Wednesday, August 7, 2013

Sempena AidilFitri (Kembali Ke Fitrah), Semoga ISA dan EO Dikembalikan.

Aidil Fitri = kembali kepada fitrah.

MyMassa harap sempena AidilFitri kali ini, undang-undang yang sama seperti ISA dan EO juga dikembalikan. Mungkin cadangan ini akan menimbulkan rasa marah di kalangan 'pejuang hak asasi' di luar sana. Bagi mereka, akta yang menahan seseorang tanpa bicara dalah di luar batas kemanusian. Bagi mereka juga, penjenayah mempunyai hak untuk dibicarakan.

Itu fitrah bagi 'pejuang hak asasi'. Mereka kononnya memperjuangkan hak asasi semua manusia termasuk penjenayah. Tapi bagaimana pula dengan FITRAH PENJENAYAH? Fitrah penjenayah pula adalah melanggar apa sahaja undang-undang yang ada. Dalam kes jenayah berat pula, FITRAH PENJENAYAH BERAT akan menutup apa sahaja bukti-bukti yang membolehkan mereka tertangkap. Jika mereka tertangkap, ada pula peguam-peguam hebat yang boleh diupah untuk membebaskan mereka. Amat sukar sekali untuk sabitkan dan menghukum mereka.

Itu baru fitrah pejuang hak asasi dan fitrah penjenayah. Bagaimana pula dengan fitrah Kerajaan? Sudah tentu fitrah Kerajaan adalah untuk memastikan keselamatan rakyatnya terjamin. Selamatkah sebuah negara apabila penjenayah-penjenayah berat (bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat )telah dibebaskan? Selamatkah bila penjenayah ini kes pembunuhan terbuka semakin meningkat apabila EO dimansuhkan?

Sebab itulah MyMassa sokong dengan kenyataan YB Menteri Dalam Negeri supaya akta baru yang menggantikan ISA dan EO perlu mempunyai unsur yang sama seperti akta tersebut sekali pun tiada penangkapan pencegahan.

Tidak perlu dilayan sangat dengan desakan pejuang hak asasi kerana mereka semua berkiblatkan barat. Bagi mereka, Malaysia perlu setaraf Amerika. Tetapi apa yang mereka sorokkan, Amerika juga mempunyai akta yang sama (tahan tanpa bicara) di bawah pentadbiran Obama.

Sumber:  Mymassa

No comments:

Post a Comment