Friday, February 22, 2013

PARTI PAS DIRESTUI PENJAJAH


PARTI PAS DIRESTUI PENJAJAH

PADA zahirnya, PAS sebenarya tidak menggambarkan ciri-ciri sebuah Jemaah Islam atau parti Islam, tetapi ia lebih bersifat sebagai sebuah parti politik, Lebih-lebih lagi bila ia diluluskan pendaftarannya oleh kerajaan British selepas ditubuhkan pada 16 September 1951.

Terbukti hal itu menjadi kenyataan, sejak merdeka hingga sekarang ini, PAS tidak pernah berjaya memerintah Malaysia dan tidak pernah berjaya menegakkan hukum hakam Islam, tetapi berjaya mencetuskan perpecahan dalam masyarakat Islam dengan fatwa kafir mengkafir, kutuk mengutuk, sindir menyindir, permusuhan terhadap sesama Islam dalam UMNO dan BN, menolak perpaduan dengan sesama Islam (UMNO) dan lain-lain.  PAS terus menerus bermusuh dengan orang UMNO seperti memusuhi 'kafir harbi', menuduh sebagai jahiliah, mendoa kehancuran terhadap pemimpin negara yang dilantik secara sah di segi Islam dan perlembagaan negara dan juga yang masih melakukan solat.

Sikap inilah yang amat disukai oleh penjajah (Yahudi dan Nasrani serta kuasa Barat dan  Amerika),  kerana boleh membawa perpecahan dalam masyarakat Islam sendiri, lalu umat Islam dan bangsa Melayu menjadi lemah.  Kelak kuasa lain akan mudah untuk mengarnbil alih tampuk pemerintahan Negara, sama ada yang berada di luar atau yang berada di dalam negara sendiri.

Bila rakyat sedar umat Melayu dan Islam sedang berpecah, lalu timbul cadangan agar PAS bersatu dengan UMNO demi untuk kesejahteraan bangsa Melayu dan Umat Islam, pada asalnya macam kelihatan bersetuju, tetapi setelah dihasut oleh pihak tertentu, terutama rakan dalam Pakatan Rakyat, lalu PAS membuat pelbagai andaian politik dan sangkaan buruk sehingga niat baik itu gagal. Tetapi bila diajak bersatu dan bergabung dengan parti bukan Islam dan parti yang tidak tentu matlamat (Islam atau tidak Islam) seperti DAP dan PKR, PAS dengan senang hati menerima dan memberi  pelbagai alasan serta mengemukakan pelbagai dalil untuk mengharuskan 'tahaluf ' (kerjasama) dengan DAP dan PKR.

Lantaran itu pada tahun 2002 Datuk Seri Haji Abdul Hadi mengeluarkan fatwa dalam bukunya Amanat Haji Hadi, pada halaman 8; "...diharuskan bertahaluf dengan bukan Islam yang bersikap baik." Fatwa ini dikeluarkan semata mata hendak mengharuskan PAS bersatu dalam Pakatan Rakyat dengan parti-parti yang tidak j auh perb ezaan dasamya dengan parti-parti dalam komponen Barisan Nasional.

Demikian juga sewaktu PAS mempunyai kepentingan untuk menyertai kerajaan campuran  tahun 1973-1977 dalam buku "SIKAP SAYA" tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, terbitan pada 15.12.1977 oleh Perhubungan PAS Kelantan, pada halaman 3, memetik fatwa Dewan Ulamak PAS Pusat mengenai berkerjasama dengan Perikatan tahun 1973 sebagaimana berikut; "Mengenai Kerajaan Compuran adalah harus dan ditarjih oleh Kongres." Sebab itulah PAS menyertai Kerajaan Barisan Nasional sejak tahun 1973-1977 . Pendapat ini dikemukakan bertujuan untuk menghalalkan percampuran dengan komponen Perikatan, sehingga setelah itu membentuk Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973, kerana dengan menyertai BN mereka mengharapkan dapat jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan lain-lain faedah daripada kerajaan.

Setelah PAS keluar dari BN tahun 1977, timbul semula pelbagai tuduhan dan fitnah, seperti kafir mengkafir, toghut dan lain-lain terhadap UMNO kononnya kerana UMNO berkongsi kuasa dengan parti-parti bukan Islam.

Dipetik dari Buku:   PAS BUKAN PARTI ISLAM
Oleh:  Sheikh Abu Muhammad  Iqamuddin

No comments:

Post a Comment