Friday, February 22, 2013

PAS PERALATKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK, SEBALIKNYA UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK MENDAULATKAN AGAMA


PAS PERALATKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK, SEBALIKNYA UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK MENDAULATKAN AGAMA

KALAU pada tahun 1983 Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mendakwa UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam dalam kerajaan Barisan Nasional dan menuduh UMNO memisah politik dan agama.

Kini tuduhan itu disambung lagi oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz, yang mendakwa UMNO parti mengarut dan sesat, kerana UMNO pisahkan politik dari agama. Tuduhan Nik Aziz itu dibuat pada 8 Oktober 2009, semasa berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Tetapi sebelum itu, antara tahun 1973 -1977, semasa PAS hendak bekerjasama dengan Perikatan (sebelum bertukar kepada nama Barisan Nasional), PAS telah mengeluar fatwa harus bekerjasama dengan kerajaan campuran dan ulama PAS telah mentarjihnya dalam kongres PAS, seperti mana tersebut dalam buku Nik Abdul Aziz Nik Mat bertajuk "SlKAP SAYA."

Dalam buku tersebut yang diterbit pada tarikh 15 Disember 1977 oleh Perhubungan PAS Kelantan, pada halaman 3, memetik fatwa Dewan Ulama PAS Pusat mengenai berkerjasama dengan Perikatan tahun 1973 sebagaimana berikut; "Mengenai Kerajaan Campuran adalah harus dan ditarjih oleh Kongres." Sebab itulah PAS menyertai Kerajaan Barisan Nasional sejak tahun 1973-1977.

Pendapat ini dikemukakan bertujuan untuk menghalalkan percampuran dengan Komponen Perikatan, sehingga membentuk Barisan Nasional (BN) pada tahun l973, kerana dengan menyertai BN mereka mengharapkan dapat jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan lain-lain faedah daripada kerajaan.

Sementara Datuk Seri Haji Hadi pula dalam bukunya "Amanat Haji Haji" muka surat 8, Haji Hadi berkata; "...diharuskan bertahaluf (bekerjasama) dengan bukan Islam yang bersikap baik."

Tetapi selepas PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz mengecam UMNO dengan pelbagai tuduhan, seperti menuduh UMNO sesat, sokong UMNO masuk neraka, sokong UMNO jahiliah dan macam macam lagi, kononnya, kerana UMNO masih berkerjasama dengan parti bukan Islam dalam BN.

Demikian juga dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi dalam ucapannya di Banggol Paradong, Kuala Terengganu pada 7hb April 1983 terus mendakwa bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam dalam kerajaan Barisan Nasional dilarang Islam kerana BN mengekalkan perlembagaan penjajah (peraturan kafir) dan memisahkan politik dari agama.

Lalu menuduh UMNO kafir, berjuang menentang UMNO dianggap jihad dan sekira mati dalam perjuangan itu dianggap mati syahid. (Rujuk Amanat Haji Hadi yang teksnya yang dicetak dan yang dijadikan bahan kempen pilihan raya pada tahun 1983 . Ucapan ini didedahkan di dalam Dewan Undangan Terengganu pada jam 2.00 petang, 11 . 8. 1 9 83 dan disiarkan  oleh berita Harian 12. 8.19 83. Kemudian dijadikan pula siaran bercetak oleh PAS Kelantan untuk modal kempen pilihan raya Kecil Selising dan Kemumin Kelantan pada 8hb September 1983).

Berhubung dengan tuduhan PAS bahawa Kerajaan Malaysia di bawah Pimpinan UMNO/BN pisahkan politik dari agama terdap at juga dalam buku susunan Dewan Ulamak PAS Pusat berjudul ISLAM DAN POLITIK, cetakan Aman Press Kelantan September 1980, yang mana antara kandungannya ada disebutkan; "Kerajaan Kita ini cuba mengasingkan antara politik dan agama."

PAS lalu telah menyebarkan fitnah itu untuk menyakinkan orang awam terutamanya mereka yang tidak faham mengenai Perlembagaan Malaysia.

Dalam buku "Islam dan Politik' pada bahagian II, halaman 19 penyusunnya memetik daripada Injil Matta 2l/ 22 yang bermaksud; "Biarkan urusan politik bagi Maharaja dan urusan agama bagi Allah."  Sementara bahagian IV, halaman 23 pula dipetik petikan Injil Matta 21/22 yang bermaksud; "urusan amal ibadat adalah ketentuan Nabi Isa dan urusan memerintah negeri adalah ketentuan Raja."

Tujuan dipetik petikan dari Injil Matta itu sebagai untuk mengabui masyarakat dan umat Islam bahawa kononnya sistem pemerintahan Malaysia yang menyerahkan urusan pemerintahan kepada pentadbiran kerajaan dan urusan agama hanya diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama dan agensi-agensi agama dalam satu pentadbiran adalah ditiru cara Barat dan diambil daripada kitab-kitab Kristian. Ini suatu perbandingan yang tidak terbuka dan ketinggalan zaman serta boleh merosakkan mengelirukan umat Islam.  Secara tidak langsung seolah-olah PAS menuduh Kerajaan pimpinan UMNO mengikut Kristian.

Dipetik dari Buku:   PAS BUKAN PARTI ISLAM
Oleh:  Sheikh Abu Muhammad  Iqamuddin

No comments:

Post a Comment