DAP nampaknya benar-benar bertemu jalan buntu dalam isu pemilihan CEC. Parti itu terus menerus mempolitikkan keputusan ROS dan cuba sedaya upaya mengelak hakikat bahawa tindakan ROS hanyalah berdasarkan aduan dari ahli-ahli DAP sendiri.
Dalam kata lain, yang tidak puas hati dengan keputusan pemilihan CEC dan yang mendesak untuk didakan pemilihan semula bukanlah ROS tetapi ahli-ahli DAP yang merasakan diri mereka telah dianiaya dan ditipu hidup-hidup oleh pemimpin sendiri. ROS hanya bertindak sebagai badan yang berkuasa untuk menyiasat dan memerintahkan DAP memenuhi tuntutan ahli-ahlinya.
Keengganan DAP untuk akur dengan keputusan ROS membuktikan bahawa pemimpin parti itu, khususnya Guan Eng telah benar-benar menipu ahlinya. Guan Eng jelas amat takut jika diadakan pemilihan semula kerana keputusan pastinya akan berbeza di mana kemungkinan besar akan menjejaskan kedudukan semua kroni dan kuncu-kuncunya, termasuk dirinya sendiri.
Ertinya, Guan Eng sedar bahawa dirinya dan kuncu-kuncunya tidak begitu digemari oleh sebahagian besar ahli-ahli parti. Justeru, beliau perlu memanipulasi, menipu dan berbohong, malah mengugut dan mengancam bagi memastikan kedudukannya dan kroni serta kuncunya terus berada di hierarki teratas.
Amatlah malang bagi penyokong-penyokong DAP yang terus menyokong parti itu kononnya atas dasar prinsip ketelusan dan keadilan. Sedangkan hakikatnya, DAP adalah parti diktator tegar, bersifat samseng dan langsung tidak telus, jauh sekali adil. Kit Siang, Guan Eng dan kerabat mereka memerintah berdasarkan ideologi komunisme yang kejam dan tidak berhati perut.
‘Rasis’, merupakan tonggak utama perjuangan mereka dan atas dasar itu, mereka tidak mengendahkan suara 753 ahli berbangsa India yang mengadu kepada ROS dan mendesak diadakan pemilihan semula. Malah, Guan Eng sememangnya dengan sengaja sejak dari awal lagi memastikan kesemua 753 ahli berbangsa India tersebut tidak diberi hak untuk memilih ahli jawatankuasa parti.
Muslihatnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memastikan hanya kaum Cina yang berkuasa di dalam parti.
Kaum Cina mungkin tidak kisah dipimpin oleh samseng dan diktator dari kaum mereka, tetapi kaum lain seharusnya sudah membuka mata terhadap nasib yang bakal menimpa mereka jika memberi mandat kepada DAP untuk memerintah.
Fikirkan, apakah kebetulan kejadian tembak dan peningkatan gejala samseng berlaku sejajar dengan peningkatan kuasa DAP di dalam negara? Kenapakah rumah urut, pusat hiburan dan rangkaian-rangkaian perniagaan gelap di Selangor dan Pulau Pinang juga meningkat selari dengan ‘kebangkitan’ DAP?
Sekurang-kurangnya, hari ini, DAP perlu menjawab kepada ROS walaupun mereka berusaha sedaya upaya untuk mengelaknya. Ertinya, masih ada badan yang berkuasa memantau mereka. Tetapi, bayangkan jika DAP mempunyai kuasa mutlak dan ROS juga di berada di bawah cengkaman mereka…
Hari ini, kaum Cina mungkin terus menyokong DAP atas alasan ‘keCinaan’, namun, kita pasti kaum Cina juga lambat laun akan menyedari nikmat hidup di bawah pemerintahan BN berbanding hidup dibawah pemerintah samseng seperti Guan Eng.
Kepada kaum Cina, ingatlah bahawa sesungguhnya DAP tidak pernah teragak-agak untuk ‘menghukum’ ahlinya yang mengkritik kepimpinan. Justeru, apakah jaminan yang DAP tidak akan menghukum rakyat yang mengkritik kepimpinan sekiranya parti itu menjadi kerajaan?
Inikah kehidupan yang kaum Cina mahukan? Iaitu Ketuanan Cina dan ‘Keagongan Diktator Lim’?
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment