Thursday, November 29, 2012
Election Experiments Are Dangerous
UMNO's Presidential Speech has just recently finished, followed by cheers from members who pledged to defend Putrajaya, as well as religion and the country. Few of the important points which Malaysians need to take note would be the President's reminder where elections are not experiments.
It is very ironic when we had to link between election and the sovereignty of our nation, racial survival and ethics. But, those are the reality in Malaysia when we have the opposition who would do just about anything where they would even sacrifice religion, race and the country for power.
Only Malaysian opposition urge rakyat to experiment with the leadership when asked about their mission or ruling system which they would implement.
They even admitted that their coalition holds onto the principal of 'win first, think later' each time this question is raised.
And it gets even more ironic as only in Malaysia, certain group of rakyat are willing to gamble with their future in the hands of leaders who do not even think of how they would lead the country.
Thus, I would like to stress on the reminder given by the President regarding the importance of an election because if the matter is not understood well, then the whole speech would not mean anything.
We need to remember that we have an opposition who would even 'offer' this country to colonialists, they would sabotage their own country's economy and burden all rakyat just so that rakyat would be angry and rebel towards the government.
Before anyone accept the opposition's suggestion in experimenting and see how it goes with a different government, we need to first study the probabilities which could happen from this experiment.
What is certain, the outcome is expected to be 'unique; and 'chronic'.
We might get a 'unique' outcome because we have an opposition who would change everything about Malaysia, getting rid of our Royal instituting and turning this country to a Secular nation. We have an opposition who want to bring us backwards where there would be no rules and people can do anything as they please. We also have an opposition who want to bring us to a dark era where extreme is good, and it denies rakyat's rights to choose how they live, even probably clothing as well.
Every rational rakyat should realize that everything which is dreamed by the opposition are unsuitable, even dangerous to this country, society as well as our respective religions.
The thing which makes it chronic would be when we could not tell which of the opposition's objective will be implemented if they are to win the coming election.
Experimenting with different elements are enough to make it hazardous, especially if we are to mix with elements which do not get along well. It is not impossible that it would lead us to a huge explosion that could destroy everything which we have built all these years.
That is why, do remember what the President said, our family is too valuable to be destroyed with some election experiment.
Source: Beruang Biru
It is very ironic when we had to link between election and the sovereignty of our nation, racial survival and ethics. But, those are the reality in Malaysia when we have the opposition who would do just about anything where they would even sacrifice religion, race and the country for power.
Only Malaysian opposition urge rakyat to experiment with the leadership when asked about their mission or ruling system which they would implement.
They even admitted that their coalition holds onto the principal of 'win first, think later' each time this question is raised.
And it gets even more ironic as only in Malaysia, certain group of rakyat are willing to gamble with their future in the hands of leaders who do not even think of how they would lead the country.
Thus, I would like to stress on the reminder given by the President regarding the importance of an election because if the matter is not understood well, then the whole speech would not mean anything.
We need to remember that we have an opposition who would even 'offer' this country to colonialists, they would sabotage their own country's economy and burden all rakyat just so that rakyat would be angry and rebel towards the government.
Before anyone accept the opposition's suggestion in experimenting and see how it goes with a different government, we need to first study the probabilities which could happen from this experiment.
What is certain, the outcome is expected to be 'unique; and 'chronic'.
We might get a 'unique' outcome because we have an opposition who would change everything about Malaysia, getting rid of our Royal instituting and turning this country to a Secular nation. We have an opposition who want to bring us backwards where there would be no rules and people can do anything as they please. We also have an opposition who want to bring us to a dark era where extreme is good, and it denies rakyat's rights to choose how they live, even probably clothing as well.
Every rational rakyat should realize that everything which is dreamed by the opposition are unsuitable, even dangerous to this country, society as well as our respective religions.
The thing which makes it chronic would be when we could not tell which of the opposition's objective will be implemented if they are to win the coming election.
Experimenting with different elements are enough to make it hazardous, especially if we are to mix with elements which do not get along well. It is not impossible that it would lead us to a huge explosion that could destroy everything which we have built all these years.
That is why, do remember what the President said, our family is too valuable to be destroyed with some election experiment.
Source: Beruang Biru
Ucapan Presiden UMNO PAU 2012
Alhamdulillah dibalut rasa tawaduk
dan rasa rendah diri, sekali lagi kita berhimpun untuk menunaikan tanggungjawab
lazim sebagai sebuah organisasi bagi mengadakan mesyuarat agong tahunan parti
tercinta yakni Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO.
2.
Sesungguhnya perhimpunan sebegini bukanlah semata-mata acara ritual dalam
memenuhi tuntutan taqwim organisasi. Sebaliknya, ia satu iltizam terbaik
melaksanakan proses muhasabah dan islah demi memperbetulkan kelemahan,
memperkejab jentera parti, membugarkan halatuju pertubuhan, seterusnya
mempastikan kelangsungan jemaah.
Saudara
dan saudari,
3. Seperti
semua maklum, ini merupakan perhimpunan agong terakhir sebelum Pilihanraya Umum
yang ke-13. Jadinya, Dewan Rakyat, menurut Perlembagaan, kalau pun tidak dibubar
oleh yang di-Pertuan Agong berdasarkan nasihat Perdana Menteri, ia akan terusai
juga dengan sendirinya, tanggal 28 April 2013.
4. Oleh
itu, setiap seorang daripada kita, tidak kira saudara dan saudari yang berada
di bawah, tuan-tuan dan puan-puan yang memenuhi ruang di atas, apatah lagi para
pimpinan di sini, dan pastinya, sekian ramai ahli UMNO di mana sahaja, hatta
yang tidak bernama, walau yang tidak berjawatan, waima yang tidak berkedudukan,
sekalipun yang tidak pernah menjejakkan kaki ke dewan bertuah ini, saya percaya
semuanya sedang berasakan betapa kencang tiupan ke medan juang.
Saudara
dan saudari,
5. Jelas
sekali terasa, parti kita telah semakin pulih semangatnya. Kita yakin bahawa,
jentera parti pula, daripada peringkat cawangan, bahagian, perhubungan
sehinggalah ke peringkat Kebangsaan telah pun bersedia untuk menghadapi
pilihanraya umum yang bakal diadakan.
6. Kini,
semboyan sedang berkumandang, genderang makin bergema. Masanya sampai, menyusun
langkah, tempohnya matang, memperkemas pasukan, detiknya tiba, mempasak
kuda-kuda. Dengan mendokong peranan masing-masing, ayuhlah, kita kembali kepada
rakyat, demi memperbaharu mandat.
7.
Serentak itu, saudara dan saudari, marilah kita mengangkat sebanyak-banyak doa,
bahawa dengan izin Allah jua, apabila kita bertemu pada tahun hadapan di Dewan
Merdeka ini, InsyaAllah, kita akan berhimpun semula dengan sokongan kukuh
sebagai parti pemerintah, untuk mengurus kepentingan negara, memakmur ekonomi
dan mensejahtera rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang.
8. Malah,
lebih jauh dari itu, moga-moga dengan izin yang Maha Berkuasa juga, kita kekal
menjadi parti pemerintah yang akan menjulang darjat Malaysia, sebagai negara
maju apabila menyinsingnya fajar 2020 kelak.
Saudara
dan saudari,
9. Namun
begitu, dalam pada kita sedang memupuk semangat juang yang marak dan membara
ini, janganlah alpa pada kisah-kisah lalu. Beringatlah, Pilihanraya Umum ke 12
pada Mac 2008 merupakan pengalaman yang sungguh pahit, sungguh kelat, dalam
episod politik UMNO dan Barisan Nasional.
10.
Sehubungan itu pada hemah saya, ombak serta rintangan yang membadai, selama
bertahun-tahun ini, sewajarnya, telah benar-benar menghimpunkan bibit-bibit
kesedaran di sanubari semua.
11.
Seharusnya lagi, bagi sebuah parti politik yang menunjang Kerajaan Persekutuan
lebih separuh abad lalu, episod hitam itu, sepatutnya memahatkan iktibar kepada
kita semua. Malah ia merupakan isyarat jelas rakyat Malaysia kepada UMNO dan
rakan-rakan dalam Barisan Nasional untuk berubah, sesuai dengan selera,
aspirasi dan jangkaan rakyat.
12. Apa
yang pasti, kita tidak boleh banyak berbicara dan bertangguh-tangguh lagi. Kita
perlu memperhebatkan tindakan dan menggandakan usaha. Hanya sanya, melalui cara
itu sajalah parti UMNO akan terus diperhati, sentiasa diperhitung dan selamanya
dipeduli oleh rakyat.
13.
Justeru, dalam tempoh kurang empat tahun semenjak saya dan rakan-rakan
diamanahkan kepimpinan parti dan kerajaan, kita telah tidak jemu-jemu bekerja
keras untuk memenuhi kehendak dan keperluan ramai.
14.
Sekalipun dihadap dengan pelbagai kesulitan dan cabaran, kita cekal berusaha
untuk memulihkan kepercayaan, memulihkan keyakinan serta memulihkan sokongan
rakyat kepada parti dan Kerajaan.
15.
Sesungguhnya juga, apa yang diupayakan beberapa waktu ini, mana mungkin dilakukan
secara enteng atau semena-mena, sebaliknya ia telah melalui proses rundingan
dan mendengar secara meluas. Bersesuaian prinsip bahawa, era Kerajaan
mengetahui segalanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah
berakhir.
16.
Lantas, menghitung perjalanan kepimpinan ini, kita sebenarnya telah menempa
keberhasilan yang sungguh membanggakan. Antaranya, kita berjaya melindungi
Malaysia daripada krisis ekonomi global, meletakkannya kembali ke landasan
pertumbuhan mapan serta mengeluarkan kita dari perangkap negara berpendapatan
sederhana. Di samping itu, kita memetakan pula secara teliti dan terperinci
perjalanan Malaysia ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.
REALITI
BARU LANSKAP POLITIK NEGARA
Saudara
dan Saudari,
17.
Sekiranya kemenangan kita impikan, seandainya kelangsungan kita dambakan,
sebagai sebuah pertubuhan siasah, sebelum terus mengatur gerak, sejenak perlu
menoleh ke belakang, supaya dapat mengetahui letak duduk sebenarnya keadaan
parti kita. Adakah lebih baik dari semalam? Cukupkah pula persediaan untuk
menghadapi hari-hari mendatang?
18.
Pastinya, dalam meniti garis-garis besar perjuangan, langkah-langkah konkrit ke
hadapan mestilah penuh berhemah dan berhikmah, ikhlas mendahulukan kepentingan
rakyat, bukan dengan helah, menabur janji-janji kosong, tipu daya atau
fatamorgana. Barulah segala ikhtiar mendapat rahmat dan keberkatan Ilahi.
Saudara
dan saudari,
19.
Berdiri atas kesedaran dan semangat itu, mari kita tinjau hakikat demografik
Malaysia yang telah berubah secara radikal. Majoriti daripada 29 juta penduduk
hari ini dilahirkan pasca Hari Malaysia dengan hampir tujuh puluh peratus
tinggal di kawasan bandar. Empat puluh peratus pada lingkungan 17 hingga 23
tahun, sedang mengikuti pelbagai peringkat pendidikan pasca menengah.
20. Lapan
puluh peratus pula, merupakan mereka yang berumur kurang empat puluh lima tahun
manakala separuh daripada rakyat kita berusia di bawah dua puluh lima.
21. Satu
faktor penting lagi, transformasi pengundi khasnya dan rakyat Malaysia amnya tidak
berlaku dalam tempoh sehari dua, tetapi telah berlangsung secara berdikit
semenjak lebih lima dekad. Ia digerakkan oleh kejayaan dasar-dasar serta
program hasil prakarsa Kerajaan Perikatan dan kemudiannya diteruskan oleh
Kerajaan Barisan Nasional.
22. Hakikatnya,
peningkatan taraf hidup, proses pembandaran, akses kepada pendidikan, kemajuan
teknologi maklumat, komunikasi serta pengangkutan telah merubah keutamaan,
selera, sistem nilai dan profil pengundi Malaysia. Citarasa dan jangkaan mereka
terutamanya golongan muda telah bertukar dengan mendadak. Tambahan pula,
rata-rata pengundi kini sifatnya lebih bermaklumat serta kritikal.
23. Selain
itu, fakta yang sedia ada menunjukkan sejak Mac 2008 terdapat 2.9 juta pengundi
baru tidak kira golongan umur telah mendaftar sebagai pemilih.
24. Angka
ini, saudara dan saudari, sangat signifikan kerana ia mewakili lebih satu
perlima daripada jumlah pengundi Malaysia yakni 13.1 juta orang. Ini bermakna,
setiap seorang daripada lima pengundi bagi Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, ialah
pengundi baru atau pengundi yang pertama kali.
CABARAN
UMNO
Saudara
dan saudari,
25.
Sepanjang berdepan mehnah dan cabaran politik semasa, UMNO dan Barisan Nasional
tidak lagi boleh berasa lepas lega dan mengambil mudah dengan mengharapkan
sokongan rakyat berasaskan nostalgia jasa-jasa dahulu atau apa yang telah
dibuat parti serta kerajaan pada hari-hari kelmarin.
26. Mendakap
cabaran kini, Pilihanraya Umum ke-13 menghadapkan kita dengan satu pilihan,
iaitu sama ada kita sebagai individu dan secara kolektif mahukan kemenangan
untuk parti atau sebaliknya.
27.
Serentak itu, bercakap tentang sistem demokrasi berparlimen seperti di
Malaysia, Kerajaan dibentuk oleh parti atau gabungan parti politik yang
memenangi majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat. Ertinya, kemenangan majoriti
daripada 222 kerusi yang dipertandingkan adalah penentu kesinambungan kerajaan
Barisan Nasional.
28. Walau
bagaimanapun, kemenangan dalam pilihanraya sebenarnya bergantung kepada banyak
faktor seperti pengundi setempat, kecekapan jentera di setiap bahagian serta
calon yang dipertandingkan. Selain itu, realiti semasa menyaksikan bahawa
sokongan rakyat kepada kepimpinan nasional dan negeri tidak semestinya
diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon tempatan parti.
29. Kata
orang, dulu lain, sekarang dah lain. Jika dahulu, siapa pun yang diketengahkan
oleh parti, merupakan calon boleh menang. Hakikatnya tidak lagi begitu.
Maknanya di sini, kejayaan calon dalam pilihanraya kontemporari ini bergantung
kepada penerimaan mereka yang hendak diwakili.
30. Calon
boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah,
yakni, bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah, hendaklah
juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi, lebih daripada itu,
boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat
madani, kerana merekalah sebetulnya para pengundi.
31. Kenyataannya
lagi, lebih 95 peratus rakyat Malaysia dilahirkan pasca penubuhan UMNO. Oleh
sebab itu, penilaian yang dibuat pengundi generasi baru hari ini bukan
didasarkan kepada pengalaman masa lalu apatah lagi apa yang telah dilakukan
semalam sebaliknya ia berasaskan merit hari ini berserta wawasan masa depan.
32.
Kesimpulannya di sini, kemenangan dalam perjuangan pada analisa akhirnya adalah
hasil usaha bersama-sama semua rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan
ideologi, muda dan tua, lelaki dan wanita, warga bandar dan warga desa, pekerja
kolar biru dan putih, sektor awam, swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan,
pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat seramai. Ringkasnya, setiap dari
kita berperanan dan bertanggungjawab memilih yang terbaik untuk Malaysia.
33. Atas
segalanya, rakyat hari ini sudah bijak untuk membezakan yang mana kaca yang
mana manikam. Pengundi pula dapat menilai bahawa empati kepada rakyat oleh
calon bersifat sejati dan berterusan bukanlah hanya untuk musim pilihanraya.
34. Dalam
konteks ini, saya ingin menyeru, jadilah pemimpin parti yang rajin mengkhidmati
rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri. Bak kata orang tua-tua, ular yang
menyusur akar, pasti tidak akan hilang bisanya.
Saudara
dan saudari sekalian,
35.
Bersuluhkan jamung pejuangan mulia yang cerah menyala, kita mesti cekal bekerja
keras, kita mesti terus tabah meyakinkan rakyat bahawa, kitalah pilihan
kepimpinan yang utama, bahawa kitalah yang mampu membawa masa depan yang lebih
baik kepada mereka dan anak-anak cucu mereka.
36. Apa
yang dapat saya katakan, berikhlaslah dalam memberi khidmat kepada rakyat.
Berpeganglah kepada kata-kata para ulama dan pujangga, bahawa yang baik akan
akhirnya tertampak, yang buruk itu, hujungnya kelak, pasti terpandang jua.
Saudara
dan saudari,
37. Pada
kesempatan ini, renungkanlah sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai iktibar
parti. Kita telah membaca bagaimana dalam perang Badar, tentera Islam yang
serba kekurangan telah berjaya menewaskan musuh yang jauh lebih besar bilangan
serta lebih lengkap peralatannya.
38.
Manakala peristiwa Uhud, walaupun kekuatan tentera Islam dan musuh lebih
setara, tentera Islam mengalami kekalahan. Diriwayatkan, ketewasan semasa Uhud
berpunca daripada kelemahan rantaian kawalan dan pemerintahan pasukan serta
kelalaian mentaati arahan oleh para pemanah berbanding ketika pertempuran
Badar.
39. Di
sini, pengajaran yang dapat kita ambil daripada sepotong rentetan sirah
tersebut, ialah, tentang pentingnya disiplin organisasi dalam sesebuah parti.
Implikasi apabila tiada kepatuhan dalam perjuangan berjemaah, kita akan menempa
kegagalan, kita akan kecundang, kita akan tumpas dan tewas.
Saudara
dan saudari,
40. Hal
disiplin berorganisasi ini perlu dimengertikan baik-baik. Ia merupakan faktor
tonggak yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pertubuhan untuk
mencapai matlamat yang diingini. Dalam bidang ketenteraan, ia mampu menentukan
kemenangan atau kekalahan di medan perang.
41. Dalam
sebuah pertubuhan siasah pula, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen,
disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang
atau kalah dalam pilihanraya. Inti patinya, disiplin berorganisasi bermaksud
meletakkan kepentingan organisasi secara di atas…, di atas kepentingan
individu.
42. Lalu, mengambil
sempena Ayat 83, Surah An-Nisa’, kedisiplinan berjemaah menuntut kita berlapang
dada dan bersedia menerima keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti, dan,
jika tidak dipersetujui, hendaklah menggunakan saluran organisasi yang
sewajarnya bagi menyampaikan pendapat tersebut.
43.
Termustahak, jika keputusan muktamad telah dibuat, terimalah dengan hati
terbuka dan laksanakanlah dengan sebaik mungkin. Benarlah seperti dimadahkan
pemimpin-pemimpin besar dahulu kala, satu petua yang memang kecil, namun sangat
sulit hendak diamalkan, itulah dia taat dan patuh kepada arahan.
KEBERTERUSAN
TRANSFORMATIF
YBhg. Tan
Sri Pengerusi Tetap, Saudara dan saudari,
44. Pada sisi lain,
pendapat dan teori politik konvensional yang mengatakan bahawa perubahan dan
pembaharuan akan hanya berjaya jika kita menukar kerajaan tidak boleh diterima
pakai di Malaysia.
45.
Semenjak lebih 50 tahun yang lalu, Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan
Nasional secara tali menali, menerajui negara tercinta ini dengan membawa
perubahan dan pembaharuan bukan pada kadar berdikit malah dengan lonjakan
berganda dengan Keberterusan Transformatif.
46. Kita
telah menyaksikan bagaimana Malaysia telah berubah dari sebuah negara yang
terjajah kepada sebuah negara merdeka, daripada sebuah negara berstatus negara
pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden
berpendapatan sederhana tinggi.
47. Oleh
itu, dengan Keberterusan Transformatif, rakyat boleh melihat sekalipun
kepimpinan ini datang dari parti yang sama, namun perubahan dan pembaharuan
berlaku secara dinamik, berterusan, tertib dan teratur.
48.
Ertinya, parti pemerintah sentiasa memikirkan kaedah atau rekayasa terkini bagi
memenuhi keperluan dan kehendak semasa. Kita terus-terusan membuat pembaikan
dan perubahan idea, dasar, program yang tuntas lagi menyeluruh. Pokoknya, kita
pada tiap ketika mendepani kelok zaman dengan membuat perubahan yang tepat pada
masanya.
Saudara
dan saudari,
49. Kita
ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada
pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus
negara dan rakyat.
50. Namun,
ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan
anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji. Tanpa penilaian
yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus
membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri.
