Monday, December 16, 2013

Singapura bukanlah negara aman seperti disangka (Utusan)

AWAL minggu lalu, dunia gempar dengan insiden rusuhan di Singapura, ekoran republik itu dikenali sebagai sebuah negara yang aman dan mempunyai penduduk yang berdisiplin.

Rusuhan itu berlaku apabila kira-kira 400 pekerja Asia Selatan merusuh di Little India selepas sebuah bas melanggar mati seorang pekerja binaan warga India, menyaksikan 39 anggota polis dan petugas keselamatan awam mengalami kecederaan dan 25 kenderaan termasuk 16 kereta polis musnah.

Kejadian itu amat mengejutkan kerana Singapura dilihat sebagai sebuah negara yang aman dan jarang mempunyai masalah-masalah sosial yang menggemparkan.

Rusuhan itu juga dianggap yang terbesar dan terburuk di republik itu dalam tempoh 40 tahun.

Selain itu, republik ini merupakan sebuah negara yang maju dan tidak mempunyai masalah ekonomi berbanding negara lain di rantau ini, menyebabkan sukar untuk mempercayai insiden rusuhan sebesar itu boleh berlaku di Singapura.

Namun begitu, mungkin ramai yang tidak mengetahui sebelum ini, sebenarnya terdapat tujuh rusuhan buruk dan berdarah pernah berlaku di republik ini sejak 1854.

Pada 1964, berlaku rusuhan kaum melibatkan kaum Cina dan Melayu ketika sambutan Hari Maulidur Rasul, kira-kira setahun sebelum Singapura berpisah dari Malaysia.

Insiden itu berlalu apabila perarakan orang Islam dari Padang sehingga ke Geylang melalui beberapa jalan iaitu Andrew Street, Beach Road dan Arab Street diganggu oleh penduduk kaum Cina menyebabkan tercetusnya rusuhan.

Sebanyak 36 orang terbunuh dan 556 cedera dalam kejadian tersebut menyebabkan kerajaan Singapura terpaksa mengisytiharkan darurat selama 11 hari untuk mengawal keadaan.

Satu jawatankuasa kemudian ditubuhkan terdiri daripada pelbagai komuniti dan kaum untuk mengembalikan keamanan dan keharmonian antara kaum Melayu dan Cina di kawasan tersebut.
Rusuhan kaum kedua di Singapura berlaku pada 1969 ekoran tempias rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia pada 13 Mei tahun tersebut.

Ia dicetuskan apabila seorang penarik beca kaum Melayu ditemui mati dibunuh selepas dipercayai diserang oleh beberapa orang kaum Cina pada 3 September tahun itu.

Ia merebak di kawasan perumahan di Geylang, Joo Chiat dan Siglap, dan sekali lagi kerajaan Singapura terpaksa melaksanakan perintah darurat dan keadaan kembali tenang beberapa hari kemudian. Sebanyak 13 orang dilaporkan terbunuh dan 106 cedera dalam insiden tersebut.

Rusuhan pertama berlaku di Singapura dilaporkan berlaku pada 5 Mei 1854 melibatkan pergaduhan antara kaum Cina Hokkien dan Cina Teochew.

Rusuhan itu berlanjutan selama 10 hari menyaksikan lebih 500 orang terbunuh. Tragedi itu dianggap sebagai satu daripada konflik terburuk melibatkan masyarakat Cina di Singapura pada kurun ke-19.

Hampir 100 tahun kemudian, pada 11 Disember 1950, sekali lagi rusuhan berlaku di republik ini membabitkan isu Islam. Rusuhan ini dianggap paling tragis apabila 18 orang terbunuh apabila berlaku pertempuran antara penduduk Islam dengan pihak polis dan tentera Britain.

Ia berpunca daripada bantahan penduduk Islam di Singapura terhadap keputusan mahkamah yang memerintahkan seorang wanita warga Belanda, Maria Hertogh atau lebih dikenali sebagai Natrah dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda, dan bapanya pula diberi hak menentukan agama anak gadisnya itu.

Dalam pertempuran itu sebanyak 173 yang lain turut cedera dalam insiden yang turut dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Sebanyak tiga rusuhan lagi berlaku dalam tempoh tiga tahun selepas itu dari 1953, dikenali sebagai Rusuhan Latihan Khidmat Negara, Rusuhan Hock Lee Bus dan Rusuhan Sekolah Menengah Cina.

Rusuhan Latihan Khidmat Negara pada 13 Mei 1954 berlaku selepas kira-kira 500 pelajar membantah undang-undang Britain di Singapura yang menetapkan penduduk lelaki berusia antara 18 dan 20 tahun perlu menjalani program khidmat negara itu secara separuh masa.

Demonstrasi yang mereka adakan bertukar menjadi pertempuran apabila polis cuba menyuraikan keadaan, menyaksikan 26 orang cedera dan 48 lagi ditahan.

Rusuhan Hock Lee Bus pada 12 Mei 1955 pula tercetus selepas pekerja di Singapura tidak bersetuju dengan waktu kerja dan gaji yang rendah dan mereka bertindak menghalang perkhidmatan bas beroperasi.

Seramai empat orang terbunuh dan 31 lagi cedera apabila polis bertindak menggempur kumpulan perusuh itu.

Rusuhan Sekolah Menengah Cina, pula tercetus apabila Ketua Menteri ketika itu, Lim Yew Hock mengharamkan dua pertubuhan prokomunis, Persatuan Wanita Singapura (WSA) dan Persatuan Muzik Cina Gong serta membubarkan Kesatuan Pelajar Sekolah Menengah Cina Singapura (SCMSSU).

Sebanyak 13 orang terbunuh dan lebih 100 lagi ditahan apabila bantahan yang diadakan kumpulan pelajar bertukar ganas dan merebak ke kawasan bandar raya.

Sumber:  Beruang Biru

Rayuan Kes Liwat 2: Antara Nate Tisa dan Saiful Bukhari

Rayuan kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 11 dan 12 Disember telah berlalu tanpa kehadirannya.  Jelas sekali Anwar tidak mengambil berat soal keadilan walaupun melibatkan diri sendiri.  Namun, yang paling teruk terjejas, tentulah mangsa dalam kes ini, iaitu Saiful Bukhari.

Keadilan yang tertangguh adalah ketidakadilan.  Jelas, sistem kehakiman negara ini telah melakukan ketidakadilan terhadap pihak pendakwa atau mangsa.

Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna kebenaran tidak pernah atau tidak akan terserlah.  Malah, dalam kes liwat ini, kebenaran mungkin telah diserlahkan oleh Anwar Ibarhim sendiri dengan  memilih untuk tidak hadir ke mahkamah atas alasan menghadiri Seminar anjuran International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Georgetown University, Washington.

IIIT mempunyai sejarah homoseksualnya sendiri di mana Pengerusinya, Ismail AlFaruqi telah dibunuh kerana terlibat dengan aktiviti homoseksual.  Joseph Louis Young, iaitu seorang pelajar kulit hitam yang baru memeluk Islam telah mengaku membunuh AlFaruqi dan isterinya kerana memaksa pelajar melakukan hubungan homoseksual untuk mendapatkan biasiswa.  Young percaya bahawa perbuatannya adalah tepat bagi memelihara kesucian Islam.

IIIT juga dikaitkan dengan CIA di mana ia dikatakan tempat untuk mengkaji pemikiran umat Islam untuk membantu pihak Neo-con memanipulasi dan melaga-lagakan umat Islam sesama sendiri demi mencapai cita-cita untuk menakluk dunia.

Apa yang menarik ialah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan AlFaruqi dan IIIT.  Sehingga kini, Anwar terus rapat dengan personaliti utama IIIT seperti Abd. Hamid Sulaiman, Dr. Ahmad Totonji dan Dr. Jamal Al-Din.

Justeru, tidak hairanlah Anwar memilih untuk menerima jemputan IIIT ke Georgetown University walaupun beliau sepatutnya hadir ke mahkamah pada hari yang sama.

IIIT mungkin masih menyembunyikan skandal homoseksual dalam organisasi itu, tetapi tidak bagi Georgetown University. Pada 17 Mac lalu, University itu telah melantik Presiden Homoseksual Pertama bagi Persatuan Pelajar iaitu Nate Tisa.  

Anwar yang membentangkan kertaskerja dalam Seminar anjuran IIIT di Universiti itu dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Nate Tisa.  Malah, khabar angin menyatakan bahawa Nate Tisa adalah agenda utama Anwar ke Washington dan Seminar adalah agenda Kedua.

Nampaknya keterujaan Anwar untuk bertemu dengan Nate Tisa membuatkan beliau sanggup mengenepikan keperluan untuk membela diri di mahkamah dalam kes Liwat 2.

Kesimpulannya, walaupun keadilan tidak semestinya tercapai, tetapi kebenaran adalah pasti dan tidak boleh diubahsuai. Dalam hal ini, keutamaan Anwar kepada Nate Tisa, Georgetown University dan juga IIIT dengan sendirinya memberitahu kita tentang kebenaran dalam kes Liwat 2.  

Sumber:  Beruang Biru

Banjir: Guan Eng Menjual ‘Impian Pahang’ Pula

Dalam Konvensyen DAP yang berlangsung Ahad lalu, Lim Guan Eng membuat ucapan yang membuatkan kita tersengih-sengih mendengarnya.  Kata Guan Eng, beliau berjanji sekiranya PR dapat memenangi Putrajaya maka masalah banjir di Pahang akan diselesaikan dalam masa satu penggal sahaja.

Mungkin reaksi paling tepat terhadap ucapan Guan Eng ialah dengan memberikan beliau gambar-gambar banjir di Pulau Pinang bersama dengan cermin.

Masalah banjir di Pahang mungkin merupakan sesuatu yang biasa kita dengar walaupun tidak seburuk tahun ini.  Tetapi, masalah banjir terburuk di Pulau Pinang yang berlaku pada 2011 dan berulang lagi pada 2013 bukanlah perkara biasa. Sedar atau tidak, negeri itu hanya mengalami banjir yang buruk sejak diperintah oleh DAP.

Kita tidak perlu menjadi pakar dalam bidang geologi untuk memahami kenapa bencana ini terjadi di Pulau Pinang.  Cukup dengan melihat dengan mata kasar kerakusan kerajaan DAP membuat pembangunan tanpa menghiraukan kesannya kepada alam sekitar.

Apa yang menarik ialah Guan Eng hampir langsung tidak membuat kenyataan mengenai banjir di Pulau Pinang ketika masalah itu berlaku di sana.  Malah, akhbar milik DAP, Roketkini juga bagai segan-segan untuk menyentuh mengenai masalah itu.  Tidak salah dikatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang lebih ‘selesa’ membiarkan pihak lain untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Justeru, tentulah jelek sekali apabila dengan tidak semena-mena, Guan Eng menyatakan ‘minat’ untuk menyelesaikan masalah banjir di negeri lain di kala beliau mengabaikan masalah di negeri sendiri.   Sedangkan, di Pulau Pinang Guan Eng tidak perlu menunggu untuk mendapat kuasa untuk berbuat sesuatu kerana beliau telah pun berkuasa.  Inikan pula untuk menunggu mendapat kuasa dahulu di Putrajaya untuk menangani masalah Pahang.

Jelas, janji-janji DAP mengenai menyelesaikan masalah banjir  hanyalah satu lagi produk dalam siri ‘Impian’ parti itu. Sebelum ini, DAP telah menjual Impian Sabah dan juga Impian Sarawak.

Bagaimanapun, kita percaya tidak ada sesiapa yang akan terpedaya dengan promosi mimpi DAP setelah melihat apa yang terjadi di Pulau Pinang.  Jangankan DAP menyelesaikan apa-apa, tetapi DAPlah yang menjadi punca masalah banjir buruk di negeri itu.

Sekiranya berkuasa, kita pasti DAP tidak akan membiarkan walau sekangkang kera tanah yang tidak dibangunkan di negara ini.  Jika perlu dirampas secara paksa atau dibina bangunan secara haram juga DAP akan tetap membangunkan setiap inci tanah demi apa yang dipanggil mereka ‘keuntungan’.

Oleh itu, sekiranya DAP berjaya merampas Putrajaya, maka bersedialah kita semua untuk menghadapi banjir yang jauh lebih besar lagi di seluruh Malaysia. DAP pula akan menjaja bencana itu sebagai ‘keuntungan negara’.

Sesungguhnya, keuntungan bagi kerajaan DAP dan pemaju merupakan kerugian kepada rakyat marhaen dan juga alam sekitar.

Bagaimanapun, memandangkan masalah CEC DAP masih belum selesai sepenuhnya, maka kita bolehlah menganggap yang ucapan Guan Eng itu dibuat dalam Konvensyen yang berlangsung dalam ‘mimpi’nya sahaja.

Sumber:  Beruang Biru

Friday, December 13, 2013

Mat Sabu Makin Panik, Apabila Hadi Awang Kata Pas Akan Ambil Tindakan Terhadap Ahli Syiah.

Pendedahan terbaru yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,  Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam pasti membuatkan tidur Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semakin tidak lena. Ini kerana pendedahan tersebut dilakukan berdasarkan penelitian, siasatan yng dijalankan, kenyataan serta tindakan Mat Sabu sebelum ini yang jelas mencurigakan.

Dalam satu sidang media di Putrajaya semalam, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk keterangan daripada Mat Sabu sendiri.

Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni" dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.

"Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.

Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Julai 2011.

Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.

Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.

Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.

Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan Syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah.

Ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013 sebelum ini, Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mendedahkan pihak KDN mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan Syiah.

Malah Zahid turut menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas agar menolak pemimpin terbabit malah turut melahirkan rasa hairan, bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti itu.

Paling menarik, ekoran kenyataan tersebut ramai pemimpin pakatan pembangkang khususnya Pas segera tampil membuat kenyataan membela Mat Sabu, sedangkan ketika pendedahan itu dilakukan, Zahid langsung tidak menyebut mana-mana nama individu. Malah ketika diminta mengulas mengenainya, Mat Sabu dengan pantas mengatakan akan mengambil tindakan terhadap Zahid ekoran kenyataan tersebut.

Mungkin kerana menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, Mat Sabu dengan segera membuat kenyataan balas mengatakan dia tidak pasti sama ada kenyataan Zahid itu merujuk kepada dirinya atau sebaliknya.

Selain pihak KDN, ramai di kalangan pimpinan Pas turut mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah apabila isu mengenai fahaman sesat itu dibangkitkan. Malah ia turut diakui sendiri Mat Sabu ketika siri kempen pemilihan yang diadakan oleh parti itu baru-baru ini.

Beberapa hari sebelum berlangsung muktamar, Mat Sabu dilaporkan bertemu dengan beberapa orang kenalannya untuk menyuarakan kebimbangannya. Dia mengeluh kerana kurang senang dengan gaya dan bentuk kempen keterlaluan yang dijalankan oleh para pengikut dan penyokong Pas.

"Aku dituduh Syiah!” begitulah antara katanya ketika bercakap dengan salah seorang rakan yang ditemui itu dengan nada sedih dan kecewa.

 "Apa Syiah buktikan dulu. Aku hanya mengambil semangat revolusi Iran untuk menghadapi Umno. Apakah kerana pernah ke Iran maka dituduh Syiah…” katanya lagi

Disebabkan pendedahan yang dilakukan semalam, Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang terpaksa menulis kenyataan yang panjang lebar di dalam ruangan portal pembangkang, bagi membela Mat Sabu. Namun apabila diteliti semula artikel tersebut ada ayat-ayatnya yang seakan ingin memberi tekanan kepada Mat Sabu.

“Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al "Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli Sunnah wal Jama'ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli Pas WAJIB menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam Pas” katanya.

Menurutnya lagi, parti itu bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang jelas telah terpesong dari fahaman Ahli Sunnah wal Jama'ah.

“Pas juga memahami betapa Revolusi Islam Syi'ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia dan Pas dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat. Pas tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.

“Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada Pas atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab Ahli Sunnah yang didukung oleh Pas secara istiqamah dan muhasabah” tegasnya lagi.

Parti itu sebelum ini sering bercanggah pendapat berhubung dasar parti, tiap kali isu Syiah dibangkitkan. Sebagai contoh Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata tidak seorang pun pemimpin parti it yang terlibat dengan Syiah.

“Berdasarkan pemantauan, tiada seorang pemimpin Pas terlibat dengan Syiah dan kami telah pun membuat penafian berhubung perkara ini."Ia hanya spekulasi pihak luar yang khabar angin untuk mereka dan juga Umno sahaja. Jika KDN ada bukti, sila buktikan, jangan hanya bermain politik sebegini” katanya.

Namun yang menghairankan ialah, dia yang pada mulanya meminta pihak KDN agar mengeluarkan bukti bagi menyokong dakwaan tersebut mengatakan parti itu akan tetap mempertikaikannya.

"Jika beliau berjaya membuktikan ada pemimpin Pas yang mengikut fahaman Syiah, Pas tetap mempertikaikannya. Kami hanya akan mengambil tindakan apabila kami sendiri melihat serta mengkaji bukti tersebut," katanya.

Walau bagaimanapun bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi sebelum berkata ada ahli Pas di Kedah yang diakui mengamalkan fahaman sesat Syiah.

“Setahu saya ada ahli Pas yang amal Syiah tetapi saya tegaskan, bukan daripada kalangan pimpinan tertinggi parti,” katanya.

Phahrolrazi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi, Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis), Ashiq Elahi yang bersedia mendedahkan nama pemimpin parti politik yang terlibat dengan kegiatan Syiah selepas pengharaman Syiah diwartakan.

Ashiq mendakwa sekurang-kurangnya enam pemimpin utama sebuah parti politik di negeri ini terlibat Syiah.

Sumber:  Beruang Biru

Pembangkang Jahil Mengenai IPP

Kenaikan tariff elektrik baru-baru ini telah menjadikan Penjana Tenaga Bebas (IPP) sebagai sasaran tembakan pembangkang terhadap kerajaan.  Keputusan tidak popular ini sememangnya sukar untuk dicerna oleh rakyat, sekali gus memberi kelebihan kepada pembangkang.

Sebagai rakyat yang bijak, kita tidak seharusnya menerima bulat-bulat apa saja hujah tidak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Sebaiknya, kita mengkaji dan menganalisa sendiri latarbelakang dan kesan dari keputusan yang dibuat.

Kewujudan IPP sebenarnya banyak membantu negara dari segi menangani krisis bekalan tenaga dengan menggunakan dana swasta.  Di kala Malaysia beralih ke era perindustrian iaitu dalam tahun 1990-an, kewujudan IPP adalah tepat di mana ia mampu mengelakan krisis tenaga yang teruk di samping menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

IPP terbukti merupakan antara faktor utama yang menjadikan Malaysia destinasi kegemaran pelabur.  Pembekalan tenaga yang efisien amatlah penting bagi industri-industri terutamanya perkilangan.  Mengenalpasti peranan IPP dalam ekonomi negara, kerajaan telah memastikan yang ia mendapat diskaun korporat dari pembekal, iaitu Petronas.

Pembekalan gas oleh Petronas kepada IPP dan TNB dengan harga rendah mampu mengawal tariff agar kekal pada harga yang berpatutan.  Harga ‘diskaun’ yang diberi Petronas kepada IPP dan TNB melibatkan jumlah sehingga RM12 billion setahun.

Selain mempersoalkan subsidi kepada IPP, pembangkang juga menuduh kononnya IPP diberi pada kroni, iaitu YTL yang mana membuktikan kerajaan tidak telus.

Namun, kita pasti seluruh rakyat sedia maklum bahawa siapa jua yang mendapat projek tersebut akan tetap dilabel sebagai kroni di negara ini.

Perlu diingatkan bahawa IPP dan juga TNB tidak dapat menjual gas tersebut secara langsung kepada pengguna untuk keuntungan syarikat mereka, tetapi mereka membekalkan tenaga sahaja kepada pengguna.  Pengurangan subsidi terhadap pengguna juga tidak memberi apa-apa keuntungan kepada IPP.  Kenaikan tariff elektrik adalah berpunca dari kenaikan semasa dari segi penyelenggaraan, operasi dan bangunan.

Selain subsidi, pembangkang juga mempersoalkan mengenai simpanan tenaga yang tinggi dan menyarankan agar ianya dikurangkan dari 52% kepada 30% bagi menjana keuntungan sehingga RM20 billion.  Saranan ini membuktikan bahawa pembangkang gemar mencari cara mudah untuk membuat keuntungan sekali gus mencerminkan cara mereka mentadbir negeri-negeri jajahan mererka.

Nampaknya, pembangkang tidak faham bahawa margin simpanan tenaga yang tinggi adalah penting bagi menarik pelabur asing melabur di negara ini.

Di bawah transformasi Industri Bekalan Elektrik Malaysia, TNB kini perlu bersaing dengan IPP lain untuk pembinaan loji tenaga baru.  Proses pembidaan pertama untuk loji tenaga di Prai telah dimenangi oleh TNB.  Ini membuktikan bahawa TNB tidak lagi memonopoli industri ini dan perlu bersaing dengan berusaha membekalkan khidmat terbaik kepada pelanggan.
Persaingan ini pastinya memberi manfaat kepada pengguna kerana berpeluang menikmati perkhidmatan yang lebih baik.

Sumber:  Beruang Biru

Kezaliman & Rasis DAP di Pulau Pinang

Sejak berjaya mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, kerajaan DAP pimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dilihat semakin angkuh dan zalim terutamanya yang melibatkan isu bangsa Melayu dan India. Watak dan penampilan mereka jelas berbeza berbanding sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU13).

Jika sebelum ini masyarakat Melayu diangkat seperti ‘menatang minyak yang penuh’, namun sejurus selepas menang pilihanraya, nilai mereka hanyalah seperti duit lima kupang. Ia bukanlah cakap kosong semata-mata, namun perkara itu diakui sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu negeri, Zulkifli Mohd Noor yang berkata kewujudan ahli Melayu dalam parti tersebut jika mahu digambarkan dengan mata wang hanya bernilai 50 sen.

Menurutnya penyertaan orang Melayu dalam DAP tidak pernah dihargai para pemimpinnya malah kehadiran mereka dilihat sekadar mengaburi mata rakyat bagi menggambarkan keahlian parti tersebut terdiri daripada berbilang kaum. Contohnya ketika pemilihan parti yang diadakan pada hujung tahun lalu, tiada seorang pun calon wakil Melayu yang menang sekali gus memberikan gambaran sebenar kedudukan ahli-ahli Melayu dalam DAP.

Sedangkan sebelum ini, Guan Eng dengan bangganya mengatakan mahu mengikut jejak Khalifah Umar Abd Aziz bagi mengambarkan kononnya walaupun merupakan tokoh DAP yang dianggap rasis, dia lebih memahami Islam berbanding orang lain. Di atas pentas yang dihadiri ramai orang Melayu, Guan Eng begitu beria-ria bercakap perihal khalifah Islam itu.

Sedangkan apabila diteliti pendekatan tersebut hanya bertujuan untuk mengunakan dan memperbodohkan pengundi Melayu kononnya dia faham akan ciri-ciri pentadbiran khalifah Islam, Bani Umaiyyah. Paling menarik apabila kaedah tersebut hampir sama dengan pendekatan pemimpin Republik Rakyat China menggunakan The Little Red Book yang mengandungi petikan Pengerusi Mao Tse Tung.

Apa yang anehnya, orang yang mendabik dada ingin mengunakan pendekatan Islam ini, langsung tidak berminat untuk mempertahankan hukum hudud sebagaimana yang dilakukan oleh cicit kepada khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.  Dari segi ini, nampaknya sebagaimana maksud peribahasa Inggeris, the appearance is more important than substance.

Tidak cukup dengan guna maskot tidak rasmi pemerintah Islam itu, ketika Ramadan pula, jadual Guan Eng agak sibuk ke sana ke mari untuk bersama umat Islam berbuka puasa seolah-olah ia sudah menjadi satu ‘majlis’ dan bukan lagi satu ibadah eksklusif umat Islam. Itu belum lagi diambil-kira peruntukkan yang diberikan kepada guru agama, imam dan sebagainya.

Namun semua yang dilakukan itu sebelum PRU13, sebaik sahaja berjaya mengekalkan kuasa, lagaknya mula berubah. Daripada seorang yang agak Islamik, dia kembali menjadi seorang pemerinah yang zalim lagi rasis.

Contohnya, sejak PRU-13 tamat, apa yang telah kerajaan DAP mereka lakukan untuk kebajikan rakyat. Mereka hanya berkempen dan berpolitik setiap masa tetapi tidak ada apa yang mereka lakukan untuk rakyat. Harga surcaj air naik 100 peratus, rumah kos rendah dan sederhana sehingga kini masih tidak nampak bayang dan peniaga kecil diganggu sehingga pendapatan mereka terjejas.

Antaranya tindakan melampau DAP yang merobohkan gerai-gerai makan di Teluk Bahang, Jelutong, Batu Feringgi dan Padang Kota tanpa sebarang notis. Malah mereka juga tergamak untuk meruntuhkan rumah seorang warga emas di Kampung Lengkok Sungai Gelugor.

Tidak cukup dengan itu, nasib 58 keluarga yang rata-ratanya dihuni oleh golongan nelayan juga seperti tidak menentu apabila kerajaan negeri mengarahkan mereka mengosongkan rumah di Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung walaupun perkampungan tersebut telah wujud hampir 100 tahun lalu.

Malah sebelum ini penduduk di Kampung Genting, Balik Pulau turut terkejut apabila dimaklumkan mengenai tindakan Guan Eng yang mahu mengambil tanah mereka atas alasan untuk mewujudkan ‘hab pendidikan’.

Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan layanan yang diberikan selama ini, PAS Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan akan meletak semua jawatan dalam kerajaan negeri. Menurut meraka pentadbiran Guan Eng langsung tidak mempedulikan Pas malah mereka juga seolah-olah dinafikan hak untuk bersuara yang diumpamakan seperti melukut di tepi gantang.

Terbaru Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Jahara Hamid sebelum ini mempersoalkan kenapa tiada tindakan diambil terhadap penjaja Cina yang berniaga secara haram sepanjang Pantai Bersih, Butterworth. Ekoran kenyataan tersebut, Guan Eng kemudiannya berkata, beliau sentiasa memikirkan Jahara sebagai nenek yang biasa tetapi beliau kemudiannya menjadi"nenek yang rasis dan tidak munasabah".

Kesimpulannya, DAP dan sikap perkauman boleh disifatkan tidak dapat dipisahkan. Kepada orang Melayu khususnya, nilailah sendiri apakah benar Guan Eng mengamalkan pemerintahan ala Khalifah Umar Abd Aziz atau ia sebenarnya hanya sekadar retorik politik semata.

Sumber:  Beruang Biru

Kenapa Rusuhan di Singapura Tidak diPerbesarkan CNN?

Ahad lalu, jiran kita iaitu Singapura yang menjadi kiblat masyarakat Cina di Malaysia menyaksikan rusuhan terburuk dalam sejarahnya. Kira-kira 400 perusuh telah membuat kacau memusnahkan harta awam serta membakar kenderaan di kawasan Little India.  Ia berpunca dari seorang lelaki India berusia 33 tahun telah mati dilanggar oleh sebuah bas ketika melintas jalan.

Pihak berkuasa negara itu mengerahkan lebih 300 anggota keselamatan untuk meleraikan rusuhan.  Sehingga kini 27 orang telah ditangkap manakala 18 orang termasuk polis dan juga pemandu dan konduktor bas, telah cedera dalam rusuhan tersebut.

Bagi sebuah negara kecil iaitu 714.3 km/p dengan populasi lebih kurang 5 juta, rusuhan yang melibatkan 400 perusuh dan kemusnahan yang berlaku pada Ahad lalu, bukanlah besar, tetapi bukan juga kecil.  Apatah lagi bagi sebuah negara yang sering mendabik dada sebagai lebih bijak dari kebanyakan negara di dunia, yang meletakkan kedudukannya sebagai setaraf dengan negara maju di barat dan memandang rendah pada rakan-rakan Asianya.

Rusuhan yang buruk dalam negara ini yang turut terkenal dengan undang-undang yang ketat tentunya merupakan satu berita hangat.

Namun, pelik sekali apabila media barat, terutamanya CNN tidak pula memberi liputan meluas mengenainya.  Sedangkan selama ini CNN cukup berminat dengan berita sebegitu.  Malah, rusuhan kecil juga sering diperbesar-besarkan, diulang-ulang dan dibincang berkali-kali dalam program-program mereka.

Demonstrasi BERSIH atau Blackout atau Himpunan Kebangkitan Rakyat di Malaysia, misalnya, sering mendapat liputan meluas di CNN walaupun tidaklah seburuk mana.  Benar, jumlah pendemonstrasi lebih ramai dari Singapura tetapi perlu diingatkan bahawa Malaysia juga lebih besar dari Singapura dengan jumlah penduduk 23 juta iaitu hampir 4 kali ganda.  Pun begitu, kesannya tidak seburuk yang berlaku di Singapura.

Dalam setiap demonstrasi di Malaysia kita boleh melihat bagaimana sebahagian dari mereka yang berada di tempat kejadian bukannya turut berdemonstrasi, tetapi sekadar ingin melihat sendiri kekecohan itu, tanpa sedikit pun merasa takut.  Jelas, rakyat negara ini cukup yakin dengan kecekapan polis menangani manusia-manusia tidak bertamadun yang menjadikan demonstrasi sebagai hobi.

Bagaimanapun, demonstrasi di Malaysia pasti menarik minat media barat.  Beberapa pemimpin barat turut memberi perhatian sehingga ada yang membuat kenyataan seolah-olah ingin mengajar, kalau pun tidak memberi tekanan kepada Malaysia.  Media barat juga sedaya upaya cuba menggambarkan seolah-olah Malaysia tidak lagi selamat.  Walhal, rakyat Malaysia sendiri hanya memandang demonstrasi itu dengan sinis sahaja tanpa sedikit pun merasa terancam kerana tahu bahawa ia dilancarkan tanpa sebab yang konkrit tetapi sekadar untuk mencari publisiti di media asing.

Berbeza dengan demonstrasi di Singapura, rakyat dan kerajaan negara itu jelas terlepas pandang akan sesuatu yang telah lama terpendam di hati manusia yang menduduki negara itu.

Sesuatu rusuhan seganas itu tidak mungkin tercetus hanya kerana satu insiden seperti kemalangan.  Rusuhan ganas adalah kemuncak dari rangkaian keadaan atau peristiwa yang menyebabkan ketidakpuasan hati dan kemarahan terpendam lama.

Memandangkan yang terlibat adalah warga asing yang kebanyakannya dari India dan Bangladesh, maka kemungkinan besar rusuhan ini berkait rapat dengan cara Singapura melayan pekerja asing di peringkat bawahan atau buruh kasar.   Tahun lepas, warga asing dari China yang menjadi pemandu bas di negara itu juga telah melancarkan mogok kerana tidak puas hati terhadap layanan dan gaji yang diterima mereka.

Ini menguatkan persepsi mengenai trend menindas golongan bawahan di Kota Singa itu.  Persepsi ini amat menepati sikap kiasu kaum Cina yang mendominasi negara itu.

Bagaimanapun, sepertimana CNN tidak begitu berminat dengan rusuhan ganas di Singapura, begitu jugalah kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi manusia di barat tidak begitu berminat dengan golongan yang tertindas di Singapura.

Nampaknya, Singapura mendapat layanan istimewa dari barat.  Segala keburukan negara itu tidak akan dihebahkan dan sebaliknya hanya kebaikannya sahaja yang ditonjolkan.  Ini mengukuhkan anggapan ramai bahawa Singapura merupakan ‘adik’ kepada Amerika Syarikat atau lebih tepat kumpulan Neo-con yang sedang bermaharajalela di seluruh dunia melalui operasi pertukaran rejimnya.

Justeru, tidak hairanlah apabila CNN hanya memberi liputan ‘melepas batuk di tangga’ mengenai rusuhan di Singapura kerana imej negara itu perlu dijaga agar ia dapat terus menjadi mata, telinga ataupun ‘alat’ Amerika Syarikat di Asia Tenggara, dalam usaha kuasa besar itu untuk menguasai dunia.

Sumber:  Beruang Biru

Thursday, December 12, 2013

Khalid Naikkan Gaji Guna Peruntukan Kerajaan Persekutuan – Khir Toyo

Sebelum ini masyarakat khususnya di Selangor terkejut dengan tindakan melampau kerajaan negeri itu untuk meluluskan usul kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan untuk semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 ini.

Di sebalik polemik itu, ada yang merasakan kenaikan itu sebagai umpan untuk memancing semua Adun agar menolak sebarang cubaan menukar pucuk kepimpinan negeri. Ini kerana umum mengetahui, sejak dipilih semula sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim sentiasa berdepan dengan pelbagai isu yang dipercayai didalangi oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Mungkin kerana tidak tahan dengan ‘gerakan’ Azmin yang sentiasa menjadi duri dalam daging, Khalid baru-baru dilaporkan membuat kenyataan untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada Mei tahun depan.Selain untuk mengukur kekuatan, Khalid mungkin merasakan ia adalah merupakan medan yang terbaik untuk membunuh karier politik anak emas Anwar itu sekali gus mengurangkan cengkaman Azmin di dalam PKR.

Malah tidak kurang juga, ada yang merasakan, kenaikan mendadak itu sebagai tanda protes terhadap kritikan terbuka Anwar yang telah mencalarkan imejnya. Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Pembangkang itu dikatakan menempelak Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya.

Paling menarik, apabila para pencacai pakatan cuba mempertahankan tindakan Khalid itu dengan mengatakan ia adalah kerana sikap berjimat cermat Khalid yang begitu teliti mengurus tadbir kewangan negeri. Namun apabila diteliti, sumber kewangan yang digunakan untuk kenaikan gaji dan elaun itu adalah berpunca dari dan yang diperoleh dari kerajaan persekutuan.

Mantan menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo menjelaskan dana yang digunakan untuk menaikkan gaji itu adalah sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Menurutnya RM600 juta daripada rizab Selangor adalah lebihan peruntukan MARRIS yang gagal dimanfaatkan Pakatan Rakyat negeri itu.

"ADUN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari sebelum ini memberitahu lebihan dana MARRIS dimasukkan ke dalam simpanan rizab Selangor. Daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan bagi kepada kerajaan negeri RM1.75 bilion. Tetapi yang dibelanjakan hanya RM1.1 bilion.

"Bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan untuk digunakan perbaiki jalan, tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab," kata.

Kesimpulannya, kenaikan tersebut bukanlah kerana Khalid hebat menguruskan kewangan kerajaan negeri seperti yang didakwa oleh para pencacai mereka. Realitinya ia adalah merupakan kegagalan kerajaan negeri menguruskan dana MARRIS sehingga menyebabkan rakyat Selangor terpaksa menggunakan jalan yang tidak diselenggarakan dengan sempurna.

Atau dalam bahasa mudah, rakyat terpaksa menanggung kesulitan melalui jalan raya yang rosak dan berlubang yang ada kalanya menjadi punca kemalangan jalan raya, semata-mata untuk membolehkan Khalid naik gaji. Apabila dipersoalkan, jawapan yang paling mudah adalah meletakkan kembalikan kesalahan tersebut kepada kerajaan persekutuan.

Laporan Audit Negara 2013 sebelum ini mendedahkan 75 peratus rakyat negeri itu merungut dengan keadaan jalan raya yang berlubang dan tidak dinaik taraf.

Sumber:  Beruang Biru

Tidak Hadir Rayuan Kes Liwat 2: Anwar Memijak ‘Keadilan’

Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes liwat 2 yang melibatkan Anwar Ibrahim yang dijadualkan hari ini telah menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim.  Alasan yang dikemukakan oleh peguam beliau ialah Ketua Pembangkang itu berada di Washington untuk menghadiri seminar.

Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil membuat bantahan ke atas kegagalan Anwar untuk hadir. Menurutnya, dalam sebarang perbicaraan jenayah, responden adalah wajib hadir.

Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya membuktikan bahawa beliau tidak pernah menghormati keadilan.  Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar telah menunjukkan sikap paling tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap undang-undang negara.

Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik gambarnya dengan pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah tiada apa-apa yang penting yang harus ditanganinya di tanah air.  Perlu diingatkan bahawa pada ketika yang sama, rakyat negara ini sedang berhadapan dengan bencana banjir paling buruk.  Sekurang-kurangnya, Anwar boleh menolak untuk hadir ke seminar atas alasan ingin membantu rakyat.  Namun, ini tidak berlaku.

Anwar dilaporkan sedang menghadiri Seminar anjuran IIIT (International Institute of Islamic Thought) iaitu sebuah organsasi yang menggunakan nama Islam secara meragukan berdasarkan latarbelakang mereka yang menerajuinya.  IIIT berpengkalan di Herndon Virginia mempunyai hubungan  yang rapat dengan CIA.  Antara nama-nama besar di dalam IIIT adalah Youseff Nada yang juga merupakan antara pencetus Arab Spring yang menghancurkan dunia Islam.  Selain itu, kematian pengasas IIIT iaitu Ismail Faruqi, diselubungi skandal homoseksual dan pembunuhan yang mengejutkan.   IIIT juga mempunyai jaringan dengan organisasi Yahudi yang merancang pertukaran rejim di negara-negara sasaran Amerika.

Oleh itu, kehadiran Anwar ke seminar IIIT sambil mengabaikan proses keadilan ke atas dirinya dan mangsa, iaitu Saiful Bukhari dalam kes liwat 2 amatlah tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa Anwar memilih untuk tidak hadir ke mahkamah serta lari ke Washington bukan kerana biadap, tetapi sebenarnya kerana takut.

Ini berdasarkan perkembangan terkini mengenai kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendedahkan hubungan Anwar dengan Datuk Mat Zain Ibrahim dan juga Datuk Ghani Patail, Peguam Negara.  Selama ini, rakyat Malaysia cukup musykil dengan keputusan mahkamah dan tindakan Peguam Negara dalam menangani kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim di mana hampir semuanya memihak kepada Anwar dalam cara yang begitu ‘misteri’.

Justeru, kenyataan Tan Sri Shafee mengenai pendedahan yang mungkin dibuatnya menyebabkan seluruh rakyat teruja manakala Anwar pula resah gelisah.

Apapun, yang penting untuk diberi perhatian di sini ialah fakta kes yang mana terdapat ‘mangsa’ yang sedang mencari keadilan.  Mangsa di dalam kes ini bukan Anwar, tetapi Saiful Bukhari.  Seperti semua mangsa-mangsa kes jenayah seksual, Saiful berhak mendapat keadilan.  Rayuan yang dikemukakan oleh pihaknya bukan bermotif politik tetapi sekadar mencari keadilan semata-mata.

Atas dasar ini, sekurang-kurangnya, sebagai seorang manusia yang waras, Anwar seharusnya memahami bahawa beliau bukan berhadapan dengan seorang politikus, tetapi bekas pekerjanya sendiri.

Anwar boleh menuduh semua ini hanya konspirasi, tetapi sebagai seorang yang mengaku tidak bersalah, beliau harus berani berhadapan dengan mangsa di dalam mahkamah sebagai seorang lelaki sejati.

Cerita-cerita bahawa mahkamah tidak adil tidak lagi laku pada hari ini kerana seluruh dunia telah menyaksikan bagaimana mahkamah yang sama telah melepaskan Anwar berkali-kali.

Justeru, kenapa Anwar harus takut, mengelak dan cuba lari?

Sumber:  Beruang Biru

Wednesday, December 11, 2013

Amnesty International is Doing More Harm than Good to Anwar

Anwar Ibrahim’s sodomy trial must be the longest sexual crime trial ever recorded.  Anwar was acquitted last year for reasons that it was unsafe to convict him over DNA samples which was not handled properly. This, despite the samples matched his, and despite the fact that CCTV recordings, timings and witnesses’ testimonies are all pointing towards Anwar.  

His acquittal is inconsistence with his stories about the government having influenced in the judiciary and that he would never win the case.  All the years, Anwar has been going around the world telling the same story of the cruel regime of Barisan Nasional.  According to him, the BN leaders, whoever they are, Mahathir or Abdullah or Najib, they all just want him dead or locked-up.

However, Anwar is ever free to roam the world, telling all these stories without being shot dead by the cruel regime.  He even managed to give quite a tough fight in the last election which he claimed to be the most unfair and unclean, with results already set for the BN to win big.

What is even more mind-boggling is that he won the sodomy case and forced the victim to appeal.

The inconsistencies in his stories are what caused the people to turn away from him.  His best buddies, his most trusted aides, his confidantes, his followers are all abandoning him in a steady flow.   His own people, the Malays, have no more respect for him except for a small number who believes in liberalism and supports the rights of LGBT.  

Thus, makes his guilt of sodomy even more obvious and convincing.

It is a common knowledge of the Malaysians that Anwar Ibrahim is a liar and a bisexual.  Anwar Ibrahim has been telling lies all his political life.  There must be a reason why he is called the Chameleon by the Economist.

As what is expected from a guilty person, the Appeal for the sodomy case which is scheduled today, has certainly makes Anwar uneasy, could be a little scared.

Oh yes, Anwar is not as brave and strong as he claimed to be.  We can never forget how he ran frantically to the Turkey’s Embassy when the police report was made against him.  As much as he likes to be compared to the great leaders of the world like Mandela or Gandhi, Anwar is not anywhere near them.  Anwar is afraid of jail-time, most probably because, unlike them, Anwar is guilty as charged.

Just as predicted, whenever Anwar is scared, he would be running to his friends in the west for help.  Amnesty International (AI) is first to come to the rescue on this one by publishing an article claiming that the charges against Anwar is politically motivated.

AI said that the charge is an attempt to stop Anwar from running for election.  AI must have forgotten that the election is over and nobody stopped Anwar from contesting.  As a matter of fact, Anwar’s majority had dropped quite drastically and shamefully for a man so well-known and ‘praised’ internationally.  His coalition though, had performed quite well.

Obviously, it was a fair and clean enough election.

If Anwar’s western buddies have a little intelligence, they should have stayed away from Anwar in order to help him.  The ‘interference’ from AI will only convinced Anwar’s followers and supporters - the Malaysians, that he is a bisexual and he did sodomized the victim. Isn’t LGBT rights is one of AI’s interest?

AI might have been promoting itself as an independent organization which fights for human rights, transparencies and justice but one would have to be as naive as a baby to believe so.  On page 11 of Amnesty International Limited’s 2011 Report and Financial Statement (.pdf) it states (emphasis added):

The Directors are pleased to acknowledge the support of the John D. and Catherine T. MacArthur Foundation, the Oak Foundation, Open Society Georgia Foundation, the Vanguard Charitable Endowment Programme, Mauro Tunes and American Jewish World Service. The UK Department for International Development(Governance and Transparency Fund) continued to fund a four year human rights education project in Africa. The European Commission (EuropeAid) generously awarded a multi-year grant towards Amnesty International’s human rights education work in Europe.”

One doesn’t have to dig far to figure out who is behind AI – it’s the same old enemies of the world:  the Neocons and George Soros as the main funder.

Just in case Anwar’s western buddies didn’t know; we, Malaysians, are not very fond of the Neocons and George Soros.  So, even though the Appeal’s verdict could be in favour of Anwar, again, AI’s interfering stunt is not going to help Anwar in the next election.  If Anwar won the case, he will also be losing more supports from the Malaysians - thanks to his brilliant western buddies.

Perhaps, AI should think before jumping.

Sumber:  Beruang Biru  

Singapura Tidak Lagi Selamat?

Singapura cukup terkenal dengan sikap hidung tingginya.  Negara itu gemar memandang rendah terhadap Malaysia dan sering mengejek atau memperlekeh Malaysia.  Tidak keterlaluan dikatakan bahawa hubungan baik Malaysia dengan Singapura adalah satu hipokrasi semata-mata, sekurang-kurangnya di pihak Singapura.

Telah beberapa kali Singapura dengan sengaja menyakitkan hati kita dengan menggambarkan Malaysia sebagai tidak selamat dan tidak cukup baik berbanding negara itu.  Kononnya pihak keselamatan kita tidak cekap dan tidak mampu membendung jenayah.

Dalam masa yang sama, terdapat juga rakyat Malaysia sendiri yang mengagungkan Singapura melebihi negara sendiri. Segala-galanya ingin dibandingkan dengan Singapura sama ada dari segi pendapatan atau kemajuan.  Bagi mereka, Singapura adalah kiblat dan Malaysia perlu diubah dan ditukar agar menyamai negara itu dari segi sosial, pendidikan dan segala-galanya.

Hakikatnya, yang ingin diubah agar menepati Singapura itu hanyalah satu iaitu: ‘dikuasai oleh kaum Cina’.

Namun, negara yang terkenal sebagai ‘bandar saman’ itu akhirnya terbukti sebagai tidak sehebat mana berbanding Malaysia.  Walaupun berjaya menutup mulut dan menekan kaum Melayu di sana agar menerima nasib sebagai warga kelas tiga, tetapi Singapura tidak mampu menahan kemarahan orang-orang asing yang ditindas di negara itu.

Kita tahu bahawa Singapura menyambut baik tenaga professional dari luar dan diberi gaji yang sebegitu tinggi tetapi sikap kiasu semulajadi kaum Cina membuatkan mereka melayan tenaga buruh dan pekerja asing peringkat bawahan dengan buruk sekali.   Akibatnya, dua hari lepas, negara itu menyaksikan rusuhan paling buruk sejak 1969.

Perusuh dikenalpasti sebagai warga asing yang tidak puas hati dengan gaji yang begitu rendah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ini bukan kes pertama warga asing menunjukkan rasa tidak puas hati mereka di negara itu.  Tahun lepas seramai 170 pemandu bas warga China telah melancarkan mogok menuntut gaji dan layanan yang lebih baik.

Ternyata, Singapura itu adalah indah khabar dari rupa.  Tiada keadilan yang sebenar dalam negara yang dikuasai kaum Cina ini.  Penindasan merupakan perkara biasa yang selama ini ditutup dan dipateri rapat agar tidak dapat dihidu oleh sesiapa.

Walaubagaimanapun, tiada siapa yang dapat menutup keburukannya selama-lamanya.  Hipokrasi pasti terdedah jua.

Singapura bertindak tegas ke atas perusuh sepertimana mana-mana polis di dunia.

Mungkin warga Malaysia yang begitu menyanjung Singapura perlu mencerna tindakan polis Singapura ini sebaiknya. Ketahuilah bahawa hampir tiada di kalangan rakyat negara itu yang membantah ketegasan polis dan kerajaan mereka dalam  membendung rusuhan.

Bayangkan jika ia berlaku di Malaysia, belum apa-apa tentunya sudah ramai yang memilih untuk membela perusuh dan percaya bahawa kerajaan kita kejam.  Tidak cukup dengan itu, pasti akan diadu pula pada negara asing, agar membantu perusuh dan mengecam kerajaan sendiri.

Kesimpulannya, jika kita ingin mencontohi Singapura, contohilah sikap warganya yang disiplin dan matang yakni tidak mudah terpengaruh untuk menghentam kerajaan dalam apa jua keadaan.

Tetapi, dalam pada itu, kita juga perlu memahami bahawa tidak semua mengenai negara itu adalah baik.  Sikap hipokrit, kiasu dan perkauman bukanlah sesuatu yang perlu dicontohi. Apapun, dalam segala segi, percayalah Malaysia adalah sepuluh kali ganda lebih baik dari Singapura.

Buktinya, setiap usaha untuk melakukan rusuhan besar-besaran oleh berbagai pihak tidak akan berjaya - bukan sahaja kerana pasukan keselamatan kita lebih cekap dari Singapura tetapi apa yang lebih penting ialah kerana kerajaan Malaysia sebenarnya tidak pernah menindas sesiapa.

Sumber:  Beruang Biru  

Monday, December 9, 2013

Islam Agama Islam Persekutuan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kerajaan bersetuju untuk membawa usul bagi mengubah perlembagaan negara dengan menambah perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bagi membendung masalah syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

"Apakah yang boleh kita jadikan sebagai panduan selepas Perhimpunan Agung UMNO ke-67 ini dengan jelas menyatakan menyokon teguh kesungguhan kerajaan meninggikan syariat Islam di negara ini serta-merta.

"Dalam hal ini, kalau ada pihak tidak menerima hakikat, saya setuju dengan seorang perwakilan kalau buat baik, tak dapat diterima. Tetapi percayalah, kita tak akan lemah semangat kerana Umno berada di atas landasan yang tepat, landasan ASWJ.

"Oleh itu, saya nyatakan, Islam di negara ini adalah Islam agama persekutuan, dan berkefahaman ASWJ," katanya.

Usul tersebut sebelum ini telah dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan ASWJ. Cadangan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno yang berlangsung pada Selasa lalu.

Selain daripada itu, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang turut membentangkan usul yang sama unuk meminta Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Islam sebagai Agama Persekutuan ditakrifkan kepada ASWJ.

Wakilnya, Datuk Shabudin Yahaya berkata, langkah itu perlu kerana Islam bertunjangkan ASWJ mampu menjadi benteng kukuh daripada sebarang usaha penyelewengan terutama oleh mana-mana ajaran sesat.

Beliau berkata, usaha tersebut akan melibatkan pindaan ke atas fasal tiga Perlembagaan Persekutuan.

''Kita mahu Islam yang bertunjangkan kepada ASWJ dicatatkan sebagai satu kandungan rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita mahu memastikan tiada lagi pengikut-pengikut ajaran sesat dengan mudah mereka mengaku Islam.,'' katanya.

Manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika diminta mengulas mengenainya berkata akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah Wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.

Ini adalah untuk memastikan agama rasmi negara adalah berasaskan ASWJ dan bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini," katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini, mengeluarkan statistik yang menganggarkan hampir 300 ratus ribu rakyat di negara ini yang beragama Islam adalah merupakan pengikut fahaman Syiah.

Ajaran Syiah mula memasuki Malaysia sekitar tahun 80an selepas berlakunya revolusi Iran pada tahun 1978/79.  Pada tahun 1984, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.

Namun pada tahun 1996, disebabkan oleh penularan ajaran Syiah yang semakin berleluasa di negara ini, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Kesimpulannya pengumuman yang dibuat oleh Presiden Umno itu membuktikan bahawa parti itu begitu berani dan serius untuk membendung ajaran sesat yang semakin berkembang ini.

Sumber:  Beruang Biru

UMNO’S TRANSFORMATION MAY RALLY MALAYSIANS OF ALL RACES

Umno concluded its annual general assembly on Saturday on a high note to transform itself into a poilitical party that is fair to all Malaysians where priority will be to empower the economy of the Malays and bumiputras who form slightly more than 67 per cent of the population.

The emphasis will be to ensure that the majority population will be on par with the economy of others so that there will not be any single race that would feel left out in the fast growing economic development of the country.

In doing, the party pledges that other races would not be sidelined and that the party would continue its fair and just policies for all Malaysians.

Umno also concluded that the party would protect the sanctity of Islam by defining clearly in the Federal Constitution that Malaysia follows the teaching of Sunnah Wal Jamaah.

In facing the next general election, the party’s political transformation will begin at the party’s branch level where with immediate effect the branch level will have to follow the party constitution strictly to strengthen itself.

Party president Datuk Seri Najib Tun Razak had outlined the transformation programs in the wake of challenges that ‘may not be good for Umno’ if the party continues to stay as it is.

The political reality now is Umno is the only flag-bearer of the ruling Barisan Nasional (BN) besides Parti Pesaka Bersatu Sarawak (PBB) in Sarawak while the component parties in Peninsular are still ‘searching for their souls’ after being ‘slaughtered’ in the May 5 general election.

Called it the Chinese tsunami or whatever terms, the fact remains that rural Malays are still with Umno while the urban Malays have swung to the oppositions – PAS and Parti Keadilan Rakyat (PKR).

With Umno the only party that is still strong and ‘standing upright’ amidst the strong winds of change in the May 5 general election, the responsibility is now on its shoulders to rally Malaysians, not just Malays, behind the BN.

And the recently concluded general assembly, Najib, who is also the Prime Minister, spoke on the need for Umno to transform into an inclusive party, struggling for the Malays and bumputras while same time ensure other races are not sidelined and feel ‘alien’.

Transformation begins with change in minds and attitudes of party members and Najib stressed the need for the party to be strong from its roots – the grassroots – where the some 21,000 branches lie.

Transformation to strengthen the party as the pillar and backbone of BN where component parties, currently undergoing healing and rehabilitation, can heal themselves in time to face the next general election.

In strengthening the party, efforts to ward off elements that would weaken the party and its followers will have to be addressed and here is where the sanctity of Islam and the economic aspect needed push and protection.

The threat of Syiah is real and the ‘heads of Government Link Companies (GLCs) not helping out Malay and bumiputra enterpreneurs is real.

With Najib’s commitment to see the two subjects taken care, Umno is off to a brand new start in transforming itself into a political party where the Malays and bumiputras can rest assure their support for the party all this while did not go to waste.

And Malaysians on the whole, can rest easy that Umno is not only a party for the Malays but for all Malaysians.

Sumber:  Beruang Biru

Saturday, December 7, 2013

Banjir, Fuziah Salleh Kantoi Menipu

Isu pembohongan pimpinan pakatan pembangkang bukanlah satu perkara yang baru. Malah pihak media pernah berulang kali mendedahkan ‘wajah sebenar’ mereka yang sering ‘terkantoi’ dengan perbuatan tersebut. Malah Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim juga sering kali ditangkap dengan beberapa isu yang secara jelas membuktikan pembohongan yang dilakukan.

Contohnya media baru-baru ini mendedahkan penipuan Anwar berhubung isu 40 ribu pengundi Bangladesh yang dikatakan sebagai pengundi hantu. Namun apabila didesak mendedahkan bukti berhubung dakwaan tersebut, Anwar dengan segera menafikan kenyataan tersebut.

Paling menarik, dia bukan setakat menafikan kenyataan, malah turut meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno. Tetapi ternyata Anwar terlupa, semua kenyataan berhubung isu tersebut telah direkodkan. Bak kata pepatah “kalau tidak menipu, bukanlah Anwar Ibrahim namanya”.

Mungkin kerana sudah terbiasa dengan sikap Anwar itu, ramai pimpinan pakatan pembangkang khususnya di dalam PKR pula mewarisi sikap tersebut. Sebagai contoh, Ahli Parlimen PKR, Fuziah Salleh baru-baru ini cuba membawa usul tergemar berhubung masalah banjir yang berlaku di Kuantan untuk meminta kerajaan mengisthiharkan darurat di kawasan tersebut.

Dari satu segi, usaha tersebut merupakan satu tindakan yang sewajarnya, tamabahan pula dia adalah merupakan wakil rakyat bagi kawasan tersebut. Namun apa yang dikesalkan apabila dia cuba memberikan persepsi kononnya kerajaan tidak peka terhadap isu tersebut. Paling mengecewakan, dia turut mendakwa langsung tiada sebarang bantuan dan jentera yang digerakkan bagi membantu magsa yang terlibat.

“(Saya terima) panggilan daripada rumah tengah malam, air sampai leher, mohon dibantu dan tidak ada Jabatan Perkhidmatan Awam datang, tidak ada bot, tidak ada polis, tidak ada bomba. Saya terima panggilan daripada pusat pemindahan banjir, 4000 penduduk JKM tidak masuk, tidak ada makanan pukul 3 pagi,” katanya.

Sedangkan mengikut laporan yang diterima, hampir seluruh agensi kerajaan telah digerakkan bagi membantu mangsa yang terlibat. Tidak cukup dengan itu hampir 2,400 Askar Wataniah turut digerakkan bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini khususnya apabila diperlukan pada saat-saat genting. Malah mereka turut menawarkan aset-aset seperti bot atau trak bagi memudahan proses pemindahan.

Disebabkan tuduhan tersebut, Wanita Umno sebelum ini menyelar tindakan pembangkang yang mendakwa dan membuat tuduhan melulu bahawa UMNO hanya berseronok berada di perhimpunan agung parti itu yang sedang berlangsung ketika ini tanpa turun padang membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang terlibat dengan bencana itu.

Sambil menafikan tuduhan jahat itu, Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dakwaan tersebut merupakan satu lagi pembohongan dahsyat pembangkang kerana ramai pemimpin tertinggi parti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sanggup meninggalkan perhimpunan terbesar parti demi meninjau keadaan di negeri-negeri terlibat.

"Kenyataan itu memang pembohong dan bangsat kerana Presiden UMNO sanggup meninggalkan kami semua di dewan ini untuk pergi ke tempat banjir di Pahang (semalam). Hari ini pula Timbalan Presiden pergi membuat lawatan termasuk semua menteri besar, ahli Parlimen, ADUN dan ketua bahagian tidak ada di sini kerana semua turun ke padang.

"Saya nak tanya di mana ahli yang berhormat daripada pembangkang? Saya nak tanya kepada Ahli Parlimen Kuantan, apa yang dia nak buat kepada pengundi yang ada di Kuantan? Jangan nak cakap sahaja, kalau tidak ada ahli Parlimen, PM dan TPM daripada BN, hanyut semua pengundi yang mengundi pembangkang," katanya.

Sumber:  Beruang Biru

Kehadiran Imam Masjidil Haram Tiada Kaitan Dengan Wahabi

Walaupun pilihanraya umum sudah lama berakhir, namun pembangkang tidak pernah puas dengan gerakan untuk memfitnah dan memburukan kerajaan Umno. Hampir saban hari, ada sahaja isu-isu yang sengaja dibangkitkan. Paling mengecewakan, adakalanya isu yang dibawa itu bukan sahaja merupakan perkara yang kecil dan remeh, namun ada ketikanya ia turut berbaur sentimen dan menyentuh sensitiviti masyarakat.

Terbaru, mereka di lihat cuba mempertikaikan serta mewujudkan sentimen kebencian rakyat dengan membangkitkan isu solat jumaat para perwakilan Umno di PWTC semalam. Mereka mendakwa tindakan parti keramat orang Melayu yang menjemput Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Khalid Ali Al-Ghamidi itu semalam adalah salah.

Isu tersebut telah dibangkitkan oleh salah satu blog (negarapakatanrakyat.blogspot.com) yang dipercayai ditaja oleh pakatan pembangkang.

Ini kerana menurut mereka, iman tersebut berfahaman Wahabi berbanding Malaysia yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Tidak cukup dengan itu, mereka turut mendakwa ibadat haji yang dikerjakan selama ini tidak sah disebabkan perbezaan fahaman itu.

Syeikh Dr Khalid semalam mengimamkan solat Jumaat yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang disertai kira-kira 3,000 jemaah termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang berada di Malaysia sebagai tetamu negara diberikan penghormatan menjadi imam dan khatib Jumaat di surau itu. Manakala para jemaah kebanyakannya perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berlangsung di PWTC sejak Isnin.

Pergerakan Pemuda Umno sebelum ini membawakan usul untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan ASWJ. Usul yang dibawakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairul Azwan Harun itu antara lainnya bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini,

Paling menarik, mereka turut mengatakan ia adalah merupakan antara sebab utama mengapa Ketua Pembangang, Anwar Ibrahim enggan pergi menunaikan haji. Malah mereka juga dengan biadab turut mempersoalkan sama ada solat yang dilakukan semalam diterima oleh Allah atau sebaliknya. Berikut adalah antara petikan yang diambil dari blog tersebut.

“Sebab kita tahu Imam berkenaan tidak ada tauliah untuk mengetuai upacara sembahyang Jumaat di negara kita, di samping PWTC tempat beruk beruk UMNO bersidang itu pun, belum tentu ada kebenaran dari Jawatankuasa Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Selain Imam Masjidil Haram berkenaan juga berfahaman Wahabi - berlawanan dengan fahaman majoriti besar yang mengikut di belakang, Sunnah Wal Jamaah.

Tuhan terima ke sembahyang tu?”

Sedangkan kehadiran Syeikh Dr Khalid langsung tiada kaitan dengan isu ASWJ ataupun Wahabi. Malah ketika ditanya, Beliau turut mengakui Malaysia adalah sebuah negara yang beliau kagumi.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kunjungan Syeikh Dr Khalid bersama rombongan ulama-ulama dari Universiti Um-mul Qura', Makkah itu merupakan satu penghormatan yang cukup tinggi kepada Malaysia.

Jamil Khir berkata sebenarnya lawatan Imam Masjidil Haram itu ke Malaysia bersama-sama ulama Makkah telah lama dirancang dan secara kebetulan berlaku sewaktu Persidangan Agung Umno 2013 di PWTC.

"Beliau (Khalid) amat teruja dapat datang ke Malaysia buat kali pertama," katanya.

Jamil Khir berkata Perdana Menteri pula sangat mengalu-alukan dan berterima kasih atas kehadiran Khalid yang juga merupakan Imam Haramain (Imam Dua Tanah Haram (Makkah dan Madinah)) itu ke Malaysia.

Kesimpulannya, inilah wajah-wajah sebenar pembangkang, yang akan mengunakan apa sahaja cara untuk memastikan Putrajaya dapat ditawan. Pada mereka apa sahaja cara yang digunakan bukanlah merupakan satu isu, walaupun adakalanya cara yang digunakan melapaui batas norma masyarakat.

Sumber:  Beruang Biru

Beza pendekatan UMNO-Pas (Utusan)

SALAH satu isu yang turut mendapat perhatian pemimpin dan perwakilan UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013 ialah berkaitan pendekatan politik Pas yang kini seolah-olah terperangkap dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

UMNO membangkitkan persoalan mengenai sikap Pas sepanjang perhimpunan berlangsung bukanlah kerana parti itu adalah musuh politik UMNO, tetapi UMNO membuat peringatan itu demi masa depan orang Melayu dan umat Islam.

UMNO tidak mahu orang Melayu terperangkap dengan mainan politik Pas yang hakikatnya sedang diperalatkan oleh PKR dan DAP untuk mendapat kuasa.

Bagaimanapun kita percaya Pas tidak akan mempedulikan apa juga kata UMNO kerana bagi Pas apa yang penting ialah meranapkan kuasa politik UMNO dan menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) melalui kesepakatan dengan PKR dan DAP.

Sebab itulah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sandaran orang Melayu dan umat Islam. Sudah terlalu banyak jasa UMNO dalam usaha meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan memartabatkan Islam.

Apa yang UMNO katakan dalam soal itu bukan untuk mendabik dada tetapi ia adalah realiti. Untuk memberikan gambaran lebih jelas berikutan penulis paparkan perbezaan antara UMNO dan Pas yang seharusnya menjadi sandaran kepada orang Melayu kenapa mereka harus menjadikan UMNO sebagai harapan untuk melakar masa depan lebih jelas.

l Memartabatkan Islam

- UMNO yang mengemudi kerajaan melalui kerjasama dalam BN telah berjaya membawa negara ini menjadi negara Islam contoh. Di mana-mana juga pemimpin-pemimpin Islam memuji usaha UMNO memartabatkan Islam.

- Pas pula lebih banyak bercakap soal Islam tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Malah di negeri yang mereka perintah pun, pelaksanaan Islam tidak ke mana, ia lebih banyak berkisar kepada slogan dan laungan sahaja.

l Membina Masjid Dan Mewujudkan Institusi Islam

- UMNO bertanggungjawab memastikan peruntukan khas disediakan untuk membina masjid di seluruh negara. Masjid dijadikan tempat untuk memperkembangkan syiar Islam dan mengukuhkan perpaduan ummah.

- Pas tidak membina masjid tetapi menjadikan masjid sebagai medan untuk memecah belahkan ummah melalui khutbah, kuliah dan tazkirah yang berbaur politik.
l Menyatukan Umat Islam

- UMNO seperti mana kata Najib sentiasa bersedia untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik, demi melihat umat Islam kembali bersatu.

- Pas bersedia bersahabat dan berpeluk mesra dengan pemimpin-pemimpin DAP, tetapi memandang sinis salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO. Malah ada pemimpin Pas pernah berkata, lebih rela makan babi bersama pemimpin DAP daripada minum kopi bersama Perdana Menteri.

l Menghormati Ulama

- UMNO menghormati apa juga pandangan alim ulama tanpa mengira apa juga latar belakang politiknya. Asalkan apa yang diusahakan oleh ulama itu boleh membawa kebaikan kepada umat Islam, UMNO akan patuh.

- Pas hanya mendengar apa kata ulama mereka. Ulama di luar parti itu biar pun memberi pandangan yang betul akan dianggap 'suara UMNO' dan 'suara kerajaan'. Malah mana-mana ulama yang berada dalam UMNO akan dicemuh, diejek dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan.

l Berhujah Atas Dasar Kebenaran

- UMNO biar pun bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dan Islam, sentiasa berhujah dan bercakap atas dasar kebenaran. Dalam apa keadaan pun, UMNO tetap tegas mempertahankan kepentingan Melayu dan umat Islam.

- Pas pula dilihat terlalu takut dengan PKR dan DAP. Apa sahaja yang mereka hendak lakukan hatta berkaitan dengan Islam sekali pun mereka seolah-olah perlu mendapat persetujuan PKR dan memperoleh restu DAP.

l Tegas Dalam Menjaga Agama

- UMNO sentiasa tegas mempertahankan akidah umat Islam termasuklah dalam memastikan umat Islam berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. UMNO juga secara lantang menolak segala kesesatan termasuk usaha mengembangkan fahaman Syiah. Sebab itulah dalam perhimpunan agungnya kali ini UMNO mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan agama rasmi Persekutuan adalah Islam berlandaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

- Pas pula dilihat teragak-agak dalam soal ini khususnya untuk memberi penegasan terhadap penyebaran fahaman Syiah.

l Mengajar Rakyat Erti Berterima Kasih

- UMNO sentiasa mengajar rakyat negara ini khususnya umat Islam bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan tahu berterima kasih kepada mereka yang berbudi.

- Pas bersekongkol dengan PKR dan DAP 'mendidik' rakyat untuk menolak segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka menguar-uarkan segala bantuan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan justeru tidak perlu berterima kasih atau mengenang budi yang ditabur.

l 'Menjatuhkan' Hukum

- UMNO dan BN sama sekali tidak akan mengamalkan sikap menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada musuh politiknya.

- Pas pula begitu mudah menghukum pemimpin-pemimpin UMNO. Malah tanpa mengkaji kebaikan kerjasama mereka dengan DAP dan PKR. Pas menuduh kerjasama UMNO dalam BN adalah haram.

l Pentas Ceramah

- UMNO menggunakan pentas ceramah untuk menyampaikan dasar kerajaan dan membuat penjelasan.

- Pas pula menggunakan pentas yang sama untuk memaki hamun pemimpin UMNO dan kerajaan serta menyebarkan dakyah dan fitnah.

l Dominan Dalam Kerjasama

- UMNO adalah parti dominan dalam BN, namun kedudukan itu tidak pernah disalah gunakan untuk menunjukkan siapa lebih kuat. Sebaliknya kelebihan itu digunakan oleh UMNO untuk tegas memperjuangkan orang Melayu dan memartabatkan Islam, di samping membela nasib kaum lain.

- Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang. Parti itu dilihat sekadar 'pak turut' dan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membantah kehendak PKR dan DAP.

Demikianlah serba sedikit perbezaan antara dua parti Melayu itu. Sebenarnya, banyak lagi yang membezakan antara UMNO dan Pas. Sebab itulah, orang Melayu perlu mengkaji, meneliti dan menimbang kenyataan Najib bahawa UMNO menjadi sandaran golongan itu.

Apatah lagi, Presiden UMNO itu juga secara tegas sudah menyatakan dalam ucapan dasarnya bahawa, ''Kita (UMNO) tak boleh bersegan silu lagi dalam terus memperjuangkan nasib bangsa.

Dan Najib juga sudah memberi jaminan bahawa, ''...Selagi hayat dikandung jasa, bercerai nyawa dari badan! Islam akan terus UMNO junjung.''

Oleh itu, sudah jelas kini orang Melayu tidak perlu lagi berasa gusar atau bimbang, tidak perlu lagi gusar untuk memilih dan tidak perlu takut untuk menentukan parti mana yang harus diberikan amanah bagi membela untung nasib mereka.

Ia memandangkan sejarah perjuangan UMNO telah membuktikan bahawa parti itulah perjuang Melayu, pembela Islam dan pelindung rakyat Malaysia.

Sumber:  Beruang Biru

NAJIB REVEALS HIS CONCERNS AND PRIORITIES

It is a day of revelation for Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak as he speaks his mind out, his plans, his concerns and not to be left out, his subtlety in hitting out at Umno’s enemy Anwar Ibrahim.

Najib’s speech did not contain the melodramatic tone nor the tempo of an orator like his political rival Anwar but one thing for sure, Najib passes his message loud and clear and without fanciful elaboration.

And as a man of not many words, Najib did not attempt to rebut Anwar’s allegation on the 40,000 Bangladeshis with so many words which of course would invite more polymics from the opposition.

So he just aired the video of Anwar’s press conference where Anwar alleged that Umno had brought in 40,000 Bangladeshis to vote in the May 5 general election.

Pictures do not lie and how much Anwar would want to rebut, the evidence is there viewed by all, in and out the assembly hall.

Probably that is Najib who is not into debate or argue on nothing as wasting time is not his style.

Since taking over Umno and country in 2009 April, Najib has not stopped working, mending and repairing while at the same time putting on track what he has planned until the May 5 general election where he was ‘played out’ by the Chinese community.

Not giving up, Najib continues his ‘walk’, of course not walking on the park, where even the Malays considered him as ‘forgetting the Malays and the community that helped him out of his doldrums’.

Today, Najib revealed the truth – his main aim and his priority – to empower the economy of the Malays and bumiputra.

Rightly, he said given the fact the Malays and bumiputras comprised 67.9 per cent of the total population, it should be the priority to strengthen their economic status.
“It is pointless to be a developed nation when majority of its population is neglected,” he said in his policy speech.

Emphasising further, Najib stressed that the government had created multiple mediums as instruments to serve the purpose and one such instrument was the Bumiputera Economical Council (MEB) which would meet at least once a month in the presence of other Malay and Bumiputera agencies or bodies.

He added that there would also be the New Bumiputera Entrepreneurs Scheme (Superb), Educational aids and Bumiputera shares.

Given Najib’s emphasis in a policy speech of a gathering of Umno delegates, that means he has been seriously thinking of the welfare of the Malays and bumiputras all this while despite the outlook seemingly his focus is on the Chinese community.

With those instruments in surveillance as well monitoring the development of Malays and bumiputras economic empowering measures, there should be no worry on the direction of the community in the future.

Only problem is how effective these measures will be to ensure it will be a success.

Sumber:  Beruang Biru

GAJI


Tuduhan Fuziah Salleh Tidak Benar


Jangan Cerca Sahabat Nabi


Beta Dukacita Wujud Syiah


Agresf Dalam Media Sosial


Saya Tetap Bantu Perdana Menteri


MANA JANJI PR UNTUK SELESAIKAN BANJIR SETELAH MENANG?


PM DAN TPM TURUN MELAWAT MANGSA BANJIR


Pil Kuda

Sumber:  Beruang Biru

HATI-HATI HADAPI BANJIR


Pejabat DAP Kedah diTutup: Mana Guan Eng Nak Letak Muka?

Di kala krisis CEC DAP belum lagi selesai, parti itu terus mengalami berbagai masalah di beberapa negeri.  Biarpun begitu, DAP nampaknya tidak mampu menyelesaikan semua masalah ini sendiri kerana pihak kepimpinan enggan mengakui adanya masalah yang berpunca dari mereka.

Hanya dengan aduan dan tindakan dari pihak berkuasa yang mampu memberi sedikit harapan kepada ahli-ahli DAP untuk melihat sebarang penyelesaian.

Di Kedah semalam, bekas Pengerusi DAP, Lee Guan Aik yang ditepis turun dari jawatannya dengan tidak semena-mena oleh Lim Guan Eng, telah disahkan sebagai masih lagi Pengerusi Negeri berdasarkan surat dari ROS.

Keputusan ROS ini adalah berdasarkan perlantikan Pengerusi baru iaitu Christopher Zairil Lim untuk menggantikan Guan Aik, telah dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang tidak sah.
Keputusan tersebut membawa maksud Christopher Zairil tidak pernah dan tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa di Kedah dan Pejabat baru DAP yang telah dirasmikan oleh Lim Guan Eng di Jalan Putra perlu ditutup serta-merta.

Inilah padahnya jika terlalu bongkak dan enggan mengikut undang-undang sehinggakan undang-undang parti sendiri juga ingin dilanggar.  

Tiada siapa yang lebih layak untuk disalahkan mengenai apa yang berlaku ini selain Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP merangkap anak Lim Kit Siang yang bodohnya sudah melampaui sombongnya.
Selama ini Lim Guan Eng menyangka yang segala tindakannya tidak akan dipersoal atau disanggah oleh ahli-ahli parti.  Sangkanya, semua ahli-ahli DAP telah menerima hakikat bahawa beliaulah Tokong yang perlu disembah.

Namun, beliau tidak sedar bahawa seruan ‘Ubah’ turut dihayati oleh ahli-ahli DAP sendiri dan kini mereka juga menuntut perubahan.  Ahli-ahli DAP mula memberontak dan para pemimpin bawahan parti itu juga tidak lagi mampu menahan sabar ditendang dan ditolak ke tepi ke tengah sesuka hati seolah-olah mereka hanyalah boneka.

Hakikatnya, pemimpin bawahan seperti Pengerusi Negeri telah dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli parti di negeri itu.  Ini bermakna, mereka punya sokongan dan dihormati.   Justeru, sekurang-kurangnya, pemimpin atasan DAP harus menghormati mereka ini dan bukannya menganggap mereka sebagai hamba sahaya yang perlu menurut perintah pada bila-bila masa.

Jika Lim Guan Aik sudah pasti mendapat sokongan akar umbi di Kedah, Lim Guan Eng pula belum tentu mendapat sokongan seluruh ahli DAP untuk berada di tempatnya hari ini berdasarkan aduan wujudnya manipulasi dalam pemilihan CEC.

Arahan Guan Aik agar pejabat baru ditutup dan sebarang aktiviti yang diadakan atau dirancang oleh jawatankuasa interim sebelum ini sebagai tidak sah dan batal, merupakan satu tamparan hebat kepada Guan Eng.

Jelas, Guan Eng semakin kehilangan sokongan dan tidak lagi dihormati atau ditakuti.   Lidahnya yang bercabang serta sikapnya yang bodoh sombong kini semakin lahap memakan diri dan juga parti.  
Dengan hanya sedikit kuasa, Guan Eng telah membuktikan kepada rakyat Malaysia apa yang dituduh oleh UMNO sebelum ini iaitu DAP dipimpin secara kukubesi oleh Dinasti Lim.

Jika parti juga dipimpin secara kukubesi, apakah ada yang masih percaya DAP mampu memerintah secara demokrasi?

Sumber:  Beruang Biru

Antara Perhimpunan Agung UMNO dan Muktamar Pas (Utusan)

Ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, semalam, Persiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengesahan bahawa perhimpunan itu yang diadakan saban tahun adalah ‘gelanggang’ untuk membentangkan agenda Melayu dan bumiputera, serta memperkasakan umat Islam.

Fakta ini tidak dapat dinafikan oleh siapa juga biarpun salah satu lagi parti Melayu iaitu Pas turut berhimpun melalui muktamar tahunannya namun kesan kepada perjuangan orang Melayu dan memartabatkan Islam entah kemana.

Setiap tahun apabila bersidang, UMNO akan membentangkan pelbagai usul  dengan tujuan untuk membela nasib orang Melayu dan memelihara kesucian Islam. Malah apa yang lebih menarik, seruan supaya Islam bersatu kuhusunya melibatkan UMNO dan Pas sentiasa berkumandang di Perhimpunan Agung UMNO.

Atas nama orang Melayu dan demi kepentingan Islam, pemimpin dan ahli UMNO sentiasa menghulurkan salam persaudaraan kepada pemimpin dan ahli Pas. Tetapi kajilah apa yang berlaku di muktamar Pas. Adakah agenda memperkasakan orang Melayu diketengahkan? Apakah soal memertabatkan Islam ditegaskan? Apakah salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO disambut?

Sudah pasti tidak! Apa yang kita saksikan, Muktamar dijadikan gelanggang memburuk-burukkan UMNO habis-habisan. Soal mengetengahkan agenda Melayu hanyut entah ke mana kerana bimbang ‘dimarahi’ oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Begitu juga soal memartabatkan Islam,  ia sekadar mainan bibir pemmpin-pemimpin Pas demi kepentingan politik mereka. Apa yang mereka tahu ialah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap hasrat UMNO dalam soal tersebut.

Bagi Pas, UMNO merosakkan Melayu, kepada Pas , UMNO mencemarkan Islam dan kepada Pas hanya kerjasama dengan PKR dan DAP yang terbaik sehingga sanggup mengatakan kesepakatan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) adalah haram.

Tetapi persoalannya, apakah agenda Melayu yang pernah dibentangkan oleh Pas di muktamar mereka? Apakah rancangan Pas untuk memarabatkan Islam? Apakah keuntungan yang Pas dapat dalam menjalin hubungan dengan PKR dan DAP?

