Isu kenaikan mendadak gaji Adun Selangor, nampaknya semakin hari
semakin menarik untuk diperkatakan. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini,
ia bukan sahaja mengejutkan rakyat khususnya pengundi Selangor, namun tindakan
tersebut akhirnya mula memakan diri.
Ini kerana tindakan tersebut bukan sahaja GAGAL dipertahankan oleh
para macai pakatan, namun ia turut
menerima kritikan pedas yang bertali arus dari pimpinan PKR sendiri.
Namun demi menyelamatkan keadaan, Khalid dan para macainya masih
cuba mempertahankan tindakan tersebut dengan menggunakan hujah kononnya ia
dilakukan berdasarkan formula 75 daripada elaun dan gaji yang diterima oleh
Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.
Khalid sengaja menjadikan Sarawak sebagai hujah bagi menyokong
tindakan tidak munasabahnya itu, tetapi seakanTERLUPA untuk
memberikan fakta sebenar agar rakyat tidak terkeliru. Persoalannya apakah benar
Khalid terlupa, atau sememangnya dia tidak tahu Fakta Sebenar kerana sering
tertidur?
Ini kerana menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara,
rizab negeri Sarawak berjumlah RM22 billion berbanding kerajaan negeri Selangor
yang hanya mempunyai RM 2.7 billion. Tambahan keluasan negeri Sarawak adalah
jauh lebih besar berbanding Selangor.
Mengikut data, semakan terakhir untuk gaji dan elaun bagi Adun dan
anggota pentadbiran Sarawak ialah pada 22 tahun yang lalu iaitu pada tahun
1992, sedangkan kerajaan Selangor baru sahaja memberikan kenaikan gaji dan
elaun untuk Adun pada 3 tahun yang lalu.
Disebabkan tindakan Khalid ini, ramai di kalangan pimpinan pakatan
mengeluarkan kenyataan bagi membantah cadangan tersebut. Selain ‘Bos’ PKR, Anwar dan Timbalan Presiden
PKR, Azmin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Naib Presiden Pas,
Salahuddin Ayub dan ahli-ahli parlimen pakatan adalah antara yang membedal tindakan ‘boros’Khalid itu.
Anwar ketika diminta mengulas mengenai isu ini, telah ‘membedal’ Khalid dengan
mengatakan kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor agak tinggi dan perlu
dikaji semula.
"Saya beritahu MB kenaikan itu agak tinggi dan beliau perlu
jelaskan kepada Pakatan Rakyat alasan ia dilakukan” katanya.
Mengikut rekod ini bukanlah kali pertama Anwar mengkritik tindakan,
keputusan dan pengurusan Khalid Ibrahim di Selangor. Contohnya baru-baru ini
ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR,
Anwar dilaporkan telah mengkritik Khalid agar memperbaiki beberapa ‘skru longgar yang perlu diperketatkan’.
Sebelum ini juga, media turut melaporkan Anwar telah
mengkritik Abdul Khalid dan memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Anwar mendakwa setakat ini Pulau Pinang di bawah Guan Eng menunjukkan prestasi
yang membanggakan berbanding Menteri Besar Selangor, ekoran kelemahan yang
dilihat masih belum berjaya diatasi oleh pentadbiran Khalid.
Azmin pula baru-baru ini menggesa agar Khalid menangguhkan kenaikan
tersebut yang akan mula berkuat kuasa pada awal tahun depan. Menurutnya lagi,
usul kenaikan gaji itu pada mulanya dibentangkan Khalid "untuk dikaji" sewaktu
pembentangan belanjawan 2014 Selangor pada 19 November lalu.
"Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor menyambut baik
cadangan mengkaji, tetapi yang mengejutkan kita dalam tempoh seminggu kajian
sudah siap dan dibentangkan semalam tanpa ada perbincangan dengan BBC,"
katanya sambil menegaskan BBC tidak pernah membuat tuntutan tersebut sebelum
ini.
Mungkin kerana tidak tahan dengan kenyataan Azmin yang dilihat
sering cuba memburukkannya, Khalid secara sinis meminta Adun Bukit Antarabangsa
itu mendermakan tambahan gajinya kepada badan amal sekiranya tidak berpuasa
hati. Dia turut menegaskan, keputusan Dun Selangor meluluskan usul kenaikan
gaji dan elaun itu adalah muktamad.
Disebabkan asakan yang bertali-arus itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan (Exco Selangor), Teng Chang Khim
tampil mempertahankan Khalid sambil menyelar tindakan Azmin.
"Apabila rang undang-undang itu dibentangkan, dibahas dan
diluluskan, beliau berada di dalam dewan. Beliau tidak berkata apa-apa walau
sepatah pun... Jadi mereka tak bolehlah tampil sekarang dan menyatakan yang
mereka tak setuju," katanya.
Dia turut menegaskan, mereka yang membantah kenaikan gaji itu
sepatutnya berbuat demikian agar ia boleh direkod dalam hansard dewan.
Menurutnya satu surat kebenaran juga telah dirangka untuk ditandatangani oleh
Adun yang enggan menerima kenaikan gaji itu.
Surat itu adalah untuk membenarkan kenaikan tambahan gaji mereka
didermakan buat pertubuhan kebajikan.
Paling menarik, Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor,
Faekah Husin juga turut mempertahankan tindakan bosnya dengan melabelkan Azmin
sebagai SARKAS.
“Alif zai min ya nun (Azmin) : Sarkas..? Azmin gesa tangguh naik
gaji Adun Selangor” katanya melalui laman sosial twitter.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment