menepati ‘citarasa’ mereka adalah penting untuk menentukan pengakhiran nasib mereka di akhirat.  Pastinya mereka yakin bahawa diri mereka sendiri sudah cukup sempurna sebagai Muslim dan kini perlu menyebarkan kesempurnaan tersebut kepada orang lain bagi mendapat ganjaran yang maksima di syurga.

Namun, Malaysia bernasib baik kerana majoriti rakyatnya masih berfikiran rasional dan tidak mudah dipengaruhi emosi.   Di samping itu juga, sifat semulajadi orang-orang Melayu yang menjadi penganut Islam di negara ini adalah lemah lembut dan menentang keganasan.  Justeru, biarpun ramai yang bermimpi untuk ‘berjihad’ menentang kerajaan, mereka tidak sanggup memperjudikan nyawa dan nikmat hidup di bumi bertuah ini.

Maka, laungan ke arah ‘Islam’, hanya tinggal laungan sehinggalah akhirnya parti yang melaungkannya bersekongkol dengan musuh Islam untuk menggulingkan kerajaan.  Kini, parti Islam itu tidak lagi melaungkan slogan ingin menegakkan Islam walaupun masih kekal melaung ‘kerajaan tidak Islam’.

Syukur kepada Allah SWT kerana sehingga ke hari ini, laungan ini masih tidak mampu mencetuskan anarki.

Namun, apa yang berlaku telah membuka ruang kepada musuh untuk campurtangan, sepertimana yang berlaku dalam Arab Spring.  

Kegagalan menjatuhkan Malaysia melalui permusuhan sesama Islam seperti negara-negara Arab, membawa kepada percubaan melaga-lagakan antara agama dan kaum.   Desakan terhadap penghapusan Akta EO dan ISA serta Akta Hasutan merupakan sebahagian dari perancangan ke arah kemusnahan Malaysia yang dibuat melalui pembangkang.

Memandangkan rakyat Malaysia sukar untuk dihasut untuk memperjudikan nyawa dengan memberontak, maka para gangster dan kongsi gelap perlu digunakan sebagai pencetus.   Harapan musuh adalah agar rakyat akan terpengaruh dan terbawa-bawa dengan emosi sepertimana orang-orang Arab, lalu mula merusuh di jalanan.

Rancangan ini semakin terserlah apabila tindakbalas tegas pihak polis terhadap kumpulan gangster ini dijadikan isu perkauman oleh beberapa pihak.  Pendek kata, apa saja isu yang berlaku akan sengaja dikaitkan dengan perkauman.  Niat mereka yang membangkitkan isu perkauman ini tidak lain tidak bukan ialah untuk mencetuskan ketegangan kaum.

Namun, mengenali sikap rakyat Malaysia yang tidak sanggup menggadaikan keselesaan hidup untuk memberontak di jalanan, maka kita percaya yang harapan musuh ini juga akan tinggal harapan sahaja.   Biarlah para gangster berbunuhan sesama sendiri dan biarlah pihak polis sahaja yang menguruskan mereka.

Untuk rakyat atau pemimpin yang menyokong gangster semata-mata atas alasan ‘kaum’, merupakan satu penghinaan kepada intelektualiti sendiri.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia wajar berfikir lebih jauh dalam mencerna apa saja yang berlaku dalam negara hari ini.  Jangan kita terjerumus dalam perangkap musuh yang ingin melihat kita berpecah belah dan bersengketa.   Biar apapun berlaku, anarki bukan jawapannya.

Belajarlah dari kejatuhan negara-negara Arab kerana apa yang berlaku di sana tidak mustahil boleh berlaku di sini.  Sesungguhnya, kita semua mempunyai musuh yang sama, iaitu kuasa besar yang ingin menguasai dunia, selain diri kita sendiri.

Sumber:  Beruang Biru

Menunggu Pemilihan UMNO Yang Paling Penting Dalam Sejarah

Dalam kita memandang sinis pemilihan CEC DAP yang paling korup dalam sejarah, kita juga tidak lupa memerhati keadaan politik UMNO.   Rata-rata, keadaan di peringkat Cawangan dan Bahagian telah pun panas di mana bahang pemilihan mula terasa.  Taktik dan strategi sama ada kotor atau bersih bercampur-baur dalam perjuangan antara cita-cita peribadi dengan agama, bangsa dan tanahair.

Ada sesuatu tentang pemilihan kali ini yang membuatkan ramai melihatnya sebagai pemilihan paling penting dalam sejarah iaitu ia dikatakan bakal menentukan jatuh bangunnya, hidup matinya atau hilang kekalnya umat Melayu di dunia.

Pada dasarnya, UMNO telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi kemenangan dalam PRU-13 yang lalu. Namun begitu, walaupun telah memberi kemenangan kepada UMNO, orang-orang Melayu menyimpan semacam keraguan terhadap parti ini kebelakangan ini.   Seimbas membaca blog-blog yang menyokong UMNO akhir-akhir ini, kita tidak dapat mengelak dari mengesan perasaan ragu-ragu, yang sama ada diluahkan secara berlapik mahupun dengan cara menempelak keras.

Menepis bahawa perasaan ragu-ragu itu sebagai ‘dengki’ atau sebagai ‘suara pembangkang’ bukanlah tindakan bijak.   Seharusnya, pengajaran ini telah pun difahami dengan baik oleh UMNO dalam PRU-12.

Sebaiknya, UMNO mengkaji apakah yang diragui oleh orang-orang Melayu terhadap parti ini.   Apakah benar ia merupakan masalah peribadi atau masalah sikap para blogger?  Apakah setiap komen dan setiap rungutan di laman sosial individu yang membawa rentak yang sama degnan blog-blog itu juga bertitik tolak dari masalah peribadi dan sikap blogger tersebut?  

Jika kita memberi sedikit perhatian, kita akan dapati bahawa isu yang diperhatikan oleh orang-orang Melayu secara dekat pada hari ini ialah isu jenayah, isu menghina Islam, TPPA dan juga pengurusan GLC. Sebagai langkah awal, kepimpinan wajib memahami apakah yang dikhuatiri oleh orang-orang Melayu dalam semua isu ini.

Secara dasarnya, orang-orang Melayu melihat isu jenayah dan isu menghina Islam yang semakin menjadi-jadi pada hari ini adalah berpunca dari keputusan kerajaan untuk tunduk kepada tekanan pembangkang dan orang-orang Cina.

Orang Melayu yang telah dikejutkan dengan tindakan kerajaan memaafkan Namewee dan memberi beliau berbagai kemudahan, telah sekali lagi tersentak apabila kerajaan menghapuskan Akta Hasutan yang dilihat bakal membuka lebih ruang kepada orang-orang seperti Namewee untuk menghina Islam dan Melayu.

Ternyata apa yang dikhuatiri itu benar-benar berlaku.  Begitu juga dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku sejurus selepas kerajaan tunduk kepada pembangkang dengan menghapuskan Akta EO dan ISA.

Kerajaan mungkin menafikan yang penghapusan Akta tersebut merupakan satu kesilapan dan mengerahkan seluruh jentera untuk memberi berbagai alasan untuk membela diri di samping menunjukkan keterbukaan. Namun, dukacita dimaklumkan bahawa ia tidak mampu mengembalikan keyakinan orang-orang Melayu terhadap UMNO, sekurang-kurangnya setakat hari ini.

Bagaimanapun, setakat hari ini juga, harapan terus diberikan kepada UMNO kerana orang-orang Melayu tidak mampu mempercayai Pakatan Rakyat untuk membela nasib mereka.

Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan pembangkang dan orang-orang Cina menjadikan orang-orang Melayu bimbang terhadap keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan dalam isu-isu yang berkaitan ekonomi, terutama TPPA. Orang-orang Melayu melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yang bersekutu dengan kuasa besar untuk menguasai dunia.  

Sekiranya kerajaan terlalu tunduk kepada kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dalam strategi kuasa besar untuk menguasai ekonomi negara ini.

Bertitik tolak dari persepsi itu juga, orang-orang Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka peluang kepada orang-orang Cina untuk menguasai GLC dan juga jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan.  Ini kerana orang-orang Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan menyerlahkannya tanpa segan silu dalam pengurusan syarikat swasta dan juga perniagaan.

Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap sikap perkauman orang Cina ternyata berasas apabila orang-orang Cina menolak Barisan Nasional mentah-mentah dalam PRU-13 yang lalu walaupun setelah diberikan hampir segala-galanya oleh kerajaan.