Ya, memang benar, kita akui Pas bukan parti memerintah, justeru mereka tidak mempunyai kuasa untuk memastikan sesuatu usul  yang dibentangkan di muktamar menjadi dasar Negara. Namun sebagai sebuah  parti politik, bukankah pas juga mempunyai hak untuk memberi pandangan dan idea, bukannya hanya tahu mengkritik, mengutuk dan memperlekehkan sahaja segala usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO.

Kita yakin kepimpinan UMNO sudah pasti tidak akan menolak sebarang idea dan cadangan jika ia boleh meningkatkan martabat orang Melayu dan umat Islam. Bagaimanapun Pas tidak bersikap demikian, muktamar mereka lebih banyak dihiasi dengan pujian kepada pemimpin dan parti sendiri, perbahasan mereka lebih menumpukan kepada usaha mengukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP serta menolak sebarang usaha bermuzakarah atau berbaik-baik dengan UMNO.

Inilah bezanya Muktamar Pas dan Perhimpunan Agung UMNO. Pas menjadikan muktamar untuk mencapai agenda politik mereka semata-mata, manakala UMNO menjadikan perhimpunan bagi melaksanakan agenda untuk membela nasib Melayu dan umat Islam.

Oleh itu, seperti mana kata Najib, pemimpin dan ahli UMNO tidak perlu berasa segan silu dalam terus memperjuangkan nasib bangsa kerana parti itu berada di landasan yang benar dan betul. Biarlah apa pun Pas hendak kata kerana yang menilai bukan orang Pas dan penyokong tegar mereka sahaja tetapi orang Melayu secara keseluruhan.

Sudah pastilah orang Melayu tahu siapa yang berani menjadi pembela mereka dan siapa pula sekadar mahu undi mereka. Malah orang Melayu juga pasti memahami siapa yang memartabatkan Islam dan siapa pula berusaha memartabatkan parti sendiri dan memperalatkan Islam.

Sumber:  Beruang Biru

PM BERSAMA BAYI DI PUSAT PEMINDHAN BANJIR DI PAHANG


PERHIMPUNAN UMNO TIDAK MENGHALANG DS NAJIB DAN DATIN SERI ROSMAH MELAWAT MANGSA BANJIR DI PAHANG


SD A LOT OF RUBBISH


GAJI


Anwar Mahu Dialog Dengan BN, Untuk Halang Usaha Muzakarah Pas

Ramai yang seperti pelik dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam yang secara tiba-tiba ingin mengadakan dialog dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"...parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik. Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baru," ," kata Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

Ada yang mengatakan ia satu petanda yang baik, tidak kurang juga ada yang mengatakan sebaliknya.

Namun bagi yang mengenali diri Anwar yang sebenarnya, kenyataan itu sebenarnya membuktikkan bahawa dia berada dalam keadaan yang terdesak. Ini kerana seperti yang diketahui, selepas GAGAL merampas Putrajaya dalam pilihanraya umum yang lalu, ramai telah mula meninggalkannya.

Mereka seolah-olah telah tersedar dari mimpi dan mula dapat menilai wajah sebenar makhluk yang bernama Anwar Ibrahim. Contoh paling ketara, apabila media baru-baru ini melaporkan mengenai 11 pemimpin utama cabang parti PKR yang mengumumkan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pembohongan Anwar.

Malah keputusan Pas untuk bermuzakarah dengan Umno baru-baru ini juga, sudah pasti semakin merunsingkan Anwar. Ini kerana sekiranya muzakarah itu dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka peranan Anwar akan semakin mengecil.

Atas sebab itu, Anwar terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menghalang usaha tersebut direalisasikan. Rationalnya apa perlu untuk Pas bermuzakarah secara berasingan dengan Umno, kerana ia seharusnya dilakukan atas nama pakatan pembangkang.

Mengapa sekarang Anwar mahu berdialog mengenai pelbagai isu sedangkan jalan yang dipilihnya dulu adalah reformasi melampau, demonstrasi jalanan, demonstrasi ala Arab Spring dan seumpamanya.

Anwar dalam banyak hal menjadi masalah besar kepada Malaysia kerana sanggup melakukan apa saja dan bercanggah dengan apa yang dilakukannya semasa dalam kerajaan berbanding sebagai Ketua Pembangkang. Isunya jelas, Anwar ingin menjadi Perdana Menteri tetapi proses demokrasi tidak membenarkan ia terjadi.

Lalu Anwar mencari helah hasil PRU-13 dengan mengadakan demonstrasi ala Arab Spring di seluruh negara tetapi kecundang di tengah jalan.

Semasa sidang Parlimen bermula beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sementara pengikutnya berbaring di luar Parlimen membantah keputusan pilihan raya. Apakah maknanya ini semua?

Mengapakah baru sekarang mahu memilih jalan dialog sedangkan telah sekian lama Anwar tidak memilih jalan itu?

Sedangkan sekiranya benar Anwar ikhlas, dia sepatutnya mengusulkan perkara ini sejak dulu lagi. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan, majoriti perpecahan umat Melayu kini terkait langsung dengan gerak kerja politik Anwar. Selepas menghina Malaysia di luar negara dan selepas beberapa usaha memburukkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan berlaku, maka baru dialog hendak dilakukan.

Kesimpulannya kenyataan dialog ini hanyalah sandiwara Anwar semata-mata dan tidak seharusnya dilayan, biarlah ia berlalu begitu sahaja.

Sumber:  Beruang Biru

The Pakatan Formula for Destruction

By Datuk Huan Cheng Guan

Picture this scenario. Two opposing factions declare their allegiance to their country. One works to develop the nation positively although not perfectly while the other consistently runs down the country locally and abroad supposedly for the rakyat’s sake. Internationally, the nation’s prestige is on the downward trend. Many conclude that things are not well on the home front. Whom would you trust?

Despite such reports, many are still hoodwinked into thinking that Pakatan Rakyat is doing all it can for the country but what have they REALLY done for Malaysia? Look at the following table, which is a compilation of the ways in which PR has put Malaysia on the road to destruction.

Listing all the grouses raised by Opposition is an arduous and impossible task. They have NOTHING good to say about the government. However, let us go down to the brass tags. What has Pakatan Rakyat done to DEVELOP the nation?

•         Do they have a good record of accomplishment in securing foreign investments on their own without riding on BN effort
•         Since 2008, have they produced their Shadow Cabinet to prove their leaders can be better than BN leaders?
•         For every criticism thrown at the government, have they proposed concrete ways to overcome problems highlighted?
•         For every criticism hurled against the government, have PR been innocent and blameless in NOT doing the same actions they condemned?
•         Has any Pakatan leader ever praised or promoted our country locally or internationally in speeches or social networking platforms?
•         Has any Pakatan leader/party ever revealed a national plan for development for country or has this been only for one or two states?
•         Has Pakatan Rakyat ever assured Malaysians or foreigners that our country is a fantastic place to live and to invest?
•         Apart from complaining, ranting and disgracing our government about corruption, wastage etc, what has Pakatan Rakyat done for Malaysia as a whole?

What is their motive? Is it to develop Malaysia or to develop their agenda by putting this nation on a path of destruction?

Sumber:  Beruang Biru

NAJIB BERJAYA TRANSFORMASI UMNO KEPADA PARTI RAKYAT

UMNO semakin pulih daripada masalah persepsi bahawa ia hanyalah sebuah 'parti kampungan' yang bertapak di kawasan luar bandar sahaja.

Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan parti, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya membawa UMNO ke tahap yang lebih diyakini rakyat.

Program transformasi yang di bawa oleh beliau bukan sahaja ke dalam pentadbiran negara dari segi sistem penyampaian dan ekonomi tetapi juga dalam bentuk politik.
Orang kata jika hendak menunjukkan contoh yang baik hendaklah bermula dengan dirinya sendiri dahulu.

Begitu juga dengan UMNO sebagai parti pemerintah yang sudah melangkaui usia 67 tahun.

Sudah tentu persepsi masyarakat terutamanya pihak pembangkang akan mengeksploitasi isu umur parti sebagai faktor ia sudah 'nyanyuk', 'tua' atau 'tidak relevan' lagi.
Dalam kes UMNO walaupun ia sudah wujud hampir tujuh dekad, ia adalah parti yang memerintah negara sejak era Merdeka.

Malah sebelum negara mencapai kemerdekaan, UMNO bersama rakan politik MCA dan MIC sudahpun aktif di dalam arena politik negara di bawah pentadbiran Inggeris.
Hakikatnya di peringkat pusat UMNO tidak pernah menjadi pembangkang walhal parti-parti lama seperti Pas tidak pernah mengecapi kuasa sejak ditubuhkan.
Hanya seketika sahaja apabila ia bersama Barisan Nasional dari tahun 1974 hingga 1977.

Apatah lagi parti seperti Dap dan PKR yang masih muda belia, tidak pernah ada pengalaman mentadbir sebuah negara.

Ketiga-tiga parti tersebut hanya berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat negeri sahaja selama ini.

Tetapi UMNO bukan sahaja berterusan memerintah Malaysia sebagai kerajaan pusat tetapi juga di kebanyakan negeri.

Ini bermakna UMNO sebagai sebuah parti yang amat berpengalaman mengendalikan pemerintahan negara berdasarkan kepada sistem demokrasi berparlimen berbanding mana-mana parti politik lain.

Pepatah Inggeris ada mengatakan 'old is gold' atau umur adalah emas yakni dari segi pengalaman.

Bagaimanapun usia 67 tahun tidak menjadi penghalang bagi UMNO untuk terus meremajakan dirinya dengan tujuan untuk menyesuaikan dengan perubahan zaman.

Sesebuah parti akan terus relevan dan mendapat keyakinan rakyat sekiranya ia berjaya membuat perubahan atau 'adjustment' yang menguntungkannya.

Apabila Datuk Seri Najib mengatakan UMNO adalah 'Parti Rakyat' ini mengukuhkan kedudukan parti bukan sekadar institusi politik yang berjuang hak bangsa Melayu tetapi juga melindungi hak orang bukan Melayu.

Inilah yang menjadi kekuatan UMNO selama ini kerana rakyat tidak melihatnya sebagai sebuah parti rasis seperti Dap tetapi parti berteraskan perjuangan Melayu yang agendanya meliputi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.

Perubahan besar yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO adalah transformasi proses pemilihan pucuk pimpinan parti dari bawah hingga tertinggi.

Anggota parti telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen untuk menjayakan usaha perubahan dalaman parti dan hasilnya semuanya berjalan dengan lancar sekaligus membuktikan UMNO adalah parti yang mampu membuat transformasi yang ampuh.

Kini UMNO bertambah mantap di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib dan sebagai presiden beliau telah memberi tugas yang amat berat berat kepada barisan kepimpinan baru bagi menghadapi PRU14.

Setiap saat mulai sekarangan tidak boleh dibuang dengan sia-sia dan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan jentera dan gerak kerja parti.

Ahli-ahli UMNO juga perlu sentiasa bersiap siaga melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu yang relevan khususnya berkaitan teknologi maklumat bagi memastikan kemenangan UMNO-BN yang lebih besar lima tahun akan datang.

Kemenangan akan dikecapi sekiranya semua faktor disiplin, ilmu, pengurusan mantap serta perpaduan menjadi adunan sebati di dalam UMNO.



Sumber:  Beruang Biru