Mahkamah
Tinggi telah memutuskan semalam bahawa Lynas Advanced Material Plant (LAMP)
boleh memulakan operasi sekali gus menolak permohonan untuk melanjutkan
perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke
atas syarikat tersebut.
Pihak yang
menentang Lynas yang menamakan diri mereka sebagai ‘penduduk Kuantan’ diwakili
peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, menyatakan akan membuat rayuan supaya
mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP dalam masa dua hari.
Yang
menghairankan ialah ‘penduduk Kuantan’ ini terdiri secara majoritinya dari kaum
Cina.
Manakala,
kumpulan pekerja dan penyokong Lynas pula majoritinya adalah Melayu. Ketika keputusan diumumkan, kira-kira 500
orang yang rata-ratanya beragama Islam itu turut berulang kali melaungkan
takbir sebagai tanda meraikan kejayaan sebaik sahaja dimaklumkan keputusan
Hakim, Datuk Mariana Yahya yang memihak LAMP.
Ramai di
antara kalangan pekerja tersebut menangis dan menadah tangan berdoa tanda
bersyukur kepada Allah SWT di atas keputusan itu yang sekali gus menjamin
periuk nasi mereka tidak terjejas.
Secara
logiknya, pekerja-pekerja di sesebuah kilang adalah merupakan penduduk di
sekitar kawasan berdekatan. Ini kerana
objektif sesebuah pelaburan adalah juga untuk memberi pekerjaan kepada penduduk
setempat, selain membangun kawasan itu dan menjana kewangan negara.
Justeru,
siapakah mereka yang menentang Lynas dan memakai nama ‘penduduk Kuantan’ itu
jika mereka bukan terdiri dari penduduk sekitar? Dan apakah sebenarnya motif mereka?
Selama ini
yang menjadi juara isu Lynas adalah PKR dan kaum Cina. Kesungguhan mereka menentang Lynas dan
menolak bukti-bukti saintifik yang dibentangkan oleh pakar antarabangsa,
menimbulkan kehairanan dan syak wasangka.
Mereka telah melakukan berbagai-bagai usaha di merata tempat secara
tersusun sekali gus membuktikan terdapat penaja atau dalang di belakang
mereka. Namun, dengan segala usaha dan
dana yang ada, pihak mereka masih tidak dapat membentangkan hujah balas atau
bukti saintifik juga bagi mengesahkan tuduhan mereka bahawa Lynas tidak
selamat.
Maka jelas
sekali bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah satu penentangan kosong,
kalau pun tidak mempunyai agenda atau motif tersirat. Ia bukan berkenaan alam sekitar, jauh sekali
prihatin terhadap kesihatan penduduk Gebeng.
Lagipun, sejak bila kita mendengar kaum kiasu ini prihatin terhadap
nasib kaum lain? Apakah niat mereka
sebenarnya?
Penulis
bukan berniat untuk menjadi prejudis perkauman, tetapi sikap kiasu kaum ini
sudah terbukti di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan juga di
Singapura. Selain itu, sesiapa sahaja
yang pernah melalui pengalaman bekerja di bawah golongan ini pasti tahu apa
yang penulis maksudkan.
Namun, sikap
mereka bukanlah isu. Isunya ialah kenapa
dan mengapa mereka sanggup berhabis-habisan, mengerahkan tenaga dan masa untuk
menegakkan sebuah auta?
Apakah benar
ia hanya strategi mencari publisiti bagi politik PKR atau PR? Atau apakah ia ada kena mengena dengan
ancaman kilang ini terhadap dominasi negara China sebagai pengeluar nadir bumi
terbesar?
Melihat dari
apa yang berlaku, tampak seolah-olah PKR atau PR hanya menumpang isu untuk
menghentam kerajaan dan tidak lebih dari itu.
Apa yang lebih jelas ialah ia merupakan satu agenda kaum Cina untuk
menggagalkan operasi kilang ini sekali gus memburukkan imej kerajaan Malaysia
selain mengganggu kestabilan dalam negara.
Motif? Sukar dipastikan. Tetapi jika ia adalah untuk menjaga
kepentingan negara China, maka tidak hairanlah kenapa kesetiaan mereka terhadap
negara ini masih menjadi tanda-tanya.
Buat masa
ini, kita turut tumpang bergembira dan bersyukur kerana kilang itu sudah boleh
beroperasi dan ini bermakna ramailah yang bakal berpeluang mencari rezeki.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment