Saturday, April 16, 2011

BN Peroleh Majoriti Dua Pertiga Pilihan Raya Sarawak

KUCHING, 16 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti dua pertiga iaitu 48 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak pada pukul 9.45 malam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun mendapat tentangan hebat pada pilihan raya ini, yang pada pukul 9 malam memperoleh majoriti mudah 36 kerusi.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang merupakan Pengerusi BN Sarawak, mempertahankan kerusi Balingian dengan majoriti 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru setelah menewaskan calon Bebas yang juga dua pupu beliau, Datuk Salleh Jafaruddin yang memperoleh 1,056 undi manakala pencabar wanita daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suriati Abdullah pula sekadar meraih 871 undi.

Sumber: BERNAMA

Sungai Tua Baharu: Tahniah BN di atas kemenangan gemilang mempertahankan majoriti 2/3. Kalau dengar cerita dari parti pembangkang merekalah yang akan mengambilalih kerajaan Sarawak namun sebaliknya berlaku. Ini bermakna semua orang boleh bercakap yang sedap-sedap tetapi mereka bodoh memahami hati rakyat Sarawak yang tetap setia dengan Barisan Nasional. Cubalah lagi lain kali ye!

No comments:

Post a Comment