Friday, February 22, 2013

UMNO PERALAT POLITIK UNTUK AGAMA ISLAM


UMNO PERALAT POLITIK UNTUK AGAMA ISLAM

Selain itu, lihat lagi PerLembagaan Malaysia, Perkara 3 fasal 1: "Agama Islam adalah Agama Negara." Perkara 3 fasal 2 & 3: "Raja menjadi Ketua Agama." Perkara 3 fasal 4: "Menyekat Aqidah lain daripada disebarkan di kalangan umat Islam." Ini menunjukkan Kerajaan Malaysia tidak pisahkan politik dari agama. Kuasa politik digunakan untuk menegakkan Agama Islam.

Selanjutnya kita lihat lagi Perlembagaan UMNO sendiri jelas mencatatkan bahawa perjuangan UMNO tidak memisahkan politik dari agama.

Buktinya, dalam perlembagaan UMNO fasal 3.3 dimasukkan dasar perjuangan UMNO ialah; "Menegak, mempertahankan dan membangunkan Islam, agama resmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama."

Perjuangan UMNO seperti mana yang tercacat dalam Perlembagaan UMNO selari sekali dengan tuntutan Al-Quran, antaranya ialah :

l. Perkara MENEGAKKAN ISLAM adalah selari dengan firman Allah surah al-Syura ayat 13, maksudnya; "Dia telah mengaturkan agama untuk kamu sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Allah kepada Nuh (as), dan Kami wahyukan-kepadamu dan yang Kami (Allah) wasiatkan kepada lbrahim (as), Musa (as) dan Isa (as), iaitu hendaklah kamu dirikan (tegakkan) agama dan janganlah kamu berpecah belah."

2. Perlembagaan UMNO telah lama tercatat perkara MEMPERTAHANKAN ISLAM dan ia selari dengan firman Allah surah at-Taubah ayat 41; maksudnya; "Keluarlah kamu dengan apa cara sekalipun hatta berjalan kaki atau berkenderaan (untuk beriuang mempertahankan Islam).  Dan berjuanglah kamu dengan harta dan iiwa raga kamu untuk jalan Allah (fisabilillah);"

3. Mengenai perkara MENGEMBANGKAN dan MEMBANGUNKAN ISLAM dalam perlembagaan UMNO, selari dengan firman Allah surah 16, al-Nahl ayat 125, bermaksud "serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan cara berhikmah dan kebijaksanaan, nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."

Berkaitan dengan membangun agama, rasanya kita tidak payah jelaskan dengan panjang lebar dalam buku ini, cukuplah apa yang kita alami dan yang kita dapat lihat di hadapan mata kita sendiri betapa dalam negara kita Malaysia sepanjang diperintah oleh UMNO/BN, aktiviti agama berkembang pesat selain yang dilakukan oleh kerajaan, serta kebebasan dan galakan yang diberi kepada rakyat membangunnya secara bersendiri, bahkan ada yang mendapat bantuan secara langsung atau tidak langsung dari Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Rakyat boleh fikirkan sendiri.

Malaysia sebagai sebuah kerajaan, dalam urusan pentadbiran kerajaan secara umum dan menyeluruh telah membuat pembahagian tugas, iaitu DYMM Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja atau Sultan-Sultan ditugaskan mengurus hal ehwal agama, sementara politik di bawah tugas Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar serta Ketua Menteri, namun tugas mereka tidak terlepas daripada permerhatian DYMM Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja atau Sultan-Sultan, kerana dalam masa mengangkat sumpah memegang jawatan, masing-masing telah berikrar taat setia kepada DYMM Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja atau Sultan- Sultan.

Oleh yang demikian, daldm perlaksanaan dan perjalanan kedua-kedua urusan itu, iaitu agama dan politik saling ada hubungkait dan ada kerjasama di antata Yang Dipertuan Agung dengan Perdana Menteri dan di antara Menteri Besar dengan Sultan-Sultan di negeri-negeri. Inilah di antara kejayaan siasah (politik) UMNO yang memperalatkan politik untuk menyelamatkan, mempertahan dan mengembangkan agama yang dilakukan sewaktu menuntut kemerdekaan daripada British dahulu dan sehingga berjaya menyelitkan dalam Perlembagaan Malaysia Islam sebagai agama resmi negara. Sementara takrif "Melayu" ialah beragama Islam.

Tidak hairanlah, pada masa dahulu terkenal dengan istilah, bila orang bukan Islam menganut agama Islam disebut sebagai "masuk Melayu." Fahaman mereka ialah 'masuk atau memeluk agama Islam".

Kita sebagai rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu, sepatutnya berterima kasih dan sama-sama memperbaiki yang kurang dan meningkatkan lagi prestasi cita-cita perjuangan bangsa Melayu (Islam) untuk menyelamatkan dan membela agama secara berselindung di sebalik politik demokrasi. Bukan politik berselindung di sebalik agama macam yang PAS lakukan.

Di antara sebab kita terpaksa lakukan "siasah" demikian ialah kerana, ketika itu negara dan politik kita masih lemah di mata dunia dan dalam PBB. Kalau kita berjuang secara agresif seperti yang dilakukan oleh para pejuang seperti Taliban, Iraq, Libya, Palestin, Algeria dan lain-lain yang digelar militan, maka bila-bila masa sahaja kuasa besar yang pernah menjajah dan mencengkam kita boleh bertindak menghancurkan kita, sama ada dengan kuasa tentera dan senjata moden atau menekan kita dengan kuasa ekonominya. Buktinya, lihat apa yang berlaku pada negara-negara di Timur Tengah dan Asia Barat,juga di negara-negara lain. Kita bukan takut untuk mati syahid jika berperang dengan kuasa besar seperti yang dilakukan oleh Taliban, Iraq, Libya, Algeria, Moro dan lain-lain, tetapi kita kena pandang jauh ke hadapan akan keadaan nasib yang bakal dihadapi oleh anak cucu dan generasi kita akan datang sepeninggalan kita.

Sekiranya para pejuang kemerdekaan Melayu tidak berpandangan jauh dan mereka bertindak secara agresif dan militan sewaktu menuntut kemerdekaan dulu, sudah tentu generasi Melayu tidak ada sekarang ini, kerana telah dihapuskan oleh kuasa besar British. Tapi kerana kepintaran bangsa Melayu (Islam) bersiasah, maka perjuangan dapat bersambung hingga ke hari ini dan agama Islam menjadi subur melebihi negara-negara di Timur Tengah dan Asia Barat yang lebih awal menerima Islam daripada Malaysia.  Kita hendaklah faham keadaan ini.

Sehingga ini penjajah dan juga dunia barat sentiasa memberi perhatian terhadap mana-mana negara di dunia, khususnya negara lslam yang cuba secara terang-terangan menonjolkan perjuangan untuk mengembalikan system kekhalifahan dan daulah Islamiah, mereka (penjajahan dan musuh-musuh Islam) akan menekan habis-habisan. Oleh sebab itu kita selaku umat Islam kena bijak bersiasah.

Apa sahaja sistem pun, yang pentingnya ia dapat dijadikan alat untuk menegakkan Islam. Lihatlah, bagaimana Rasulullah (saw) membuat perjanjian Hudaibiah dengan kafir Makkah. Apakah kita lupa sejarah Perjanjian Hudaibiah yang ada hubungannya dengan Futuhul Makkah?.

Sewaktu Rasulullah (saw) disekat ketika hendak masuk Makkah, Rasulullah (saw) tidak pernah pun mengajak para sahabat mengadakan tunjuk perasaan, mencaci maki para pemimpin Quraisy Makkah atau mengadakan mogok lapar, sehinggalah diadakan perjanjian Hudaibiah dengan kafir Makkah yang syaratnya pada mulanya tidak dipersetujui oleh beberapa orang sahabat, kerana kelihatan pada zahirnya macam berat sebelah dan merugikan umat Islam. Tapi bagaimana siasah Rasulullah (saw) itu akhirnya berjaya menawan Makkah secara aman tanpa pertumpahan darah. Itulah politik. Itulah politik cara Rasulullah (saw) yang mengutamakan jalan damai sebagai wasilah (perantaraan) kemenangan Islam, bukan jalan huru-hara, bukan  merancang mengguling dan merampas kuasa, bukan dengan cara tunjuk perasaan dan lain-lain yang tidak syarie, macam PAS dan PKR serta DAP ingin lakukan, dan telahpun dibuat percubaan oleh DS Anwar Ibrahim pada 16 September yang di sokong penuh oleh PAS, tetapi gagal.

Sebab gagal ialah kerana takdir Allah (swt) yang menentukan sesiapa yang berhak berkuasa, bukan di tangan menusia, tetapi di tangan Allah. Renungilah firman Allah dalam ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 26; "Katakanlah, wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau (Allah) berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau akan cabutkan kerajaan daripada tangan orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan pula orang yang Engkau kehendaki. Pada tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa keatas segala sesuatu."

Strategi yang dilakukan oleh Rasulullah (saw) itu jugalah yang dilakukan oleh para pejuang Melayu dahulu, sewaktu menuntut kemerdekaan daripada British sehingga negara kita beroleh kemerdekaan tanpa melalui pertumpahan darah. Walaupun beberapa orang para pejuang Melayu ada yang tidak bersetuju, kerana kandungan perjanjian kemerdekaan itu mensyaratkan "Perkongsian kuasa" dengan bangsa Cina dan India. Lalu mereka dengan cara terbuka bertindak keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti yang sekarang ini terkenal sebagai Parti PAS, dan lain-lain yang ada di antaranya telah terkubur kerana tidak mendapat sokongan oleh rakyat yang berpandangan jauh.

Setelah UMNO menempuh kejayaan dalam berpolitik dengan sistem "tahaluf", maka baru sekarang PAS telah mula sedar bahawa politik berlembut dan bertolak ansur oleh pemimpin UMNO dengan British dahulu telah berjaya  menyelamatkan agama Islam. Sekarang ini PAS baru merestui sistem perkongsian kuasa sepertimana yang telah diamalkan oleh UMNO dalam BN sehingga mereka pun berpakat dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat. Sedangkan "kesepakatan" itu lebih dekat kepada penyerupaan kesepakatan "Al-Ahzab" seperti mana yang disebut dalam Al-Quran.

Sepatutnya, jika PAS telah mengakui boleh menerima sistem politik demokrasi dan menerima kaedah perkongsian kuasa dan kerjasama politik dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, kenapa PAS tidak boleh lakukan kaedah yang sama dengan UMNO? Kenapa bila UMNO ajak bersatu, PAS menolak dengan pelbagai alasan yang tidak syarie.

Terhadap UMNO kenapa PAS tidak habis-habis mengistiharkan'perang" (permusuhan), sedangkan para pemimpin dan ahli UMNO 100% Melayu (Islam). Dalam masa yang sama PAS boleh berbaik-baik dan menerima konsep kerjasama dengan PKR dan DAP yang para pemimpin
dan ahli mereka bercampur di antara orang lslam dengan bukan Islam?. Semoga persoalan ini dijawab oleh PAS sendiri. Jadi, jelaslah membuktikan bahawa apa yang PAS lakukan semuanya
kerana motif politik, bukan kerana Islam. Ertinya PAS bukan parti Islam. Cuma namanya sahaja diberi label Islam.

Dipetik dari Buku:   PAS BUKAN PARTI ISLAM
Oleh:  Sheikh Abu Muhammad  Iqamuddin

No comments:

Post a Comment