Friday, February 22, 2013

PENJELASAN TERHADAP SALAH FAHAM DAN TUDUHAN PAS YANG MENGELIRUKAN RAKYAT, UMNO GUNA POLITIK UNTUK AGAMA



 PENJELASAN TERHADAP SALAH FAHAM DAN TUDUHAN PAS YANG MENGELIRUKAN RAKYAT, UMNO GUNA POLITIK UNTUK AGAMA

Kedudukan isu tersebut mengikut pandagan Islam adalah seperti berikut, bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai sistem politik yang tersendiri iaitu sistem "Politik Demokrasi Berparlimen" dan tidak pernah memisahkan agama dari politik.  Di Malaysia, agama terletak di bawah seorang Ketua sahaja iaitu Sultan Negeri-Negeri (bagi Negeri) atau DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (bagi Negara Malaysia).

Menurut Perlembagaan Malaysia, Perkara 3 Pasal 3 bermaksud: "Mana mana negeri yang tiada raja mestilah membuat peruntukan bagi membolehkan DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong menjadi Ketua Agama Dalam Negeri tersebut."  Perkara 32 PasaI 14 (Perlembagaan Malaysia) bermaksud: "Kepala Utama Negara ialah Yang DiPertuan Agong disamping seorang Permaisuri Agongnya." Perkara 39 (Perlembagaan Malaysia) bermaksud: "Kuasa pemerintah Negeri di bawah Raja."

Berdasarkan perlembagaan Malaysia, kuasa pemerintah Negara adalah di bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atau DYMM Raja.  Pemerintahan mengenai agama atau hal hal yang lain terletak di bawah kuasa-kuasa DYMM Raja melalui cara-cara tertentu mengikut Perlembagaan Malaysia dengan tidak mengasingkan, malah kedua dua urusan dijalankan samasahaja (serentak).

Ini bukan bererti DYMM Yang Dipertuan Agong atau sultan-sultan tidak ambiltahu hal ehwal politik dan pentadbiran. Oleh sebab itu setiap permulaan persidangan Parlimen DYMM Yang Dipertuan Agong kena rasmi dahulu baru sah perjalan persidangan. Demikian dengan Dewan Undangan Negeri, Sultan kena rasmi dahulu. Juga pelantikan Perdana Menteri dan ahli kabinet kena mendapat "perkenan" (restu) DYMM Yang Dipertuan Agong. Begitu juga dengan pelantikan Menteri Besar kena mendapat restu Sultan. Ini menunjukkan DYMM Yang Dipertuan Agong dan Sultan-sultan di negeri-negeri berkuasa langsung dalam urusan politik dan pentadbiran dalam negara dan juga negeri-negeri.

Dalam Perlembagaan Negeri-negeri, selain kuasa melantik Menteri Besar di tangan Sultan. Menteri Besar pula hendaklah beragama bangsa Melayu dan Islam.

Dipetik dari Buku:   PAS BUKAN PARTI ISLAM
Oleh:  Sheikh Abu Muhammad  Iqamuddin



No comments:

Post a Comment