Tuesday, May 31, 2011

Letrik naik lagi tapi tak jejaskan pengguna di bawah 300 kwj sebulan

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus memastikan kenaikan elektrik yang akan datang turut tidak akan membebankan rakyat, sepertimana kenaikan pada masa ini yang tidak melibatkan 75 peratus daripada isi rumah.

Sungai Tua Baharu: Terima kasih keperhatinan Dato' Seri PM di atas apa sahaja kenaikan yang melibatkan kesusahan rakyat. Walaupun takrif elektrik yang naik pada masa ini tidak melibatkan mereka yang menggunakan elektrik kurang daripada 300 kWj sebulan namun kesannya tetap akan dirasai terutama kenaikan harga barangan dan makanan oleh pekedai-pekedai. Kadang-kadang terfikir kenapa dah dekat-dekat sahaja PRU banayak sangat benda-benda yang nak naik. Kerajaan BN mestilah meneliti kenapa perkara begini terjadi? Pelan siapakah di belakang semua ini? Jangan turut sangat kehendak-kehendak pihak tertentu yang mahu BN hilang majoriti lagi di PRU nanti.

Baca lagi di sini

No comments:

Post a Comment