Nurul Izzah,
anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari
kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan
agama meliputi umat Islam di negara ini.
Samada Nurul
adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil
murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan
dikeluarkan pada saat yang sesuai.
Jika Nurul
jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan
universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata
sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.
Jika ini
benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku
mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing
golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi
membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah!
Ini kerana
dengan mensalah tafsir frasa 'kebebasan beragama' berhubung status agama-agama
lain selain Islam di dalam Malaysia, Nurul telah gagal untuk memahami isi
kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat
federal.
Lagak Nurul
seolah-olah beliau memahami Perlembagaan Negara malah berpura-pura mengenali
Islam secara syumul telah memakan dirinya sendiri.
Sebenarnya
Nurul telah mendedahkan kebodohannya sendiri mengenai Islam pada forum bertajuk
"Negara Islam? Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya
pada 3 November lalu.
Tidakkah
Nurul tahu bahawa adanya artikel 153 di dalam Perlembagaan yang mengatakan
bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan
dalam keadaan 'aman dan damai'?
Ini bermakna
Islam telah diiktiraf sebagai agama tertinggi pada peringkat federal dan tidak
agama lain yang disamakan dengannya.
Pemahaman
Nurul mengenai Islam samalah dengan peribahasa Melayu, 'bapa borek anak rintik'
atau 'di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi'.
Nurul adalah
anak bapak dan produk daripada satu jalur pemikiran mengenai Islam yang sama
dengan Anwar.
Jika Anwar
percaya kepada fahaman pluralisme agama maka anaknya, Nurul juga membawa
pemikiran yang sama.
Jika Anwar
menyokong hak dan kebebasan golongan Lesbian, Biseksual, Peliwat dan Pondan
(LBGT) maka tidaj hairannya darah dagingnya sendiri juga terpengaruh dengan
pendirian yang sama.
Jika Anwar
mengatakan undang-undang berhubung liwat dan seks luar tabii di negara ini
sudah ketinggalan zaman atau 'archaic, Nurul juga pernah menyokong kenyataan
ayahnya itu.
Jadi Nurul
bukan sahaja membawa genetik atau baka Anwar di dalam dirinya tetapi juga
menjadi cermin kepada setiap pendirian dan keyakinan ayahnya di dalam politik,
ekonomi, pendidikan malah agama.
Sebab itu
Anwar dengan spontan menyebelahi Nurul dengan mengatakan kenyataan anaknya itu
telah dipolitikkan malah cuba mengalih perhatian dengan menimbulkan isu-isu
lain yang tidak berkaitan.
Begitulah
taktik Anwar apabila tersepit; semua orang dituduhnya terbabit dengan kesalahan
yang sama.
Hakikatnya
kenyataan Nurul telah membangkitkan gelombang kemarahan umat Islam di seluruh
negara.
Bukan sahaja
badan-badan bukan kerajaan mengutuk kenyataan Nurul itu, tetapi juga
pemimpin-pemimpin politik, para mufti dan ulama membantah malah Sultan Selangor
murka dan kesal terhadap pandangan yang sesat itu.
Terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kerana daripada satu ikon
yang popular dengan jolokan 'Puteri Reformasi' dikalangan penyokong reformasi
jalanan dan PKR satu ketika dulu, Nurul kini merundum menjadi liabiliti besar
kepada parti yang diwakilinya sebagai naib presiden.
Apa pula
kata ibunya, Wan Azizah Ismail yang menjadi presiden parti terhadap kenyataan
jahil anaknya itu?
Apakah
seperti Anwar, 'Kak Wan' akan turut menyokong dan berdiri teguh di belakang
Nurul atas rasa kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak walaupun si anak
telah jauh tersasar dalam pandangannya mengenai kesucian dan kedudukan agama
Islam?
Walaupun PAS
mahu mendengar penjelasan dari Nurul tetapi pimpinan tertinggi PKR sehingga
kini masih membisu dan tidak berani mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai
pendirian Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Masakan PKR
berani kerana mereka tahu kenyataan Nurul itu tidak boleh dipertahan mahupun
dijustifikasikan.
Jika PKR
menyokong Nurul maka seluruh struktur PKR akan dilabel sebagai sebuah parti
yang menyokong pluralisme dan LBGT, sesuatu yang mereka tidak akan lakukan
menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.
DAP pula
memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga hati umat Islam walaupun secara
diam-diam parti cauvinis itulah paling lantang menentang Islam dan menyokong
sepenuhnya penularan budaya LBGT di negara ini.
ends
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment