Sama ada secara sedar atau sebaliknya, Naib Presiden PKR
Nurul Izzah sebenarnya telah menjadi penyambung lidah kepada agenda Suruhanjaya
Antara Agama (IFC) yang sebelum ini telah berjaya digagalkan hasil dari
kesedaran dan kebangkitan umat Islam membantahnya.
IFC adalah lanjutan daripada IRC, matlamat dan tujuan
penubuhannya adalah sebagai badan berkanun yang berkuasa penuh untuk mengubah
ajaran sesuatu agama khususnya Islam dengan menerima desakan atau tuntutan
agama lain.
Dengan kata mudah sekiranya IFC dibenarkan bebas bergerak,
maka peranannya akan setara dengan SUHAKAM. Bezanya, IFC akan mencampuri urusan
agama khasnya Islam, manakala SUHAKAM memantau aduan berkaitan hak kemanusiaan.
Apabila anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu menyatakan
persetujuan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhadap kepada orang
bukan Melayu sahaja sebaliknya perlu juga meliputi orang Melayu, jelas
sejelasnya ada persamaan dengan perjuangan IFC.
Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai mungkin
sahaja tidak kisah pandangannya begitu berbahaya kepada akidah umat Islam
sementelah lagi diakuinya sendiri yang beliau sudah terbiasa belajar di Sekolah
Kristian Assunta di Petaling Jaya.
Namun, bagi orang Melayu yang agamanya wajib berakidahkan
Islam sebagaimana disebut oleh Perlembagaan Negara dalam Artikel 160 (2), tetap
sama sekali tidak dapat menerima pandangan serba liberal yang kini sedang
meracuni fikiran anak perempuan Anwar Ibrahim itu.
Wan Azizah sebagai ibunya mungkin boleh terus bermain dengan
sentimen air mata biawak sekalipun, hakikatnya ia tidak dapat menyembunyikan
bahawa kenyataan Nurul Izzah itu sudah seumpama cubaan menyemarakkan kembali
agenda IFC.
Antara tuntutan-tuntutan IFC termasuklah;-
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak
seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam
hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan
tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan
Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan
oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang
Muslim bahawa ia beragama Islam
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam
sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan
keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan
Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar
agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut
harta pusakanya selepas kematiannya..
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk
membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana
kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak
boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan
dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia
sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu
hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda
sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula
hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya
dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya
digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama
masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar
sekolah.
Kesemua tuntutan IFC di atas itu senada dengan dakyah Yahudi
Nasrani dalam usaha mereka untuk menghancurkan akidah umat Islam melalui
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mengisytiharkan Deklarasi Hak
Manusia Sejagat.
Dalam Artikel 18, Deklarasi Hak Manusia Sejagat itu,
antaranya menuntut supaya hak individu
untuk bebas menukar agama dan kepercayaan serta kebebasan berfikir perlu
dihormati tanpa sebarang halangan.
"Everyone has the right to freedom of thought,
conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or
belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or
private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance"
(Article 18, Universal Declaration Of Human Rights, United Nations).
Bagaimanapun pengisytiharan PBB di atas jelas bercanggah
dengan Perlembagaan Negara yang secara rasmi memutuskan orang melayu wajib
beragama Islam, di masa yang sama melindungi setiap orang Islam dari dakyah
agama lain.
Akan tetapi, melihat pada sikap liberal anak beranak
keluarga puaka yang menguasai PKR itu, tidak mustahil seandainya negara ini
berjaya dikuasa oleh PR, ada kemungkinan semua peruntukkan dalam perlembagaan
yang melindungi agama Islam dan penganutnya akan tergugat.
Melihat kepada kemungkinan ini serta betapa bersungguhnya
gerombolan puak liberalisme dan pluralisme yang semakin berjaya menguasai
halatuju parti-parti politik dalam PR, amatlah wajar umat Islam segera bangkit
dari lena untuk menepis ancaman yang sedang bergentayangan di tanahair kita
ini.
No comments:
Post a Comment