Monday, February 25, 2013

Pakatan Rakyat akan mendedahkan Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat untuk PRU13 pada hari Isnin, 25 Februari.


Menurut blog Rafizi Ramli, ia akan menggabungkan kandungan-kandungan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (dilancarkan 2009), Buku Jingga (dilancarkan 2010) dan Bajet-Bajet Alternatif Pakatan untuk 2012 dan 2013.

Dilaporkan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai Menteri Besar

Selangor telah mendakwa bahawa “sebuah manifesto bukanlah janji” sebagai respon terhadap tuntutan air percuma oleh rakyat Selangor seperti yang dijanjikan dalam manifesto 2008.

Pakatan gagal tunaikan janji-janji PRU12. Banyak contoh di Selangor, sampai kena saman. Belum kira negeri lain lagi.

Sudah 22 tahun PAS perintah Kelantan, ada 22 janji yang tak ditepati.

Rangkakerja polisi Pakatan hanya berdasarkan andaian dan akan mufliskan negara.

Mereka menghentam sasaran KDNK 2012 sebagai tidak realistik, namun telah dipatahkan dengan bukti kukuh 6.4% pertumbuhan.

Apa faedah keluarkan manifesto sekiranya Pakatan kata ia bukannya janji?

Menurut Pakatan, sebuah manifesto hanyalah alat untuk menang pilihanraya. Mereka tidak bertanggungjawab menunaikannya sekiranya menang. Banyak cantik muka ko.

Kalau penerima BR1M pun mereka panggil haiwan, bayangkan apa mereka panggil kita yang terima manifesto “bukan janji” mereka itu.


Kalau tak berani tunai janji, kita panggil Manifesto, Pakatan-style!

No comments:

Post a Comment