Berdasarkan senario ini, mana-mana individu yang ingin bertanding dalam pemilihan yang akan datang wajib menangani persepsi ini dengan baik.  Sikap sesetengah pihak yang terlalu

ingin membodek dan mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat bahawa UMNO telah rosak. Pendek kata, tingkah laku pemimpin UMNO dalam menghadapi pemilihan ini akan turut memberi kesan kepada pilihanraya yang akan datang.   Apa guna menang dalam pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama sepenggal?

Orang-orang Melayu (baca: penyokong UMNO) ingin melihat UMNO yang menepati slogan ‘transformasi’ dari segi minda dan sikap.  Transformasi tidak seharusnya bermakna membuang roh asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa dan negara.  Transformasi harus dilakukan dengan cara meningkatkan lagi semangat juang yang asal serta mengadaptasinya dalam  mengharungi zaman untuk kekal menjadi pemerintah di negara ini.  

Mampukah UMNO memilih pemimpin yang menepati ciri-ciri ‘transformasi’ ini?

Sumber:  Beruang Biru

TROIKA ANWAR-DAP-GEREJA BENTUK GERAKAN KRISTIANISASI

Kemenangan kerajaan dalam permohonannya menolak rayuan pihak Gereja Katholik untuk mengenepikan permohonan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu kalimah Allah disambut umat Islam dengan penuh kesyukuran dan kelegaan.

Keputusan Mahkamah Rayuan 22 Ogos lalu di Putrajaya bermakna perbicaraan penuh akan berlangsung mulai 10 September depan.

Perjuangan masih belum selesai dalam mempertahan kesucian kalimah Allah yang kini direbut oleh puak-puak Kristian untuk digunakan sebagai terjemahan istilah 'God' di dalam kitab Injil berbahasa Melayu yang dipanggil 'Al Kitab'.

Isunya tidaklah berbelit-belit seperti mana yang cuba digambarkan oleh pihak Kristian.

Mereka menggunakan alasan bahawa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sudahpun dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam amalan keagamaan mereka sejak puluhan tahun dulu.

Mereka juga menggunakan alasan bahasa kalimah Allah juga sudah menjadi sebati dengan budaya orang Arab Kristian sejak ratusan tahun dahulu.

Kedua-dua fakta tersebut memang tidak boleh di nafikan kerana itulah keadaannya di negara-negara Arab yang mempunyai populasi Kristian dan begitu juga di Sabah dan Sarawak sebelum kedua negeri tersebut menganggotai Persekutuan Malaysia pada 1963.

Bagaimanapun kedua-dua alasan tersebut tidak boleh digunakan sebagai hujah untuk menegakkan benang yang basah oleh pihak gereja.

Apatah lagi di dalam Perlembagaan Persekutuan sudah dinyatakan dengan terang lagi jelas bahawa Islam adalah agama persekutuan atau agama negara sepertimana yang termaktub di dalam Artikel 3(1).

Ini bermakna Islam adalah satu-satu agama negara yang diakui oleh Perlembagaan sebagai bukan sahaja mempunyai status rasmi tetapi juga ia adalah agama yang dilindungi statusnya di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Walaupun Perlembagaan  membenarkan agama-agama lain diamalkan secara bebas tetapi hanya agama Islam sahaja yang mempunyai kedudukan istimewa yang merangkumi perindungan terhadap kemuliaan, pengembangan, penyebaran serta perundanganya.

Kerajaan bertanggungjawab melindungi Islam di negara ini dalam apa jua keadaan dan mengambil apa jua bentuk tindakan agar ia tidak terancam, tergugat atau tercemar oleh mana-mana pihak terpihak agama-agama lain.

Usaha pihak Kristian untuk mengguna kalimah Allah di dalam kitab agama mereka boleh dianggap sebagai satu ancaman kepada Islam.

Oleh kerana itu kerajaan dengan kuasa pemerintahan yang dimilikinya perlu mengambil segala usaha di dalam kerangka perundangan negara supaya ancaman ini dapat dipatahkan.

Umum tahu isu kalimah Allah ini telah dipolitikkan oleh pihak gereja yang menyokong pembangkang secara terangan semasa Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Anwar Ibrahim yang meneraju pakatan pembangkang telah menegaskan bahawa adalah menjadi dasar mereka untuk membenarkan Gereja Katholik mengguna kalimah itu jika berkuasa.

Sebab itulah pihak gereja begitu yakin dan teruja dengan jaminan Anwar sampaikan sokongan diberikan oleh gerakan Kristian di Jerusalem.

Ini membuktikan apa yang diperjuangkan oleh gereja di negara ini bukan sekadar isu kalimah Allah tetapi ia hanya menjadi batu loncatan kepada suatu agenda yang lebih besar dan menakutkan.

Tujuan Kristian ialah menukar Malaysia kepada sebuah sistem pemerintahan berlandaskan republik seperti di Singapura di mana Kristian pula akan menjadi agama rasmi di Tanah Melayu ini.

Sudah banyak bukti yang menunjukkan usaha Kristian menjurus kepada agenda itu dan mereka akan memastikan ia mendapat sokongan antarabangsa.

Kenyataan Duta Vatican, Joseph Marino yang menyokong secara terbuka penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini sudah menjadi bukti kukuh bahawa gereja akan mengguna pengaruh gerakan Kristian antarabangsa untuk menyerang Malaysia.

Dap juga memainkan peranan penting dalam gerakan Kristianisasi kerana sebahagian besar pucuk pimpinannya adalah beragama Kristian.

Malah jika diperhati senarai nama-nama di dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat Dap, dua pertiganya adalah daripada kalangan Cina Kristian.

Kejayaan Dap memenangi jumlah kerusi pembangkang di Parlimen sebanyak 38 buah, memberi lonjakan semangat kepada parti itu untuk mengadakan kesepakatan dengan pihak gereja.

Gerakan Kristianisasi bukan sahaja didalangi oleh pihak gereja tetapi juga diperkukuhkan dengan gadingan politik daripada Dap serta jaminan dari Anwar.

ends

Sumber:  Beruang Biru

UMNO REMAIN UNITED AND STRONG WITH NO CONTESTS FOR PRESIDENT AND DEPUTY

The 3 million-odd Umno members have somewhat decided to allow party president Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak and deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin to continue leading the party undisturbed.

Party secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Mansur told the media that feedbacks from party divisions seemed to point out that there would be no contest for the party number one and number two post.

This means contests are expected for the three vice-president posts and the 25 supreme council posts and that also is expected to come from those who think they can contribute positively to the party well-being.

Umno has been the backbone of the ruling Barisan Nasional (BN) since before Independent when the coalition was called Perikatan, guiding and steering the country to what it is today – a developed and wealthy nation.

Despite challenges politically and facing armed struggle by the communists, Umno was able to unite the people and implement its policies in eradicating poverty and lifting the people’s economic status through education and bridging the wide gap between the urban and rural population.

And Umno has been able to hold the ‘fort’ now Putrajaya when its partners MCA, MIC and other component parties are down and out when the oppositions DAP and NGOs such as Hindraf were able to erode the people’s trust and faith in them.

The Malays, despite being split into three political ideologies – Umno, PAS and the latest is Parti Keadilan Rakyat (PKR) – Umno is still their best bet in championing thr Malay cause and struggle.

The 13th general election reflected the trust and faith Malays have on Umno and due to this, Umno members have decided to continue supporting Najib and Muhyiddin and do not want the both leaders unseat and ‘disturbed’.

The path to achieving the party’s goal in championing the Malay cause is still ‘rocky and full of thorns’ and changing leadership is not the best option or rather is not an option at the present trying times.

With the present challenges to Malay supremacy and Islam’s dignity, Umno and the present leadership is seen by the 3 million-odd members as their best bet to continue the struggle.

Of course there are few who may not agree and want changes in the leadership but almost all are united in supporting Najib and Muhyiddin to continue leading and strengthen the party.

As the backbone of the ruling coalition, Umno is to remain strong and solid and the party members know ‘rocking the boat’ will just invite easy prey to the oppositions’ non-stop onslaught and campaign.

Thus, those who wanted to see Umno weaken by unwanted and wild contests in the coming October election is frustrated and disappointed.

And still, they will not stop their accusations and onslaught as expected.

Sumber:  Beruang Biru

Sunday, August 18, 2013

Wira Melayu Bangkit Menentang Penjajah Pada Kurun Ke-18

Negara menyambut Hari Kebangsaan ke-56 pada 31 Ogos ini dan masyarakat Malaysia menyanjung tinggi usaha dan pengorbanan para pemimpin negara ketika itu bagi mencapai kemerdekaan dalam suasana harmoni dan tanpa pertumpahan darah.

Menurut aktivis sosial dan pengkaji sejarah, Abdul Rahim Ahmad, sebenarnya orang Melayu yang dipimpin pahlawan mereka telah melancarkan perang patriotik terhadap penjajah Inggeris pada kurun ke-18 lagi.

"Kalau nak ambil kira, perang menentang penjajah bermula tahun 1511 ketika Melaka diserang Portugis," kata beliau kepada penulis di sini.

"Pada kurun ke-18 pahlawan Melayu telah bangkit menentang British, tetapi perang ini berlaku berasingan dalam kawasan (negeri) berlainan dan bukannya perjuangan menuntut kemerdekaan secara serentak di seluruh negara," jelas beliau lagi.

SEMANGAT NASIONALIS

"Sebelum Perang Dunia Kedua, orang Melayu sudah mempunyai semangat nasionalis dan semangat ini semakin membakar dengan kekalahan British di tangan tentera Jepun pada peringkat awal peperangan itu dan semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dari 1942 hingga 1945," jelas beliau.

Abdul Rahim berkata, pada zaman Darurat pula walaupun dibantu tentera Komanwel, semangat orang Melayulah sebenarnya yang menentang gerombolan pengganas komunis yang mahukan ideologi lain bagi pemerintahan Tanah Melayu ketika itu.

"Kalaulah orang Melayu tidak bangun menentang pengganas komunis ketika itu, mungkin Tanah Melayu dapat dikuasai oleh mereka (komunis) seperti kekalahan Perancis dan Amerika di Vietnam," Abdul Rahim memberi pendapat beliau.

PAHLAWAN MELAYU

Menurut sejarah Tanah Melayu, memang ada pertumpahan darah dalam perang patriotik yang berlaku pada kurun ke-18 tetapi pertempuran berlaku secara berasingan di negeri-negeri tertentu dan pada masa yang berlainan.

"Kebangkitan itu boleh dilihat sebagai tidak puas hati tentang campurtangan British terhadap kuasa orang Melayu dan bukan satu revolusi seperti perjuangan yang berlaku di Amerika Syarikat ketika menuntut kemerdekaan dari Britain," jelas aktivis itu lagi.

Menurut beliau, perjuangan orang Melayu ada mencatatkan kemenangan di peringkat awal ketika menentang British tetapi akhirnya mereka tumpas kerana penjajah mempunyai senjata yang lebih baik serta tentera upahan yang ramai.

KEBANGKITAN ORANG MELAYU

Menurut maklumat dari Arkib Negara terdapat beberapa peristiwa kebangkitan orang Melayu terhadap penjajahan British pada kurun ke-18.

Ini termasuk Perang Naning diketuai Dol Said di Melaka pada tahun 1831-1833, Perang Sungai Ujung di Negeri Sembilan (1874-1876), Perang Semantan diketuai Datuk Bahaman di Pahang (1891-1895) dan Perang Tok Janggut di Kelantan pada tahun 1915.

Menurut para pengkaji sejarah, penentangan ini merangkumi penentangan langsung terhadap pentadbiran dan campurtangan British dan penentangan tidak langsung terhadap pemerintahan yang menerima perlindungan British.

Kebangkitan itu juga muncul akibat rasa tidak puas hati orang Melayu ke atas sistem cukai tanah dan tanaman yang dianggap tidak adil serta cara kutipan itu dijalankan.

PERANG DI SEMANTAN, NANING

Antara penentang British pada kurun ke-18 adalah Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Rentap di Sarawak serta Mat Salleh di Sabah.

Di Pahang, Abdul Rahman Tuanku Imam Nuh atau lebih dikenali sebagai Datuk Bahaman menentang penjajah British di Semantan.

Sejarah menyatakan bahawa Perang Semantan berlaku disebabkan rasa tidak puas hati pembesar negeri Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka dan ia bermula bila Datuk Bahaman dan para pengikutnya menyerang C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Dis, 1891.

Manakala Dol Said atau Abdul Said adalah Penghulu Naning pada tahun 1799 dan adalah pemerintah Naning yang kesembilan.

Beliau membantah perlaksanaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British dan kemudian berjaya mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan.

Peperangan Naning telah menjadikan Dol Said sebagai seorang wira yang berani dan mengukir tempat dalam sejarah Melaka.

MAT SALLEH, RENTAP

Datu Mat Salleh, lebih dikenali sebagai Mat Salleh, adalah pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan terhadap penjajahan British di Sabah.

Detik Datu Mat Salleh menentang pencerobohan British bermula pada bulan Julai 1897 sehingga 31 Jan, 1900 di mana kota pertahanan Mat Salleh tumbang akibat serangan British.

Peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Manakala Rentap adalah seorang panglima perang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Beliau adalah seorang daripada pemimpin yang menentang pemerintahan Raja Brooke di Sarawak.

Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban menyerang pasukan British di Skrang dan ini telah menempatkan Rentap sebagai seorang daripada wira menentang penjajahan British.

Tema bagi sambutan Hari Merdeka tahun ini ialah "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku".

-- BERNAMA


Ayuh kibarkan Kibarkan Jalur Gemilang

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, buktikan semarak patriotisme anak Malaysia.  Merdeka! Merdeka! Merdeka!

http://www.mykmu.net/?p=34116


Thursday, August 15, 2013

Agenda Kristian : Serangan keatas umat Islam di Malaysia

Al Baqarah 120 : “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Jelas di dalam Al-Quran telah disebutkan bahawa orang kafir terutamanya Kristian dan Yahudi tidak akan berpuashati sehinggalah seluruh umat Islam tunduk kepada mereka. Ini dapat dilihat sejak dari zaman bermulanya Islam sehinggalah sekarang.

Orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tetap dengan misi utama mereka iaitu untuk melihat umat Islam berpaling arah dan mengikut cara hidup mereka. Peperangan dan tentangan golongan Yahudi dan Kristian keatas umat Islam telah berlangsung beribu tahun lamannya. Namun begitu, dengan tamatnya perang Salib, umat Islam telah alpa dengan kemenangan yang telah dicapai oleh panglima agung Islam, Sultan Salahuddin Ayubi. Kemenangan ini hanya dapat dicapai apabila semua umat Islam bersatu padu tanpa memikirkan ideologi dan pelbagai fahaman setiap kumpulan atau individu yang mengaku dirinya Muslim.

Apabila Jerusalem (Baitul Maqdis) telah dapat ditawan oleh tentera Islam, umat Islam di seluruh dunia mula alpa dan orang kafir pula sibuk mencari tempat di dunia. Lantas, mereka menjelajah sambil menakluk hati dan perasaan umat Islam. Umat Islam pada ketika itu kuat dari sudut ketenteraan dan kekuatan fizikal. Orang-orang Islam telah tersilap dengan menyangka serangan yang akan dilancarkan oleh musuh-musuh Islam adalah dengan peperangan. Sedangkan musuh-musuh Islam di seluruh dunia menggunakan pelbagai cara alternatif untuk mempengaruhi umat Islam dalam bentuk yang lebih halus.

Di Malaysia, agenda pemansuhan Islam telah dilaksanakan apabila Portugis/British/Belanda menjejakkan kaki di Malaya. Apabila penaklukan mereka gagal untuk mengubah iman dan akal umat Islam di Malaysia, maka mereka menghantar pula pendakwah-pendakwah mereka untuk menyusupkan ideologi Kristian di dalam pendidikan moden Malaya. Namun begitu, usaha mereka hambar apabila ibubapa Melayu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah mubaligh mempersiapkan anak-anak mereka di rumah dengan ilmu agama yang mencukupi sehigga tidak ada pun anak Melayu yang tergoncang iman mereka dek penangan layanan mesra para mubaligh.

Orang Melayu “kebal” dengan hasutan para mubaligh, ini kerana sifat orang Melayu yang lemah lembut tetapi cekal hati yang telah menyebabkan ramai mubaligh-mubaligh ini pulang ke negara mereka dengan tangan kosong.

Kini Malaysia telah dilanda dengan serangan baru puak Kristian dan musuh-musuh Islam yang lain. Oleh kerana mereka tahu umat Islam di Malaysia sangat mudah untuk diprovokasi, mereka melaksanakan perancangan halus yang akan mengubah seluruh senario keagamaan di Malaysia.

Seperti kata-kata Datuk Ambiga Seevanesan “Saya berani bercakap pasal Islam, kerana PAS bersama saya” jelas menunjukkan, golongan Kristian dan musuh Islam di Malaysia sedang menggunakan teknik terbaru yang akan melaga-lagakan umat Islam di Malaysia agar Kristian dapat berkuasa di Malaysia.

Apabila sesuatu golongan yang dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai pejuang agama Islam memberikan sokongan kepada golongan yang menentang Islam secara terang-terangan dan halus, apa yang boleh dikatakan oleh umat Islam di Malaysia?

Ada khabar angin yang mengatakan bahawa selepas tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara Kristian dan semua masjid-masjid yang tersergam indah di seluruh Malaysia akan dijadikan Gereja. Perkara ini tidak pasti samada benar atau tidak, namun angin yang membawa khabar itu cukup kencang sehingga apabila siasatan dibuat, sememangnya ada perjumpaan paderi-paderi besar Kristian yang membincangkan kemungkinan yang serupa.

Ini semua berlaku apabila umat Islam berpecah belah dan membenci antara satu sama lain. Sekiranya seluruh umat Islam di Malaysia bersatu, tidak akan ada seorang pun orang KAFIR di Malaysia yang berani mengangkat kepalanya dan bertindak biadap kepada Islam dan umatnya.

Penghinaan demi penghinaan telah dilemparkan kepada umat Islam di Malaysia. Ramadhan yang lepas, pasangan Kristian Alvin dan Vivian telah mengeluarkan gambar yang mengajak umat Islam untuk berbuka puasa dengan hidangan khinzir. Diletakkan pula logo halal di dalam gambar tersebut.

Terbaru, sebuah surau di Johor telah dijadikan tempat sembahyang agama Buddha. Ini merupakan satu penghinaan yang amat dasyat untuk umat Islam di Malaysia.

Di mana golongan yang sibuk menceritakan bahawa merekalah pejuang Islam di Malaysia. Di mana golongan yang sering menggunakan kitan Allah untuk mencari publisiti murahan dan meraih undi? Dimana golongan yang mengatakan kerajaan Malaysia ini kafir dan zalim, hanya kerana pemimpin tidak memakai serban, berjubah dan berjanggut?  Golongan ini hanya duduk diam kerana mereka telah diikat oleh orang-orang Kafir dan mereka juga akan sentiasa menentang pemimpin Islam di Malaysia.

Kesimpulannya, apa yang telah sedang orang Kristian, Yahudi dan golongan musyrikin lain adalah kesinambungan usaha untuk menghancurkan Islam oleh nenek moyang mereka. Umat Islam patut sedar bahawa mereka akan menggunakan apa jua cara untuk menghancurkan agama suci ini. Oleh itu, golongan “ulama’” yang memberi perlindungan kepada Kristian, Yahudi dan kafir musyrikin  yang sedang giat menyerang Islam di Malaysia haruslah berhenti dari memberi bantuan kepada mereka. Jangan kerana politik mereka sanggup menggadaikan iman dan masa depan anak cucu mereka. Golongan ini perlu sedar, serban dan jubah mereka tidak akan menyelamatkan mereka daripada azab Allah yang menunggu mereka di Alam Barzakh, apabila pengkhianatan mereka terhadap agama Allah akan dinilai dan dihukum.

Ingatlah! Orang Kafir tidak sesekali akan berhenti dari mencari jalan untuk menhancurkan agama Islam di bumi Malaysia. Ingatlah!

Sumber:  Beruang Biru

Anwar Masih Gila Talak Dengan UMNO

Beberapa pihak akhir-akhir ini heboh memperkatakan tentang kemungkinan Anwar kembali ke dalam UMNO.   Berbagai teori dikemukakan, antaranya perjanjian sulit antara Anwar dengan Dato’ Seri Najib yang memberi syarat dan ruang tertentu bagi membolehkan Anwar selamat.  Kemudiannya, heboh pula berita bahawa Pak Lah merupakan ‘tali perhubungan’ utama yang bakal menarik Anwar kembali.

Desas-desus ini dikuatkan lagi dengan munculnya buku ‘The Awakening’ yang menjadikan Pak Lah sebagai subjek dan juga laporan Asia Sentinel mengenai pengakuan Anwar bahawa beliau telah berbuhung dengan Dato’ Seri Najib sebelum pilihanraya-13 untuk berbincang soal ‘perjanjian’.

Menurut teori yang dikemukakan, Dato’ Seri Najib kini berada dalam keadaan lemah dan takut lantaran kemenangan PRU-13 yang tipis.   Justeru, Dato’ Seri Najib memerlukan sokongan dari kumpulan Pak Lah dan juga Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan beliau di dalam UMNO.   Kononnya, kritikan dari kumpulan pro-Tun Mahathir dilihat sebagai pemangkin kepada kejatuhan Dato’ Seri Najib.

Teori ini tidak lain tidak bukan pastinya diilhamkan oleh mereka-mereka yang tidak berpijak di bumi nyata.

Hakikatnya, Pak Lah dan Anwar adalah dua pihak yang kalah dan ditolak oleh rakyat Malaysia.  Oleh itu, ‘apa ke jadahnya’ bagi Dato’ Seri Najib untuk melutut meraih sokongan dari pihak yang ditolak oleh rakyat?  Bukankah tindakan itu hanya mengundang penolakan terhadap dirinya juga?  

Perlu diingatkan bahawa perjuangan bukan hanya setakat Perhimpunan Agong UMNO sahaja, tetapi perjuangan sebenar ialah PRU-14.

Dalam politik, yang mengkritik tidak semestinya menentang dan yang menyokong kadangkala membawa rebah dan kita pasti Dato’ Seri Najib cukup maklum akan prinsip ini.  

Dalam politik Malaysia pula, sudah jelas bahawa Anwar Ibrahim adalah musuh Dato’ Seri Najib, musuh UMNO dan musuh negara - bukan Tun Mahathir, biar betapa pedas pun kritikan beliau.  Malah, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah UMNO mungkin gagal meningkatkan jumlah kerusi dalam PRU-13 jika Tun Mahathir tidak bertungkus lumus menjelajah ke serata ceruk negara, berkempen untuk BN.

Dan semua rakyat Malaysia sedia maklum mengenai situasi ini melainkan mereka-mereka yang punya agenda tersendiri yang enggan mengakuinya.

Sedangkan Anwar sanggup memfitnah Dato’ Seri Najib membunuh dan tidak peduli sekiranya orang yang tidak bersalah dihukum.   Anwar sanggup memburukkan imej Datin Seri Rosmah seburuk-buruknya.  Anwar telah merosakkan UMNO dengan politik wang dan Anwar jugalah yang memburukkan imej negara di serata dunia.

Oleh itu, sekali lagi diulang bahawa Anwar adalah musuh dan tidak ada sebab bagi Dato’ Seri Najib untuk bekerjasama dengan musuh apatah lagi dalam keadaan di mana kedudukan Dato’ Seri Najib adalah jauh lebih kukuh dari kedudukan Anwar sendiri.

Tidak kira apa jua keputusan post-mortem yang dibentangkan, hakikatnya, BN menang dalam PRU-13 semata-mata kerana rakyat, khususnya orang Melayu, menolak PR/Anwar sebagai pemerintah.  Walhal, orang Melayu pada ketika itu, masih ragu-ragu dengan UMNO kerana kewujudan kumpulan pro-Pak Lah di dalamnya.

Namun, orang Melayu masih memberi sokongan kepada UMNO atas faktor keyakinan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib.

Maka, dengan kekuatan yang ada pada dirinya, untuk apa Dato’ Seri Najib perlu menumpang kelemahan Pak Lah dan Anwar Ibrahim?  

Bukankah lebih logik jika Dato’ Seri Najib bekerjasama dengan kumpulan yang terbukti lebih kuat dan mendapat sokongan rakyat seperti kumpulan pro-Tun Mahathir?

Justeru, teori Anwar akan kembali kepada UMNO ini membuktikan bahawa Anwar sebenarnya sudah tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap partinya sendiri.  Anwar tahu bahawa hanya UMNO yang mampu memberi kuasa kepadanya.

Dalam kata lain, hanya ‘orang-orang Melayu’ yang mampu menentukan Perdana Menteri Malaysia dan kerana itu, Anwar sedaya upaya ingin kembali kepada UMNO.

Malang bagi Anwar kerana orang-orang Melayu sudah serik dengan Anwar mahupun Pak Lah serta kuncu-kuncu mereka.  Dan bagi mana-mana pemimpin UMNO untuk mengharapkan kerjasama dengan dua personaliti ini untuk terus berkuasa, pastinya merupakan satu perhitungan yang salah.

Sumber:  Beruang Biru