Wednesday, October 17, 2012

Orang Jepun dan Bahasa Inggeris


Bangsa Jepun sememangnya terkenal dengan semangat cintakan bangsa dan negara mereka.  Mereka sangat maju dan perniagaan dan perdagangan mereka menjangkau ke seluruh dunia.

Anak aku yang bekerja dengan sebuah syarikat MNC Jepun ada sedikit cerita untuk aku.  Di dalam rona sedih beliau bercerita:

Ada seorang Jepun telah dihantar ke tempat beliau bekerja sebagai seorang Senior Executif.  Eksekutif ini tidak membuat kerja apa-apa melainkan diwajibkan menjalani proses belajar bahasa Inggeris selama 6 bulan semasa di Malaysia.  Jika lulus barulah beliau boleh terus menyambung tugas di syarikat anak aku ini.  Peraturan ini adalah peraturan yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat syarikat di Jepun.

Beberapa hari lepas ayah, jelas anak aku.  Eksekutif ini tidak lulus ujian bahasa Inggerisnya, walaupun dia boleh bertutur simple English.  Dia telah dapat surat arahan supaya beliau pulang ke Jepun tanpa exuse dan boleh merayu walaupun boss cuba berbuat demikian.  Permohonan tidak dilayan. 

Semasa kami adakan farewell untuk beliau yang nak balek ke Jepun dan beliau dijemput berucap di dalam bahasa Inggeris, beliau mengalirkan air mata kerana tidak lulus dalam ujian bahasa beliau, dan beliau tidak tahu apakah nasib masa hadapan beliau sekembali ke Jepun dan beliau merasa malu yang amat sangat kerana tidak dapat memenuhi kehendak syarikat.

Demikianlah anak aku ceritakan bagaimana orang Jepun yang hendak dihantar ke syarikat mereka di negara lain hendaklah menguasai bahasa Inggeris dan diberi tempoh 6 bulan menguasainya. 

Adakah kita memikirkan kepentingan bahasa Inggeris untuk mengembangkan sayap perdagangan kita dengan negara luar di masa akan datang?  Sedangkan Jepun yang terkenal sikap kentalnya merendahkan maruahnya untuk menguasai bahasa perdangan dan perniagaan dunia iaitu bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment