Wednesday, April 3, 2013

PR Mimpi Di Siang Hari

PR Mimpi Di Siang Hari

Baru-baru ini pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh gah mengumumkan yang PR akan menguasai PRU 13 ini termasuk menawan 7 buah negeri, tinggi angan-angannya mengalahkan mat jenin.

Mereka juga menyuarakan keyakinan kononnya PR bakal menambah jumlah kerusi Parlimen dimenangi sehingga mencecah angka 125 serentak dengan itu akan mengambil alih Kerajaan Pusat.

Penyokong PR yang duduk di bawah tempurung tentunya seronok mendengar kenyataan itu kerana sudah menjadi kegemaran mereka untuk di dodoi dengan propaganda indah-indah belaka tanpa melihat realiti semasa.

Mereka lupa sejarah penipuan PR sempena 16 September 2008 dulu, mereka lupa segala gembar-gembur propaganda lama sebelum ini yang semuanya berakhir dengan angan-angan dan bukannya kenyataan.

Bagi majoriti rakyat, propaganda sebegini hanyalah perang saraf dan propaganda murahan sebegini agak biasa dimainkan oleh pembangkang saat menjelang pilihan raya. Dulu dan sekarang sama saja nadanya.

Realiti suasana politik hari ini hakikatnya tidak memungkinkan untuk PR mengekalkan semua 4 negeri yang dikuasai mereka iaitu Kedah, Kelantan, Selangor dan Penang kemudian menawan kembali Perak serta menjajah pula Negeri Sembilan dan Perlis.

Sebaliknya yang berkemungkinan besar akan berlaku PR bakal kehilangan semua negeri yang dikuasai dan banyak kerusi yang mereka miliki akan melayang berpindah tangan.

Pembangkang berada di kedudukan hari ini bukannya disebabkan kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meraih keuntungan atas angin hasil dari kebangkitan protes khalayak terhadap kelemahan BN semasa era pimpinan sebelumnya.

Dalam keadaan BN berada di kedudukan paling lemah dalam sejarah pun pembangkang gagal menumbangkannya, di mana logiknya gabungan tidak berdaftar PR yang ditubuhkan selepas PRU 12 2008 mampu menguasai peringkat Pusat dan menawan negeri lain?

Jelas sekali propaganda murahan oleh pemimpin DAP itu tak realistik, hanya mimpi di siang hari dan angan-angan syok sendiri untuk menutup kegelisahan diri. Lagi pun rakyat bukannya buta dan pekak untuk melihat hakiki realiti.

Sejak berpuluh tahun dulu kita sudah mendengar ribuan kali kenyataan penuh yakin dari pemimpin parti pembangkang yang sering membayangkan mereka akan memenangi PRU seterusnya menguasai pemerintahan di peringkat Pusat.

Tapi tiap kali keputusan PRU diumumkan, tiap kali itu jugalah pembangkang tersungkur kerana gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat negara ini.

Bagaimana mungkin rakyat mahu memberi sokongan dan meletakkan kepercayaan kepada pembangkang jikalau pemimpinnya hanya gah berceramah di atas pentas, namun bila masuk bab kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, habuk pun tiada.

Lima tahun PR diberi peluang merajai beberapa negeri, apa yang berlaku lebih banyak politiking kepartian berbanding amal kebajikan untuk rakyat. Sebaliknya BN juga yang sering menjadikan rujukan khalayak untuk mendapatkan khidmat dan jasa bakti.

Sumber:  Beruang Biru

No comments:

Post a Comment