Artikel ini agak panjang, harap
rakan-rakan pembaca dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya perlahan-lahan
sehingga habis tanpa meninggalkan satu perenggan pun yang bertulisan biru kerana
perkara ini amat penting untuk rakan seperjuangan ketahui dan sebarkan.
Perkara ini sudah lama saya tunggu-tunggu, sebelum ini saya
ada mendengar cerita dari beberapa orang tentang sebab sebenar Pas ditendang
keluar dari BN kerana Pas mengkhianati BN.
Antaranya ialah kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa
dalam BN untuk menguatkan kedudukan Pas, bukannya kedudukan BN. Pas lebih
penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.
Saya difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas
masuk BN , mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka
cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.
Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari
Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh janji, mereka guna
kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan Pas di Felda termasuk membuka
beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.
Itu sahaja yang saya tahu sebelum ini, saya cuba mencari
info berkenaan dengan perkara ini tetapi saya tidak jumpa orang yang tahu
perkara sebenar.
Berbeza dengan apa yang di momok - momokkan oleh Nik Aziz
dan juak-juak Pas sebelum ini, kononnya Pas dikhinati oleh BN dengan menendang
keluar dari komponen BN pada tahun 70an dan mereka serik lagi untuk bekerjasama
dengan Umno. Cerita tersebut tidak benar sama sekali.
Tapi sayang seribu kali sayang, disini kita boleh lihat
kelemahan BN untuk menjawab dan menerangkan balik perkara sebenar kepada
rakyat. Mereka biarkan cerita bohong yang disebarkan oleh Pas bermaharajalela.
Sudah lama saya menunggu perkara ini, tetapi tidak berjumpa dengan orang yang
tahu perkara sebenar untuk menceritakannya.
Alhamdulillah, sebaik sahaja saya masuk ke bilik dan buka
komputer sekembalinya dari membuat liputan di beberapa buah pulau dalam
Parlimen Batu Sapi sebentar tadi, saya terbaca satu berita di Bernama.Com
tentang perkara tersebut.
Seorang veteran Umno, Datuk Rozali Isohak telah menjelaskan
perkara sebenar. Tetapi berita mengenai perkara tersebut tidak panjang di
Bernama.Com.
Saya cuba membuat semakan di Google, Alhamdulilah, sekali lagi
rezeki datang. Kali ini lebih terperinci datang dari blog Pemuda Umno Jasin
iaitu ucapan penuh Arwah Tun Hussin pada tahun 1977 tentang penyingkiran Pas
dari BN.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Pemuda Umno
Jasin dan Datuk Rozali Isohak.
Pas adalah punca sebenar perpecahan umat Islam di bumi Tanah
Melayu. Pemimpin-pemimpin Pas adalah ejen-ejen iblis di muka bumi ini yang
ditugaskan untuk memecah belah umat Islam.
Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977
(dipetik dari blog Pemuda Umno Jasin)
"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada
tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan
dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat
penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia
amnya.
Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan
pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada
UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang
telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh
itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita
beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh
Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah
terkorban dalam kemalangan itu.
Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini,
marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas
perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada
petang ini.
Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan
kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh
Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap
ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan
Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti
politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.
Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan
politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan
kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat
menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan
persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan
kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.
Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian
dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan
perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai
kejayaan.
Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana
tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya
masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin
bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali
ialah mematuhi disiplin parti.
Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi
menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan
daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak
dipraktikkan.
Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari
semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat
dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang
dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta
memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat
diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.
Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan
Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan
pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah
merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.
Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di
Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum
dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir
akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita
hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang
berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan
soal pokok.
Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah
dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak
ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan
Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti
dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut
sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal
dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri
langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir
sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak
pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO
menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah
diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan
pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.
UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk
pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu
bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab
atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir
dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil
oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih
lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu
dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa
yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa,
kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah
juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal
segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.
Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas
keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang
tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu
undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah
pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa
menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah
Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.
Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak
mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan
ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan
dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan
kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat
Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan
masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik
sahaja keadaan mengizinkan.
Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana
pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah
kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya
kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.
Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan
memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh.
Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di
Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri
itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang
Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah
sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil
rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di
Kelantan itu.
Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan
undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar
dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan
dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang
ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.
Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh
sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa
pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS
bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga
memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi
yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.
Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota
Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan
datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin
parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu
bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama
ini.
Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia
dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan
perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti
politik.
Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini
ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan
menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak
patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.
Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan
tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan.
Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi
nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan
sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak
sewajarnya mengikut keadaan.
Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi
mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan
segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas
sifat saya sebagai Perdana Menteri.
Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan
kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita.
Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak
faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal
keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.
Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri
Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula
bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS
menganggotainya.
Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana
menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada
Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri
Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang
kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan
jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.
Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang
sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu,
tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan
mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang
terdiri draipada ahli-ahli UMNO.
Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah.
Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah
tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan
ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.
Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS
dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan
kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai
hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan
PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?
Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk
pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan
PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh
tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang
pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat.
Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?
Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah
ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat
hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan
PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS
akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi
kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru
dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian
semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama
UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya
lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau
Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun
1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan
Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang
merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.
Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk
pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini
telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun
berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO
juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan
rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara
perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika
ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi
keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama
sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.
Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini
tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan
berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan
sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.
Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya
telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada
Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara
majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar
disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal
tersebut bagi memecat PAS.
Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS
tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti
dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup
berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan
keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan
dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.
Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya
parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip
mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara
atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan
memecat mereka itu daripada parti masing-masing.
Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan
disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan
musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang
berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan
merugikan parti dan rakyat.
Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional,
sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan
suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan
PAS.
Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi,
saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis
tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali
tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang
menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu
amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan
bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.
Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk
pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin
dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini
berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional,
Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian,
jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang
dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu,
UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional
supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.
Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada
ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan
Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas
Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang
ini.
Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua
bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh
Majlis Tertinggi UMNO itu.
UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya.
Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi
kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita
itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.
Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus
menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih
bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan
Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk
dan keredhaan Allah.
Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada
Allah."
FAKTA TAMBAHAN.
Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.
AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca
dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan
bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri
Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.
Yang tidak diceritakan oleh PAS:
1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan
menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya
pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS
(ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan
masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.
2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk
menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji
Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah
tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun
1973.
3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan
(ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana
selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13
kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.
4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden
PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan
masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan
tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg
tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.
5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul
hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir.
Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu
sendiri.
6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh
Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya
beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang
dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua
Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan
perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.
FAKTA TAMBAHAN 11.
.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada
undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg
dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn
alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal
rumah tangga PAS.
8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa
dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong
Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda,
mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri
Kelantan.
9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam
ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau
harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang
dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan
mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.
10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang
undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus
oleh Kerajaan Pusat.
11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2
PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan
oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan
menteri PAS sendiri.
12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri
menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku
Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu
lantang menetang gabungan PAS-BN.
13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku
Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau
dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg
menyokong rang undang-undang Darurat.
14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan
PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak
dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan
kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.
15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam
BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa
membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.
16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS
yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan
Hamim.
17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan
satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.
18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong
yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika
itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan
sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.
Kerana mulutnya suka berbohong sebab itulah yang menyebabkan
mulut dia berdarah ketika dia sedang tidur. Klik sini
Setelah membaca ucapan penuh Tun Hussin, bulu roma saya jadi
tegak, darah jadi berderau. Geramnya aku pada Pas tidak boleh nak dikatakan
lagi. Ayuh rakan-rakan ku sekalian, kita harus bangkit menentang Pas
habis-habisan. Perkara ini wajib dilakukan, kita harus menentang Pas
sebagaimana kita menentang iblis dan syaitan. Kerana Pas lah punca kepada
segala perpecahan di muka bumi ini. Pas jugalah yang menyebabkan fitnah
berleluasa di negara ini.
Pas harus ditentang habis-habisan. Mulai hari ini saya sudah
istihar tidak lagi menyokong sebarang kerjasama antara Pas dan Umno.Nyah Pas
dari bumi ini.