SHAH ALAM 31 Mei - Bonda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pagi ini kerana sakit tua.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini memberitahu, bonda baginda, Almarhumah Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat di hospital berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.
Jenazah bonda Sultan Selangor telah dibawa ke Istana Alam Shah, Klang kira-kira pukul 12 tengah hari ini untuk penghormatan terakhir dan dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.
Tambah Mohamad Munir, Sultan Selangor turut menitahkan supaya bendera negeri dikibarkan separuh tiang pada hari ini sahaja.
Jelasnya lagi, tempoh berkabung bagi waris-waris, Orang Besar Istana dan Kerabat-kerabat Diraja Selangor adalah selama tujuh hari.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat menziarahi jenazah Almarhumah Raja Saidatul Ihsan.
Hadir sama Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid. - Utusan
Tuesday, May 31, 2011
Letrik naik lagi tapi tak jejaskan pengguna di bawah 300 kwj sebulan
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus memastikan kenaikan elektrik yang akan datang turut tidak akan membebankan rakyat, sepertimana kenaikan pada masa ini yang tidak melibatkan 75 peratus daripada isi rumah.
Sungai Tua Baharu: Terima kasih keperhatinan Dato' Seri PM di atas apa sahaja kenaikan yang melibatkan kesusahan rakyat. Walaupun takrif elektrik yang naik pada masa ini tidak melibatkan mereka yang menggunakan elektrik kurang daripada 300 kWj sebulan namun kesannya tetap akan dirasai terutama kenaikan harga barangan dan makanan oleh pekedai-pekedai. Kadang-kadang terfikir kenapa dah dekat-dekat sahaja PRU banayak sangat benda-benda yang nak naik. Kerajaan BN mestilah meneliti kenapa perkara begini terjadi? Pelan siapakah di belakang semua ini? Jangan turut sangat kehendak-kehendak pihak tertentu yang mahu BN hilang majoriti lagi di PRU nanti.
Baca lagi di sini

Wednesday, May 25, 2011
Ada yang nak hakiskan golongan ulama di dalam PAS
Depa dah tak mau lagi pakai sarban pakai jubah. Betul kah ini?
Betulkah itu yang ada ahli mahu dalam Pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini.
Depa nakkan perubahan tetapi bukan kukuhkan Pas tetapi nak pastikan barisan kepimpinan yang dipilih nanti dikuasai oleh mereka yang turut bersimpati dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baca seterusnya di sini
Sungai Tua Baharu: Kemana kah hala PAS nanti. Kembalilah ke perjuangan yang asal mu!

Monday, May 23, 2011
Keluarga Mangsa Tanah Runtuh Dapat Ciput!
Teoh Beng Hock RM300 Ribu
Kugan RM30 Ribu
Mangsa Tanah Runtuh RM1 ribu
Jika betul apa yang ditulis di sini
Sungai Tua Baharu: Lu pikir la sendiri! Itulah sulitnya jika sudah dimulakan bantuan berpilih-pilih, orang separti lain kasihnya anak yatim lain kasihnya!

Saturday, May 21, 2011
24 Orang Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini Sabtu.
Setakat 8 malam, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.
Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.
-- BERNAMA
Sungai Tua Baharu: Ya lah bak kata orang malang tidak berbau, jika telah dijangka sudah tentu kehilangan nyawa sudah pasti dapat dielakkan. Musim hujan sekarang apa sahaja boleh berlaku terutama kejadian tanah runtuh. Mana-mana mereka yang tinggal di lereng-lereng bukut yang tinggi atau di atas bukit eloklah berhati-hati.
Sunday, May 8, 2011
UMNO mampu satukan Melayu Muslim di Malaysia! – Tun M
Menurut Tun M, sebelum merdeka, negeri-negeri Melayu belum lagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan berpecah. British telah mengambil kesempatan ini untuk mengamalkan sistem “pecah dan perintah” di mana mereka telah menubuhkan Malayan Union yang bakal ditadbir oleh Kerajaan British.
Gagasan itu telah ditentang oleh beberapa tokoh Melayu dari seluruh Malaysia. Ketika itu tokoh-tokoh berkenaan tidaklah kaya dan terlalu tinggi pelajarannya hingga ke peringkat PHD. Namun, atas kesedaran diri, sayangkan Islam, Bangsa dan Tanahair (Alif Ba Ta), maka Melayu berjaya disatukan dan berjuang bersama menentang Malayan Union.
Baca seterusnya di sini
Sungai Tua Baharu: Sudah lebih 50 tahun UMNO berjaya perjuangkan orang Melayu walaupun diganggu gugat oleh pembangkang. Tetapi sekarang ini sungguh berlainan sekali pemimpin UMNO sendiri yang merosakkan UMNO kerana kekayaan. Oleh itu kudis UMNO mesti diubat dahulu sebelum parti keramat UMNO hancur lebur dan orang Melayu menumpang di negeri sendiri. Siapa lagi yang nak jaga Melayu, nak harapkan pembangkang Melayu mereka pun menjadi tunggangan bukan Melayu.

Friday, May 6, 2011
225 ahli PAS tinggalkan parti
Alhamdulillah, seramai 225 ahli PAS dalam DUN Kubang Rotan telah meninggalkan parti PAS setelah hilang keyakinan kepada pucuk kepimpinan PAS Dun Kubang Rotan & PAS Negeri Kedah.
Baca seterusnya di sini
Sungai Tua Baharu: Mereka bakal dicap bukan Islam la nanti... kesihan mereka.
Baca seterusnya di sini
Sungai Tua Baharu: Mereka bakal dicap bukan Islam la nanti... kesihan mereka.
Malaysia Negara Yang Amat Berinovasi, Kata Tun Mahathir
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia adalah antara negara yang melaksanakan banyak inovasi bukan sahaja dalam politik malah dalam bidang saintifik, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Malaysia melakukan kaedah berbeza dengan negara lain, dan antara perkara yang ketara ialah semasa menangani krisis kewangan.
"Kami mengambil keputusan sekiranya mengikut dasar Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), hasilnya kami mungkin muflis. Ini adalah cara inovasi kami dalam menangani krisis kewangan," katanya semasa berucap pada majlis makan malam gala nobel Sweden Malaysia di sini.
Katanya, menerusi inovasi tersebut, negara boleh mencapai pembangunan serta membawa kebaikan dan manfaat kepada rakyatnya.
"Bagaimanapun, apabila kita memutuskan untuk membina Putrajaya, sudah tentu rakyat membidas orang yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.
"Bayangkan jika kita tidak membina Putrajaya, masa perjalanan dari satu pejabat ke pejabat lain di Kuala Lumpur mungkin mengambil masa dua jam.
"Tetapi di Putrajaya, semua pejabat adalah bersebelahan sahaja," katanya.
Dr Mahathir berkata inovasi dalam teknologi juga membantu negara memupuk hubungan dengan negara lain.
Beliau yakin Malaysia mampu mewujudkan banyak industri pembuatan pada masa depan dan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan kedudukan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Sungai Tua Baharu: Malaysia amat beruntung mendapat Perdana Menteri yang memandang jauh ke hadapan untuk majukan negara dan rakyatnya. Contohnya Indonesia sehingga ke hari ini belum dapat memutuskan bagaimana mahu membina pusat pentadbiran mereka seperti Putrajaya. Sememangnya cendikiawan Indonesia memuji dan akur peri pentingnya pusat seperti Putrajaya. Tetapi pembangkang di Malaysia tetap mengatakan pembaziran. Apa nak jadilah pembangkang di Malaysia apa juga yang dibuat oleh kerajaan semuanya katanya pembaziran.

Subscribe to:
Posts (Atom)