Saudara
dan saudari,
51.
Sememangnya menjadi aspirasi setiap parti politik untuk memperoleh mandat dari
rakyat bagi membolehkannya membentuk kerajaan dan pemimpinnya menjadi Perdana
Menteri. Ke arah itu pelbagai janji dan komitmen ditawarkan.
52. Bagi
parti yang sedang menerajui Kerajaan, penilaian dilakukan oleh rakyat
berdasarkan dua kayu ukur. Pertama, adakah janji-janji lepas, telah ditunai dan
dilunaskan? Manakala kayu ukur kedua, adakah janji-janji baru yang dibuat akan
lebih membawa manfaat.
53.
Manakala, bagi parti yang tidak pernah membentuk Kerajaan, mereka perlu dinilai
berasaskan janji yang sedang dibuat. Jika pada peringkat janji lagi sudah tidak
boleh dipegang dan dipercayai, maka, lebih selamat untuk para pengundi agar
menjauhi parti tersebut.
Saudara
dan saudari,
54.
Berhubung hal demikian, Malaysia hari ini merupakan contoh sebuah negara
membangun yang amat berjaya sama ada diukur dari segi keampuhan institusi
negara mahupun kemajuan sosioekonomi.
55.
Kejayaan ini bukannya sebuah fantasi yang dikhayalkan kerajaan Barisan Nasional
sebaliknya satu kejayaan nyata yang dapat disaksikan dan dinikmati setiap
rakyat Malaysia. Bahkan ia juga merupakan kejayaan yang diiktiraf oleh
institusi dan masyarakat antarabangsa.
56. Jika
dinilai dari kayu ukur global, Malaysia hari ini tercatat antara negara
dagangan terbesar dunia dengan nilai eksport dan import lebih RM 1 trilion.
Hari ini kita diiktiraf Institute for Management Development atau IMD dan The
World Economic Forum atau WEF dalam barisan 20 negara paling berdaya saing di
dunia.
57. Hari
ini juga kita diiktiraf Bank Dunia sebagai negara ke-12 paling mudah untuk
berurusniaga, sementara Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
atau UNDP pula menilai status Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai
“High Human Development Index”.
58.
Kendatipun begitu, Kerajaan pimpinan UMNO tidak hanya berpeluk tubuh dan berpuas
hati dengan kejayaan sedia ada. Kita mahukan setiap anak Malaysia terus mampu
mengoptimakan potensi, kita mahukan setiap anak Malaysia dapat merealisasikan
impian, agar hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok, sarat dengan
kemungkinan.
59. Untuk
itu, Dasar Transformasi Nasional telah digubal dan dilaksanakan semenjak saya
dan rakan-rakan mengambilalih kepimpinan parti dan kerajaan lebih tiga tahun
yang lalu. Melalui dasar ini, kita telah memeta transformasi kerajaan, ekonomi
dan politik secara rapi bagi mempastikan Wawasan 2020 akan tercapai.
60. Hasil
pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, dan
Model Ekonomi Baru misalnya, pendapatan per kapita GNI negara meningkat 30
peratus di antara tahun 2009 hingga 2011 iaitu daripada 6 700 dolar kepada 9
700 dolar.
61.
Kemuncaknya nanti saudara dan saudari, ialah bagi mencapai pendapatan per
kapita sebanyak 15 000 dolar. Hakikatnya, jika kita menggunakan kayu ukur
mutakhir Bank Dunia bagi mengklasifikasi sebuah negara sebagai berpendapatan
tinggi, iaitu 12 476 dolar, maka ia jelas menunjukkan, walaupun tempohnya masih
tinggal tujuh tahun lagi, kita, Malaysia, sudahpun berada pada landasan yang
betul, untuk lebih awal mencapai taraf tersebut.
Saudara
dan saudari yang dikasihi sekalian,
62. Kita
maklum bahawa, pihak pembangkang dalam usahanya untuk menawan hati rakyat telah
mengeluarkan Buku Jingga sebagai manifesto kenapa mereka perlu dipilih menjadi
kerajaan menggantikan Barisan Nasional dengan tema “Ubah Sekarang” “Selamatkan
Malaysia”.
63. Dalam
dokumen ini terkandung sejumlah 59 janji yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan
Pakatan Rakyat. 10 daripadanya, konon, akan ditunai dalam tempoh 100 hari
pertama pentadbiran mereka.
64.
Sebaliknya, semua itu hanya nampak muluk-muluk. Padahal, cerita yang betul
tentang kesan buruk jika janji-janji tidak munasabah itu dilaksanakan, tidak
pula disampaikan kepada pengetahuan rakyat.
65. Jika
disenarai, mereka mendakwa kononnya mampu menjamin pendapatan purata bulanan
setiap isi rumah Malaysia pada kadar RM 4000, menghapuskan tol dan hutang
PTPTN, memberikan elaun khas kepada guru sebanyak RM 500 sebulan dan menaikkan
royalti petroleum sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri. Mana mungkin semua
itu diperbuat kerana natijahnya akan memusnahkan ekonomi negara, antaranya :
66. Pada
tahun pertama seandai dilaksanakan, defisit bajet Kerajaan pusat akan melonjak
kepada hampir 30 peratus. Kedua, menjelang tahun 2015 kadar nisbah hutang
negara kepada KDNK akan melambung kepada 140 peratus.
67. Dalam
tahun ketiga, kita akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi
seperti negara Greece. Waktu itu pengurusan iktisad negara tidak lagi berada
dalam tangan Kerajaan yang dipilih rakyat, tetapi beralih ke tangan institusi
antarabangsa. Adakah itu yang kita inginkan?
Saudara dan saudari sekalian,
Saudara dan saudari sekalian,
68.
Inilah… inilah tahap kualiti dan hal ketidak mampuan perancangan ekonomi parti
lawan. Namun, ia tidak langsung mengejutkan kita, kerana, semasa krisis
kewangan Asia melanda Malaysia pada tahun 1997-1998, terbukti, Menteri
Kewangan, saya ulang, Menteri Kewangan ketika itulah orangnya, yang kini,
menjadi Ketua Pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap.
69.
Beliaulah yang menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF
bagi menangani krisis ekonomi ketika itu. Semua orang mengetahui IMF masa
tersebut diketuai oleh sahabat karibnya. Tindakan beliau memotong perbelanjaan
pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun
dan memerlukan suntikan oleh Kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada
rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.
70. Orang
ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di
Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada
orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam
UMNO, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Umum Pembangkang, segala pendirian
dan fe’elnya berubah pulak.
71. Kalau
ikut pepatah dulu, orang menyebut, dia ini lidahnya bercabang. Jelasnya, tiada
orang boleh meneka watak sebenar beliau yang secara terang-terang mendukung
usaha menjamin keselamatan Israel, pada kala dunia sedang mengutuk Rejim Tel
Aviv yang kejam itu kerana membantai dan mengganyang umat Islam di Gaza. Akan tetapi,
apabila kerajaan membentang usul mengecam Israel di Parlimen…dah.. dia
menyokong pulak…heran..heran…
Saudara
dan saudari,
72. Dalam
Buku Jingga juga pembangkang menjanjikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam
Negeri 1960 tetapi realitinya Kerajaan Barisan Nasionallah yang berani
mengambil langkah, tidak setakat memansuhkan ISA tetapi juga Akta Kediaman
Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan 3 pengisytiharan darurat serta
membiarkan ordinan-ordinan yang digubal, lupus.
73. Tidak
sekadar itu, kita juga telah meminda AUKU bagi membenarkan keahlian pelajar
dalam parti politik, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi menghapuskan
keperluan lesen tahunan, serta mengembalikan semula hak semakan kehakiman
secara amnya kepada mahkamah.
74. Atas
sebab-sebab yang demikian, rakyat Malaysia perlu menilai dan membuat keputusan
sama ada mereka mahukan keberterusan transformatif ini oleh UMNO dan kerajaan
Barisan Nasional atau akan terumbang-ambing dalam kata-kata muslihat serta
mainan tanggapan tidak masuk akal oleh pembangkang.
UMNO TEGAR
DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM
Saudara
dan saudari sekalian,
75.
Sesungguhnya, UMNO sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam sepertimana
termaktub dalam Perlembagaan parti, sesuai dengan kedudukannya sebagai Agama
Persekutuan.
76. Dek
kerana itu, tuduhan-tuduhan oleh pihak tertentu bahawa UMNO parti nasionalis
yang sekular amatlah tersasar. Baru-baru ini, sampai kepada tahap, sanggup
mendoakan kecelakaan kepada UMNO. Sedangkan kita, adalah saudara seakidah.
77.
Alangkah peliknya perbuatan mereka ini. Dalam detik-detik saudara kita di Gaza
sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan solidariti umat, mereka di sini
pula sibuk mahukan kejatuhan orang lain.
78.
Soalnya, adakah sebuah parti yang menguruskan ehwal pentadbiran negara seperti
UMNO dengan begitu cemerlang layak dituduh sebagai tidak Islamik dan dinista
semahunya?
79.
Walhal, UMNOlah parti yang selama ini membolehkan Islam diamal sebagai cara
hidup syumul di negara ini. Apakah tidak mereka melihat bahawa, selama
berpuluh-puluh tahun semenjak merdeka, syiar Islam yang murni, begitu meluas di
negara ini, yang bukan terbatas di bidang ibadah sahaja, bahkan merangkumi
lapangan munakahat, muamalah dan jinayah.
Saudara
dan saudari,
80. Pada
kedudukan ini, kita sebenarnya telah membuat sekian banyak dalam mempastikan
keberlangsungan Islam. Malaysia misalnya ialah antara negara Islam yang
memiliki agensi khusus bagi pelaksanaan ibadah haji secara komprehensif.
81.
Penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji telah membolehkan umat Islam yang dahulunya
terpaksa menggadai harta benda, kini, bukan sahaja menabung tetapi juga dapat
mengerjakan Rukun Islam kelima itu secara sistematik.
82.
Begitulah dalam bidang muamalah. Malaysia ialah satu-satunya negara Islam yang
menawarkan khidmat perbankan dan kewangan Islam meluas. Dari sistem pajak gadai
sehinggalah kepada pengeluaran sukuk. Dewasa ini, kita berasa bangga dan
gembira kerana sebuah forum global telah mengiktiraf kejayaan Malaysia sebagai
pusat kewangan Islam terulung dunia.
83.
Hakikatnya umat Islam di Malaysia bukan sahaja boleh membuka akaun simpanan di
bank yang menggunakan kaedah tanpa riba tetapi juga boleh membuat pinjaman
perumahan, kenderaan, pelajaran, membuat pelaburan di pasaran saham dan
lain-lain transaksi kewangan dengan menggunakan kaedah patuh syariah.
84.
Melangkah dari situ, selain menjadi contoh sebuah negara Islam yang aman dan
maju, Malaysia juga rancak menyumbang secara besar kepada kesejahteraan di
seluruh dunia. Seperti ramai maklum, kita telah menghantar anggota pengaman,
pemerhati tentera termasuk pasukan perubatan ke negara Islam berkonflik seperti
Bosnia, Somalia, Lubnan dan Afghanistan.
85. Malah,
mutakhir ini Malaysia telah menjadi pendamai dan orang tengah meleraikan
konflik yang telah berlarutan lebih empat puluh tahun di Selatan Filipina,
sehingga berjaya membuka lembaran baru kepada Bangsa Moro.
86.
Malaysia turut komited untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Palestin. Kita
telah dan akan sentiasa memperjuangkan hak sah mereka untuk bernegara sendiri
di forum-forum serantau dan global. Kita menyeru agar masyarakat antarabangsa
menghormati aspirasi ini melalui prinsip dua negara yang telah dipersetujui.
InsyaAllah, Malaysia akan menjadi negara pertama untuk membuka kedutaan di ibu
kota negara Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak.
87.
Malaysia juga prihatin terhadap nasib yang menimpa masyarakat Rohingya di
Myanmar. Kita menyeru agar keganasan yang dilakukan terhadap mereka ini,
dihentikan serta merta dan penyelesaian yang adil akan dibuat.
Saudara
dan saudari,
88.
Merujuk semua itu, janganlah sumbangan kepada Islam diukur hanya dengan tahap
retorik dan kuatnya bunyi pekikan slogan semata-mata, sedangkan sumbangan
sebenar serta isi kandungannya tidak seberapa.
89.
Sebetulnya pun, pencapaian memenuhi tuntutan Islam sebagai cara hidup ini
berjaya dizahirkan dalam pada Malaysia merupakan sebuah negara berbilang etnik,
budaya dan agama.
90. Kenapa
dan mengapa? Tidak lain tidak bukan, kerana sejak merdeka, berpaksikan prinsip
wasatiyyah, UMNO dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional dengan penuh keikhlasan
telah mampu mencapai tahap muafakat yang tinggi bersama-sama memajukan negara.
91.
Berlandaskan semua itu, ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi, bahawa,
UMNO komited bagi terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi
memelihara agama, nyawa, harta benda, aqal, maruah dan keturunan.
92. Kita
tidak rela untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam. UMNO tidak sekali-kali
akan mencaci atau menista saudara seagama seperti parti lawan. Kita tetap tegas
untuk mempertahan kesucian dan kemurniaan akidah.
93. Di
atas pentas perhimpunan ini juga, kita mahu menyatakan tanpa berbasa-basi lagi
bahawa, kita menentang… menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendokong
fahaman pluralisma mahupun liberalisma.
Saudara
dan saudari,
94.
Komitmen UMNO ini, selaras dengan peruntukan Perkara 11 Fasal 1 dan Fasal 4
Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara. Perkara
11 Fasal 1, menjamin kebebasan beragama di negara ini sekalipun di bawah
Perkara 3 Fasal 1, Islam ialah agama bagi Persekutuan.
95.
Perkara 11 fasal 1 menyatakan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan
mengamalkan agamanya, namun tertakluk kepada Fasal 4 yang berbunyi
“Undang-Undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang
yang menganuti agama Islam”.
96. Jadinya,
kita ingin berpesan, cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat. Suatu ketika dahulu
UMNO dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru, yang tidak perlulah saya sebut
namanya kerana seluruh Malaysia pasti kenal siapa dia. UMNO dicap kafir kerana
bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak
menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud.
97. Kesan
amanat pada tahun 1981 itu bukan sahaja telah memecahkan perpaduan, tetapi juga
telah menanamkan benih-benih kebencian di kalangan sesama Islam. Natijahnya,
muncullah tragedi Memali, peristiwa Lubok Merbau, kejadian sembahyang dua Imam,
perceraian suami isteri, perseteruan keluarga serta wujudnya fahaman haram
memakan sembelihan oleh orang-orang UMNO.
98.
Soalnya, adakah layak pemimpin seperti ini, yang hendak diangkat oleh rakyat
untuk membela untung nasib mereka? Waima, dulu pun, selepas saja satu penggal
menjadi Menteri Besar, orang Terengganu terus menolak kepimpinan beliau.
99.
Tambahan lagi, kita dapati, hari ini, pemimpin yang sama dan parti yang sama
mengecam UMNO itu, sudah tidak lagi memperjuangankan negara Islam, sebaliknya
pula mahu menubuhkan Negara Berkebajikan. Mereka juga hari ini bekerjasama
dengan sebuah parti yang menentang penubuhan negara Islam serta mahukan Malaysia
dijadikan sebuah negara sekular.
100.
Kenapa matlamat perjuangan mereka semalam berbeza dengan matlamat perjuangan
mereka hari ini? Sedang ia melibatkan perkara asas. Terbukti, pelaksanaan
negara Islam ala PAS di antara parti itu dan DAP masih belum diselesaikan malah
cuba untuk disembunyikan. Kalau isu pokok yang paling besar membezakan mereka
masih belum diputuskan bagaimana halnya hendak membentuk kerajaan campuran.
101.
Adakah nafsu untuk berkuasa mengatasi prinsip perjuangan? Adakah matlamat telah
menghalalkan cara? Tidak mengapalah kalau tidak melibatkan orang lain, tetapi
apa yang tragisnya, ia telah menjadi pesta fitnah, propaganda jahat dan
pendustaan yang ditujukan kepada UMNO serta seluruh rakyat Malaysia.
102.
Berbicara tentang negara Islam, walau apa pun tohmahan yang diasak kepada UMNO,
hasil perjuangan kita dalam memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini dan
seantero dunia, tetap menyinar, tetap murni dan akan tetap dipersadakan.
103.
Terbaru, sekumpulan ulama antarabangsa telah memulakan usaha bebas untuk
merangka dan mengukur negara-negara berdasarkan Indeks Syariah. Kita bersyukur
kerana, kajian mereka di peringkat global mendapati Malaysia menduduki
kedudukan lima teratas dalam pematuhan indeks berkenaan.
KITA ATAU
MEREKA
Rakyat
Malaysia yang dikasihi sekalian,
104.
Pilihan kepada tuan-tuan dan puan-puan kini antara Barisan Nasional sebagai
sebuah parti dengan rancangan holistik tentang halatuju masa depan negara atau
parti pembangkang yang kelam kelibut serta bercelaru dibelenggu matlamat
pakatan mereka, sama ada mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, sebuah
negara teokratik atau sebuah negara berkebajikan.
105. Suka
tidak suka, persoalan ini sangat asasi. Sesungguhnya, rakyat Malaysia berhak
untuk mengetahui secara nyata sebelum membuat keputusan paling penting bersabit
masa depan mereka. Pilihanraya bukan satu uji kaji.
106. Lima
tahun ialah jangkamasa yang lama dalam pentadbiran sesebuah Kerajaan. Pelbagai
bentuk kerosakan boleh berlaku hatta sebuah negara yang berjaya pun akan gagal
dan tersungkur.
107.
Kerana itu, menyisir waktu, UMNO bukanlah parti yang mengamalkan taqiyah atau
tipu muslihat dalam kerjasamanya dengan parti-parti komponen Barisan Nasional.
Tidak seperti gabungan DAP, PKR dan PAS, yang tiada bertunjangkan ketulusan.
108.
Contohnya, di Pulau Pinang yang diterajui DAP, parti PAS tidak menyertai
kerajaan, di Kedah yang diterajui PAS, parti DAP tidak menyertai pentadbiran.
Kita maklum, puncanya, kerana mereka saling tidak mempercayai antara satu sama
lain.
109. Selanjutnya
marilah kita menyingkap tabir di sebalik dakwaan parti DAP, yang mendabik dada
bahawa merekalah yang paling demokratik di negara ini. Namun begitu, sungguhkah
bagai dicanang? Apakah cerita sebenar dalam DAP?
110. Semua
orang mengetahui DAP ialah parti anak, bapa dan menantu. Walaupun hanya
memegang jawatan pemimpin Parlimen DAP yang tidak dipilih oleh ahli parti,
ternyata Lim Kit Siang ialah individu yang begitu berkuasa dalam DAP.
111.
Anaknya pula merupakan Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Manakala menantunya, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka merangkap Naib
Pengerusi Seksyen Wanita DAP.
112.
Begitulah juga kisahnya dengan parti PKR. Di mana ia melibatkan suami, isteri
dan anak. Si suami adalah Ketua Umum yang tidak dipilih. Isteri pula Presiden
Parti manakala anak sulung Naib Presiden.
113.
Berbalik kepada DAP, kalau kita kaji lagi, sifir dan tafsiran demokrasi ala
Parti itu amat mudah. Jika bersetuju dengan kepimpinan, semuanya ok. Akan
tetapi, seandainya seseorang ahli mempunyai pandangan berbeza, misalnya Tunku
Aziz, mantan Naib Pengerusi mereka, yang tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan
Bersih 3.0, dan dan tu…. tempoh jawatannya sebagai Senator tidak disambung
untuk penggal kedua.
114.
Inilah sebenarnya demokrasi cara DAP. Baru saja nak menyuarakan pendapat,
hukuman sudah dijatuhkan. Kita tidak dapat bayangkan sekiranya mereka memegang
tampuk kerajaan, apakah yang akan berlaku terhadap rakyat Malaysia yang tidak
bersetuju atau berselisih pandangan dengan pihak kepimpinan. Apatah lagi seteru
politik mereka.
115.
Seperkara lagi, hari ini, tinggal seorang… saja orang Melayu di kalangan 30
kepimpinan pusat DAP. Inikah yang dinamakan demokrasi? Inikah yang dinamakan
tidak perkauman? Inikah dinamakan kepelbagaian seperti yang selalu dimomokkan?
Cubalah rakyat Malaysia renung dalam-dalam dan fikir masak-masak.
Saudara
dan saudari,
116. Pucuk
pangkalnya, UMNO akan terus memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputera supaya
kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain
di negara tercinta ini. Kaedah yang digunapakai oleh UMNO bagi mencapai
matlamat ini berubah mengikut era yang ditempuhi.
117.
Perjuangan UMNO semenjak merdeka demi memartabatkan bangsa Melayu bolehlah
dibahagikan kepada beberapa Fasa. Pertama, melalui penubuhan agensi seperti
MARA, FELDA dan FELCRA.
118. Ia
juga diperkukuhkan dengan kewujudan Dewan Latihan RIDA yang berkembang kepada
Institut Teknologi Mara pada akhir 60an dan kemudiannya menyaksikan institusi
ini dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Mara.
119. Fasa
kedua menyaksikan penggubalan Dasar Ekonomi Baru dan pelaksanaannya melalui Rangka
Rancangan Jangka Panjang Pertama yang merangkumi empat Rancangan Malaysia
selama dua puluh tahun. Usaha berterusan dijalankan demi membasmi kemiskinan
dan menyusun semula masyarakat.
120. Ia
menyaksikan penubuhan organisasi seperti RISDA, Lembaga Pertubuhan Peladang,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta penyediaan kredit mikro melalui Amanah
Ikhtiar Malaysia dan Tekun.
121. Usaha
juga ditumpukan untuk mencipta masyarakat Perdagangan serta Perindustrian
Bumiputera. Lantas kerajaan pimpinan UMNO telah menubuhkan Perusahaan Awam
Bukan Kewangan atau syarikat milik kerajaan bagi membolehkan bangsa Melayu
berkecimpung dalam dunia perniagaan.
122. Bagi
meningkatkan ekuiti Bumiputera, kita mewujudkan Permodalan Nasional Berhad yang
menguruskan skim pelaburan saham amanah seperti ASN, ASB dan lain-lain.
Sesungguhnya, kejayaan terbesar fasa kedua ini ialah tumbuhnya institusi
pendidikan menengah seperti Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah
Berasrama Penuh aliran sains, dan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam
melalui program matrikulasi.
123.
Secara nyata, perjuangan UMNO semenjak merdeka melalui fasa pertama dan kedua
ini telah memperlihatkan kejayaan yang monumental melalui penciptaan kelas
menengah profesional Melayu yang besar di samping menangani permasalahan
kemiskinan di kalangan bangsa kita.
124.
Bertapak di atas fasa pertama dan kedua tersebut, kita kini merangka dasar
serta program yang lebih terarah serta berfokus antaranya inisiatif penubuhan
Model Ekonomi Baru, Teraju, Skim Jejak Jaya dan Pelaburan Hartanah Bumiputera.
Alhamdulillah, hasilnya, pemilikan ekuiti Bumiputera telah meningkat daripada
21.9 peratus pada tahun 2008 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010.
125.
Sungguhpun begitu, dalam helaan nafas yang sama, memetik iktibar daripada Firman
Allah S.W.T, Ayat 8, Surah Al-Maidah, kita tidak pernah leka daripada
mempertahankan hak serta berlaku adil kepada semua kaum. Ia juga terpelihara
oleh Perlembagaan Persekutuan yang digubal berasaskan ijmak Kebangsaan.
126.
Sedang UMNO komited bagi memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Bumiputera,
kita juga penuh iltizam bagi mempastikan bantuan dan pertolongan kerajaan
sampai kepada dan mampu dinikmati golongan miskin, golongan berpendapatan
rendah dan sederhana rendah daripada semua kaum di Malaysia. Kita mahu
kemakmuran Malaysia dikongsi bersama dan tidak ada rakyat Malaysia yang akan
ketinggalan.
127. Bahkan, UMNO menghargai dan menyanjung tinggi sumbangan setiap warga Malaysia tidak kira apa latar belakangnya demi kejayaan nasional.
127. Bahkan, UMNO menghargai dan menyanjung tinggi sumbangan setiap warga Malaysia tidak kira apa latar belakangnya demi kejayaan nasional.
128.
Pastinya, kita sering menginsafi bahawa, kemajmukan yang kita miliki inilah
tiang seri yang mempaterikan kekuatan sebuah negara bangsa. Sememangnya lagi,
sebagai organisasi siasah, kita mendukung tanggungjawab untuk terus
mempersatukan rakyat melalui titik-titik persamaan, bukannya mendamak
racun-racun perbezaan. Itulah jua teras falsafah pemandu 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Saudara
dan saudari,
129.
Perbezaan yang terbesar antara kita dan pembangkang ialah bagi kita, janji
dibuat untuk ditepati. Bukan seperti pembangkang yang sering berkata palsu
apabila memancing undi, tetapi sesudah menjadi kerajaan semuanya kosong belaka.
130.
Tanyalah kepada penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, di manakah
kata-kata manis yang ditabur oleh Ketua Umum PKR semasa pilihanraya 2008?
131.
Beliau berjanji kononnya dalam masa dua minggu selepas memenangi pilihanraya,
akan selesailah masalah penduduk di sana. Kini sudah hampir masuk empat tahun,
bak kata orang Penang… “ilekkk…”. Akhirnya…Barisan Nasional… juga yang
selesaikan…
132.
Selain itu, macam kata orang Tanjung jugak, boleh jadi caca marba…. seandainya
Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan. Tukang buat janji, Perdana Menteri mereka,
tak kisahlah siapa yang akan dilantik sama ada Ketua Umum PKR atau Presiden
PAS, tetapi… si Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP akan tetap “buat tak tau….
dan buat dek…jer…” atas janji itu. Mungkin inilah sebabnya Timbalan Ketua
Menteri 1 Pulau Pinang menggelar bosnya sebagai Cocky, Arrogant dan Tokong.
Saudara
dan saudari,
133.
Selanjutnya; “tanyalah kepada oghe Kelate, …selesa doh ko masalah air ?… Sedar
tak sedar, dah lebih dua puluh tahun PAS memerintah, tak selesa-selesa jugak”.
134.
Tanyalah pulak kepada orang Kedah; “pasai PAS. …depa janji apa kat hampa tahun
2008 hari tu? …Cuba habaq mai…. tak ka macam-macam depa tabuq janji… kita tau
sampai laa ni… macam-macam tak selesai… habuk pun tak dak”.
135.
Seterusnya, kita tanya pulak penduduk flat kos rendah dan pangsapuri yang
memakai meter pukal di Selangor. Mana janji-janji indah nak bagi air percuma?
Satu lagi isu, kita tanya kepada ibu-ibu tunggal juga di Selangor, apa sudah
jadi dengan elaun bulanan sebanyak seratus ringgit yang nak dibagi? Tak patut.
Saudara
dan saudari,
136.
Berbeza dengan kita UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional. Buktinya, semenjak saya
dan rakan-rakan mengambil alih kepimpinan parti dan Kerajaan, melalui pelbagai
usaha dan ikhtiar, parti ini dan Kerajaan ini, bukan sekadar suka-suka membuat
janji dan memberi harapan, namun kita juga pasti berusaha, merintis sejuta
jalan untuk menunaikannya.
137.
Misalnya, di bawah pelan jangka pendek, antaranya :
• kita ada
BR1M untuk rakyat berpendapatan rendah
• kita ada baucer buku 1Malaysia untuk mahasiswa
• kita ada bantuan 100 ringgit untuk semua pelajar sekolah
• kita ada Skim tayar 1Malaysia untuk pemandu teksi
• kita ada baucer buku 1Malaysia untuk mahasiswa
• kita ada bantuan 100 ringgit untuk semua pelajar sekolah
• kita ada Skim tayar 1Malaysia untuk pemandu teksi
138. Untuk
jangka sederhana :
• kita
menyediakan Pusat Transformasi Luar Bandar
• kita menyediakan Pusat Transformasi Bandar
• kita ada KR1M, Klinik 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, dan
• kita menyediakan Pusat Transformasi Bandar
• kita ada KR1M, Klinik 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, dan
139. Bagi
jangka panjang pula, kita dipayungi Dasar Transformasi Nasional melalui
inisiatif Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi
hinggalah kita mencapai status negara maju. InsyaAllah.
Saudara
dan saudari,
140. Pada
sesetengah pihak, kita ingin ingatkan, kalau tidak pandai menari, janganlah
lantai dikata jongkang jongkit. Hari ini, pelbagai institusi negara diserang
dan dituduh sesuka hati secara melulu, dengan tujuan jahat untuk mengeliru dan
menimbulkan syak di kalangan rakyat.
141.
Misalnya, Suruhanjaya Pilihanraya yakni SPR difitnah bertubi-tubi. Sehinggakan
tunjuk perasaan dianjur. Kita tahu, mereka lakukan ini sebagai tindakan awal
jangka. Sebab, seandainya mereka kalah dalam pilihanraya nanti, bukan faktor
tidak mendapat sokongan rakyat akan dibangkitkan namun, pihak SPRlah yang akan
disalahkan dan dianggap tidak adil serta tidak berwibawa.
142. Sebab
itulah tanpa segan silu mereka mengadu kepada kuasa asing bagi mengantarabangsakan
masalah dalaman, sedangkan mereka tahu tindakan berkenaan hanya mengaibkan
negara dan menghina intelek rakyat Malaysia.
143.
Sebenarnya saudara dan saudari, tak perlulah kita libatkan orang asing untuk
menunjuk ajar bagaimana menguruskan negara. Janganlah menjadi Si Kitul moden
sampai sanggup mengkhianat bangsa dan tanahair.
144. Dah
lebih separuh abad pun kita merdeka… tahulah kita selok belok negara sendiri.
Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihanraya lalu tiada
pula rumah siap pahat berbunyi.
145.
Seperti yang saya kata, bukankah Parti PAS sudah 22 tahun menerajui Kerajaan
Kelantan? Bukankah juga Parti PAS yang telah memenangi pilihanraya negeri
pertama tahun 1959? Bukankah Parti PAS sedang menerajui Kerajaan Kedah? Bukankah
Parti PAS pernah menerajui Kerajaan Terengganu dan Perak?
146.
Tidakkah pula PKR sedang menerajui Kerajaan Selangor manakala DAP kini
mengepalai Kerajaan Pulau Pinang?
147.
Selain itu, barangkali ramai masih ingat, bahawa sebelum menyertai Barisan
Nasional, Parti PBS dan Gerakan merupakan Parti Pembangkang, dan bukankah PBS
telah memenangi pilihanraya Sabah tahun 1985 dan Parti Gerakan telah memenangi
pilihanraya Pulau Pinang tahun 1969.
148.
Akhirnya, seperti terakam dalam peristiwa, bukankah Barisan Nasional gagal
memperoleh majoriti dua pertiga semasa Pilihanraya Umum 2008?
Saudara
dan saudari,
149. Jadi,
jika sungguhlah tuduhan bahawa SPR tidak berwibawa dan tidak jujur, ini semua
tidak mungkin berlaku. Ternyata, demokrasi tetap berfungsi, malar dan segar di
Malaysia. Ternyata, pilihanraya di negara ini ialah proses yang bersih dan
rakyat sudah matang serta bijaksana untuk memilih.
Saudara
dan saudari,
Pilihanraya
Umum ke-13 ini bukanlah satu pilihanraya yang biasa. Ia merupakan titik penentu
kepada destini rakyat dan negara.
Pilihanraya
inilah yang akan mencorakkan rupawajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan
pada anak-anak kita. Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta
matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok
ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis.
Hakikatnya,
hasil kerja keras setiap generasi, kita telah membentuk Malaysia yang dikagumi
rakan dan dihormati taulan. Siapa menjangka bumi yang sarat dengan segala
rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara.
Pilihannya
juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama
berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan
kebencian yang membara.
Di satu
sudut, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah,
bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman.
Hendaklah
kita selalu beringat. Betapa susah payahnya bapa-bapa pengasas kita membina apa
yang dinikmati hari ini. Sesungguhnya kita terhutang budi kepada Almarhum Tunku
Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein, Tun Dr.
Mahathir dan Tun Abdullah.
Sebaliknya,
saudara dan saudari, di satu sudut lagi, jalan bersimpang siur, kelam dan
gulita, dibina atas fitnah, kepalsuan dan janji-janji bohong. Jika rakyat
terpedaya dengan siulan menuju lorong itu, percayalah, negara yang permai ini
akan hancur, runtuh dan tenggelam.
Sudah
barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan
harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat
dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah
tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya,
terbangsat dan merempat di tanah sendiri.
Bumi mana
tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang
wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah
tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan
kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan.
Justeru,
saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf
kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan
berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun
Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.
Walau
apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, UMNO tidak akan
berpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan. UMNO takkan
berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan Barisan Nasional akan mara
di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam.
Saudara
dan saudari,
Kita akan
menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di
gelanggang demokratik. Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha
untuk menyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu
hati dan membuka setiap gerbang harapan.
Kita
percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin
bahawa, UMNO dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik
untuk rakyat Malaysia.
Saudara
dan saudari yang dikasihi sekalian,
Di sini…
di sinilah kita dilahirkan, di sini… di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini
kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan. Di sinilah juga,
dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya.
Penuhkanlah
tanah bertuah ini dengan rakyat yang mencintai harumnya perdamaian.
Makmurkanlah watan ini sehingga labanya melimpah ke kaki halaman.
Duhai
putera puteri… duhai para pejuang bangsa, segeralah… segeralah semua menyembah
bakti. Pertahankan… pertahankan satu-satunya Bahtera Merdeka ini… pertahankan….
pertahankanlah Putrajaya.
HIDUP
UMNO!
HIDUP
BARISAN!
HIDUP
MALAYSIA!
Allahuakbar!
Allahuakbar! Allahuakbar!
Subscribe to:
Posts (Atom)